#DiariSu – Misteri Julia

-6 October 2017-

DiariSu: Puas sudah kami mencari. Segala usaha dan jalan kami sudah lakukan namun kau masih tidak ditemui. Kembalilah sahabatku, sesungguhnya, kami merinduimu.


Aimi : “Wei beb, kau ingat tak dengan Datin hot yang aku cerita selalu kat kau tu? Orang panggil dia Datin Rin.”

Aku: “Datin Rin mana pula dah? Banyak sangat ‘datin’ yang kau cerita kat aku.”

Aimi: “Alaa.. yang selalu datang office aku dan ada scandal dengan Fitri, officemate aku yang paling handsome tu? Kau ingat tak?”

Aku menyengih sambil berkata, “si Fitri tu aku ingat la sebab handsome. Datin Rin tu aku ingat-ingat lupa lagipun aku bukan hari-hari pergi ke pejabat kau.”

Aku : “Tak kisahlah datin yang mana satu. Kenapa dengan Datin Rin tu?”

Aku sumbat cekodok pisang 3 biji sekali gus dalam mulut. Punya bapak besar mulut aku tapi tak boleh tanding dengan perut aku yang 10 kali lagi besar. Hujung minggu selalunya aku, Aimi, Julia dan Farah akan masak bersama-sama dan bergosip. Kalau tak, setiap hari aku saja yang masak sebab kerja aku sebagai penulis lebih banyak masa dirumah. Lagipun aku suka memasak, jadi aku rela hati offer diri untuk jadi tukang masak. Seronok tengok housemate aku yang penat-penat balik kerja berselera makan makanan yang aku masak. Kalau diorang puji sedap lagi la berbunga-bunga hati aku ni. Terasa macam nak masak semua bahan yang ada dalam peti ais itu hari itu juga.

Minggu ni tinggal aku dan Aimi saja dekat rumah, Julia teman Farah balik rumah keluarga Farah sebab mak Farah sakit. Aku tak boleh ikut sebab ada masalah dengan novel yang bakal aku siapkan itu. Budak baru join dunia penulisan jadi banyak yang perlu aku perbaiki. Aimi pula cakap nak temankan aku, tak nak aku keseorangan. Ya, ya sajalah Aimi tu, padahal macam aku tak tahu dia nak bantai tidur tak bangun-bangun. Julia pun beria suruh Aimi temankan aku dan biarkan dia sahaja yang menemankan Farah.

Aimi: “Sepatutnya Datin Rin dan Fitri tu bakal berkahwin tiga bulan lagi tapi tiba-tiba tak jadi sebab menurut apa yang aku dengar, Datin Rin tu jadi gila.”

Aku: “Ishh.. kau ni, pasai pa pula si Datin Rin tu tiba-tiba jadi gila? Kau ni nak bergosip pun agak-agak la. Tak logik nau aku dengar.”

Aimi: “Haa… tu la aku nak bagitahu kau ni. Rupa-rupanya Datin Rin tu guna minyak pengasih kat Fitri tu. Kalau fikir balik, logik ke lelaki sekacak Fitri tu jatuh cinta dengan Datin Rin yang umur dia 13 tahun lagi tua dari si Fitri tu?”.

Aku: “Kau ni, tak baik menuduh. Mana kau tahu yang Datin Rin tu guna ubat pengasih kat Fitri tu? Kalau betul dia guna, dah tentu la Fitri tu lagi tergila-gila nak berkahwin dengan Datin Rin tu, bukannya putus tiba-tiba.”

Aimi: “Mana ada aku menuduh, kau ingat aku ni jahat sangat ke? Kat office aku dah kecoh dah benda ni. Diorang cakap Fitri tu macam baru tersedar lepas dia pergi berubat kat kampung dia. Mak Fitri tekad nak bawa dia berubat sebab mak Fitri tu memang tak suka kat Datin Rin walaupun Datin tu kaya dan cantik.”

Aku senyap seketika. Logik juga jalan penceritaan Aimi ni sebab dunia sekarang memang dilihat modern tetapi agama dan kepercayaan lebih jahil dari zaman orang dahulu. Semua yang berlaku tidak mustahil didunia akhir zaman ini.

