The Eyes: Misteri Cik Pon II, Istimewanya Aku Anak Tunggal Perempuan
MISTERI CIK PON II
#ANAIRAH maaf cerita haritu bersambung sebab aku rasa dah terlalu panjang cerita. Tapi sebab ada kata, panjang takpe so in shaa Allah akan diteruskan cerita. Terima kasih FS, pembaca setia dan yang bagi komen-komen tu juga. Emm ada yang tanya ayam tu mati ke tak, dah ‘kawan’ tu lahap sampai berdarah memanglah mati haha. Maaf tak tertulis pula part ayam mati tu. Yerr ayam serama ada tiga ekor yang mati, total semua 10 ekor dalam reban. Baik sambung cerita yer…
Selepas ayah dan atuk aku buka lampu belakang, aku kan pasang mp3 mengaji dan tidur. Cuba tidur lah, tapi disebabkan aku tak dapat melelapkan mata aku bangun dan turun ke bawah. Kecoh sekejap di dapur (bahagian belakang rumah) nenek dan mak aku pun turut ada. Ingat lagi tak nenek aku pun ada kelebihan pandangan tembus tu? Jadi sebenarnya nenek pun nampak macam aku nampak juga yang benda tu lahap ayam tu, bayangkan ayam-ayam yang dimakan tu tak tinggal setitik darah pun di lantai. Let alone bulu dekat reban. Pening atuk dengan ayah cari ayam-ayam lagi tiga ekor tu hilang mana, yang dengar suara melahap tu hanya aku dan nenek sahaja. Atuk dan ayah dan lain-lain hanya dengar suara ayam-ayam bising.
Sejam lebih juga mencari sampai ke bahagian semak-semak hutan belakang rumah, aku pula rasa tak sedap hati je sepanjang kat luar rumah. Sekejap aku toleh ke bahagian atas bumbung rumah, tengok ke bahagian semak-semak meliar pula mata aku. Tiba-tiba bahu aku dikejutkan dari belakang “Ana!” punya terkejut aku sampai nak terjatuh ke longkang nasib baik nenek aku yang tegur. “Pergi masuk dalam lah tak payah sibuk-sibuk dah kat luar ni”. Aku diamkan diri dan duduk dalam dapur. Sebenarnya risau tengok atuk dan ayah di luar berdua sahaja. Mak dah masuk ke dalam bilik temankan adik-adik aku yang masih kecil risau pula ada apa-apa kalau dibiarkan sendirian.
“Payah ni macamni dah main kasar je nampak” kata atuk
“Apa maksud abah?” tanya ayah aku.
“Benda ni dah sampai makan ayam-ayam di dalam reban tu. Bahaya lah binatang peliharaan yang lain.
Anak kau tu pun dalam keadaan membimbangkan juga” kata atuk lagi.
“Emmmm..ehemm..” aku pura-pura pula tengok atuk aku. Macam aku je yang disebutkan dan lagaknya macam aku takde pula di situ.
“Jadi, apa kita nak buat?” tanya ayah.
“Kita tak boleh buat apa-apa melainkan minta pertolongan Allah S.W.T sahaja. Buat solat hajat lah, esok abah panggil orang-orang masjid. Kamu panggil orang-orang kampung, saudara-saudara kita semua. Bagitau esok lepas asar kita buat solat hajat.”
Kejadian pada malam tu tidak berakhir di situ sahaja, selepas tu aku, nenek, atuk dan ayah tidak tidur sehingga subuh. Selepas mereka amik air wudhuk di luar (surau kecil tepi rumah) semua pun masuk dalam dan atuk panggil aku suruh berwudhuk dan mengaji sekali dengan dia dan ayah. Kebetulan adik-adik lelaki aku terbangun maka mereka juga diajak sekali. Beza umur kami adik-beradik tak banyak 2-3 tahun sahaja. Adik bongsu pula masa tu masih bayi. Adik bongsu aku ni pun pelbagai juga cerita dia nanti aku cerita pula. Tengah kami mengaji, tiba-tiba ada bunyi cakaran di tepi tingkap betul-betul atas kepala aku. KRGGGGGGGHHHHHHHHHHHHH……KRGGHHHHHHHHHHHHHHH….macam tu lah lebih kurang bunyinya…sampai bingit telinga aku mendengarnya.
