Dirasuk Hantu Langsuir Tarian Tradisi

Assalamualaikum kepada pembaca FS , perkenalkan diri saya (AKU pggilan untuk dalam cerita) sbgai diane dan berumur 23 tahun. Aku ingin berkongsi cerita mengenai kawan baik aku yang pernah dirasuk ketika menari tarian tradisional yg dirahsiakan nama tariannya ..

Hendak dijadikan cerita , kawan aku yg aku gelarkan sebagai mia(nama samaran) merupakan penuntut di sebuah kolej yang amat meminati seni tarian . Di kolej mia sangat aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kolejnya . Setiap aktiviti yang berkaitan dengan tarian .. mia akan sertainya .

Selain itu . Mia juga merupakan koreographer utk kelab tarian di kolej nya sekali gus sebagai orang yang bertanggungjawab dalam tatarias setiap penari di dalam kelab tariannya . Mia mempunyai lenggokkan tarian yang sangat cantik serta pengerakan badan yang lemah gemalai .

Semuanya terjadi setelah mia menyertai satu pertunjukkan tarian .. mia telah mempersembahkan tarian tradisi pada malam itu .. selepas 2hari daripada pertunjukan tersebut .. tiba tiba mia pengsan dan tidak sedarkan diri .. akibat panik kerana mia tiba tiba pengsan .. aku meminta pertolongan daripada ustaz badrul di asrama kolej aku untuk menyedarkan mia.mia telah dibawa dibilik rawatan untuk dirawat oleh ustaz badrul . setelah ustaz membaca “sesuatu yang aku tidak pasti” , akhirnya mia sedarkan diri , tapi perwatakan mia seolah olah berubah menjadi orang lain ..

Aku melihat mia seakan akan membelai rambutnya dari kepala hingga ke perut , sedangkan masa itu mia masih lagi mengenakan tudung di kepalanya .
Pelik dengan situasi berkenaan . Ak menanyakan kepada ustaz tdi apa yang terjadi kepada mia .. peka akan soalan yang aku tanyakan , ustaz badrul mula membaca potongan ayat2 suci al-quran dan mia yang sebentar tadi membelai rambutnya terus memandang ustaz badrul dengan pandangan yang sinis lalu menyeringai menunjukan giginyaa .

Disebabkan aku berasa takut melihat keadaan mia , aku bertanya kepada ustaz apa yang berlaku kepada mia dan ustaz badrul memberitahu ada “benda” yang mengikut mia . Selepas itu ustaz badrul melaungkan azan di dalam bilik rawatan tersebut , secara automatik mia menjerit seakan akan dibakar api dan Selepas itu mia kembali pengsan semula .lalu aku bertanya kepada ustaz apa yang mengikut mia sehingga mia dirasuk lalu ustaz memberitahu “benda” yang mengikut mia itu adalah hantu yang menyerupai langsuir . Dye berkenan setelah mia menari tarian itu penuh dgan lenggok yang cantik yang menyebabkan hantu itu ingin mendampingi mia selain itu bait bait lagu yang mia menari merupakan mantera untuk memanggil hantu berkenaan. Aku cuma mampu mengangguk tanpa bercakap apa apa. setelah mia sedar .. mia mengadu kepalanya sakit dan seluruh badannya merasa lenguh lalu aku terus memceritakan perkara yang berlaku sebentar tadi kepada mia . Mia pada mulanya tidak percaya dengan cerita aku .. setelah aku menunjuk rakaman cctv yg berada di dalam bilik rawatan , mia seolah olah terkejut melihat keadaan dirinya yang dirasuk oleh langsuir tersebut .

Semenjak kejadian itu .. mia kelihatan murung dan sesekali mia akan memberitahu aku yang sekiranya mia dduk seorang diri atau berkhayal .. dya akan melihat bayangan hantu itu daripada ekoran anak matanya .. ketika mia berada didalam bilik berseorangan , mia kembali menyisir rambutnya seakan kejadian pertama yang berlaku tetapi aku biarkan kerana waktu itu aku ingin turun ke cafe kolej untuk membeli makanan kepada mia .. setelah aku balik ke bilik , aku dapati mia tengah duduk bersipuh di atas lantai dan lenggok tangannya seperti sedang menari tarian tradisi tetapi kali ini lenggokkan tangan tidak selembut seperti persembahan dulu kerana lenggokkan tangan mia keras seperti orang yang baru belajar menari .. aku dengan beranikan diri menegur mia , “mia , aku dah belikan makanan untuk kau ni .. jum lah kita makan!” Tak ada respon dari mia .. yang keluar dri mulut mia cuma lahh bunyi “humming” lagu yang aku sendiri tak tahu tajuknya .. sekali lagi ak tegur mia ” hmmmm kalau kau tak nak makan , tak pe lahh aku makan sesorang je lahh “(ayat merajuk) , setelah itu Mia perlahan lahan memandang aku dengan senyuman yang agak menakutkan bagi aku .. dannn seterusnyaaa…………….(akan bersambung)

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

14 thoughts on “Dirasuk Hantu Langsuir Tarian Tradisi”

  1. tuan rumah bukak pintu, kita baru nak masuk dalam rumah, tiba2 tuan rumah tutup pintu balik. kita pun blur.

    baru nak feel baca, tiba2 bsambung.

    Reply
  2. kau ingat kau best nk buat kami tertunggu2 la sambungan cerite kau ? pergi la kau sane !! 000000000000000000000000000000000000000000000000000000/10

    Reply
  3. Pelik…kte student….pihak pengurusan xkn tunjuk rakaman CCTV kat student….kecuali MPP or kecurian atau seupamanya….stakat nk tunjuk budak tu kne rasuk mmg x la pihak pengurusan nk tunjuk…

    Note: pihak pengurusan yg sy mksdkn termsk jugak dgn securiti

    Reply
  4. aku penah berdepan degn org kene rasuk pandangan dy,lengok ckp dy tangan dy belai rambut dy buat ak nak lari..seram gile..

    Reply

Leave a Comment