Durian Sempadan Siam

Nama aku anan, kisah ini aku tulis atas apa yang berlaku pada keluarga aku. 14 mei 2017 jam 6 petang, aku dan keluarga sampai di sempadan siam, kroh. Tujuan sebenar nak balik kampung dekat baling.

Tapi memandangkan sekarang musim durian siam, kami sekeluarga lajak ke kroh untuk makan durian di sana. Di sebelah kiri sempadan ada jual makanan, buah-buahan dan pakaian. Dan di sebelah kiri hanya menjual buah durian dan ada sebuah gerai makan kecil. Dah niat tu nak makan durian, jadi kami sekeluarga ke sebelah kanan la. Gerai panjang, gelap.

Buah durian memang banyak sangat. Ada yang tak boleh makan lagi, jadi terpaksa peram untuk dua tiga hari baru boleh makan. Keluar ja dari kereta, mak aku terus melulu tanya dua orang lelaki, sekilo berapa? Depa tak jawab sebab depa orang siam. Lepas tu tanya pulak dekat penjual yang jual atas lori, dia tunjuk dekat sebuah kedai tu ja yang jual durian yang memang dah masak sebab durian yang atas lori semua nak hantar ke KL.

Aku dan mak la paling kalut sekali, terus pi kedai yang malap tu.. Sekilo berapa dik? Sepuluh kak. Mak suruh timbang dua biji durian dengan harga RM60. Sebelah kedai durian tu ada sebuah gerai kecil. Kami sekeluarga dok dekat kedai tu la, pesan air kosong. Dekat 10 minit tak sampai jugak air tu. Anak-anak pulak lapar, depa pun pesan nasi kosong 3, tomyam, telur dadar. Habis ja kami makan durian, tunggu pulak la budak-budak tu makan nasi. Nampak pelik sangat dekat gerai tu sebab pelayan dia rambut perang, pakai baju nampak pusat dan yang paling seram boleh bercakap tapi bila kami tanya langsung tak cakap. Just tunjuk dengan jari.

Kalau orang petani, mesti pandai jugak cakap melayu. Aku, mak, kakak dan abang ipar gerak ke kedai-kedai sebelah kiri tu, cuma nak tengok-tengok barang. (Aku cepatkan cerita la k) Dalam perjalanan balik semula ke kampung, anak menakan meragam sakit perut nak muntah bagai, dengan abang aku pulak dok kira nak marah orang. Mak aku sakit kepala, sampai ja kampung mak masuk bilik lena. Aku dah rasa pelik sebab semua pakay sakit. Dalam pukul 7 petang macam tu semua pakat nak gerak balik rumah masing-masing kat sungai petani.

Mak tak cakap banyak aku just dengaq lagu.. (percepatkan lagi cerita) Sampai ja rumah, mak dok merintih sakit dalam perut. Memang ada ketulan besar dekat perut mak. Abah dan abang ipar aku boleh la ubatkan sikit-sikit. Abah baca doa n ubatkan mak. Lepas dari ubatkan tu, mak aku jadi pelik. Sat nangis sat gelak.. Hampa rasa sebab apa?? Ermm ini yang aku nak ceritakan ni.. Bila aku dah nampak mak aku pelik sangat, aku col abang ipaq n abang kandung aku mai rumah sebabnya mak aku dah mula menari MAKYONG dalam rumah. Kakak aku pulak, tetiba sakit bahu dan tengah belakang. Dia telentang tidur sebab terlalu sakit. Dalam dia dok oejam mata tu, dia nampak tempat yang kami makan durian tadi penuh dengan monyet dan belakang gerai kecik tadi ada patung siam dan monyet hitam yang besar.

Mak aku masih lagi dok menari tarian siam. Macam-macam mak aku cakap, benda yang bukan-bukan. Apa yang keluar dari mulut mak aku memang seram. Rupanya ‘benda’ dekat gerai sebelah kanan tu memang tempat lama yang tak digunakan. Depa guna tempat tu bila musim durian ja. Sepanjang mak aku dok ‘jadi’ tu.. Mak aku nampak ada sorang perempuan siam berpakaian lengkap penari MAKYONG dok menari keliling kawasan kami jalan tadi. Dan dalam masa yang sama, ada seorang perempuan hanya duduk berseluar pendek.

Dok tengok kami sekeluarga sedangkan ramai lagi orang. Tepat jam 12.30 pagi, 15 mei 2017 baru habis merawat mak aku. Aku? Alhamdulillah aku ok cumanya mungkin semangat aku kurang kuat, sampai sekarang aku dok rasa takut untuk tidur. Aku tak pasti penceritaan aku ni sampai atau tak, tapi apa yang aku cerita ni adalah hakikat yang aku dan keluarga lalui hari ini. Lepas ni kena berhati-hati bila nak masuk tempat orang sebab pelaria orang berniaga ada yang baik ada yang buruk. Tapi sampai sekarang aku dan keluarga tak pasti apa motif ‘benda’ tu ganggu keluarga aku.

9 thoughts on “Durian Sempadan Siam”

  1. oleh kerana awk percepatkan cerita, sye pon percepatkan baca.
    3 prenggan last tu dh mls dah. sbb cter cm kne kjar. nk feel pon xsmpt.

    Reply
  2. Kalau nak cepatkan cerita jangan lah sampai buat pembaca pun tak faham. Takda feel nak baca sbb tak faham. #sekadarteguran #usahalagi

    Reply
  3. Satu je aku nak tanya, kedai tu halal ke? Dah pastikan ke? Kalo ragu2 atau tak halal ni, usahkan hantu setan, haram tu sudah pasti. Aku yg berjiran dgn danok ni pun masih ragu2 nak mkn kat area situ even ramai yg pakai tudung.

    Reply
  4. Dulu selalu pi mkn kat area kedai belah kiri tu, mkn laksa siam. Tp skrg dah ada juai laksa siam kat pekan baling ni dah lama xpi.

    Reply

Leave a Comment