Aku: “Entahlah Aimi tapi apa yang ayah aku pernah bagitahu yang minyak pengasih ni tiada ubat. Maksudnya tak boleh disembuhkan melainkan mati. Itu menurut kata orang-orang tua dahulu lah, bagi aku pula aku yakin Allah itu Berkuasa Menyembuhkan, kita yang kena yakin seyakin-yakinnya pada Dia dan bertawakal. Lambat atau cepat, InshaaAllah akan diberi kesembuhan sebab Allah tak uji kita kalau kita tak mampu.”

Arwah ayah aku merupakan seorang ustaz, banyak yang minta berubat dengan ayah selepas kami satu keluarga ditimpakan ujian berbentuk sihir tetapi arwah ayah tetap akan menolak sebab katanya dia tiada kuasa menyembuhkan. Ayah selalu akan beri beberapa ayat pendinding dari Al-Quran dan menyuruh mereka untuk yakin kepada Allah sebagai penyembuh. Kata ayah, minta terus kepada Allah, jangan pada makhluk. Dia Maha Halus lagi Maha Mendengar. Biar dilabelkan sebagai berlagak dan sombong, ayah biarkan sahaja.

“Biarlah aku tidak menolong mereka kerana memang aku tak mampu untuk menolong, biarlah orang berkata aku sombong kerna aku tak mahu diakhirat kelak kerana aku, mereka jatuh ke neraka kerana dosa mensyirikkan Dia.” Ini kata-kata ayah yang selalu aku ingat.

Aimi: “Kadang-kadang spoil juga mood aku nak cerita kat kau sebab kau mesti kaitkan dengan unsur agama, kau tak pernah dengar istilah BERGOSIP eh?”

Aku: “Hahaha! Itu sebab cuma kau, Julia, Farah dan Ayu ex-tadika aku tu je yang nak kawan dengan aku, yang lain semua fikir yang aku ni membosankan.”

Aimi: “Ustaz Imran tu kan kawan kesayangan kau. Kau tak masukkan nama dia dalam senarai bestie kau ke? Oh I see, sebab dia dalam senarai insan teristimewa kau, kan?.”

Aku menjeling sekilas ke arah Aimi, malas hendak melayan karenahnya yang selalu mengusik perhubungan aku dengan Imran.

Aimi: “Kau jangan terasa, kadang-kadang aku ada lah sekali dua rasa malas nak bercerita kat kau sebab attitude kau yang islamic tak kena tempat ni, aku lebih selesa bercerita dengan Julia atau Farah.”

Aku: ” Aku tahu. Aku sebenarnya nakal sama je dengan korang malah mungkin lebih lagi tapi ada batasannya. By the way, Farah lagi berapa bulan nak kahwin eak? Aku lupa.”

Sengaja aku mengubah topik. Macam mana ya aku nak terangkan? Aku bukan wanita alim or whatsoever cuma aku LESS-SOCIAL. Jadi, aku banyak masa lapang dan masa-masa itu aku gunakan untuk mendalami agama ataupun menulis tetapi ramai yang salah anggap yang aku ni warak la alim la apa la so aku jarang didekati tambahan pula di dunia realiti ini, aku jarang berkomunikasi. Aku berkomunikasi melalui penulisanku.

Aimi: “Kalau dah menghadap novel kau tu, kau duk ingat tarikh kahwin watak hero dan heroin je lah sampai kawan sendiri nak kahwin pun lupa.”

Aku tersenyum malu, Aimi ni kalau bercakap memang tak ada nak tapis dah. Berdesup-desup aku rasa macam hati aku ni kena tembakan peluru berpandu.
Aimi: “Tengoklah kalau jadi, lagi tiga bulan. Aku nak pi memerut jap. Sakit perut dari tadi lagi tapi aku bertahan sebab nak bercerita dengan kau tapi dia memulas balik bila kau start bagi ceramah. Hahaha.”

