#Fizi : Lim dan Dato Part 1

Assalamulaikum admin dan readers FS, Alhamdulillah 4 cerita sudah dipaparkan sebelum ini yang semuanya mengisahkan tentang diri saya.jika yang ini disiarkan, saya ingin memberitahu jika ia memainkan jiwa pembaca saya minta maaf dan semoga kita sentiasa sihat sejahtera. Untuk entry kali ini agak berat jalan ceritanya dan seperti biasa jika baik jadikan pedoman jika buruk minta dijauhkan.
Sekiranya masih ada kekurangan harap dimaafkan.

Satu hari aku dapat panggilan telefon dari seorang kawan.

Lim : fizi ! lu apa kabar? Ala sihat ka?
Aku : ya lim. Wa sihat ma. Lu ada mana? Apa cerita call wa?
Lim : aiyoo ji.. I ada cerita sama lu. Mali minum la sama wa.
Aku : bila boleh jumpa?wa dekat office lagi.
Lim : pukul 8 dekat kedai mamak rumah lu boleh?
Aku : okay. Apa-apa lu info wa. Bye..

Lim mematikan talian. “Apa anak cina ni nak kali ni? Macam serius je bunyinya” soalku didalam hati.
Lim merupakan kawan satu U semasa aku ambil ijzah perbankkan suatu waktu dahulu. Kawan susah senang aku sewaktu di U dulu. Lim sangat setia bersamaku, walaupun dia teruk diganggu sisa-sisa peninggalan Daring kat aku,walaupun daring sudah tiada tapi kesan yang ditinggal oleh daring masih bersisa. Dengan kesempatan itu,banyak ‘benda’ cuba mendekatiku. Lim juga tak terkecuali walaupun lain bangsa denganku. Kejadian berlaku sewaktu kami di semester terakhir di U.Aku teringat kata-kata Lim,

Lim : fizi lu jangan ingat ini benda buat wa jauh dari lu. Apa-apa pun lu tetap wa bunya brada.
Aku : kau tak takut ke lim? Aku sendiri pun takut tau.
Lim : lu jangan lisau,ini benda sama juga dengan kita.dia tak boleh bunuh kita ma. Dia han….
Aku : kenapa lim? Dia apa?
Lim : dia ada belakang lu!!

Lantas lim tarik tangan aku untuk lari dari situ. Aku yang seakan terpaku apabila satu lembaga besar betul-betul sedepa saja denganku ketika itu. dan….. kringggg… kringggg…. Kringggg.. terhenti ingatan aku bila dikejutkan oleh panggilan dari lim.

Aku : haa lim ada apa?
Lim : wa datang 8.30 ya. Lu jangan takda. Wa dah ondeway ni.
Aku : haa yela..aku pun nak gerak dah ni. Jumpa nanti ..

Aku matikan talian. Hilang segala ingatan tentang lim dan aku tadi. Kacau betul la anak cina ni,nak flashback pun tak senang. Aku kemas dokumen-dokumen dan masukkan dalam laci terus gerak dari office. Jam menunjukkan 7.45 malam. Jalan jem nak mampus. “ waktu macam ni pun jem ke?” getusku dalam hati.Dengan perjalanan yang tersenguk-senguk tu aku amik sebatang rokok lalu menyalakannya.. “fuhhhh” berkepul asap keluar dari mulut.sesekali buat ‘O’ untuk hiburan seorang diri. Haha. Sampainya di kedai mamak tu aku lihat lim dah ada.”haih cepat pula anak cina ni” aku bermonolog.

Jam menunjukkan pukul 8.15 malam ketika itu.

Aku : hai lim sudah lama sampai?
Lim : baru sampai juga ni.

Aku menghulur tangan dan bersalam dengan Lim. Aku lihat wajah Lim penuh dengan seribu satu soalan. Dia seakan resah. “apa lah yang menganggu anak cina ni ek” bicaraku dalam hati.

Lim : lu order la dulu minum ka makan ka. Order .. order wa belanja lu.
Aku : betul? Wa mau tapau untuk kucing wa sekali boleh?
Lim : aiyaaa kucing lu pun mau ka?
Aku : hehe, gurau je lim,kenapa kau ni?resah je.
Lim : order la dulu. Manyak wa mau cerita ni..

Setelah memesan makanan, Lim seperti bingung mahu memulakan perbualan.

