“Dulu tanah tu tapak kubur…”
Dah hampir 16 tahun aku tinggal di block apartment ni. Dari hanya berdua dengan isteri aku hinggalah sekarang dah ada 2 anak. Apartment 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi, sederhana luas serta bilik ke-3 mengadap koridor di luar rumah. Dan bilik ni lah aku pilih untuk anak pertama aku, jimi, ketika dia berusia 2 tahun. Bilik ke-2 yang mengadap satu taman kecil dibelakang, aku jadikan bilik tu bilik entertainment la lebih kurang. Letak ps2 aku, tv dan hifi. Sekarang bilik tu dah jadi bilik anak aku yang yang ke dua dan bongsu, aalia.
Taman yang dibelakang blok apartment yang aku tinggal ni takla ber imej cam taman sangat. Cuma ada bangku batu cat putih dalam bentuk bulatan ditengah-tengah yang dikelilingi pokok2 rendah dan pokok2 menjalar yang diterangi lampu taman bercahaya putih malap serta satu pokok besar yang sangat rimbun dedaunan nya tinggi hingga ke tingkat 3 ( rumah aku memang di tingkat 3). Pokok tu pulak betul2 terpacak mengadap tingkap bilik masterbedroom..
Dan taman nilah yg sering jadi buah-mulut orang yang tinggal didaerah ni. Dikatakan tempat paling angker di kawasan kejiranan blok2 apartment di kawasan ni. Ketika aku pilih beli unit apartment ni tak pulak aku dengar cerita2 angker disini dan agent rumah pun takde plak hikayat kan aku pasal ni. Yelaa.. Takkan dia bodoh2 tungau nak gempak potential client dengan kisah2 seram plak. Nanti aku tak jadi beli plak melepaslaa komisyen dia, ye tak? Huhu.
Aku pilih rumah ni kerana persekitarannya sunyi dan damai jauh dari jalan besar walaupun owner sebelum ni adalah cina dan ada satu tok pekkong besar tercegat kaku kat satu dinding dalam rumah ni sebelum aku pindah. Aku memang tak minat langsung rumah yang dekat atau tepi jalan ni. Bising. Depan blok aku pun cantik landscape nya. Dengan pokok2 besar nan rendang dimana burung2 yang cantik dan asing jadikannya sebagai tempat persinggahan sebentar sebelum menyambung perjalanan jauh mereka di musim migration, pavilion kecil disusun cantik mengelilingi pokok2 disitu serta badminton court ditengah-tengah. Memang damai dan tenang suasananya…
Macam-macam cerita angker aku dengar tentang kawasan ni terutama taman dibelakang blok aku dari jiran2 yang aku kenal terutama dari budak2 yang suka melepak kat bawah blok lepas dorang main takraw di court badminton. Budak2 remaja ni melepak depan tu sampai 2-3 pagi biasanya. Sekarang dah sunyi dah depan blok aku bila memalam sebab bebudak ni ramai dah start kerja, ada yang dah kawin pun.
Dorang selalu cakap yang taman belakang tu memang keras dan ada beberapa kali dorang ternampak bila tengah melepak memalam buta, satu lembaga berjubah labuh warna kelabu sedang memanjat pokok besar yang mengadap bilik tidur aku dengan gaya memanjat seperti gaya biawak merangkak.
Ada yang pernah ternampak kelibat seorang apek tua yang sangat bongkok berjalan terketar-ketar di taman tu dan bila dilihat sekali lagi, apek tu kelihatan sedang memanjat pokok besar tu dengan laju. Gila ke apa apek tua bangka camtu boleh panjat pokok lelaju. Memang laju gila la bebudak tu bertempiaran lari balik rumah masing2. Ada sekali tu dorang nampak cam ada dua lembaga menyerupai manusia duduk dipavilion sambil berbual.
Memula bebudak ni takde fikir apa2 bila nampak dua kelibat manusia tu sebab kekadang memang ada penduduk disini duduk di pavilion taman ni memalam buta. Ambik angin kot memalam sambil mencari ilham tapi lama-kelamaan dorang rasa pelik sebab bahasa perbualan mereka kedengarannya pelik sangat. Nak kata bahasa tagalog, bukan. Hindi pun bukan. Jawa atau bawean mmg la jauh sekali sebab ada antara bebudak tu berbangsa jawa dan bawean. Dua kelibat seperti manusia tu berbual dengan agak kuat dengan bahasa yang amat pelik yang dorang tak pernah dengar. Agak lama dorang perhatikan dua makhluk tu yang dorang tak nampak jelas rupanya dari jauh bila tetiba mereka berhenti berbual lalu bangun berdiri dan terus melayang ke atas pokok dengan bunyi suara seperti itik pulang petang, “eeerrrkkkk..eeerrrkkkk!”. Berterabur bebudak tu lari balik rumah.