Aku: “Kalau macam tu, dalam sehari 10 kali aku bagi ceramah kat kau. Free of charge, mana tahu kau boleh kurus. Tak adalah kau nak beli produk pelangsingan merepek, merapu dan meraban tu.”

Aimi: “Biarlah kat aku. Wekk!.”

Aimi sempat menjelir lidah kat aku sebelum berambat pergi tandas.

“Tengoklah kalau jadi, lagi tiga bulan..” Ayat ini berlegar-legar dalam otak aku untuk seketika.


PAP!

Kedengaran seperti pintu rumah utama dihempas dan diikuti bunyi beberapa barang dicampak dan ditarik kasar. Mood untuk menyambung menulis novel terhenti. Aku keluar dari bilik dan bertembung dengan Aimi yang biliknya berhadapan dengan bilik aku. Dahi aku berkerut memandang Aimi seolah-olah bertanyakan apakah yang terjadi dan seperti mengerti Aimi hanya menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.

Aimi: “Aku rasa bunyi tu datang dari bilik Farah.”

Aku: “Ha’ah. Aku pun rasa macam tu. Jom kita pi tengok.”

Aimi: “Eeeiii, tak naklah. Kan Farah dengan Julia tak ada, balik kampung. Kau lupa ke? Tula, banyak makan kepala ikan. Entah jembalang apa yang ada kat bilik Farah tu, dah la bunyi pung pang pung pang macam tengah mengamuk, tak nak lah aku.”

Aku: “Kau ni banyak terpengaruh dengan drama lah ni. Aku rasa Farah dah balik. Jom pi tengok.”

Aku menarik tangan Aimi dan melangkah menuruni tangga. Bilik Julia dan Farah berada ditingkat bawah. Sampai sahaja didepan bilik Farah yang pintu biliknya dibiarkan terbuka luas, kelihatan Farah sedang mengemas barangnya ke dalam bagasi sambil menangis. Baru sahaja kaki aku nak melangkah masuk kebilik Farah, lengan aku ditarik kasar oleh Aimi. Terkejut aku dengan tindakan drastik Aimi.

Aimi: “Ya Allah, Su. Kau nak masuk bilik Farah tu buat apa? Kau tak dengar ke bunyi ‘benda’ tu menangis. Kau pekak dah tahap pekak badak ke? Mari sini aku azan sikit kat telinga kau tu biar berfungsi dengan betul.”

Aku: “Ishh.. kau tu yang patut kena azan. Tu memang Farah la. Kaki semua ada, lengkap. Aku nak tanya apa masalah dia. Mana Julia? Kan Julia pergi sekali dengan Farah.”

Aimi mengerutkan dahinya dan bibirnya dijuihkan beberapa inci namun masih mengikut langkah kaki aku memasuki bilik Farah. Aku dekati Farah perlahan-lahan. Belum sempat aku mengeluarkan kata-kata, Farah berhenti mengemas dan memandang kearah aku dan Aimi secara tiba-tiba. Cuak juga aku bila tengok mata Farah yang berwarna merah akibat menangis itu tetapi aku cuba buat cool sebab kalau aku gelabah tak pasal-pasal ronggak gigi aku kena penaboh dengan Aimi sebab aku yang beria nak menegur Farah.

Farah: “Aku nak pindah rumah. Aku dah tak nak ambil tahu dah apa-apa pun yang jadi. Kita putus hubungan.”

Apa sebenarnya yang terjadi ini? Kenapa Farah terburu-buru hendak pindah rumah? Apa yang berlaku dirumah keluarga Farah? Mana Julia? Soalan ni menari-nari dalam otak aku.

“Farah bawa bertenang dulu. Cuba cerita dekat Su dan Aimi perlahan-lahan tentang apa yang berlaku. Mak Farah macam mana? Sakit teruk ke? Julia mana?.” Aku berkata lembut sambil duduk disebelah Farah. Aimi turut mengambil tempat disebelah kiri Farah sambil tangannya mengusap belakang Farah perlahan-lahan untuk cuba menenangkan Farah. Farah menangis lagi kuat sambil memeluk Aimi.

