Disorok Cik Gula-gula

As salam FS. Terima kasih sebab post cerita aku ni. Nama aku Lisa (Bukan nama sebenar). Ni pengalaman aku masa aku sekolah menengah dulu. Masa tu aku berada di tingkatan 5.
Ceritanya, pihak sekolah ada buat perkhemahan unit beruniform untuk pelajar tingkatan 1,2 & 3 selama 3 hari 2 malam. Aku dan beberapa orang rakan aku diminta untuk menjadi fasilitator. Senang cakap bantu guru-guru untuk menguruskan kem tu. Kami kakak-kakak dengan abang-abang fasi ni adalah dalam 10 orang. 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Kem ini dalam kawasan sekolah je. Kami pacak khemah di padang sekolah (padang sekolah belakang blok D). Khemah untuk pelajar-pelajar tu di bahagi kepada dua. Khemah perempuan di susun belakang blok D, manakala khemah lelaki di susun dekat area pokok besar sebelah bilik komputer. Dekat area khemah lelaki ada satu lagi bangunan, itu bangunan untuk kelas pelajar khas. Kami panggil kelas pemulihan. Dulu bangunan tu rumah pengetua. Sekarang pengetua dah tak duduk situ dah.
Memang setiap tahun kem ni akan diadakan. Semua pelajar lapor diri pada petang jumaat tu. Jadi semua orang berkumpul di kantin sekolah untuk mendengar taklimat. Ada sorang cikgu aku ni, namanya cikgu Siti. Dia tinggal kat kuaters guru di hujung padang. Dia bagi tahu aku dengan kawan aku Yasmin yang kami perlu ingatkan semua pelajar supaya ikut perturan dan jangan seronok sangat. Oh, lupa nak bagi tahu, aku sebagai ketua fasi perempuan. Jadi aku bertanggungjawab untuk menjaga semua pelajar perempuan.

MALAM PERTAMA
Waktu nak tidur tu semua pelajar dah masuk khemah kami fasi-fasi ni dengan cikgu siti stay lagi diluar khemah. Nak tunggu sampai semua pelajar tidur. Tengah syok borak-borak, cantik je burung hantu terbang atas kami. Bukan seekor, tapi 2 ekor. Terbang dan terus bertenggek atas wayar dekat dengan surau. Cikgu siti terus suruh aku dengan Yasmin untuk cek semua khemah. Takut ada pelajar yang masih tak tidur. Kawan aku si Yasmin ni ada deria ke 6. Dia boleh rasa dan nampak kehadiran makhluk halus ni. Tengah jalan usha-usha khemah budak-budak ni tiba-tiba Yasmin tarik lengan aku dan ajak aku balik khemah kami. Tangan dia sejuk dan dia pandang bawah je. Aku dah tak sedap hati. Aku ni nak kata berani tak la jugak. Takut-takut berani gitu. Aku tanya la dia “ko kenapa?” . Dia bisik dekat telinga aku, “tu tengok dekat atas pokok tu”. “apa? Mana ada apa-apa”. Yasmin tepuk bahu aku, “cakap la slow-slow, tu atas pokok tu ko tengok la betul-betul lisa, ada kain putih dengan galah warna hitam tinggi betul”. Lepas je Yasmin cakap macam tu aku terus tarik tangan dia pergi kearah cikgu siti. Cikgu Siti terus cakap kat kami “itu pasal saya suruh awak berdua cek budak-budak tu dah tidur ke belum. Saya risaukan yang awak nampak tu Yasmin”. Aku balas balik “cikgu pun nampak ke?”. Cikgu Siti senyum je dan terus ajak kami masuk khemah dan tidur. Malam tu berlalu dengan kedaan jantung aku dupdadupdap.