Beberapa bulan lepas, aku dan keluarga naik teksi ni nak pulang ke rumah lepas makan malam di luar. Yang bawak teksi ni seorang abang melayu dan bila aku sebut nombor blok aku dan jalan mana, abang ni terus beritahu aku yg dia dulu tinggal di blok sebelah blok aku tapi dah jual rumah dia sekitar 6 bulan lepas. Aku tanyala apa sebab dia jual rumah kerana kawasan tu agak popular serta banyak kemudahan. Dekat dengan pasar, ada kedai 24 jam di stesen minyak esso dan dekat dengan changi airport.
Sejuk kejap darah aku bila abang tu cerita dia jual rumah dia sebab dah tak tahan kena ganggu bila balik memalam lepas bawak teksi sampai masuk dalam rumah duduk tercongok atas sofa. Dah beberapa kali bila dia balik memalam, keluar dari lift je terus ternampak seorang perempuan berbaju cheongsam merah sedang duduk ditangga sambil menangis tersedu-sedu. Rambutnya panjang mengurai hingga ke lantai, menutupi wajahnya. Yang dia tak tahan sampai jual rumah tu sebab perempuan ber cheongsam merah tu 2 kali muncul dalam rumah dia, duduk tegak atas sofa. Isteri dia yang memula terserempak dengan makhluk tu bila nak kedapur tetengah malam. Elok nampak tengah duduk tegak atas sofa. Patah balik isteri abang tu masuk bilik.
Kali ke-dua, abang tu yang sendiri kena. Satu malam tu bila dia balik rumah lepas habis shift teksi dia, waktu dalam pukul 1 pagi gitu, bila dia masuk rumah yang dah bergelap sebab semua anak2 dan isterinya dah tidur, bila dia nak petik suis lampu ruang tamu, tetiba kedengaran ada suara sangat halus seperti sedang mengalun lagu cina lama. Duduk tegak atas sofanya kelihatan perempuan bercheongsam merah yang dia pernah ternampak ditangga sebelah unit rumahnya, tertunduk dengan rambut halus dan mengurai menutupi wajah. Terus kelam-kabut abang tu keluar balik dari rumahnya, terus drive teksinya pegi lepak kat kopitiam 24 jam yang tak berapa jauh dari blok tu sampai subuh. Terus dia dan isterinya buat keputusan jual rumah mereka lepas kejadian tu.
Terdiam aku dengar abang tu cerita kisah rumah nya yang tak jauh dari rumah aku. Seperti yang aku ada kisahkan tadi, blok abang tu tinggal dulu lokasinya depan blok aku je. Cuma blok dan unitnya mengadap taman kat belakang blok aku. Blok aku plak taman tu dibelakang. Isteri dan anak-anak aku macam tak angkat pot je bila abang tu bercerita pasal dia jual rumah dia sebab kena ganggu. Aku pun malas la nak fikir sangat sebab aku dan keluarga dah memang tinggal situ dan takde plan nak jual rumah tu. Nak buat camana lagi ya tak? Tabah je laa..huhu
Ketika baru tinggal disini memang takde apa2 kejadian pelik yang aku dan isteri alami. Cuma ada sekali tu selepas lebihkurang dua minggu dirumah ni, ada satu malam tu aku tengah basuh muka disinki di dapur bila aku ternampak dicermin satu bayang hitam tetiba melintas di belakang aku. Terkedu sekejap tapi cepat2 aku lupakan perasaan bukan2 sebab aku anggap tu sebagai bayangan mata aku je kot. Gangguan lebih serius tiba bila anak aku yang pertama lahir selepas lebihkurang 3 tahun tinggal dirumah ni..