Farah: “Julia tikam aku, Aimi, Su. Julia tikam aku. Sanggup dia bercinta dengan Izham padahal kami lagi tiga bulan hendak berkahwin. Sanggup dia musnahkan kebahagiaan sahabat baik dia sendiri. Aku benci Julia. Aku benci sangat kat dia.”

Aku: “Wait! Apa yang kau cakapkan ni? Julia rampas Izham? Mana kau tahu? Kau nampak diorang curang ke? Kalau kau nampak pun mungkin prasangka buruk kau je, Farah. Biasalah syaitan, tak nak anak cucu cicit Nabi Adam A.S ni mendirikan masjid.”

Aimi hanya terdiam. Tidak mengiakan dan tidak menidakkan seperti ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan.

Farah: “Bukan aku yang nampak tapi aku dengar sendiri. Julia beria nak temankan aku melawat mak aku sebab dia dan Izham nak bagitahu tentang hubungan diorang. Kononnya nak berkata jujurlah pada aku dan keluarga. Mak aku tengah sakit, bila dapat tahu yang Izham nak batalkan pernikahan kami lagi bertambah teruk keadaan mak aku.”

Aku: “Ya Allah, Farah. Susah pula Su nak percaya. Apa kata Farah bawa bertenang dulu, kita tunggu Julia balik lepas tu kita berempat bincang elok-elok.”

Aku cuba memberi jalan penyelesaian yang terbaik walaupun aku sendiri kalau berada ditempat Farah, mungkin muka Julia pun aku tak sanggup nak tengok.

Takkan lah Julia sanggup perdajalkan Farah. Mereka berdua dan Aimi sudah berkawan dari sekolah menengah lagi sampai bawa ke alam universiti dan alam pekerjaan. Tidak pernah pula aku ternampak Julia berdating dengan Izham. Takkanlah mereka tak pernah keluar dating selama mereka curang dibelakang Farah? Macam mana Izham dan Julia boleh saling jatuh cinta? Aku tahulah Julia itu sangat cantik, putih, badan macam model sampai Izham boleh jatuh cinta tetapi takkan lah Julia sendiri sanggup tikam Farah? Pening kepala aku memikirkan masalah mereka bertiga tambahan pula Julia langsung tak nampak bayang nak balik ke rumah. Takkanlah Julia pun nak pindah rumah?


Sudah dua minggu Farah berpindah rumah. Nombor telefon habis ditukarnya, aku sudah tak berhubung dengan Farah selepas dia keluar dari rumah sewa kami berempat ini. Aimi beritahu aku yang kadang-kala dia terserempak dengan Farah memandangkan tempat kerja mereka dekat tetapi Farah seperti benar-benar mahu putuskan hubungan persahabatan apabila Farah buat-buat seperti tidak kenal dan tidak nampak akan kehadiran Aimi. Julia pula bersikap seperti tiada apa yang berlaku. Masih ceria seperti selalu.

Aku tidak dapat meneka perasaan Aimi yang sebenar. Apakah dia marah pada Julia atau dia bergembira dengan pemergian Farah dari rumah sewa kami itu. Aimi, Farah dan Julia berkawan dari zaman sekolah menengah lagi sampailah masuk zaman universiti dan alam pekerjaan. Disebabkan terdapat dua bilik ditingkat atas dan salah satunya merupakan bilik Aimi, jadi Aimi bercadang hendak mencari housemate baru iaitu aku disebabkan dia takut hendak berada seorang ditingkat atas. Awal-awal tu memang agak janggal, yela mereka bertiga memang sudah kenal rapat dan aku pula tak ubah macam tetamu tak diundang sahaja tetapi lama ke lamaan aku mula rapat dengan housemates aku bermula dengan Aimi dan seterusnya Farah dan Julia disebabkan beberapa kes ‘mengusik’ yang berlaku. Kini hampir empat tahun aku berada dirumah sewa tersebut bersama mereka bertiga. Kami bahagia, bergelak tawa dan menangis bersama dan tiba-tiba semua nikmat itu perlahan-lahan hilang.

