Dua Sempadan
Sempadan Negara Aldoria
Gadis itu berlari laju mengejar arnab kecil dihadapannya. Tangannya menepis pepohon renek hutan yang menghalang pandangannya dengan arnab kelabu itu. Kakinya menginjak pantas lantai hutan yang lembab dengan titisan embun pagi. Matanya kekal fokus pada arnab yang berlari menyelamatkan diri daripadanya.
Arnab kelabu itu menyusup pantas ke bawah sebatang pohon kayu yang telah tumbang. Gadis itu menghumban badannya ke depan, cuba menggapai kaki belakang arnab kecil itu. Separuh badan arnab itu telah lolos ke dalam lubang kayu, apabila secara tiba-tiba dia terasa tubuhnya disedut oleh sesuatu sehingga dia tercampak ke sini.
********
Geirangerjford,Norway. (4.47 p.m)
Rydan menyusur denai yang membawanya lebih jauh ke dalam hutan. Sesekali lensa kamera diacukan pada beberapa tumbuhan yang menarik perhatiannya. Menjadi seorang photographer untuk majalah berkaitan alam semulajadi menuntutnya sentiasa peka dengan subjek di sekitarnya. Gambar-gambar yang telah dirakamkan kemudiannya akan dicuci di studionya sebelum dihantar ke sebuah syarikat penerbitan. Sudah lebih empat tahun dia berkecimpung dalam bidang ini. Sebelum ini otaknya tepu dengan segala macam pelan bangunan yang perlu diteliti sebagai seorang jurutera, lalu dia buat keputusan drastik untuk berhenti. Fotografi lebih kena dengan jiwanya.
Rydan mengatur langkah dengan berhati-hati, mengelak daripada terpijak bunga blue bell yang tumbuh melata di lantai hutan itu. Telinganya menangkap sayup-sayup bunyi air terjun di kejauhan. Memang terdapat sebuah air terjun lebih kurang dua batu ke barat.
Seekor burung bee-eater rona hijau dan biru yang singgah mencicit nyaring di sebatang dahan pokok wych elm menghentikan langkah Rydan. Rydan segera menfokuskan kameranya ke situ. Lens diubah supaya imej yang terhasil lebih jelas lalu jari telunjuknya memetik butang pada bahagian atas kamera nikon itu sebelum secara tiba-tiba, seorang gadis keluar dari belukar di belakang pokok itu lalu mengejutkan burung yang bertenggek senyap di pohon itu tadi. Burung itu bertempiaran terbang ke dalam hutan.
“Hah!!! Akhirnya….manusia!”
Gadis itu terjerit kecil ke arah Rydan. Jari telunjuknya mengunjuk pada lelaki di hadapannya itu.
Rydan menoleh ke belakang, memastikan yang gadis itu tidak tersalah orang. Rupa aku ada iras seladang hutan ke?
“Memang lah aku manusia. Ada nampak tanduk ke kat kepala aku??”
Rydan kecikkan mata, menelek perempuan itu atas bawah.
“Kau kena tolong aku!”
Gadis itu menghampirinya, lalu segera memegang kedua belah tangan Rydan. Dia merenung penuh mengharap ke mata hitam Rydan.
“Kenapa pulak aku kena tolong kau? Kenal pun tak..”
Rydan mengundur beberapa langkah ke belakang. Gila ke minah ni?
“Alaa…tolongla aku. Dari pagi tadi lagi aku pusing-pusing, tak ada pun manusia lain kat sini.” Gadis itu memujuk.
Rydan memandang gaun rona putih gading yang dipakai gadis itu.
“Dalam hutan pakai gaun bagai ni, kau lari dari wedding sendiri ke macam mana?”
Dia menyoal. Tak pasal-pasal aku kena belasah dengan pengantin lelaki ni kang!
“Hish tak lah. Ni memang pakaian harian aku pun. Aku rasa, masa aku kejar arnab tadi tu, aku secara tak sengaja dah termasuk ke dalam sempadan dunia sebelah sini.” Gadis itu menerangkan.
“Dunia sebelah sini? Habis kau dari mana? Pluto?” Rydan tergelak kecil.
“Aku dari Negara Aldoria, di bawah pemerintahan Raja Rhelasia!”.
Gadis itu menjawab dengan riak bangga. Rydan terdiam agak lama, sebelum dia ketawa terbahak-bahak.
“Gila lah kau ni. Dah la, aku nak balik!”
“Betul lah! Aku tak tipu!”
Gadis itu masih gigih mengekorinya dari belakang.