Atuk hanya tengok aku dan bagi signal suruh teruskan mengaji, dan apabila dah siap, kami pun duduk masa tu beberapa minit sebelum subuh. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu depan rumah. Kedudukan kami masa ni adalah di halaman tengah rumah dan bunyi tersebut sangat kuat sampai bergegar pintu rumah kami. Ayah aku tengok bahagian bawah pintu, kan kalau kita tengok bawah tu, boleh nampak kaki orang? Bila ayah aku tengok takde sesiapa pun di luar tetapi ketukan sangat jelas sampai mak aku angkut adik yang tengah tidur duduk ke luar. Atuk terus terkumat-kamit baca ayat-ayat suci, ayah bertindak azan di setiap penjuru rumah. Kami pula dah ketakutan, adik aku yang nombor tiga lelaki tak jadi ke tandas nak terkucil.
5 minit lepas atuk membaca, bunyi pun hilang. Dah masuk waktu subuh kami pun solat berjemaah dan duduk sekejap. Masing-masing kepenatan lebih-lebih lagi aku, ayah, atuk tak tidur semalaman. Tengah duduk nak pejamkan mata, aku tiba-tiba terbayangkan muka benda tu tadi. Aku pun cerita lah dengan ayah dan atuk aku kisah sebelum-sebelum tu yang aku nampak dia dan dia lahap ayam-ayam yang hilang tu. Atuk kata dia dah agak dah memang berulang lagi. Aku pun terkejut apa yang berulang, atuk pun diam dan cerita satu persatu pada aku.
ISTIMEWANYA AKU ANAK TUNGGAL PEREMPUAN
Keluarga aku (sebelah nenek; mak ayah aku) berketurunan bangsawan dan berdarah diraja (tak payah korang tau belah mana yer) banyak sangat harta-harta yang lama-lama menjadi rebutan dalam kalangan adik-beradik nenek yang ramai iaitu 20 orang. Rezeki dari aspek harta benda sangat luas, tetapi dalam banyak-banyak waris puasaka tersebut, ada yang menggunakan cara yang salah dalam mencari rezeki di bumi Allah ni.
Nak dijadikan cerita sebelum ini, salah seorang waris tidak mendapat harta pusaka moyang aku disebabkan sebab-sebab tertentu yang aku sendiri tak tahu. Nenek pula enggan mengulas lebih lanjut. Oleh sebab itu, waris ini kecewa dan mulai mencari cara sendiri untuk menjadi kaya. aku tak tahu ilmu apa tetapi syaratnya kena ada anak tunggal perempuan yang datang daripada anak tunggal lelaki atau perempuan dan ditakdirkan oleh Allah, aku adalah anak perempuan tunggal ayah aku yang merupakan anak tunggal lelaki, mak juga sama.
Alhamdulillah. Istimewa lah agaknya Allah cipta kelahiran aku seperti itu, oleh kerana taksub dengan ilmu hendak jadi kaya dengan cepat, banyak usaha dilakukan untuk mendapatkan aku. Mengapa istimewa sampai nak aku? Entahlah wallahuallam. Tapi nenek aku cuma bagitau untuk lagi ampuh peletnya.. hahahaha..
Cara yang dilakukan adalah menganggu aku dari kecil, boleh baca kisah pertama aku dulu di link ini http://fiksyenshasha.com/the-eyes/ untuk tahu lanjut. Tangan dan kaki aku, segalanya adalah angkara mereka. Untuk melemahkan semangat, buat aku koyak psikologikalnya agar aku mudah diganggu dan dipergunakan. Wallahuallam nak ambil aku nak buat macamana aku tak pasti. Tapi selepas tahu sebab mengapa aku selalu sakit, dan dapat gangguan yang sangat menakutkan adalah kerana hendak menggunakan aku untuk kekayaan di dunia semata-mata.
Sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Aku nak bagi nasihat sikit dekat pembaca di luar sana, tidak ada satu pun dugaan yang Allah akan berikan tanpa sebab dan in shaa Allah ianya adalah untuk menguatkan kita. Itu yang aku nak anda semua faham bila baca cerita aku ni dan kekayaan di dunia hanyalah sementara.
