Assalammualaikum untuk semua pembaca FS. Pertama sekali, aku nak ucap terima kasih kepada admin FS jika sudi menyiarkan cerita aku. Dan aku minta maaf jika cerita aku ni tak berapa seram. Tujuan aku untuk berkongsi rasa dan pengalaman sahaja. Beberapa bulan lalu, sebelum aku habis cuti mid sem, mak aku diuji dengan bermacam-macam ujian. Antaranya, dia sering diperlakukan tidak adil oleh majikannya dan ayah aku sendiri ada timbulkan masalah (yang ni agak private, so aku tak dapat nak cerita lebih lanjut). Walaupun nampak biasa-biasa je benda tu, tapi tekanan yang mak alami sangat kuat. Dia jadi hilang semangat dan depressed. Emak merasakan seolah-olah semua manusia membenci dia. Satu malam, kenduri tahlil diadakan di rumah mak saudara aku. Sedang ralit pak imam baca doa, mak aku pengsan. Masa tu aku tiada di tempat kejadian. Adik aku yang cerita pada aku. Di situlah bermulanya kisah mak dan ‘dia’.
Masa aku balik rumah cuti mid sem, jam 12 tengah malam, ayah panggil aku, “eh, adik tengok mak kau ni, meracau ni”. Aku dengan tak tentu arah berlari ke arah bilik tidur mak ayah. Aku tengok mak tengah gelak seorang diri sambil tangannya ke atas. Entah apa yang membuatkan dia suka sebegitu, aku pun tak tahu. Selepas seminit, mak menangis teresak-esak sambil berkata, “aku nak pergi Raudhah”. Sumpah, ini pengalaman pertama aku menyaksikan situasi yang agak seram bagi aku. Tanpa buang masa, ayah letak minyak gaharu di kening dan cuping telinga mak. Ustaz yang pernah berubat mak dulu, pernah kata, syaitan tak suka dengan minyak ini. Serta merta, emak rebah dan tidur seperti sedia kala. Dalam hati aku, aku berdoa sungguh-sungguh, agar mak tak apa-apa dan semoga mak dipanjangkan umur kerana aku tak bersedia lagi untuk kehilangan syurga aku itu.
Sepanjang minggu itu, mak hanya bergantung kepada minyak gaharu tu je. Ke mana mana sahaja dia akan bawa minyak tu. Satu malam, mak mengadu bibir dia bengkak dan badan rasa macam tak sedap. Kebetulan pada waktu itu, adik ayah aku datang daripada Pahang dan mengajak kami makan malam di luar. Sepanjang jalan nak ke restoran tersebut, ayah saudara aku lalu di jalan yang gelap dan sunyi ni. Jalan shortcut untuk penduduk taman kami. Tiba-tiba sedang kami seronok menyembang dalam kereta, mak tergelak dengan kuat. Haa, sudah. Ayah aku, suruh mak mengucap, mak asyik gelak je. Yang paling kesian, mak ngah yang duduk sebelah seat emak, terus kaku pucat sebab terkejut tengok mak macam tu. Ayah aku cari minyak gaharu tu dalam beg tangan mak, tapi tak ada. Dengan gelak tawa, mak aku cakap, “hahahaha, minyak tak bawak”. Fuhh, lagi seram sejuk aku. Aku suruh ayah buka ayat suci Quran, dengan sekelip mata mak aku pengsan.
Pengalaman yang tak boleh aku lupa bila, aku dan mak je ada dalam rumah. Waktu tu, adik-adik dah balik asrama, dan ayah aku kerja. Masa tu dah nak maghrib. Aku duduk di ruang tamu main phone. Mak ada pesan, kalau dah maghrib, bagi tahu dia. Bila dah azan, aku teriak lah, “mak, dah maghrib”. Lepas tu, aku dengar mak buka pintu bilik dia dan datang jengah aku kat ruang tamu. “Eh adik, kau dah sembahyang ke belum? Pergi sembahyang, tak baik, Allah tak suka”. Emak membebel je macam orang tua dulu-dulu. Lepas tu, emak gelak dengan kuat tiba-tiba. Haa, abislah aku. Masa tu, apa yang aku ingat, bulu roma aku habis meremang satu badan. Mak kata, “adik, pergi panaskan lauk untuk ayah kau tu. Kesian dia, balik kerja penat. Emak nak sembahyang ni. Kau dah sembahyang ke belum ? Apa nak jadi kau ni, tak baik….bla..bla”.
Emak ulang benda yang sama. Aku pun masuk bilik mak, cari minyak gaharu dalam handbag dia, sapu terus kat hidung dan cuping telinga. Dia marah aku. “Kau ni tak abis-abis nak sapu benda tu kat aku. Sakit tahu tak!”. Aku diam je. Pastu dia marah aku lagi, dia suruh aku solat. “Ye mak, adik nak solat lah ni. Mak pergi solat dulu”. Mata dia tajam pandang aku. Lepas tu, aku intai dari belakang pintu, dia betul-betul amik wuduk. Aku dah tak tentu arah, aku message ayah suruh balik cepat. Baru aku sedar, masa maghrib tu, aku lupa nak tutup pintu. Aku buka ayat ruqyah dan pasang kuat-kuat. Aku jengah balik mak dalam billik tu, terkejut beruk aku, bila tengok dia betul-betul solat. Beberapa minit lepas tu, ayah sampai. Ayah masuk bilik, mak pun dah habis sembahyang. Mak pandang ayah dan cakap, “eh, kau dah balik”. Ayah aku masa tu dah hilang sabar, dia marah benda yang duduk dalam badan mak aku tu. Ayah aku siap ugut nak patahkan tulang-tulang dia kalau dia masih berdegil. Selang beberapa minit, mak kembali menjadi dirinya.
