Assalamualaikum warga Fiksyen Shasha, aku ada cerita ingin berkongsi dengan pembaca. Kisah ini berlaku kepada kakakku dan dua pupunya ketika mereka dalam perjalanan ke majlis pengebumian tok saudara kami di kampungnya di Pahang, atok kepada salah seorang dua pupu kami yang berada bersama – sama di dalam perjalanan pulang ke kampung.
Mereka 4 orang termasuk kakak bekerja kilang di Johor dan berpakat untuk pulang pada lewat petang selepas asar ke kampung di Pahang kerana kebetulan hari kematian adalah hari Jumaat, jadi mereka semua telah mengambil cuti sehingga Ahad. Perjalanan mereka pada mulanya seperti biasa tiada apa – apa yang berlaku tambahan ada kematian jadi suasana sedikit suram makanya tidaklah berborak rancak seperti sebelum ini.
Hari telah beransur gelap apabila memasuki sempadan Pahang, ketika azan maghrib berkumandang di radio, perjalanan mereka telah berada di tengah – tengah ladang kelapa sawit.
Kemudian mereka mengambil simpang untuk menuju ke kampung. Hari telahpun gelap, kakak yang berada di tempat duduk belakang telah meminta Alin untuk membuka cd bacaan Yassin kerana berasa kurang selesa dengan perjalanan yang gelap, tambahan dari simpang tadi mengambil masa satu jam setengah lagi untuk ke pintu masuk kampung, sepanjang perjalanan mereka hanya ditemani kebun getah tua yang redup dan tanpa sebatangpun lampu jalan .
Meera yang merupakan cucu arwah juga duduk di belakang bersama kakak hanya membatukan diri sejak dari awal perjalanan tadi kelihatan agak sugul.
Tiba – tiba Nurul yang merupakan pemandu kereta bertanyakan jalan menuju ke kampung, dia sudah lupa kerana sudah lama tidak pulang ke kampung. Kakak meminta Nurul untuk membelok ke kiri iaitu jalan kubur lama untuk ke kampung. Jalan kubur lama agak kecil dan hanya memuatkan sebiji lori sahaja, bermakna kalau ada dua kereta kecil, sebuah kereta perlu berhenti di bahu jalan untuk memberi laluan kepada kereta yang bertentangan. Sudahlah kecil jauh pula tu, Alin merungut kecil kerana sedar jalan tersebut berjarak 20 km ke kampung mereka namun merupakan satu – satunya jalan pintas untuk ke kampung kerana jika tidak membelok ke kiri mereka perlu mengambil jalan yang lebih jauh tetapi akan melalui sebuah pekan.
Setelah melalui perjalanan yang panjang, kereta mereka menghampiri perkuburan lama di sebelah kanan jalan. Serta – merta bacaan Yassin tamat dan kereta terhenti secara tidak sengaja, tersentak mereka berempat.
Nurul berasa kaget kerana dia tidak menekan brek hatta apa sekalipun. Kakak mengucap panjang manakala si Alin mula membentak dan merusuhi Nurul kerana memberhentikan kereta secara tiba – tiba. Seraya kebisingan melanda mereka, anak mata mereka berempat tersorot ke a rah perkuburan lama di sebelah kanan jalan.
Mereka seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat di hadapan mereka kini, suasana pengebumian dengan ramai orang mengerumuni kubur ketika aktiviti menggali sedang berjalan. Mereka memasang lampu ‘spotlight’ untuk memudahkan urusan pengebumian.
Eh, dah selesai ? Terpacul pertanyaan dari mulut Meera, akhirnya Meera bersuara. Lantas mereka terkejut dengan pertanyaan Meera, kakak terus ingin mendapatkan kepastian daripada Meera bagaimana proses pengebumian boleh berjalan sepantas itu. Meera menjawab jenazah baru tiba dari hospital jam 6 petang tadi, tidak mungkin jam 8 telah berada di kubur, sedangkan ramai lagi anak cucunya yang belum tiba dari KL dan Selangor.