Andai anda lahir dalam kalangan yang kurang berada dan kekurangan, bersyukurlah Allah tidak memberikan anda “sumpahan mengekalkan kekayaan” anda. Percayalah dengan amalan sedekah dan rezeki dari sumber halal jangan sekali-kali percaya tipu daya syaiton. Maaf panjang pula bebel aku, serius tersentuh sikit masa menulis ni. Disebabkan Allah lindungi aku, mereka tidak dapat meneruskan niat mereka tetapi berpaling pula kepada makcik aku, anak adik nenek.
Mak sedara aku semenjak gangguan itu, datang bulan dalam jumlah yang sangat banyak. Sehari satu kotak pads yang besar, itu permulaannya. Sampai pengsan-pengsan makcik sedara aku. Perkara ni berlanjutan agak lama bertahun-tahun sehingga dia terpaksa berhenti belajar di universiti. Tubuhnya jadi kurus kering, makan macam tak makan setahun tetapi tubuhnya kurus kering bagaikan lidi, sampai tulang-tulang nampak.
Perkara yang lebih menyedihkan aku tengok, tunang mak sedara aku ni pula tinggalkan dia semasa keadaan dia semakin serius. Serius sehingga dia hampir tak boleh bercakap, tubuh kurus kering macam anorexia dan tak boleh berjalan. Menangis mak dia setiap hari menelefon nenek aku, mengadu mengapa nasib anak dia seperti itu. Keadaan mak sedara aku tidak ubah seperti mayat hidup sehinggalah sekarang keadaannya masih seperti itu. Nenek aku kata, benda tu ‘makan’ makcik aku. Wallahuallam. Maaf andai cerita aku seperti mengarut, tetapi kisah ini benar-benar berlaku dan aku harap pembaca mendapat iktibar daripada cerita aku ni. Ambil lah pengajaran daripada kisah kehidupan aku.
MALAM DOA SELAMAT
Sambung cerita pertama tadi, selepas atuk cerita satu-persatu mengapa aku mendapat gangguan tersebut, aku jadi takut untuk keseorangan. Aku menangis dan rasa buntu sangat-sangat. Mengapa lah aku yang menjadi mangsa kerakusan manusia, tapi apa yang atuk cakap dengan aku buat aku kebal sehingga hari ni.
“Allah takkan menurunkan dugaan kepada sesiapa yang tidak mampu menghadapinya. Allah anugerahkan Ana perkara terindah yang tidak dimiliki ramai orang, manfaatkan sebaiknya dengan jangan menganggap ianya satu hukuman atau keterpaksaan. Ambil sebagai masa kita untuk banyak berdoa meminta kepada Allah, dekatkan diri dan ingat Allah walau dimana sahaja.”
Malam tu riuh sekali rumah aku, penuh saf diimamkan oleh atuk. Bacaan atuk kedengaran jelas sekali dan ada seorang makcik jiran sebelah rumah datang kelam kabut menyapa. “Maaf makcik lambat.” Katanya.
“Eh takpe nek” kata aku. Alamak terpanggil nenek pula tapi nenek aku pun panggil dia makcik, aku panggillah dia nenek. Hehe
Dia berikan aku setalam kuih seri muka dan aku letakkan di bahagian makanan perempuan kerana bahagian jemaah lelaki dah banyak kuih. Nak dijadikan cerita, makcik tu memang dah tua, jalan dah tempang sebelah kesian aku tengok dia ambil kuih tu semula letak di pinggan dan letak pula di bahagian dapur menjamu bibik-bibik keluarga kami di dapur. Aku tak lah hairan sangat, sebab ye lah mungkin dia kesiankan bibik-bibik tu buat kerja.
Aku pun rasa serba salah pula ambillah kuih tu bahagikan terus antara jemaah lelaki dan perempuan. Tak pula aku teringin nak menjamahnya sebab aku jenis tak suka manis-manis. Dah selesai kenduri, aku nampak atuk melambai-lambai ke arah aku, ada kumpulan ustaz dengan atuk dan dalam kalangan mereka ada satu ustaz yang sering bersama-sama atuk di masjid.
