Diekori

“Diekori”

Assalamualaikum FS dan kepada pembaca semua. Terima kasih pada FS jika sudi paparkan cerita ni. Sebenarnya cerita ni aku penah sharekan kat page lain. Tapi saja aku nak share pada FS dan pembaca setia FS.

Maaf jika sekiranya cerita aku ini tak berapa seram sangat tapi bagi aku antara banyak pengalamanaku pengalaman yang ni paling aku tak boleh lupakan walaupun dah terjadi 6tahun lepas.

Agak panjang pulak mukadimahnye.. ok la aku mulakan ye. Di hari yang biasa rutin aku dan suami seusai balik dari kerja,kami akan singgah ke rumah mak kami( mak mertua aku) perjalanan dari rumah mak mertua aku ke rumah sewa tak jauh hanya berapa minit saja perjalanan.

Dari rumah mertua ke rumah sewa kami ada 2 jalan. Yang pertama jalannya agak jauh sikit dan yang ke 2 jalan tu dekat sikit ke rumah. Jalan yang dekat itu terdapat banyak pokok pokok besar di tepi jalan dan lampu jalan pun agak tak banyak dan sunyi tapi jalan itulah jalan kebiasaan yang kami lalui. Tapi sekarang jalan ni dah takda pokok sgt sebab dah membangun.

Pada hari tersebut jam 11.30mlm lebih kurang kami bergerak untuk balik ke rumah seperti rutin harian kami dan kami takde la nak fikir ape2 waktu tu dan sampai je kat rumah aku seperti biasa ambil towel dalam bilik dan nak pergi mandi waktu tu pulak aku tengah “bendera jepun” jadi memang tak selesa la. Kalau boleh nak cepat2 mandi dan rehat.

Seusai mandi tiba giliran suami pulak mandi dan disinilah bermulanya kisah seram itu. Waktu tu aku sedang sikat rambut dan mengadap cermin. Sedang syok je mengelamun depan cermin tengok muka banyak dah rupanya jeragat naik,huhuhuhu risaunye aku, tetiba hati rasa tak sedap sangat seperti diperhatikan dekat sudut bilik, tapi aku malas nak layan perasaan aku, dan rasa tak sedap hati tu makin kuat mata ni rasa nak menoleh dan melihat sudut bilik. Kiranya cermin aku kat belah depan, sudut bilik kat belah belakang. Sebelahan dengan pintu masuk, katil pulak dekat sebelah kiri cermin.( camne nak terangkan ek.pandai2 la korang bayangkan hahaha).

Pastu aku terus je toleh belakang dan masya Allah! Terkejut aku rupanya “benda” tu yang duk perhati aku! Dengan tak semena2 badan aku macam di sambar halilintar terus mengigil,kaki rasa berat nak angkat. “Benda” tu tenung aku aku,pertama kali dalam seumur hidup die munculkan diri, rambutnya panjang ke bawah,baju putih ade tompok tompok darah dan coklat2 rupa die aku tak tengok tepat. Mujur waktu tu aku ingat untuk baca ayatul kursi dalam hati tapi aku rasa bacaan aku tunggang langgang sambil mata aku pejam tapi seperti orang curi-curi tengok tu.

Aku tengok “benda” tu seakan bergerak kat aku,kaki die aku tak nampak wei,die gerak macam tersekat2 tu. Tak tau kenapa mungkin sebab aku ada baca ayat dalam hati kot. Bila nampak camtu aku terus lompat naik atas katil ambil selimut selubung 1 badan.

Dalam selimut aku tak putus putus baca ayat yang aku ingat rasanya segala doa aku baca dalam hati doa makan,doa tidur,doa masuk tandas pun aku baca mengigil tahap maksima.

Dalam masa aku tengah selubung tu, suami aku dah siap mandi dan die siap2 nak solat pastu die pelik tengok aku,aku ni jenis tak suka guna selimut waktu tidur tambah2 nak selubung bagai ni. Jadi die pun tanya ” yunk kenapa yunk selubung 1 badan ni?” Aku masa tu dalam keadaan mengigil tapi tetap gagahkan diri tengok suami. Mulut aku macam dah terkunci nak bersuara, suara seperti dah tersekat kat kerongkong kerana terlalu takot mungkin. Bila buka je selimut dan tengok suami aku. DAMN!!!!! Sekali lagi halilintar seakan2 menyambar diri aku ni. Korang tau tak “benda” tu masih ada. Masih ada wei dan ” benda” tu depan suami aku!! Sebelahan je dia berdiri sambil “die” perhati suami aku. Degupan jantung aku mungkin waktu tu dah high level agaknye nak bernafas pun macam tersekat muka semestinya pucat ibarat darah dah kering dalam badan. Aku cuba gagahkan jugak diri ni aku tunduk dengan tangn yang terketar tunjuk benda tu kat suami aku kemudian terus aku tarik selimut selubung kembali dan gigilan aku ni tak berhenti bacaan aku jugak tak berhenti aku terus membaca dan berdoa. Waktu aku tunjuk benda tu suami aku ni seakan die faham maksud aku. Maka die cepat ambil sejadah dan solat,kebetulan die belum solat lagi waktu tu. Aku dengar bacaan suami aku walaupun die baca tak berapa kuat tp bacaan tu seperti terketar2.

Selepas habis suami aku solat die terus lompat atas katil dan selubung sama dengan aku.Suami aku berbisik pada aku “yunk masa abang solat tadi meremang je bulu tengkuk abang ni, dah baca apa yang patut jom tidur” . Aku pulak nak balas cakap suami nak cakap ” benda” tu ada kat depan abang tadi. Baru aku nak bersuara “ab….” suami aku tutup mulut aku suruh tidur dan baca segala ayat.

malam tu aku memang tak boleh tidur sehingga pagi. Mujur la die tak kacau waktu kami selubungtu.

Pagi tu, aku terus demam suami suruh aku mc. Tapi aku tak nak sebab aku takot tinggal sorang kat rumah. Aku gagahkan diri untuk pergi kerja jugak. Suami aku call mak cerita segalanya

Malam tu mertua bawa aku jumpa ustaz untuk pulihkan semula semangat aku. Ustaz tu tanya, adakah kiteorang jalan kat kawasan yang banyak pokok2 tu. Aku mengiakan. Ustaz tu cakap kawasan tu memang kawasan “dia” ramai dah orang yang kena gangu dengan “dia” ni. Ustaz tu bagi aku air suruh minum dan air untuk renjis rumah.

Ustaz tu siap nasihatkan supaya lebih beringat lain kali dan bila nak masuk rumah amalkan surah kursi dan 3 qul jadi “benda” tu takkan dapat masuk rumah.
Sejak dari kejadian tu,kami sentiasa beringat dan suami dah tak lalu jalan tu lagi. Kmi hanya ambil jalan yang jauh jika pulang dari rumah mertua.

Sekian.

P/s beringat lah sebelum kena ye. Ada lagi kisah aku nak share. Tp jika korang nak aku share la.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on “Diekori”

  1. Aku tengok “benda” tu seakan bergerak kat aku,kaki die aku tak nampak wei,die gerak macam tersekat2 tu. <– tersekat-sekat? Internet dia slow tu kak. Lagging.

    Reply

Leave a Comment