Dorm K a.k.a KENANGA

Assalamualaikum, selamat sejahtera. Memula aku nak ucap terima kasih dekat FS sebb sudi publish cite aku yang tak seberapa seram ni. Tu pun kalau publish huhuhu, maafkan sy. Ok aku ye ,nama aku anis, comel je kan nama aku maksud nama nie aku lupa! hahaha. Ok maafkan saya! (wat muka cute). Aku tengok dan baca ramai yang pasal asrama. So aku nak bercerita pasal Asrama yang berkaitan dengan Dorm K a.k.a kenanga (contoh la). Kisah nie jadi masa aku form 3, walaupun dah lama dah tapi aku still ingat lagi. Sekarang aku dah lebih sikit 2+ tut and still single sebab Album tak ade lagi, hahaha! Ok, hai y single! Saya Anis. Hahaha.. Ok2 maafkan saya.

Nak jadikan cerita, dorm tu memang tak ada orang duduk dan cikgu pon tak bagi kami duduk dekat bilik tu. Kalau setakat nak gosok baju ke boleh lah masuk. Tu pun tak selesa kalau masuk sorang2. Rasa macam ada yang memerhati, tapi aku tak masuk la. Dorm K nie duk tingkat 2 depan tangga nak naik dan turun dan dekat juga dengan tandas kalau lalu tangga tu. Tapi aku kalau malam memang kurang guna tangga tu walaupun bilik aku dekat tangga je dan betol2 bawah dorm K, alsebab aku nie terlalu berani, kehkehkeh! Ok2 maafkan saya. Bilik tu budak form 5 yang guna, berani boleh la. Dia orang guna tido siap dalam bilik tu, siap bergambar! Alih2 bila tengok gambar boleh plak terlebih sorang.

Si penyu nie dia ter tercakap besar, ‘kalau berani datang lah sini, ingat takut agaknya’ lebih kurang macam tu la (bagi garam sikit..hehe). So, mungkin ‘benda’ tu tercabar, apa lagi mengamok terus kena minah tu. Lepas kena je, bising satu asrama cite pasal dia. Waktu nie dia sorang je yang kena. Lepas tu si penyu nie dibawa balik lah sebab dah lembik dah mata pon dah tak betul kejap pejam kejap celik kejap tengok kiri kanan atas bawah. Cikgu panggil mak dia suruh bawak berubat, masa nie aku tak ado sebab ade kelas tambahan. Aku dengar dari kawan aku je. Dah si penyu balik ‘Benda’ tu tak benti situ je, sebab si penyu tu dia bawak balik anak ‘benda’ tu. Dan mungkin kebetulan sapa yang pakai perfume yang wangi2 semua kena sampuk. Sebab si penyu tu lah, dah nak cari tak jumpa.

Pandai gak ‘Benda’ ni cari alternatif lain nak cari anak dia, cikgu dah panggil ustaz dh sebab maghrib pon ade yang kesetanan. Jdi ustaz tu suruh keluarkan semua perfume tak terkecuali deadoran yang wangi2. Semua letak dekat tengah2 jalan nak mask asrama puteri, ustaz tu kata ade lagi yang tak letak. Soal punya soal rupanya si penyu tu yang tak letak, choiii! Tapi kan dia tak ada, cikgu terpakse pecahkan loker dia sebab nak ambik perfume dia tu. Dah tu ustaz tu tengok2 dia bawak balik bape je perfume, yang lain dia tinggal kat bawah. Ustaz tu balik je sebab dah reda, yang kena sampuk pon dah balik.

Malam tu Cikgu suruh kami duduk dalam surau dekat tingkat 2 tu bagi senang sikit nak tengok2. Dah tu dia orang balik kejap tah nak bincang ape. Masa nie cikgu lelaki sorang perempuan sorang. Kami nie bukan degil tapi tak berapa nak dengar kata, bukan apa kan nak solat semua masuk la bilik. Bape kerat je yang duduk dalam surau sebab period. Aku nie walaupun penakut, tapi aku suka tolong nie, sambil tengok2. Huhuhu. Kebetulan Dorm aku tu ade yang demam, bila demam memang badan dia lemah la kan. Dan2 ade budak yang kena sampuk lagi, boleh pulak dia letak dalam dorm aku. Parok.

Dalam dorm aku kan ada budak demam terbeliak mata dia yang kebetulan aku yang dekat tepi dia. Aku dah ketar dah! Tiba2 jengjengjeng ada la budak perempuan nie yang datang nak tolong budak kena sampuk tu. Diaorang tak ada ilmu cuma baru belajar dari mak dia suruh baca itu ini. Aku tengok je malas nak campur sebab diaorang bawak beras campur kunyit sekali. Last2 suruh kami asingkan yang si demam tu dengan si sampuk tu, diaorang kena balik sebab dah kena papah dekat kawan diaorg sebab kena sampuk jugak. Entah pape tah, ishhh ishh ishh. Ok2 maafkan saya.