Aimi dan Farah selalu bertengkar walaupun hanya perkara remeh-temeh, bermasam muka jangan dikiralah berhari-hari dan selepas itu mereka berdua akan bergelak tawa macam tak pernah bergaduh langsung. Mulut Aimi memang tak ada insurance, pakai cakap lepas sahaja. Farah pula pada pandangan orang lain jenis yang cakap besar dan sedikit show off disebabkan Farah berasal dari keluarga yang agak senang. Aimi sentiasa tak senang hati bila Farah mula bercakap besar dan bermulalah episode drama panjang pertengkaran mereka berdua. Bagi aku, Aimi ni jenis yang bercakap jujur dan Farah bukanlah jenis suka menunjuk atau bercakap besar tetapi lebih kepada bersifat suka berkongsi kisah hidupnya dengan orang-orang yang dia sayang dan percaya tetapi kedua-duanya salah mengerti dan tidak bersefahaman. Julia ini pula jenis senyum je bila orang cakap, cantik seperti wanita berdarah kacukan, sopan-santun dan aku akui memang ada ciri-ciri wanita melayu terakhir terdapat pada Julia.

Walaupun aku sudah empat tahun berkawan dengan mereka tetapi masih lagi untuk sesetengah perkara aku rasa aku tak patut ambil tahu. Mungkin juga sebab sikap annoying aku yang less-social ini. Memandangkan Aimi dan Julia bertindak seperti tiada apa yang berlaku, aku ambil keputusan untuk mendiamkan diri sampai salah seorang dari mereka bercerita sendiri pada aku dan kini aku tahu, inilah permulaan untuk kesilapan aku yang terbesar yang aku kesali sampai saat aku menulis kisah ini dan mungkin sampai selamanya selagi ‘dia’ tidak ditemui.

Seperti biasa, aku menuruni tangga dan menuju ke dapur. Malam ini Aimi memintaku untuk membuat Pie-Crustless with extra cheese. Aimi balik lambat sedikit disebabkan boss besar turun padang. Julia sampai rumah hampir pukul 7 tadi dan kelihatan agak lemah. Julia beritahu aku yang dia ingin berehat sebentar dan akan turun makan selepas itu. Aku pula sempat menulis beberapa bab dan berhenti untuk menyiapkan makanan Aimi. Aku menutup pintu dan berjalan menuruni tangga. Sebelum sampai diruang dapur, aku terdengar satu bunyi yang agak kuat. Kaki aku terhenti dari melangkah. Aku pasti bunyi itu datang dari arah dapur.

‘KRUKKK! KRUKKK! KRUKK!!!’

Aku mengatur langkah perlahan-lahan menuju kearah dapur, bunyi tersebut semakin jelas kedengaran. Hati aku berasa tidak sedap tetapi aku gagahi juga untuk melangkah dan melihat keadaan didapur.

Kosong. Sunyi.

Bunyi yang aku dengar tadi hilang begitu sahaja. Angin kuat tiba-tiba datang dan menampar pipi aku. Seluruh badan aku terasa sejuk. Aku melangkah masuk kedalam ruang dapur. Tanganku pantas menutup hidung apabila bau busuk menerpa. Mataku bulat membutang dan laju kakiku menuju ke sinki dan memuntahkan segala isi perut. Aku mengurut dada beberapa kali dan muntah kembali apabila terpandang beberapa bangkai tikus yang sudah dirobek isi perut dan dicabut kepala, tangan dan kakinya. Sesetengah bahagian hilang seperti sudah dilapah sesuatu.

Aku cepat-cepat mengambil penyedok dan penyapu untuk mencuci bangkai tikus yang berada dilantai, tanganku yang tangkas mencuci terhenti apabila terasa seperti sesuatu sedang menghampiri. Semakin lama semakin dekat. Tubuh aku terkaku.

“Su nak sikit???.”