MALAM KEDUA
Jam sudah menunjukkan pukul 7 Malam. 15 minit lagi waktu magrib akan tiba. Aku dengan Yasmin dah siap-siap nak ke surau. Pelajar semua aku tengok dah elok duduk dalam surau berwirid. Tengah jalan nak ke surau tu fasi lelaki aku panggil Arif. Arif ni ketua fasi lelaki. Dia panggil aku dengan Yasmin. “Lisa Min bad news. Ada sorang budak hilang”. Aku dengan Yasmin terkejut dan terus menjengahkan kepala ke dalam surau. Yasmin tanya “siapa? Budak mana? Tingkatan berapa? Bila hilangnya? Cikgu tau tak?. Yasmin ni kalut sikit orangnya. “korang dah cari betul-betul ke? Kejap lagi nak maghrib ni.” Aku bersuara. “sungguh lisa, kami fasi laki semua dah habis pusing satu sekolah dah cari budak tu. Budak tu tingkatan satu. Cikgu dah tau”. Arif terangkan dengan wajah kerisauan. Arif ni bab-bab agama boleh tahan la juga. Lepas magrib kami sambung cari budak yang hilang tu.

Fasi perempuan yang lain diarahkan membawa semua pelajar untuk dikumpulkan dikantin. Aku, Yasmin, Arif dan fasi lelaki teruskan usaha mencari budak yang hilang tu. Korang bayangkan la kami buka setiap khemah, kami masuk setiap kelas, kami cek setiap toilet dan setiap pelusuk sekolah kami cari. Tapi masih tak jumpa. Ada fasi lelaki yang naik motor pergi cek di khemah-khemah. Dengan bantuan lampu motor setiap khemah di suluh. Tapi khemah kosong. Jam dah pukul 9 malam. Kami dah mati akal nak cari. Mesti korang nak cakap “takkan tak ada ustaz”. Ada tapi ustaz daripada rumah dia yang makan masa 30 minit nak sampai sekolah. Lepas asar tu ustaz balik ke rumahnya, sebab bini ustaz call anaknya demam nak bawak ke klinik. Ustaz dah pesan lepas magrib dia datang semula.

Aku dah buntu. Yasmin kata budak tu mungkin kena sorok. Arif yang tengah duduk tiba-tiba bangun dan pergi ke bucu surau. Aku dengan Yasmin hanya memerhati. Fasi lelaki yang lain masih mencari dikawasan khemah. Arif angkat tangan kanannya dan diletakkan ditelinga. Dia melaungkan azan lepas tu aku dengar dia baca Ayatul Qursi, 3 kul dan Al-Fatihah. Tak lama tu aku nampak Arif pandang kearah khemah lelaki. Aku dengan Yasmin pun pandang la. “Allah” ayat pertama yang keluar dari mulut aku. Yasmin terus tutup mata dia. Lepas je Arif azan dan baca segala surah tu, elok je aku nampak cik gula-gula bangun dari satu khemah dan melompat-lomapat kearah belakang rumah pengetua dan fasi lelaki yang berdekatan khemah terus berlari tuju ke khemah tadi. Barulah kami dengar suara budak menangis.

Arif ambik budak tu dan disuruh duduk. Masa ni kami dah di bilik pengawas. Budak tu mukanya dah pucat sangat. Macam dah tak ada darah. Arif ambik air dan aku nampak dia baca-baca kat air tu, di sapunya dekat muka budak tapi budak tu masih tak sedar. Tak lama tu “ Assalammualaikum, maaf saya lambat”. Ustaz Ali pun sampai. Hati aku membara-bara je pandang ustaz Ali. Yelah Ustaz sampai lambat. Tapi bila aku tengok baju melayu Rabbani yang ustaz Ali pakai basah dek peluh, aku anggap mungkin kereta dia rosak tengah jalan.

Lepas Ustaz Ali dah kembalikan semangat budak tu, ustaz tanya “amir macam mana awak boleh berada kat dalam khemah?”. Amir masih tersedu-sedu menahan tangisan.