Malam tu jugak, ayah bawa emak pergi berubat. Masa tu, atuk, nenek semua datang sebab aku call. Masa tengah bersiap tu, mak datang ke bilik. Mak cakap, “ni si adik ni jahat, asyik sapu minyak tu kat aku je”. Dia cakap macam tu depan mak sedara ku. Aku tiba-tiba jadi tak sedap hati, itu mak ke bukan tu. Aku pun pandang mak dengan mata tajam dan cakap, “ni mak ke bukan?”. Mak aku gelak dan cakap itu diri dia. Tapi bila fikir logik balik, takkan dia nak cakap aku jahat sebab letak minyak tu kat dia melainkan kalau itu bukan diri dia. Faham tak ? Masa tu tiba-tiba aku fikir bukan-bukan. Aku menangis. Aku terfikir kalau-kalau sebenarnya mak dah lama tak dek, benda tu menumpang badan mak dan jadi mak aku. Aku tak sedap hati dan terus amik wuduk, berdoa semoga sangkaan aku tu semua tak betul.
Sebenarnya banyak lagi scene benda tu jadi mak aku, Cuma banyak sangat, nanti tak terlarat nak baca. Huhu. Haa, lagi satu, dia suka makan nasi putih dan ikan masin. Aku teringat balik, aku pernah cakap, “mak ni macam orang tua dulu-dulu la”. Mak aku sendiri pun tak tahu kenapa dia berselera dengan lauk tu je. Sambung balik daripada kisah jumpa ustaz tu, alhamdulillah, benda tu berjaya dikeluarkan dari tubuh emak aku. Tu pun melalui pujuk rayu dan makan berejam jugak lah nak pujuk ‘dia’ keluar. Rupa-rupanya yang duduk dalam badan mak aku selama ni, adalah seorang nenek tua.
Macam mana dia jumpa mak aku? Haa, masa tempat kerja mak aku. Nenek tu kata, dia tengah nampak mak aku lalu-lalang, dia suka kat mak aku, terus dia masuk dalam badan mak aku. Dia dah macam sayang dengan mak aku. Katanya, mak aku ni seorang yang baik. Susah nak jumpa orang macam mak aku. Daripada hasil iv antara nenek tu dengan ustaz yang berubatkan mak aku ni, ustaz tu kata, dia dah lama duduk dengan family aku cuma tak tahu kenapa masa ni dia berani tunjukkan diri. Nenek tu seboleh-boleh tak nak keluar dari badan mak aku. Katanya, “aku tak ganggu dia pun. Aku menumpang duduk dalam badan dia je. Dia sembahyang, aku sembahyang lah, dia mengaji, aku mengaji”. Kecut aku dengar, fuhh.
Dan sebenarnya logik jugak lah, antara puncanya, sebab masa tu mak aku tengah tertekan dan depress teramat sangat. Kata mak, dia hampir accident sebab fikiran dia masa tu tengah bercelaru dan tak tenang. Aku menangis bila terkenang balik, kenapa orang sanggup sakitkan hati mak aku, terutama majikan baru mak aku tu. Tak sebulan lagi mak aku bekerja di tempat tu, dia benci pada mak aku. Bila difikirkan balik, ada hikmah sebenarnya bila mak diganggu oleh nenek tu. Ayah aku yang dulu suka marah-marah emak, sekarang dah kurang menjadi pemarah. Katanya, risau emak semakin tertekan. Dan majikan mak pun dah takut tegur mak, sebab pernah sekali, nenek tu masuk dalam badan mak dan heboh di tempat kerja mak pasal benda tu.
Kini, mak dah bahagia dan mereka yang membenci mak perlahan-lahan mula menghargai emak. Aku, sebagai anak, sentiasa mendoakan emak dan keluarga aku disana, dipelihara oleh Allah. Terima kasih kerana sudi baca pengalaman aku ni. Semoga korang dapat ambil pengajaran dari kisah ni. Dan maaf kalau agak membosankan. Huhu. Zaijian.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
family saya pun macam awak juga. abah selalu marah marah mak. sampai satu haritu tiba mak jadi macam anak kecik. makan tumpah tumpah. merengek. menangis. tapi hati saya menyampah sangat tengok mak. nauzubillah. bapak pergi hospital doktor kata mak tekanan jiwa. nak masuk hospital bahagia dah time tu. kakak mak bawak jumpa ustaz. rupanya kena buatan orang. nak hantar kat abah tapi terkena kat mak. sekarang dah ok. abah pun tak marah mak dah.
Allahu, alhamdulillah mak awk dah okay.. 🙂
ni mesti over thinking kan..sampai fikir org benci dye
mkn keropok
mkn keropok smbil bca..