Gangguan bermula ketika dia berusia 6 bulan. Bila masuk je pukul 12 tengahari dan waktu maghrib, jimi akan menangis meraung-raung sambil tunjuk2 kat satu sudut di ruang tamu. Sudut tu la dulunya tempat bekas owner rumah ni letak tempat persembahan tok pekkong nya dengan berhala besar yang berwajah hitam. Sudut tu aku dah cat putih balik dan letak frame nama allah dan muhammad. Dah macam automatik. Masuk je pukul 12 tengahari dan waktu senja, anak aku akn start meraung sambil menuding-nudingkan jarinya kearah sudut tu. Bila malam pulak, jimi susah nak lena. Tidur sekejap, lepas tu mesti terbangun sambil menangis-nangis tetapi mata pejam rapat. Susu taknak apapun taknak. Stress jugak aku dan isteri aku ketika tu. Pernah dari malam sampai ke esok pagi jimi tak tidur. Aku pernah sampai terhilang kesabaran, aku pekik kat anak aku suruh tidur. Sampai bergaduh plak ngan isteri aku pasal tu..adoiii..
Puas jugak isteri aku dan sedara-maranya pujuk aku suruh panggil orang yang “tahu” mintak tolong “tengok-tengokkan” rumah ni tapi aku taknak. Bukan sebab aku tak percaya dengan kewujudan makhluk2 halus ni cuma ketika tu aku lebih condong berfikir yg anak aku ni masalah nya adalah normal macam baby2 lain. Pemikiran lebih ke hala scientific la kononnya. Aku fikir mungkin anak aku kembung perut ke, sakit tekak ke atau tak sedap badan. Jadi hampir setiap bulan kami ke klinik untuk doktor check anak aku. Biasanya doktor cakap anak aku tekak nya ada jangkitan sebab nampak merah anak tekaknya. Lagilaa aku tak fikirkan dari sudut mistik heheh. Ini lah bahananya bila lama kat negara eropah dan lama berkawan dengan mat2 saleh yang semua hal dan kejadian mesti ada scientific reasons..hmmmm
Aku sebenarnya dah ceritakan kat mak dan ayah aku dikampung akan hal anak aku jimi ni. Dihari raya tahun tu aku pulang kekampung dan ketika disana, mak aku ada hulurkan aku satu botol beisi air. Mak aku suruh beri jimi minum air ni dan usapkan sekali kepalanya dengan air ni sedikit. Mak aku tak jelaskan sangat air apa tu bila aku bertanya. Cuma dia berpesan agar beri jimi minum air ni dan usap kan muka atau kepalanya bila dia menangis atau meracau. Selepas dari tu, dengan izin allah s.w.t, anak aku dapatla tidur nyenyak sikit di waktu malam zdan kurang meracau bila masuk waktu tengahari dan senja. Ada juga ketikanya bila dia tetiba tersedar dari tidur tetengah malam sambil menangis kuat macam ketakutan. Biasanya aku lekas2 usapkan muka nya dengan air tu sampai dia diam dan tidur semula..
Hinggalah berlaku satu kejadian ni ketika jimi berusia 3 tahun lebihkurang. Malam tu aku dan isteri tidur lewat sebab menonton satu filem ni kat bilik no. 2. Waktu tu dalam sekitar pukul 1 pagi seingat aku. Jimi dah lama tidur dibiliknya bila tetiba kami dengar jimi meraung dan menangis kuat dibiliknya. Aku segera bergegas keluar dari bilik dan nampak jimi berlari keluar dari biliknya dengan wajah penuh ketakutan sampai jatuh tersungkur berdarah bibirnya. Allahuakbar! Gangguan apa kah yang menimpa anak aku ni?
“baba! Baba! Tolong!!! Ada orang kaler hitam kepala dia botak mata merah kuku tajam dalam bilik jimi!”, anak aku mengadu sambil meraung dan menangis. Aku memeluk nya sambil cuba menenangkannya namun jimi masih menangis sambil menunjuk2 ke satu sudut ni didalam biliknya. Aku serahkan jimi pada isteri aku yg sedari tadi tercegat disebelah aku sebab terkedu tahap agung kot.
“oi!! Keluarla setan!! Keluar kalau lu berani! Lu kacau budak kecik apehal?? Ini haa bapaknya!! Keluar!!!”, aku menjerit kearah bilik anak aku.