Julia berada disebelahku sambil mulutnya yang dipenuhi d4rah tersenyum sinis memandang aku. Tangannya sebelah memegang separuh badan tikus yang seperti sudah dimakan. Aku terkedu, tergamam. Julia menyanyi riang dan mengutip bangkai-bangkai tikus yang aku sapu tadi kedalam beg plastik yang diambil didalam laci dan melangkah memasuki biliknya sambil tersenyum melirik kearahku.

Aku mesej Aimi beritahu yang aku tidak sihat dan tidak mampu hendak buatkan pie-crustless nya, aku berjanji yang esoknya aku akan buatkan jikalau aku sihat. Aimi beria suruh aku berehat secukupnya dan beritahu yang dia sudah kenyang makan diluar bersama bossnya. Mungkin dia tak nak aku rasa serba salah. Aku terlalu takut dengan apa yang baru aku saksikan tadi sampai aku kunci pintu bilik aku dan menarik meja komputer aku untuk menutup bahagian pintu bagi mengelakkan Julia membuka pintu bilik aku secara tiba-tiba.

Badanku berbungkus dengan selimut. Kepalaku kembali teringat pada kejadian ketika aku hendak memasuki bilik. Selepas aku terketar-ketar mengelap darah bangkai tikus yang terdapat dilantai, aku berniat untuk terus masuk kedalam bilik dan menguncikan diri. Langkah aku atur berhati-hati supaya tidak didengari oleh Julia. Aku menaiki tangga dalam keadaan berjengket dalam masa yang sama aku berdoa bersungguh-sungguh semoga Julia tidak perasan akan kehadiranku. Ketika lalu didepan biliknya sahaja sudah membuatkan skru kaki tanganku longgar apabila aku terdengar suara nyanyian halus dari bilik Julia.

“Empat dara duduk ditepi sungai~
Duduk menjerat hai ketam lah batu~” Nyanyian yang cukup menyeramkan, terasa seperti Julia betul-betul menyanyi dicuping telingaku. Keadaan sunyi dan senyap, hanya terdengar suara Julia menyanyi riang menambahkan ketakutan padaku. Beberapa anak tangga aku naiki perlahan-lahan dan automatik terhenti apabila ada suara menyapaku dari belakang. Lembut dan halus.

“Su nak pergi mana tuuu~?.” Soalan biasa yang aku dengar tetapi terasa lain pada saat ini. Bulu romaku berdiri sendiri. Aku menoleh kebelakang. Julia sedang berdiri dengan gaun baju tidur berwarna kuning cair yang bercampur dengan beberapa tompokan darah betul-betul berdiri di anak tangga yang pertama.

“Su naik dulu, tiba-tiba idea datang untuk novel Su tu, tu yang tak jadi nak masak tu.” Aku cuba menjawap tenang walaupun jelas kedengaran suaraku terketar-ketar. Julia hanya tersenyum. Senyuman yang sama. Melirik dan sinis.

Aku pasang earphone dan playlist ‘zikir&terapi’ aku mainkan sampai aku tertidur.

Tok! Tok! Tok!
Krungg~ krung~ krung~

Bunyi ketukan pintu dan tombol pintu dipulas berselang-seli kedengaran. Aku bangun dalam keadaan mamai melihat kearah pintu bilikku. Aku pandang earphone yang sudah tercabut dari telingaku. Mungkin tercabut ketika aku sedang tidur. Jam menunjukkan pukul 3.15 pagi.

Tok! Tok! Tok!
Krungg~ krungg~ krunggg~
Sekali lagi bunyi itu bertalu-talu berbunyi dan lebih kuat dari tadi.

“Siapa tu? Aimi ke? Julia?.” Bunyi ketukan dan tombol dipulas itu terhenti. Sepi.

Aku turun dari katil dan melangkah perlahan-lahan menuju ke pintu. Sekali lagi aku mengajukan soalan.

“Aimi ke? Ju…Julia?.” Masih sepi.

Tanganku sudah memegang tombol pintu dan hampir aku berniat untuk membukanya sebelum aku terdetik untuk menelefon Aimi.

Aku berjalan perlahan-lahan dan menuju kearah katil kembali. Aku capai fon dan ternampak satu notification mesej tidak dibaca. Dari Aimi.