Kami pun bergotong royong angkat mangsa2 tu. Si demam dalam surau bawah, si sampuk dalam dewan makan. Nak jadikan cerita lepas letak tu ade lah sorang akak nie nama bedah (cth) suruh baca surah itu ini dekat si demam. Aku pun baca lah ape yang disuruh. Baca2 bukan si demam yang menjerit, ni si bedah nie yang tiba2 pegang tangan aku sampai nak patah sambil tengok pintu surau sambil mata melalak kiri kanan atas bawah. Masa tu aku minta 1 je! Jangan pandang mata aku. Uiks, seram kau! Aku baca dan aku sebut Allah3x terus dia jerit nak pecah gegendang telinga aku.

Kawan aku dah lari dah nak g panggil cikgu, nasib rumah cikgu dekat. 5 orang pegang si bedah pun tak cukup kuat. Dia cakap ‘nak ikuttt nakk ikutt nakk ikut’ dengan suara mendayu2. Aku tanya lah nak ikut pergi mana! Dia jawab ape ‘ tuu puteri cantik tuu…tengah senyum tengok dia lambai2 tangan’. Aku dah bengogn dah tengok dia senyum macam cerita hindustan Dalakumari (pernah tengok kan) dengan mata merah, senyum seram. Erkkk. Maka cikgu pun datang lah, tak semena suruh lepaskan bedah. Kami yang pegang nie lepas pun terpakse! Ye la buatnya pergi terjun bangunan, tingakat 2 pon tinggi xpecah boleh patah nie. Dengarkan je arahan.

Cikgu suruh selimutkan dia dengan sejadah, aku amik sejadah selimut. Cikgu perempuan aku bagi nama cikgu hajar yang laki cikgu mail. Cikgu hajar nie dia macam tak percaya kot benda macam nie dia siap angkat tinggi si bedah depan cikgu mail. Aku dalam hati ‘apo ke mengon selat kain bedah’ . Tiba2 bedah bangun nak lari keluar, nasib baik cikgu mail ade kat pintu sempat tarik baju sampai jatuh telentang bedah. Kesian aku tengok bedah mesti sakit kan *geleng kepala ish2. Dalam duk jaga bedah, datang lah pawang kot sebab dia nie jawa jd cikgu mail nie panggil pawang. Maka duduk lah pawang dekat kaki bedah. Sesi soal jawab bedah dengan pawang

‘Kamu nie dari mana?’.

Bedah diam je

‘Kamu dari mana? Aku tanya kau jawab kalau tidak sakit yang kau dapat!’
Sambil pegang ibu jari bedah, bedah terus menjerit sakit.

‘Aaaaa…sakit aku sakit, jangan kacau aku’

‘Aku tanya kamu dari mana’

‘Aku dari rumah tuan aku’

‘Kau datang buang apa dekat sini hah!’

‘Tuan aku bawak datang sini,dia nak aku jaga tempat nie’ sambil sengeh2.

‘Kau datang dengan apa, macam mana boleh sampai sini’

‘Aku naik moto, tuan aku bawak aku, tanam aku dekat pondok jaga tu!’

Masa aku dengar nie, aku dah pandang member aku dah. Sambung lagi.

‘Habis tu kenape kau kacau dia!’

‘Sebab aku suka dia’

‘Aku nak kau keluar dari badan perempuan nie, atau kau nak aku bunuh kau!’

‘Aku boleh keluar dan tak ganggu semua, bagi balik anak aku dan cari kain kuning yang tuan aku tanam dekat pondok jaga tu, dan hantar dekat tuan aku!’

‘Apa perjanjian asal kau dengan tuan kau!’

‘Aku tak tahuuuu!’ Bedah pengsan.

Pawang tu tengok cikgu mail dan cakap yang kena cari juga apa yang ‘benda’ tu sebut. Cikgu mail dengan cikgu hajar turun bawah sambil arahkan budak lelaki gali dan buang pokok hiasan yang dah tanan lawa2 dekat pondok jaga tu. Sebab kat situ je tanah, yang lain dah jadi tar and simen. Gali punya gali betol lah ada kain kuning dan macam balut benda gitu. Cikgu mail panggil pawang turun dan tengok. Pawang suruh kami jaga2 takut bedah msk acara pecut 100m tak pasal2. Pawang tu amik dan simpan dalam beg yang dia bawak. Muat la sebab kecik je, macam botol mineral kecik tu. Pawang tu cakap yang benda tu dah tak ada dekat bedah,pawang bawak balik ‘benda’ tu sekali katanya. Dia kata dia akan datang balik isnin depan untuk pagar asrama tu.