Aku rasa aku dah semacam hilang akal saat tu sebab aku dah bengang gila dengan benda yang ganggu anak aku sejak dia masih bayi. Bukan sebab aku ni berani sangat dengan makhluk2 ni cuma aku dah hilang sabar ketika tu sebab dah lama sangat anak aku asyik diganggu. Dahlah dalam 3-4 hari sebelum tu ketika aku nak bawak jimi keluar rumah main2 di taman permainan berhampiran, tengah aku pakaikan kasut jimi, dia cakap kat aku, “baba! Baba! Kakak tu terbang dia stop kat pokok tu tengah tengok jimi. Muka dia buruk sangat. Jimi takut baba!”, sambil jarinya menunjuk kearah pokok besar depan blok aku ni. Aku halakan pandangan ke pokok tu tapi aku memang tak nampak apa-apa. Terus aku tarik jimi masuk rumah balik tak jadi keluar petang tu.
Kepala aku dah rasa cam sebal dan aku hilang pertimbangan. Isteri aku dah menangis-nangis marah aku sebab aku cabar makhluk tu tadi. Aku segera menuju kebiliknya lepas aku terpekik cabar dia suruh keluar tadi dan bila tiba dimuka pintu, nah! Tak semena-mena segala bulu roma aku meremang seremang-remangnya dimana aku tak pernah merasakan perasaan dan keadaan camtu. Nak kata seram, tak jugak. Takut, tak jugak. Cuma segala bulu kasar dan halus ditubuh ku naik tegak setegak-tegaknya persis duri2 seekor landak yang tengah kena attack dengan harimau kumbang. Dengan tak semena-mena dalam keadaan fikiran aku tengah kacau, aku terus azan sekuat-kuatnya dimuka pintu bilik anak aku. Sekuat-kuat yang aku boleh. Confirm ada jiran2 aku yang terbangun malam tu dengar aku azan kuat2 tetengah pagi buta camtu. Nasib baik takde yang panggil polis huhu..
Esok nya selepas desakan bertalu-talu dari isteriku dan aku pula dalam keadaan bingung, aku pun izinkanlah pakcik isteriku bawak kan sorang pakcik ni utk tolong tengok2 kan rumah aku ni. Daud nama pakcik ni so aku panggil dia pakcik daud je la ya? Tinggi dan kurus serta berkulit agak gelap orangnya dan bersongkok namun wajahnya nampak jernih dan ikhlas. Selepas zuhur dia pun tiba bersama pakcik isteriku dan selepas minum kopi lebih kurang, terus dia bertanya aku apa masalah nya dalam rumah ni. Selepas aku jelaskan duduk perkara dan kejadian semalam, pakcik daud bangun dan terus masuk kebilik anakku dan berdiri tercegat sambil memandang sekeliling bilik. Perhatiannya terus tertumpu kesudut yang anakku tunjukkan semalam selepas dia berlari keluar lintang-pukang. Terkumat-kamit mulut pakcik daud aku perhatikan seperti membaca sesuatu sambil tetap merenung tepat ke sudut tu sambil kepalanya ditundukkan sedikit..
“apa kau buat disini? Kenapa kau ganggu keluarga ni?”, herdik pakcik daud tetiba sambil tetap merenung ke sudut tu. Raut wajahnya tampak naik merah dan matanya mengecil. Aku yang sedang berdiri dimuka pintu memerhatikan kan pakcik daud sedari tadi, tersentak arnab sekejap. Pada siapa atau pada apa yang dia herdik tadi? Aku memang tak nampak apa-apa walau lama manapun aku pandang ke sudut bilik tu. Pakcik daud kembali diam namun bibirnya terus bergerak2 seolah-olah berkata sesuatu tapi tanpa suara dengan matanya tetap merenung sudut tu tanpa berkelip. Tampak urat2 ditengkuk dan dahinya seakan tegang dan ada sedikit peluh memercik didahi nya. Selepas beberapa lama dalam keadaan begitu, mulut pakcik daud berhenti terkumat-kamit dan beliau mengangkat kepalanya lalu berpaling membelakangi sudut itu dan terus melangkah keluar dari bilik jimi
“berikan pakcik seulas dua bawang putih”, pinta pakcik daud selepas beliau duduk di sofa semula dan minum kopi seteguk-dua. Dua tiga ulas bawang putih aku hulurkan pada nya selepas isteri aku ambikkan didapur
“kita masuk semula kebilik anak kamu lepas ni. Kali ni kamu ikut dibelakang pakcik dan jangan berkata apa-apa atau bertanya apa-apa soalan. Kamu ikut sahaja kemana arah pakcik tuju. Cuma jangan berhenti baca 3 qul dan ayat kursi”, pesan pakcik daud. Aku mengangguk tanda faham
“kita minum dulu”, sambung pakcik daud lagi. Macam dia plak tuan rumah pelawa aku minum. Tapi tak kisahlah. Aku masih dalam keadaan sebal ketika tu dan hanya mahu gangguan tu pergi dan saat tu aku tertanya juga dalam hati yang pakcik daud ni nampak cam tenang je siap ada time-out lagi untuk minum kopi secawan-dua sedangkan dalam hati aku ni tuhan je yg tahu betapa resahnya aku dengan gangguan2 atas anak aku ni
Selepas selesai kopi secawan, pakcik daud terus bangun dan berjalan menuju ke bilik jimi. “jangan lupa baca ayat 3 qul dan ayat kursi dan jangan berkata apa-apa walau sepatah!”, pesan pakcik daud sekali lagi. Aku hanya bisa mengangguk lemah. Aku terus mengekori rapat pakcik daud yang terus berjalan masuk kebilik jimi dan berhenti disudut tadi. Terus beliau tundukkan kepala sedikit dan bibirnya mula bergerak-gerak seperti membaca sesuatu.