“Assalamualaikum! Weii beb, sorry aku sleep over kat rumah boss aku dengan member yang lain. Kalau ada apa-apa kau mesej atau telefon aku, okay?. Sweet dream sweetie.”

Ya! Alangkah bagusnya kalau semua ni mimpi walaupun bukan mimpi yang manis dan terindah tetapi ia lebih manis daripada aku terpaksa menerima yang semua ini kenyataan dan benar. Aku tahu Julia yang berada diluar. Sedang menyanyi lagu yang sama.

“Empat dara duduk di tepi sungai~
Duduk menjerat hai ketamlah batu~……”

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

85 thoughts on “#DiariSu – Misteri Julia”

    • Sampai sekarang su x brni nak dengar lagu tu sampai habis. Hari tu terbuka tv siti saleha tgh nyanyi lagu ni dekat rancangan apa ntah, automatik tangan laju je tukar channel..haha

      Reply
    • Straight to the point.. kisah real kami 4serumah. Sekarang tinggal 2org je. Nanti su cerita details dlm smbungan. InshaaAllah kalau diberi umo yg pnjg.

      Reply
  1. baru tadi baca kat metro ada artikel kata 30% rakyat malaysia dikesan berpenyakit mental.
    mungkin farah hantar something kepada julia sehingga dia jadi mcm tu..?? atau julia adalah seorg psycho..tak sabar tunggu part 2..

    Reply
  2. erm..tibe2 cikbambam rs bersyukur sgt dpt housemate pemalas..better pemalas dari dpt housemate psiko..huhuhu..

    Setori best..sambung pliss..?

    Reply
  3. “Empat dara duduk di tepi sungai~
    Duduk menjerat hai ketamlah batu~
    Manis rupa hai elok perangai~
    Sukar dipilih yang mana lah satu~

    sambung cepattt #DiariSu 😀

    Reply
    • Not official writer.. write- publish sndiri& jual sendiri..haha sebab Su tulis suka2.. boss pun kwn baik sndri jgk. Klu nk msuk market xlayak kot. Byk procedure, byk agreement, byk yg can n cannot do so terbit sendiri lbh senang hati..

      Reply
  4. 1 je weh nak tanya..please sesorg tolong jwb
    ahaksss
    org yg psiko ni mmg suka mkn n bela binatang2 tikus lipas bagai kah???
    mostly cite i baca mesti melibatkan binatang2 itu..maybe itu salah 1 silibus dlm hidup seorg yg bergelar psiko kot…
    hihi

    Reply
  5. cepat sambung hahahaha
    eksaited nak tahu kisah seterus nya
    #baideway , semalam aku nampak seko cicak besar pegi gigit eko cicak kecik . aku taktau dia nak makan cicak kecik tu atau dia bergurau mcm kucing . haih . cicak makan cicak ? dasar cicak otak mental !

    Reply
  6. Boleh jadi awek Rashid si JULIA BANOS ni. Memang orang psiko ni jenis yang suka membela serangga bukan2 binatang bukan2 agaknyakan. Dorang ni aku tak faham mostly budak pandai tapi kenapa otak tu boleh pulak ada yang tak betulnya? Dah pandai tu patutnya takdelah peratus untuk jadi bengap macam ni. Haih aku sumpah aku tak faham.

    Reply
    • julia banos pun boleh hahahahahahahaha.. aku pun rse mcm tu sbb bdk2 ni semua guna pakai serangga apa bende tu semua kan? ke kebetulan semata2? mcm cerite kau oun lebih krg same je wei….

      Reply
    • WEI FAZ. KO NI PON PSIKO KE? ASAL AKU TENGOK KOMEN #HANIF DEKAT STORY KO #KAWANAKUPSIKO2 GAMBAR KO?? ORANG YG SAMA KE?