Malam tu kami semua tido dalam surau je, bedah plak mengadu sakit tubuh semua lepas sedar. Kami diam je, sebab takut tu bukan bedah hehehe. Malam tu berlalulah dengan aman dan tenang. Malam yang pawang tu kata nak datang memang dia datang, dia mintak beras 5kg, kunyit 5plastik, lada hitam bnyak2 sebab nak pagar ken. Dan lagi sekali bedah kena. Masa nie kami usung dia pergi rumah cikgu mail. Dah la malas nak cerita pasal dia. Sebab yang dirasuk tu benda yang sama. Dia suka dekat bedah sebab bedah senang kena rasuk. Masa nak berubat bedah pon pakai pensil dan lekat dekat ibu jari bedah. Macam tu lah jugak. Hakikatnya bedah memang selalu kena rasuk sebab dulu dia pernah kena santau dengan jiran sebelah rumah dia. Sebab tolak cinta laki tu. Jadi laki tu sakit ati dia santau kan bedah, bedah g berubat alhamdulillah sihat dan dia dapt tahu siapa yang buat sebab dia dapat petunjuk yang jelas macam mana laki tu. Jadi alsebab tu la dia slalu kena, macam dah ade laluan kata nya…entah la labu. Semua rahsia Allah!

Ok lah! Terima lasih baca cerita aku nie. Maaf kalau korang tak faham. Aku cuba, dan terus mencuba. Ada cerita yang aku kongsi ramai yang cakap tak faham. Aku mintak maaf ye. Pape pun terima kasih sebab walaupun x faham korang cuba gak baca. Assalamualaikum.

24 thoughts on “Dorm K a.k.a KENANGA”

  1. aku tak faham la dik… nasihat aku…
    1) buang unsur2 lawak bodoh sebab boleh menambahkan kekeliruan.
    2) kalau ada perkara yg nak diceritakan tu rumit dan hanya ko jer tahu dan faham, ko kena cerita sikit latar belakang perkara tu.
    3) rancang cerita ko ni dari satu point ke point yg lain dan mesti ada kesinambungan cerita.

    aku nasihatkan ko ni bukan sbb aku nak tunjuk pandai, tp sbb ko ada pengalaman menarik tp ko gagal nak sampaikan sbb semua benda ko nak masukkan dlm cerita ni. harap lain kali ko rancang dulu cerita ko.

    Reply
    • setuju, harap la anis si writer ni baca komen atas ni.
      jujur nya, aku pon x brapa nak faham.
      ada cerita, tapi hang x pandai nak cerita bagi ayat cantik susun elok sikit.
      next story, mungkin boleh taip kat word dulu, cek apa patot, baru pos naa

      Reply
  2. Dah la cerita berkecamuk, tergantung pulak xde kesudahan sbb penulis dh malas nk cerita… x tau kenapa boleh publish kt fs.. emmmm..

    Reply
  3. bosan weh.
    kau takyah ah letak “contoh” kat setiap watak.
    pastu hehe hihi ish ish ish. haduhhh
    cerita berselirat. susah nak faham. mcm study subject killer utk diri sendiri je paham.
    pastu time bedah kena rasuk eh bole lak kau siap malas cite sbb sama je kena rasuk. aduhhh takyah cite lah weh dari awal kalau malas.
    ish ish ops maaf kan saya ?

    Reply
  4. Natang punya jenuh aku nak paham. Harap x syok sendiri dgn lawak aku xtau nk cari mana kelakar dia. Admin,please tapis dulu.tajuk dah best tp jln cerita hampeh ?

    Reply
  5. Maaf dik ..hakak pening baca. tapi still tak faham.Adik jgn try hard sgt nk bg cerita menarik adik letak lawak2 yg x berkenaan tu byk sgt. Orang jd cepat bosan nanti. Try lagi ye. Goodluck ?

    Reply
  6. aq bt konklusi sendri based on your story la eh writer?
    *puncanya apabila senior yang stay dalam dorm tu cakap besar dan kena sampuk iaitu penyu. lepas tu,dia terbawa balik anak benda tu. kejadian berlanjutan bila ada lagi makanya si ibu datang mencari. masa tengah cari,anak dia tak da. jadi,dia kacau orang lain supaya dia dapat jumpa balik anak dia. mangsanya ialah bedah. mungkin sebab bedah ni badan dia ada laluan untuk benda tu. kemudian, datanglah pawang untuk berubat dan happy ending”

    Reply
  7. merapu je ko ni buat lawak bodoh pe..ingat lawak sgt ke..cite lah elok2..menyirap betul aku baca cite tah hape2..buang masa!

    Reply
  8. ntah apa3..bosan.. lawak bodoh..syok sendiri..xyah publish la.cite mcm ni…buang masa je..dr awal baca dh tau merepek bdk neh

    Reply

Leave a Comment