“keluar kau dari sini wahai makhluk terkutuk! Keluar dan jangan lagi kau hadir disini mengganggu keluarga ni!”, pakcik daud bersuara lantang tetiba pada sesuatu disudut tu yang aku tak nampak apa makhluknya dan selepas berkata begitu, pakcik daud terus menulis sesuatu didinding sudut itu menggunakan bawang putih yang dimintanya tadi..”dengan berkat nama rasulullah, nabi muhammad s.a.w..”, sebut pakcik daud dengan nada tegas sambil terus menulis sesuatu didinding tu dengan aku dibelakangnya tak henti-henti membaca ayat2 3 qul dan ayat kursi dalam hati..
Keempat-empat sudut bilik tu pakcik daud lakukan hal yang sama sambil aku terus setia mengekori rapat dibelakangnya. Mulut kumat-kamit seperti membaca sesuatu sambil menulis sesuatu didinding menggunakan bawang putih. Setelah selesai keempat-empat sudut tu, pakcik daud minta aku keluar sebentar dan tinggalkan dia seorang dibilik tu. Aku pun segera keluar dan duduk bersama pakcik isteriku di sofa dan selepas lebih kurang 10 minit, pakcik daud keluar dari bilik. Aku lihat peluh mengalir dari dahi ke pipinya sedikit. Pakcik daud lalu duduk dan minta dibawakan air masak suam segelas. Habis segelas pakcik daud minum dan terus dia beritahu kami bahawa dia perlu datang lagi kerumah aku selepas 5 hari. Aku tak boleh hadir pada tarikh tu kerana perlu ke jakarta atas urusan kerja tapi aku izinkan pakcik daud datang sambil ditemani pakcik isteriku
Sebelum dia pulang, aku bertanya padanya gangguan apa yang menimpa anak aku dan rumah aku ni? Pakcik daud jelaskan bahawa yang ganggu anak aku ialah seekor jinn yang kuat juga kuasa nya dan jinn ni telah lama menetap dikawasan tu dan tempatnya ialah ditaman dibelakang blok yang aku tinggal tu. Dia sangat suka anak aku jimi ni dan pakcik daud berpesan pada aku agar kami jaga jimi ni betul2 sebab anak aku ni memang ada tarikan. Nanti ramai yang akan suka pada anak aku ni,manusia dan mungkin bukan manusia juga nanti, pakcik daud jelaskan dan dia anak yang bertuah katanya lagi. Wallahu alam bissawab
Akhirnya aku batalkan trip aku ke jakarta minggu tu kerana aku hendak hadir bila pakcik daud datang lagi kerumah ku kerana aku nak lihat sendiri bagaimana usaha dia untuk tenangkan rumah aku ni. Tepat selepas 5 hari, pakcik daud tiba selepas waktu asar dan selepas minum seadanya, terus dia berjalan perlahan ke segenap penjuru dan kawasan apartment aku ni dari ruang tamu, dapur, bilik mandi dan berhenti di setiap sudut sambil membaca sesuatu hinggalah bilik jimi kawasan terakhir pakcik daud masuk dan baca sesuatu. Selesai semuanya, pakcik daud lalu duduk semula di sofa dan meminta segelas air masak seperti hari pertama dia datang. Aku yang duduk di sofa bertentangan dengannya seperti tidak sabar untuk bertanya sesuatu padanya yang dari hari tu aku ingin sangat tahu
“kenapa dengan taman dibelakang tu pakcik? Macam-macam cerita saya dengar pasal taman tu. Dan pakcik pun cakap makhluk yang ganggu anak saya tu pun tempat tinggalnya ditaman tu”, aku bertanya gelojoh sedang pakcik daud meneguk air