      Reply
      • Hahahahaha kan! Aku pun pernah kena mcm ni lah. Gambar kartun tukar 3 kali. Takpun gambar lain. Lastnya aku pakai gambar sendiri. Tp yang ni mcm kenal? Jadahnya org yg sama! Kau nak kata aku yg komen jugak ke mcm mana?? Kalau kau perasan komen2 budak2 ni kat cerita aku ada yg pakai gambar kartun org yg sama tp tukar gambar kartun org lain. Tak percaya kau try check. Adios

        Reply
        • Oooo.. aku pun pena kena sekali..aku komen salah then aku typo then aku nk betulkan typo then submit komen aku balik skali gmba alien tu tuka alien len. Gmbar alien tu gmbr alien org len..aku try lg bau kluar gmbr alien aku.yg ni kan si Mika? Aku ade nmpk dia komen kt citer ape tah td.cer tnye dia hahah

          Reply
          • Faz pena kena sampai tiga kali. Mika xde kat rumah, dia balik rumah mak dia kena pm tepi lah jawabnya. Tak memasal kena kecam? Tp tu memang gambar alien dia? Ingat org xkenal dia lahtu agaknya.

          • Hahaha.,,, pasal gambar alien je pun..kne sound sbb ingatkan org yg same lahtu. baik ko tanye mika cpt2 faz. tp dh pagi dia hidup lg ke?hahaha….

          • Ala lek ah aku pun pernah kene ah bro gambar kartun tukar gambar kartun lain.. Aku pena kena tertukar dgn kartun kak yulie hahahah terkezut aku dh knp kartun lain plak..

          • Patut aku ade nmpk ade org pakai gmbr ko faz jd ko and komen kat mana2 citer bru updte satu haritu rpenye bukan ko ye mati2 mak ingatkan ko faz. rmai kan klu xsilap

          • aku tak cakap pasal gambar alien. gambar alien ni akan bertukar kalau korang salah satu huruf untuk email. contoh gambar alien aku. aku sengaja letak salah email. aku cakap pasal GAMBAR REAL ko faz. #hanif pon guna gmbar ko. apa kes?

        • Haishhh… bkn nk back up sesape tp ingat seronok ke ada kwn psiko ni? Setiap saat duk rasa mcm bila2 masa je dia boleh bunuh kita. So, mmg akan rsa marah bila kita kna handle org psiko, org tuduh kita pula psiko. Yg si psiko tu seronok la sbb nma pun spiko.

          #nakpahampahamlatakpahambagipaham
          #takpernahbersyukursebabdapathousematepsiko
          #tetibaemo

          Reply
          • housemate makcik dulu org iran, student phd ..25 jam kena bnyak bersabor..semo dia nak conquer..peti ais besar dia punya, y kecik share ramai2 4 orang, ampaian ada 5 tali, 3 milik tetap dia..time nak solat nak2 maghrib dia ajak borak sbb dia syiah, semayang combine.brg dia jgn disentuh..haippp…tahan 3 tahun la jgk..kluar sbb nak kawin..

            puuun..jauh lbh baik dari housemate psiko..kat situ makcik bersyukur…

        • Psiko bkn spiko..haha sampai tersalah eja la. Emo punya psal.

          To Medicalstudent:
          Bukan marah just emo for sometime bila brckp psl psiko.

          Reply
  7. Salam.best story su.cepat sambung ye.tak sabo nak tahu next story.adakah keadaan mental psiko juga ada kaitan dgn gangguan jin?

    Reply
  8. rasanya diorg ni seperguruan la…. nyanyi2 lagu menyeramkan, makan binatang2 dan serangga yang menjijikkan. senyum sinis.

    by the way, harap sambung cecepat su.

    Reply
  9. Salam.. kalau sudi dan berminat bolehlah follow fb/ page HantuNovel. Disitu Su ada post sambungan kisah ni. Kat FS mungkin makan hari @ x diterbitkan jika tak ikut ciri2nya. Tiada paksaan.

    Reply
  10. sy rasa aimi yg buat onar.. sb dia ckp :”tgk la kalau jd, lagi tiga bulan”

    tp julia suspek utama. sb dia dh berubah sikap n pc nk kawin tunangan kawan sendiri.

    Reply

Leave a Comment