Lim : ji.. wa manyak susah hati la sekarang.manyak kacau ma itu benda.
Aku : apa masalah?calm down. Take ur time..
Lim : ji lu masih ingat cerita kita di U dulu?
Aku : haa ingat,teruk kau dikerjakan ye, mana boleh lupa.
Lim : wa rasa kan itu ‘benda’ masih ada dekat wa la ji.
Aku : maksud kau apa?

Lim diam seketika.Aku agak dia cuba memberitahu kejadian lembaga hitam yang mengacau kami ketika itu. Cuma tak dapat digambarkan waktu ini. Aku cuba menenangkan Lim.

Aku : kau nak cerita pasal itu ‘benda’ ke? Apa dia dah buat kat kau?
Lim : itu ‘benda’ manyak hitam ka lu mau cakap?
Aku : ya. Apa dia sudah buat? Kau kena gigit ke (aku menyengih kat lim)
Lim : bukan la. Dia sekarang asyik ikut wa la ji.apa saya mau buat?girlfriend saya pun dia kacau..
Aku : aik.. bila masa dia ikut kau? kau ada buat benda tak elok ke Lim dengan ‘benda’ itu?
Lim : waaa.. waaa… aiyaaa macam mana haa mau cerita..
Aku : hmmm.. take ur time . aku nak mencekik dulu ..

Sambil makan aku tenung mata Lim. Mata nya seakan mahu menyorok sesuatu. Aku rasa dia ada buat perjanjian dengan ‘benda’ tu kot. Kenapa benda tu nak ikut dia sekarang? Benda yang kitaorang nampak tu sejenis khadam atau pedamping yang tidak bertuan.( Siapa yang tak tahu apa benda tu sila tanya kawan sekeliling korang.) Aku diberitahu oleh pensyarah yang mengajarku ,memang ada ‘benda’ itu kat situ dan tak tahu siapa punya. Mungkin tinggalan orang dulu dulu sebelum U aku dibangunkan disitu. Lim tunduk resah. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya lepas mendengar kata-kataku. Aku rasa Lim ni dah buat perjanjian dengan ‘benda’’ tu . ‘benda’ itu dah dipasak dan takkan boleh ikut sesiapa melainkan perjanjian dibuat. Walaupun begitu, ‘benda’ itu masih boleh menganggu manusia. Dah namanya jin memang itu kerjanya.

Lim : ji..kalau wa cakap nanti lu jangan marah haa. Wa banyak buat salah ji. Tapi wa terpaksa..
Aku : eh, salah apa yang kau dah buat ni? Apa sebenarnya berlaku ni?
Lim : wa akan ceritakan dekat lu apa yang jadi lepas kita diganggu itu ‘benda’

Cerita Lim

Sehari lepas diganggu oleh kemunculan lembaga malam semalam , aku jadi gelisah dan tak tenteram. Ada satu suara selalu bisik pada aku dan meminta aku membuka sesuatu. Sebagai ganjaran suara itu akan menunaikan apa saja permintaan aku. Pada mulanya, aku cuma tidak hiraukan suara itu , akan tetapi suara itu makin kerap kudengari tak kira sian atau malam. Hingga ke satu saat , aku rasa aku nak hentikan semua ni iaitu dengan menurut kehendak suara itu. aku yang terhimpit dengan masalah kewangan keluarga aku ketika itu hanya berharap dapat kesenangan jika sudah memberi pertolong.

Suara itu membawa aku ke tempat kita di ganggu. Sesampainya aku disana, ada beberapa batang betik liar. Hanya ada sebatang pokok saja yang redang tapi lebat buahnya. Aku terhenti pokok itu. beberapa minit berdiri disana aku terlihat satu bungkusan hitam yang diikat rapi dengan benang emas. Aku menghampiri bungkusan itu dan membelek. “berat,apa agaknya didalam ini ya” bisikku sendirian.
Tiba-tiba suara itu muncul kembali. Buka la ikatan itu, buka dan lihat apa didalamya. Aku membukanya berhati-hati. Satu demi satu lilitan aku leraikan. Pada lilitan terakhir aku disuruh berhenti. “kau pasti nak teruskan perkara ini” suara itu bertanyakan kembali pada aku. Aku hanya berdiam dan mengangguk. “engkau yakin dengan perbuatan kau ini?jika engkau buka, aku akan jadi tuanmu selama-lamanya.” Sambung suara itu balik. Tanpa berfikir panjang aku terus buka lilitan terakhir. Sebaik saja bungkusan itu terbuka, angin tiba-tiba bertiup kencang dan pokok betik yang lebat buahnya tapi bertukar menjadi kehitam-hitaman dan satu demi satu buahnya luruh menjadi kering serta merta. Bungkusan yang aku pegang tadi tercampak dari tangan kerana terkejut dengan kejadian tu. habis saja kesemua buah itu luruh pokok itu pun tumbang dan turut sama mengecut serta merta. Anginyang bertiup tadi sudah tiada.kesan pokok itu pun hilang seakan-akan ditelan bumi. Keadaan kembali sepi dan tenang. Suara tadi juga tidak lagi didengari oleh aku. Melihat keadaan yang seperti tiada apa-apa aku mula naik angin. “ woiii kau cuba nak tipu aku ke?buang masa aku je layan kau!!” bentakku sekeras-kerasnya. Merasakan diri ditipu dan tiada apa yang muncul dan kesan dari tindakan aku sebentar tadi, aku pun berlalu pergi dari tempat tu. “ setakat pokok je mati buat apa,buang masa je aku percaya benda karut ni.tapi suara siapa yang menyuruhku buat itu?” persoalan demi persoalan timbul dari hati.