Meera sendiri seakan tidak percaya dengan apa yang ditontonnya kini. Eh, kejap itu bukannya bapak aku ? Alin pula bersuara, menambah keyakinan yang memang pengebumian sedang benar – benar berlaku. Ada Mik Tam, Rizal sepupu mereka, Tok Deris abang arwah yang sedang duduk di atas kubur lain dan beberapa muka yang mereka pernah kenal.
Meera ingin melulu keluar untuk melihat arwah buat kali terakhir semasa baru dibawa keluar daripada keranda namun dihalang oleh kakak. Alasan yang diberi ialah Meera perlu memastikan dengan kedua orang tuanya dahulu kerana kakak tidak nampak langsung kedua orang tua Meera di situ. Persetujuan itu disahut oleh Nurul lalu merekapun meneruskan perjalanan.
Ketika melalui selekoh terakhir sebelum tiba ke destinasi, perjalanan mereka telah disapa oleh van jenazah yang melintasi kenderaan mereka. Laju betul van ni !, ungkap Alin dengan nada kehairanan kerana belum sampai 5 minitpun mereka beredar dari kawasan kubur.
Setelah jauh dihadapan meninggalkan kereta mereka, van tersebut seperti membelok ke kiri iaitu arah gaung dan melayang – layang ke udara. Astaghfirullahalazim, tergamam mereka berempat, Nurul serta – merta menekan brek.
Apakah yang sedang dilihat oleh mereka ? Kakak dengan pantas menyebut kalimah Allah dan minta dijauhkan daripada gangguan iblis dan syaitan. Kita dah terkena, ungkap kakak, namun belum sempat menghabiskan ayatnya, telefon Meera berdering, Meera lalu mengangkat dan terdengar sayup suara ibunya di hujung telefon.
Meera terus terketar – ketar mematikan telefonnya lalu menyuruh Nurul memandu sepantas mungkin keranamereka memang telah hampir tiba ke kampung mereka, hanya tinggal 3 km saja lagi. Sepanjang perjalanan mereka, Meera memberitahu bahawa ibunya bertanya mereka telah sampai mana kerana khuatir hari telah gelap dan beritahunya bahawa jenazah atok sedang berada di tengah rumah dan akan dikebumikan pada keesokan paginya.
Terkedu yang lain – lain mendengarnya, jadi apa yang mereka lihat tadi, pengebumian siapakah itu ? Alin ingin menyedapkan hatinya memberitahu mungkin ada orang lain juga yang meninggal pada hari yang sama, lalu kakak soal kembali habis itu yang dia nampak bapaknya itu. Ya Allah, jerit si Alin kerana bapaknya telah meninggal dunia kira – kira 4 tahun yang lalu. Kakak juga baru teringat bahawa Rizal, Mik Tam dan juga Tok Deris kesemuanya telah arwah buat sekian lamanya.
Serentak dengan itu, mereka baru teringat yang kawasan kubur itu telah tidak digunakan lagi sejak 3 tahun lalu setelah tanah kubur baru dibina berdekatan kampung. Ya Allah, memang mereka telah disakat oleh benda di jalan itu, lalu pula pada waktu maghrib.
Akhir sekali, yang membuatkan mereka betul – betul terkejut ialah bagaimana mungkin jalan yang sekecil itu yang hanya memuatkan perjalanan selesa sebuah kenderaan dengan mudahnya dipintas oleh kenderaan lain iaitu van jenazah tadi.
Memang benar hijab mereka dibuka seluas – luasnya pada malam tersebut. Sejak pada hari itu, mereka telah serik untuk pulang ke kampung pada waktu malam lagi walaupun kini kakak telah berumah tangga dan mempunyai 2 orang anak, pengalaman itu adalah yang paling diingati olehnya.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Pengalaman yang menyeramkannnnnnnnn….
Bapak sendiri dah meninggal pun tak ingat.
hahahaha. kannnn. komen ni mcm kelakar
hahaha…taw xpe…pelik bapak sendri pon lupe da meninggal
Seremmm bangett . Adoii
best (Y)
Serammm…
sheramm
#cumel
ok la seram gak..van pon boleh melayang erk..fuh
cerita best. seram weiii