“Yalah, dan aku pulak Legolas, dari spesies Elf!”
Rydan memutar bola matanya ke atas. Sembereno dia memetik nama karakter dalam filem tersohor Lord of The Rings itu.
“Kau manusia biasa, bukan Elf, Elf tu macam Ivsaar. Dia pendek dan…”
“Apa? Benda apa kau sebut tadi?”
Rydan berpusing merenung gadis itu yang berhenti mendadak, mengelak daripada terlanggar tubuhnya.
“Ivsaar? Dia kawan aku..spesies Elf hutan dekat kampung aku.”
“Kau pasti ke otak kau berfungsi dengan betul?”
Rydan memandang kepala gadis itu dengan mata dikecilkan.
“Aku waras. Semua yang aku sebut tu, wujud di sebelah sana.”
“Dah la. Aku rasa kau banyak sangat tengok cerita fantasi ni.”
Rydan berpaling ke belakang, mahu berjalan keluar dari situ. Namun secara tiba-tiba kamera di dalam genggaman tangannya melurut ke bawah lalu terapung di udara!
Rydan telan liur. Gadis itu menghampirinya dengan tangan yang dihulur terawang ke udara, ke arah kameranya.Tingkahnya bagai mengawal kamera itu dari jauh.
“Sekarang, kau percaya?”
Rydan memandang gadis itu dengan mulut terlopong sebelum kepalanya diangguk laju! Dia ni hantu ke apa?!!
Gadis itu menurunkan tangan kanannya lalu menangkap kamera Rydan dengan tangan sebelah kirinya. Rydan mengeluh lega. Cuak kalau kamera tu jatuh ke tanah. Kamera itu nyawanya!
“Aku, Livrose. Kau?”
“Rydan.”
Kali ini, giliran gadis itu pula tergelak. Rydan kerut dahi. Apa yang kelakar hah?
“Kenapa…?” Rydan tanya. Gadis itu masih menyimpul senyum.
“Nama kau tu…sama macam..”
“Macam apa?”
“Errr…keldai kat kampung aku.”
“Hah??? Keldai?! Nama sedap macam ni letak kat keldai!!?” Rydan buat muka marah.
“Ala..mak cik yang bela keldai tu tak ada anak..keldai tu je lah peneman dia. Sebab tu kot dia bagi nama macam tu.”
Livrose menerangkan. Senyuman masih tersimpul di bibirnya.
Rydan buat muka tak puas hati. Satu kampung tu tak betul agaknya! Ada pulak nama sedap macam aku ni letak kat keldai? Tolonglah!
“Jadi, kau dah setuju nak tolong aku, kan?”
Livrose merenung muka lelaki dihadapannya itu.
“Aku ada pilihan lain ke?”
“Tak ada!”
“Malang betul.”
Rydan menjeling. Jual dekat pasaran gelap sana baru dia tau! Dah la boleh buat magik. Keuntungan berganda!
“Kau nak aku tukar kau jadi teko teh ke?”
Livrose mengecilkan mata merenungnya. Ahh..sudah! Dia boleh baca fikiran jugak ke!?
********
Rydan membuka pintu apartmentnya lalu menjemput gadis itu masuk ke dalam. Lampu ruang tamu sengaja dibiarkan terbuka sejak dia keluar petang tadi. Dia lebih sukakan suasana yang cerah dan terang. Lampu rona kuning itu menyerlahkan lagi ruang tamu yang tersusun kemas dengan konsep minimalis.
“Ini rumah kau?” Gadis itu melopong melihat ruang dalaman rumah Rydan.
“Yelah. Kau tunggu sini jap, aku nak masuk bilik.”
Rydan mengerling sekilas pada gadis itu yang hanya mengangguk tanpa memandangnya.
Dia melangkah masuk ke bilik tidurnya, mencari sarung cadar dan bantal untuk bilik tetamu. Sudah lama tilam di bilik tamu itu dibiarkan bogel tak beralas. Setelah memilih cadar yang sesuai, dia bergerak ke bilik di sebelah bilik tidurnya. Selesai memasang cadar, Rydan melangkah keluar menuju ke ruang tamu. Kelibat Livrose tiada di situ.
“Hoi kau pergi mana?” Rydan menjerit.
“Sinilah!”
Rydan mengatur langkah ke arah suara gadis itu. Dia menjenguk ke bilik dobi yang gelap gelita. Tak ada pun? Rydan berpaling ke kiri, ke arah tandas dengan pintu yang terbuka sedikit. Dalam tandas rupanya. Dia memetik suis lampu tandas itu di tepi dinding. Gadis itu menjerit terkejut.