“taman tu dan tapak blok-blok disini asalnya bekas tapak perkuburan lama cina yang luas. Sebelum blok2 ni dibina, kubur-kubur disini dikorek dan sisa-sisa mayat dipindahkan ke tapak sekarang di lim chu kang”, terang pakcik daud dengan wajah yang tenang dan bersahaja. Aku dan isteri terkedu. Patutlaa angker sangat kawasan ni. Tapi aku nak buat camana. Takkan nak jual plak apartment ni semata-mata atas kes gangguan makhluk lahanat ni. Lagipun aku dan isteri aku senang tinggal disini sebab banyak kemudahan dan mudah untuk isteri aku ke tempat kerjanya di changi airport. Jadi sampai sekarang kami masih menetap disini dan alhamdulillah. Dengan izin allah semenjak pakcik daud tolong pagarkan dan halau makhluk tersebut, gangguan dah takde lagi dan kami hidup tenang di sini…
Cuma minggu lepas ketika aku nak tutup tingkap bilik aku dalam pukul 11 malam gitu, aku terperasan satu wajah lelaki tersenyum pada aku dalam keadaan tubuh nya tergantung kaki keatas kepala kebawah diluar tingkap bilik aku didepan pokok besar tu. Cepat-cepat aku palingkan pandangan aku dari nya dan tutup tingkap cepat-cepat. Isteri aku yang perasan aku macam menggelabah tutup tingkap bertanya kenapa aku seperti kelam-kabut tutup tingkap? Aku hanya katakan padanya takde apa-apa dan pastinya hanya perasaan aku je yang tetiba rasa berdebar tapi takde apa sebenarnya kataku lagi agar isteri ku tak ketakutan
Yelaa..aku nak buat camana lagi? Terpaksa buat derkk je la ye tak?
P/s thanks to fs admin in publishing this story of mine. And happy reading guys and see you soon with another story ( kalau aku rajin dan ada mood hehhe), inshaa allah
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
best.seram sgt
best. kelakar pn ade pak daud ni.. hehe
Weii.. bila cakap Changi Airport baru tau ni kat Singapore. Estate mana nie? Pasir Ris? Tampines? (ni 2 yg dekat airport sama ada Esso).
kat tampines bro
kawasan ni memang mudah dan dekat nak ke changi airport. ramai yg kerja airport dan steward, stewardess tinggal di kawasan ni
Best! Lagi best sbb cerita tak merapu2..nak minta maaf sbb cerita tak sedap bagai..okay..bahasa pun senang faham. Mudah2an Allah lindungi korg sekeluarga
lol
bagus cita mcm ni la nak baca. bukan mcm cita budak wecet yg slalu admin post tu , bru nmpk bulu ketiak jatuh dh kata pontianak.haha
Good luck bro..aku pun pernah duduk di asrama bekas tempat rahib2 wanita tinggal di zaman sebelum perang kat europe ni..Alhamdulillah xpernah npk apa2 pun..cuma dengar cerita ada tpt kubur bayi2 yg digugurkan oleh rahib2 yg mengandung
gile seram!!!!!!
Cerita mantap. Tak melewe or merapu. Feeling habis baca. Keep it up!
Cita seram dan santai…cita2 seram pasal asrama sekolah/sekolah/IPTA/IPTS/kolej dah lali…sebab lebih kurang sama aje…harap lebih byk kisah spt diatas…
Ini baru lah layan. Walaupun sy notice abang ni suka buat ayat panjang panjang takda noktah, tapi cun je ayat. Sy pun ada perangai macam tu jugak kalau menulis cuma ayat tu cun ke tak tu tak pasti la haha
Org spore yek…bagus
best…part “kite minum dulu” tue mmg legend…tros ilang seram..hahaha…
kkkk
Seram tul citer ni, ada share kt misteri jam 12 ke sblm ni? Coz kak anje peminat Setia program radio Singapore
good story, xbosan bila baca.
Ak bace separuh je dh boring…byk melalut
Best. Straight to the point. Mmg bila sebut Changi tu, baru tahu cerita ni dekat Singapore.
👍