“ni cucu aku, Ana.” Kata atuk. Sekejap je atuk nak bercakap tiba-tiba nenek datang memberitahu atuk sesuatu. Nasib baik pada masa tu, semua tetamu dah pulang tinggal pun, keluarga terdekat. Rupa-rupanya, nenek bongsu aku (adik nenek muda lagi dalam umur 30an) kerasukan dan dibawa masuk ke dalam. Kebetulan ada kawan atuk mereka pun tengokkanlah keadaan nenek. Setelah minta izin suami nenek, ustaz pun bermula.
“Kamu siapa, datang daripada mana?”
“heheheheheheheheh” sambil nak main-main rambut dalam tudung, aku dapat rasa siapa dah ‘kawan ni’ sebab kedudukan dia yang serupa masa aku nampak dia dua hari lepas badan je tak terbalik.
“kamu siapa? Kenapa ganggu keluarga ni, apa dosa mereka pada kamu?”
Semua yang hadir ustaz minta berzikir dan yang lelaki baca yassin. Tiba-tiba dia tengok ke arah aku dan tunjuk aku. “aku nak bawa dia, hehehehehehehhehehe…”
“kenapa dengan dia?” ustaz tanya.
“sebab tuan aku suruh. Nak minta tlg dia..hehe”
“tolong apa? Minta tolong hanya dengan Allah S.W.T. Dia hanya makhluk seperti kamu mengapa minta tolong dia?” ustaz kata lagi
“sebab hanya dia boleh bagi aku apa aku nak..hahahahahhha” masa ni suara dah berubah jadi garau sikit, aku tengok muka nenek aku berubah dah bukan benda tadi tu. Ustaz pun perasan dan dia tengok aku, aku tengok dia, aku tengok atuk, masih tetap macam tadi. Ustaz pesan pada aku, kejap lagi bangunkan atuk yer. Jangan putus zikir, bantu atuk.
Dah pening pula aku. Tabiat “kawan” ni suka mengekeh, geram juga aku tengok dia macam terencat pun ada. Dah masa tu aku tak peduli dah macamna rupa dia. Aku duduk tepi atuk, atuk aku tengok tutup mata dia. Entah buat apa, macam tidur pun ada. Aku hanya berzikir dan mampu berdoa Allah lindungi keluarga aku.
Lama juga bertarung dengan benda tu, sebab ustaz kata bukan satu tapi tuan dia turut datang sekali. Aku kejutkan atuk perlahan-lahan dan atuk buka mata jeling aku. Aku diam tapi atuk baca ayat-ayat suci al-quran. Rindunya dengan arwah atuk bila ingat kisah-kisah ni, sedih pula rasanya tiba-tiba. Akhir sekali, tuannya tu mnyerah kalah dan berjanji takkan menganggu keluarga aku lagi. Aku pun tanya atuk, benda tadi tu mana atuk?
Atuk kata dah hilang. Dah tak de dah. Malam tu, kami semua solat hajat lagi sekali, berjemaah sebelum masing-masing balik dan tidur. Aku tanya atuk, mengapa atuk tidur semalam?atuk kata dia tak tidur pun, dia berlawan dengan makhluk tu. Makhluk tu belaan si tuan tu tadi, dan atuk pun dah bakar benda tu. Atuk pesan pada aku nak tidur nanti jangan lupa adab tidur dan kalau takut turun bawah. Tapi aku dengar benda tu dah takde aku pun rasa lega dan tenang sehingga esoknya. Sekian.
Nanti aku sambung lagi yer… in shaa Allah. Terima kasih sudi baca lagi cerita aku, dan kepada pembaca semua, jangan lah bash aku sangat hahaha. Doakan yang baik-baik yer.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
bodoh betul
Korang jangan nak basher aku.
Aku memang bodoh.budak wechat.
Ye aku tau basher tu orang yang bash.
Bash tu kata kerja. baru belajar.huhuhhu
? Kebetulan abg pun bleh scan aweks kat mall. Kelebihan kan??
?????????
penceritaan yang kurang jelas dari cerita pertama sampai cerita ni.
Bagus ..
cerita pon menarik ..
teruskan …
usah dilayan mereka2 yang menyakat tu …