“Kenapa!!?”
Rydan tolak pintu tandas itu sampai ternganga! Ni kira darurat kan??
“Aku ingat kilat tadi…”
Gadis itu tercengang melihat lampu bulat yang bercahaya di atas kepalanya. Rydan tepuk dahi!
“Kau buat apa dalam ni?”
Rydan kerutkan dahi. Gadis itu sedang duduk melutut di tepi mangkuk tandas.
“Aku dahaga lah. Cantik tempayan kau!”
“Tem…payan???!! Jangan kata kau…”
“Minum air lah! Ni tempayan kan?” Livrose cebik bibir. Minum air pun salah ke?
“Itu mangkuk tandas lahhhhh!!”
*******
Rydan menghulurkan sehelai lagi tisu pada gadis itu. Sudah lebih setengah jam gadis itu menangis kerana tersalah minum air dari mangkuk tandas. Puas Rydan memujuk, makin kuat pula tangisan gadis itu.
“Sorry lah. Mana aku tahu kau dahaga. Kau pun main redah je tak tanya aku.” Rydan garu kepala. Salah dia ke?
“Aku minum sisa tahi kau!”
Livrose menghembus hidungnya dengan tisu sebelum tersedan menangis lagi.
“Mana ada tahi aku pun situ! Maksud aku, pernah ada..tapi aku dah flush dan..”
Rydan terhenti menjelaskan. Dah kenapa pulak dia kena terang ke mana tahinya pergi ni??!
“Kau boleh tak berhenti je menangis? Kau buat aku serba salah pulak.”
“Memang salah kau! Kenapa kau tak bagi amaran yang tu bukan tempayan air minum!?” Livrose mengongoi lagi.
“Lahh….kena explain ke? Mana aku tahu kau tak tahu. Habis tu kat dunia kau sana, tandas macam mana?” Rydan tanya balik.
Livrose mencerlungkan matanya ke arah lelaki dihadapannya itu.
“Okay..okay. Aku minta maaf. So you should know by now, yang itu tandas, bukan tempayan untuk simpan air.”
Rydan mengalah. kesian pulak tengok muka merah gadis itu.
“Hmmm. okay! Kau tinggal sorang je ke?”
Livrose menyoal setelah agak lama terdiam. Tangisannya sudah pun reda.
“Yeap!”
“Tak sunyi?”
“Dah biasa. Kau lapar tak?”
Rydan bangun. Perutnya sudah bekeroncong minta diisi. Livrose mengangguk laju.
“Order pizza je lah, aku pun dah lapar ni.”
“Apa tu?”
“Makanan paling sedap kat dunia sebelah sini!”
Rydan tersengih.
*****
Livrose mencapai sekeping potongan pizza dari dalam kotak lalu menghidunya.
“Sedap lah! Try lah makan.” Rydan mengunyah pizza pepperoni itu penuh nikmat.
“Bau macam Roti Grue.” Livrose menyuap pizza itu ke dalam mulutnya.
“Roti grue tu macam mana? Kat sana kau makan apa?”
Rydan mengambil sepotong lagi pizza.
“Roti grue tu roti yang dileperkan..lepastu letak tomato yang dijemur sampai kering,bakar dengan keju masam. Hmm..aku suka stik buah pinggang kambing. Sedapnya!” ujar Livrose sambil membayangkan stik segar itu di depannya sekarang.
” Dan kau menangis bila minum air dari dalam tandas? Ironinya…”
Rydan putar bola matanya ke atas. Stik buah pinggang kambing?? Erghh..
Livrose menjeling tajam lelaki itu sebelum menyumbat kepingan besar pizza ke dalam mulutnya. Sedap jugak benda ni!
“Hmm..macam mana kau boleh masuk ke sini?”
Rydan meneguk air sekilas sebelum merenung gadis didepannya itu.
” Aku kejar arnab..mungkin secara tak sengaja, aku dah melangkaui sempadan negara Aldoria. Kalau lah Augustus tahu, yang aku dah tersesat ke sini…”
“Siapa tu?”
“Abang aku. Dah banyak kali dia pesan, jangan main berhampiran pinggir hutan Frostier..bahaya katanya. Tapi aku degil.”
Livrose tunduk menekur lantai. Menyesal pun dah tak guna. Dia dah tercampak ke dunia sebelah sini!
“Hmmm… orang-orang kat sana..memang ada magik ke?”
