Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Ok, aku sebenarnya tak pandai nak bercerita ni. So aku straight to the point jelah, cerita yang aku nak cerita ni memang terjadi pada aku sendiri.
Aku Iman (bukan nama sebenar), merupakan seorang student dekat sebuah kolej swasta. Kitorang diberi asrama yang macam asrama sekolah. Haha. Faham-faham jelah macam mana. Satu dorm sumbat dalam 20 orang. Tapi aku tak kisah pun, lagi ramai lagi senang belajar.
(Malam pertama)
Nak dijadikan cerita, ada satu hari ni (masa final exam) dalam pukul 3 pagi, aku baru lepas habis study. So sebelum tidur, seperti biasa rutin aku mesti kena main phone dulu. Tengah syok scroll twitter & ig. Tetiba aku dengar orang tengah selak-selak buku kat depan (tempat yang aku study tadi) eh. Siapa yang study waktu-waktu macam ni? Aku rasa semuanya tengah sedap tidur. Yang peliknya, tadi aku tutup lampu asal tetiba lampu boleh terpasang sendiri? Aku pelik gilalah, sebab memang aku sorang je belum tidur. Aku tak fikir apa pun, hantu ke apa. Kalau ada “benda” mesti dah kacau awal-awal kenapa time final exam macam ni baru nak kacau? So aku turun dari katil dan pergi depan, tutup lampu. Then aku tengok kat atas meja, takde satu buku pun dan tak ada siapa-siapa kat situ. Jadi siapa yang selak buku tadi? Buku pun takde. Time tu aku dah rasa seram sejuk, dengan tetiba pula leher aku macam ada orang tiup. Kipas pun aku tak pasang time tu. Datang dari mana pula angin? Waduh. Aku tak fikir panjang dah, terus naik katil, tidur!
(Malam kedua)
Seperti biasa, aku akan study sampai kul 2-3 pagi. Tapi masatu berteman lah, kawan aku pun study sekali. Dalam kul 2.45 pagi kawan aku ni cakap “Weh iman, aku ngantuklah. Aku tidur dulu tau.” Aku pun “Haa tidurlah.” So tinggal aku soranglah study kat situ sampai lah kul 3.15 pagi. Then aku pun teruslah naik katil. Baru je nak baring tetiba dengar orang ketip kuku (kat tempat yang aku study tadi, macam semalam) Kuat gila dia ketip kuku seolah olah kuku dia tu tebal dan panjang gila. Makin lama makin kuat. Aku teringat kawan aku pernah cakap, kalau kita dengar bunyi “benda tu” dekat sebenarnya “benda tu” jauh. Kalau kita dengar bunyi “benda tu” jauh sebenarnya dia dekat. So aku just fikir “Benda tu jauh!” Makin lamaaaa makin kuat dan kuat gila. Kenapa mesti aku? Aku nak exam esok! Dengan tak boleh nak tidur sumpah rasa tersiksa gila. Aku pura-pura tidur. Dan akhirnya tertidur jugak.
Keesokkan pagi, aku tanya membe aku ni “Qis, kau dengar tak semalam ada orang ketip kuku kuat-kuat?” Qis diam. Then, arda menyampuk “Weh dengar weh. Tapi aku pura-pura tidur. Aku rasa benda tu lah.” Qis kata “Aku tak dengar pula. Kau pun tahu yang aku ni tidur mati.”
(Malam ketiga)
Aku tak study malam tu sebab paper kitorang gap sampai minggu depan so, aku pun malaslah nak study awal takut semuanya hilang. Kiranya malam tu aku tak dengar pape. Tapi, subuh tu! Dalam kul 6 pagi, aku kejut Balqis, solat sekali. Lepas kami solat, kitorang sembang & gelak-gelak. Maklumlah time tu cuti memang kami manfaatkan lah. Ingatkan dah subuh takde lah kena kacau. Ada!
Masa tu kami main phone, tetiba Balqis “Iman, kau tengok ni. Arda dah bangun ke?” Aku “Haa asal?” Balqis “Tengoklah group. Arda is typing…” Dengan serentak, kami tengok katil arda but.. dia tengah tidur nyenyak & phone ada dekat sebelah dia (tak menyala pun) WHAT?? Balqis ni jenis yang penakut. Dia dah takut gila dah. “Iman serious lah? Arda tengah typing lagi ni. Takkan lah weh.. takkanlah. Habis sape yang typing ni?” Aku “Seriouslah arda tidur?” Benda tu kejap typing, kejap hilang. Pastu typing punya lah lamaaaa. And, dalam group tu “dia” tulis “Hi kawan2 bwat ape tuh kawan2” macam rempit gila gaya penulisan tu. Dgn emoji hantunya. Balqis terus selubung selimut seluruh badan dia, fuh. Memang terkejut gila kitorang time tu. Kena kacau time subuh pulak tu. Ingatkan berakhir, tapi masa Balqis selubung dengan selimut. Aku tidur macam biasa. Kitorang dengar orang berjalan jalan, hentak kaki dia kuat kuat dekat kawasan katil kami. Makin lama makin dekat dan.. makin berlahan. Weyh! Maksudnya benda tu dekat la kan. Dan aku fikir ianya berakhir dengan bunyi tapak kaki. Tapi tak. Katil aku goyang kuat, macam ade orang kat bawah padahal takde sape sape pun kat situ. Aku just boleh istigfar jela, sampai lah kitorang betul-betul tertidur. Esok pagi memang kecohlah Balqis bercerita dekat Arda dan satu dorm kot tahu.