AKU SEBAGAI AMIR
Aku orang terakhir yang mandi. Aku nampak Ijat di pintu keluar toilet. Aku katakan padanya “ Jat, ko tunggu aku ya”. Aku nampak ijat menganggukkan kepalanya. Aku pun masuk la mandi. Lepas siap mandi aku keluar, aku tengok Ijat dah tak ada dan hanya aku seorang je yang tinggal di dalam toilet. Aku pun siap-siap ambik barang semua, aku jalan terus keluar. Toilet dekat Blok A, elok aku nak sampai ke blok B, aku terasa macam ada orang pandang aku. Aku toleh kearah toilet, Ya Allah pocong. aku terus alihkan pandangan. Dalam hati aku, ‘mungkin pandangan je kot’. Skali lagi aku pandang, memang betul makhluk tu. Aku terus belari balik ke khemah. Sambil berlari aku toleh lagi aku nampak pocong tu dah ada tak jauh dari aku. Aku terus lari masuk dalam khemah dan aku zip. Dekat khemah dah tak ada sesiapa. Aku tunggu dalam 2-3 minit untuk aku redakan perasaan gemuruh. Aku dengar dah azan. Aku bukak la zip khemah sebab nak keluar ke surau. Elok aku bukak benda tu elok duduk tercongok depan aku. Aku menjerit aku zip semula khemah. Selang beberapa minit aku buka semula, benda tu masih di situ. Aku dengar abang-abang dan kakak fasi panggil aku. Aku jerit panggil mereka. Tapi tak seorang pun yang dengar. Berapa kali abang-abang fasi datang ke khemah aku cari aku. Aku nampak abang fasi, tapi dia tak nampak aku. Benda tu duduk betul-betul di depan zip khemah. Dia gelakkan aku bila aku panggil abang fasi tapi abang fasi tak dengar dan berlalu meninggalkan aku. Aku dah tak terdaya, aku hanya mampu menangis. Lamanya benda tu duduk sambil menggelakkan aku. Mukanya mengerikan dengan matanya tiada, hitam seperti tengkorak. Tiba-tiba aku dengar azan dan benda tu terus bangun dan melompat. Aku semakin galak menangis. Aku dengar suara abang fasi cakap “dah jumpa, khemah ni”. Barulah abang fasi nampak aku. Aku dah tak larat nak bangun dan angkat kaki, abang fasi peluk aku dan angkat aku ke bilik pengawas.

Ustaz Ali hanya mengangguk tanda faham. 30 minit lepas tu ayah amir datang ambil dia. Demam budak tu. Arif soal ustaz “ Ustaz kenapa lambat sangat.” “ada kerja sikit tadi. Tu yang lambat” jawab ustaz Ali. Kami pandang ustaz Ali dengan pandangan tidak berpuas hati dengan jawapan beliau. “masa saya dalam perjalanan lepas magrib tadi, 10 minit perjalanan tiba-tiba kereta saya berat. Berat sangat sampai tak boleh bergerak. Saya tahu ada yang menghalang perjalanan saya ke sekolah. Sudahlah berat bau busuk yang kuat pula datang. Saya berhenti tepi jalan dengan enjin dimatikan. Lepas saya dah habis membaca beberapa potong ayat Quran saya cuba nak mulakan perjalanan semula. Tapi kerata saya tak boleh di start . 30 minit je saya dah hbs masa di situ. Bila dah ok, sampai je di depan pagar sekolah. Allah, bergayut-gayut makhluk Allah tu dekat pagar tak beri saya masuk.” Kami yang dengar ustaz cerita terus tegak segala bulu roma. “walauapapun, ingat syaitan dan jin selalu cuba menyesatkan kita ni. Kuatkan semangat dekatkan diri dengan Allah. InsyaAllah, Allah akan pelihara dan jaga kita. Hmm.. tu ada satu dekat hujung tingkap tu”. Ustaz Ali terus berlalu meninggalkan kami lepas kata begitu. Kami pun angkat kaki cabut la ke kantin. Perkhemahan dicepatkan waktu pelepasan pulang. Lepas sarapan pagi, cikgu dah bagi kami pulang.

Pokok besar yang dekat dengan bilik komputer tu pun ada ceritanya yang menyebabkan sekolah aku di serang histeria berjemaah. Ada rezeki aku cerita lagi. Wa Salam.

Terima Kasih pembaca dan FS.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 thoughts on “Disorok Cik Gula-gula”

Leave a Comment