“Tak jugak. Tapi setiap dari kami ada kebolehan yang luar biasa. Berbeza dari manusia biasa. Contohnya kebolehan menjinak haiwan liar dan setiap dari kami ada pertalian dengan haiwan dalam hutan Frosteir. Sampai satu masa, pertalian tu akan dihubungkan samaada haiwan tu datang cari kami, atau kami sendiri ke hutan, dan mencari haiwan tu.”
“Pertalian? Macam mana tu?”
Rydan kerut dahi tak faham. Macam mana pulak manusia boleh ada pertalian dengan haiwan?
“Sejak zaman nenek moyang kami dulu, kami bergantung pada kuasa hutan untuk melindungi kami. Dan Xerox, raja kami yang terdahulu pernah buat perjanjian dengan haiwan-haiwan di hutan, untuk melindungi kaumnya dari malapetaka. Verdos, serigala perang yang memerintah haiwan di hutan pada masa tu bersetuju tapi dengan satu syarat, perjanjian tu termeterai dengan sumpah tidak ada di antara kami yang akan berkahwin dengan manusia biasa, macam kau. Sebab manusia merosakkan hutan, dan membunuh haiwan di dalamnya untuk kepentingan sendiri.”
Panjang lebar gadis itu menerangkan. Rydan mengangguk faham walaupun semua yang diceritakan gadis tu macam tak masuk akal.
“Kau dah jumpa ke, haiwan yang ada pertalian dengan kau tu?” Rydan menyoal.
“Belum.” Livrose menggeleng.
“Kau rasa apa haiwan yang ada pertalian dengan kau?”
“Hmm..entah la.Tapi aku suka arnab.”
“Kau kata tadi haiwan liar! Arnab tu bukan haiwan liar.”
“Tak semestinya haiwan liar. Apa-apa jenis haiwan pun boleh ada kaitan, dan haiwan di alam sana tak sama macam haiwan di alam sebelah sini dari segi kuasa, saiz dan bentuk.” Livrose menerangkan.
“Jadi bila kau dah jumpa haiwan yang ada..err pertalian dengan kau tu, apa yang akan jadi?” Rydan menyoal lagi.
“Kami akan dihubungkan, oleh satu kuasa dan secara dasarnya, aku akan tahu samada itu haiwan yang ada kaitan dengan aku ataupun tak bila aku sentuh dia. Kalau haiwan tu ada pertaliam dengan aku, badannya akan bercahaya.”
“Apa yang akan jadi, kalau sumpah tu dilanggar..?”
Rydan bertanya penuh minat. Dah macam baca buku cerita dongeng pulak cerita minah ni!
“Salah seorang…akan mati.” Livrose menyandar pada sofa.
“Pergh..dahsyat! Ni kalau kau jatuh cinta dengan aku, macam mana?” Rydan sengaja menguji.
“Urghhh..takkanlah!!”
Livrose buat muka mual. Tak mungkin terjadi!
Rydan tergelak kecil.
“Malam ni kau tidur bilik sebelah sana.”
Rydan menguap. Tangannya mengunjuk bilik yang terbuka pintunya itu. Gadis itu hanya mengangguk.
“Aku dah mengantuk, aku masuk dulu.” Rydan bangun mengeliat.
“Eh..jap. Betul ke..kau boleh tukar sesuatu ke bentuk teko teh??”
Dia mengecilkan mata, mencabar gadis itu!
Livrose tersenyum, mengayunkan tangannya tiga kali mengikut arah pusingan jam, lalu menuding pasu bunga di atas meja yang terus bertukar ke bentuk teko teh! Dan buat kesekian kalinya hari itu, Rydan melopong!
bersambung……
p/s : cerita ni lebih kepada fantasi dunia ghaib..selalu dgr bunian versi melayu, ini bunian versi mat salleh lols..tq guys sebab sudi baca!
#afrooo
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Okay smbung cpt sikit
Suke citer ni…
Comeeeelll…!!!
Heheheheheh…
kembang tekak aku dia minum air kat ‘TEMPAYAN’.. hahah
best..sambung cepat sket
Jkn veriga macam cerita anime lupa tajuk apa. Tp sy suka. Kipidapp hehe.
*jalan cerita
Sambung cepaaaattt
Best ???
Best cite nii….
Mcm cite alice in wonderland aja
Sesekali layan cerita fantasi best jugak..
Cpt sambung
Ni mcm LOTR + avatar sikit. And ada part2 lain yg aku tak ingat tajuk filem. Part pertalian dgn haiwan tu 100% cedok dari avatar.