Disorok Anak Jin – part 2

Terima kasih FS sebab siarkan cerita disorok Anak Jin. Ramai yang tertanya tanya apa dah jadi pada mak abang dan ayah aku kan. Hari tu aku sedih sangat dan tak dapat nak Kawal emosi.walaupun cerita tu dah 13 tahun berlalu,aku akan ingat setiap detik saat yang menyedihkan tu .maaf juga sebab banyak typo.

Selepas siap Makan, ayah mula batuk batuk kecil. Aku Nampak ayah macam tak selesa dan takut.Seperti nampak sesuatu .cepat dia ajak kami bergerak walaupun ketika tu aku belum habis makan .Aku memang makan agak lambat, bak kata abg long aku ,terkemut kemut nak habiskan makan.hahahahah.

Kami memulakan perjalanan,Sampai di suatu selekoh , aku apat rasakan kereta terhuyung hayang kekiri dan kekanan jalan , aku tertido ketika itu . Aku dengar mak aku menjerit dan bammmmmm, bunyi dentuman kuat.

Pandangan aku gelap. Ketika aku cuba buka mata ,aku Nampak ayah aku cuba untuk berdiri dan memanggil aku. Aku memang tak dapat bangun dan lemah ya amat .kaki aku tak rasa pape.Aku fikir masa tu kaki aku patah.
korang boleh bayangkan tak suasana malam tu yang sunyi ,lampu kereta masih mnyala. Mak dan abang aku , aku tak nampak.Aku cuma Nampak ayah aku merangkak utk dapatkan aku. Adik…adik.

Tetiba satu bayang hitam yang besar menghampiri ayah ,ia mnikam ayah Dengan
sebatang kayu. Aku agak buluh.Aku cuba menjerit .tapi aku sangat lemah . Dan ayah terjatuh. Allahuakbar ,pilu bila mengingatkan kejadian itu.

Ayaahhhhhhhhh…aku bersuara perlahan .bayang hitam itu menghampiri aku tetapi aku ternampak dua susuk tubuh Cuba menghalang bayang hitam itu.Aku tak tahu mahkluk apa tu.satu susuk tubuh lagi Cuba mendapatkan aku.Aku ketika itu dalam keadaan meniarap. Aku terasa badan ku diangkat dan dibaringkan semula diatas jalan.makhluk yg menikam ayah aku kelihatan seperti api dan terbakar lalu menghilang. Mak dan abang aku ,tiba tiba Ada disisi aku. Aku dah tak larat dan aku tak tahu apa yang berlaku seterusnya.

Sebaik sedar aku berada dihospital,aku menjerit memanggil nama ayah,ibu dan abang.Tokwan mendapatkan aku dan memeluk aku sambil menenangkan aku .Angah ditepi aku menangis tidak berhenti.

“ Adik , ayah mak dan along dah tak Ada, semakin kuat tangisan angah .

Aku mengogoi menangis memanggil manggil Ayah dan mak. Rupanya sudah tiga hari aku koma. Tok wan menceritakan segalanya pada aku. Kami kemalangan . jenazah Ayah dijumpai dengan buluh terpacak dibahagian dada.mungkin terperosok ketika terkeluar dari kereta ketika kemalangan. cerita Tokwan .Mak dan along dijumpai terbaring disisi aku. Kata polis , kemalangan kami masih disiasat kerana terdapat unsur mencurigakan.

Sejak kejadian itu aku memang trauma . sebulan aku tidak hadir kesekolah . Penampakan budak misteri yang muncul didalam mimpi aku kmbali lagi. Ketika dia datang dalam mimpi,mukanya sugul.berkali kali dia meminta maaf kerana lambat menghulurkan pertolongan.kemudian kelibatnya hilang. dirumah kadangkala dia akan muncul.Aku jadi sudah biasa dengan kehadiran budak lelaki itu. Aku memang terperap didalam bilik. setiap malam aku meracau kerana mimpi buruk kemalangan yang menimpa kami.

Tok wan akhirnya membawa aku berubat, ustaz memberi air yang dibacakan yassin untuk pulihkan semangat aku. Ustaz beritahu tokwan yang aku menjadi saksi kematian ayahku dan ayahku mati bukan kerana kemalangan biasa tetapi kerana ilmu hitam. mengucap tokwan ,mengalir air matanya. sampai hati kau bunuh anak aku! Luah tokwan. Ustaz menepuk belakang tokwan dan berkata , Allah ada,Balasan pasti untuk mereka yang syirik kepada allah.

sebelum pulang Ustaz sempat berpesan kepada Tokwan , jaga cucu pak cik baik baik, ada makhluk ingin berdamping bersamanya .ajarkan dia ilmu agama,jangan tinggal solat . saya cuba usahakan dari sini untuk ubatkan dia.

sejak balik berubat , aku sudah tidak lagi bermimpi ayah mak dan along. Aku sudah mula kesekolah . Opah dan tok wan memang mengajarku ilmu agama .solat tidak boleh tinggal. Hatiku mula tenang.

Namun aku tetap bersendirian , tidak lagi bermain seperti selalu bersama apiz murni dan ennie.duniaku didalam bilik. Balik sekolah terperap didalam bilik. keluar hanya utk solat makan dan sesekali membantu opah melakukan kerja rumah.

Dan masa terus berlalu. Budak misteri pon sudah lama tidak kelihatan. sesekali aku pernah nampak kelibat tapi tidak kelihatan.Aku abaikan sahaja.

Sehinggalah aku berusia 16 Tahun, selepas pulang dari kelas tuisyen , Aku menunggu angah diperhentian bas untuk menjemput aku pulang. selalunya aku tunggu Angah didepan kedai runcit kerana disitu cerah dan terang.Seorang lelaki yang tidak aku kenali agak mencurigakan menghampiri aku. Kemudian dia tetiba menarik beg sandang aku. Aku melawan .Lelaki itu menjerit .lepaskan beg ni atau aku kerjakan kau. Entah dari mana datangnya keberanian aku untuk melawan.

Lelaki itu menolak aku sehingga jatuh tersembam. kemudian tetiba matanya terjegil dan menjerit hantuuuuuuuuuuuuuu…Aku berpaling kebelakang tapi tiada sesiapa..

Mat pek giler agaknya.ngomel aku sendirian.

Angah sampai dan marahkan aku kenapa tunggu disitu kerana gelap.jadi pape kan susah. masuk je dalam kereta, angah bagi soalan cepumas.

” Dik, pakwe ke tadi? hensem. Tapi jangan buat lagi ye tunggu kat situ.Puas angah cari adik tadi tau”

” Pakwe mana angah ni. Takde sesiapa kat situlah.”

Aku dan angah berpandangan…

To be continued…

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

27 thoughts on “Disorok Anak Jin – part 2”

  1. tak payah komen lah siaaa..
    orang datang sini nak baca ceritya je bukan nak baca komen korang!

    btw cerita awak best. ni bukan komen. ni pujian.

    7/10

    sarcasm

    Reply
      • hmm…bila org2 kg bunian dah takde, diorg yg kecam tu bukan rajin pun nak komen…..

        saje busuk hati nak kutuk je….diorg wujud, bila org kg bunian wujud…diorg dah takde…pengecam pun takde…

        Reply
  2. diibaratkan perut ngko lapa.tgh syok2 ngadap ayam kepci tibe2 ngko nampak telo lalat kat ayam tu..camtu la perasaan aq bile baca cerita ngko ni..hahaha..tgh bersemangat baca tup tup da abes.hahaha.

    nice story writer.semoga ngko tabah.cerita sblm ni aq x baca lg.nt aq cari.

    Reply

Leave a Comment