Malam keempat dan malam seterusnya, aku dihantui dengan bunyi-bunyi tu. Aku tak boleh buat apa selain bertahan. Pernah jugak, tengah mandi tiba-tiba air tutup sendiri. Bila aku buka balik air, aku dengar pontianak menyilai. Dan kalau korang nak tahu, benda ni akan kacau aku masa (final exam) sahaja. Ya. Aku pun tak tahu kenapa, dia mesti kacau waktu final exam? Awal-awal sem segala bunyi pun takde weh. Hanya time final exam benda tu akan menjelma. Dia tak pernah tunjukkan diri tapi, dia akan bagi bunyi bunyi pelik menandakan yang dia ada dekat situ.. Aku selalu sangat dengar bunyi macam tu. Kadang rasa dah lali. Dan takde sorang pun budak dorm aku tahu yang aku pernah kena kacau, sebab aku tak suka kecoh. Tu je lah. Sekian.
Memang tak seram pun, tapi cuba korang rasa dan ada dekat tempat aku apa korang buat? Setiap malam (time final exam) akan dihantui benda-benda macamtu, dan bunyi-bunyi pelik. Dengar pontianak mengilai selalu sangat.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Park lamborgini
Dia kacau masa final exam bersebab.
Dia pun nak belajar sesama. Dia tension tu, bebal sgt kat kelas.
P buat keje la meloq. Ngular eh
amboi amik tmpt parking nampakkk
Uishh kalau kena kat aku, mau aku tidur je sepanjang malam, x study..nak jd apa, jadilah..haha
park bently jap
pakai kancil tulis bentlyy
macam pernah baca je?
recycle ke ni?
seram die tak berapa nak sampai sikitlah..walopon seram…banyak baca al quran selalu..da ramai2 tu boleh dah tu baca yassin tiap2 malam..mudah2 an takdela kaco2 lagik.
Dia sja nk kasi hilang tension kau tu kot. Igtkn dpt mmbntu tp fainaĺy kau brtmbh tension
aku jdi kau bro. aku beranikn diri tengok benda tu. 3:)
Perbanyakkan baca Al-Quran ya, kak Iman. Itu je saya boleh nasihat sebab saya pun pernah alami dengar bunyi pelik-pelik seperti perabot bergerak setiap masa. Saya selalu bersangka baik, jiran mungkin? Hm entahlah. Moga saya dan akak kuat selalu T.T
.
I feel u iman….
Final exam x kan lari ngn kes2 camni…
Final exam mmang femes dgn cite2 gini. Lagi2 yg study smpai lewat malam plus jiwa kaco pulak tu. So nak taknk kenala kuatkan semangat. Chaiyok2 iman. ?
Best?
Xseram??? Seram nakkk…??
5?????
macam penah baca laa..
teringat kisah masa kat u dulu samala….masa exam lah jumpa dan dengar yang bukan bukan…
bukan apa…bak kata pak guard….benda tu dah lama ada…..cume bila time exam student pakat2 tidur lambat tu yang nampak tu……kalau time x exam, ramai yang tidur awal…hehehehe
seram gila nih
Next time masa study utk final exam pasanglah rukyah sampai pagi dik..
Zaman akk study pon benda tu sukeeee menemani students yg study smpi awal pagi…
Study tu kan ibadah…
Makin dekat exam, makin kuat memsg study…
Makin ramai yg mendekatkan diri dgn Allah…
Sbb tu benda tu paneh hati…
Jadinye deme pn mengacoooo sbb nk mengganggu kita beribadah…
Nak kaco hati dan keyakinan kita…
Mulelah lepas sorg, sorg lg kena histeria…
Makanye, jgn amek kesah…
Lantakkan jer deme tu…
Dan lebihkan lg keyakinan kita pd Allah…
InsyaaAllah, Allah akan pelihara kita semua…
Pernah juga pengalaman leher kena tiup tu. Sedangkan takda orang kat sebelah. Masa tu tido lewat, nak exam juga. Cuma masa tu kat asrama sekolah menengah. Nak exam hujung tahun…
👍
my sis pun kena mcm tu… dekat2 exam, ade la yg kacau. kalau tak exam, dia x muncul.. kenapa eh? nk ganggu kosentrasi ke acane ni?
dye dengki tu…xnak pass exam kot..hihi
menyilai ke mengilai?huhu
seram cite ni..fuh
mybe “bende” tu nk join study jugak kot. sebab mmbe dia dah tido. haha.