Sehari selepas kejadian itu, aku mendapat panggilan dari emak ku, “lim,lu ada balik ka semalam?” suaranya sangkut-sangkut. “mana ada wa balik,wa sini juga tengah study.” Jawab aku ringkas.
“yaka? Abis siapa dalam bilik lu semalam?” terang mak lagi. “wa pun tarak balik,aiyooo” aku menafikan. “okay lo, wa ingat lu balik semalam, manyak bising la bilik lu” mak memberitahu dan matikan talian. Mungkin mak salah tengok dan dengar tu. biasa la orang tua. Mata tak terang. Aku tidak hiraukan perkara itu dan tidak menganggapnya pelik. Selang dua hari lepas itu, aku didatangi mimpi, suasananya sama waktu aku buka bungkusan itu. tapi kali ini ada satu lembaga yang sama aku dan Fizi jumpa malam itu. lembaga itu aku sebut ‘dato’. Dia menghampiri aku dan berkata..

Dato : kau yang melepaskan aku kan?
Lim : y..ya . .
Dato : sebagai ganjaran kau boleh meminta apa saja dan aku akan menjadi hamba kau.
Lim : dato , lu boleh bagi apa saja ka pada wa?
Dato : iya, asalkan kau menjaga ku dan selagi itu aku akan menjagamu.
Lim : sekarang wa belum tau apa wa mau. Bila wa sudah ada apa mau minta wa cari lu.
Dato : ikut suka kau, asalkan kau setuju untuk menjadi tuan ku.
Lim : boleh boleh tarak hal ma. Lu jangan makan wa sudah la.janji?
Dato : aku tidak makan kau selagi kau mengikut syaratku dan kau tidak boleh berpatah balik selepas itu.
Lim : okay kawtim. Apa syarat lu dato?
Dato : kau mesti asapkan aku setiap malam jumaat, aku akan gantikan diri aku sebagai batu cincin. Dan
sebulan sekali kau mesti mandikan batu itu dengan setitis darah kau supaya kekal bersinar.
Lim : itu saja ka? Okay la kalau itu saja darah sikit saja takpa la.
Dato : ingat jangan kau lupa janji kau.

Aku tersedar dari tidur dan terasa ada sesuatu di tangan. Seketul batu berwarna hitam seakan berkilau kilau. Dan aku yakin mimpi tadi adalah benar. Segala perjanjian sudah dibuat. Tapi aku belum tau lagi apa nak buat dengan batu itu. pagi itu aku ke bandar untuk mengikat batu itu untuk jadikan cincin. Selesai semua kerja, aku pulang ke kampus. Minggu ini merupakan final exam aku, tapi aku seakan belum bersedia. Jika aku gagal peperiksaan ni, maka aku perlu ulanginya dan ianya akan menelan kos lagi. Duit aku pula takde sebab baru-baru ni perniagaan bapaku mengalami kerugian. Aku pun menyeru dato untuk meminta pertolongan. Selepas membaca mantera,muncul la dato tu berdiri didepanku gaya hamba yang setia.

Dato : apa boleh aku bantu tuan?
Lim : wa esok mau exam, wa belum sedia lagi, apa boleh lu tolong wa?
Dato : itu senang saja,esok kau masuk saja seperti biasa dan pakai batu yang aku beri.
Lim : itu macam ka?manyak senang haa?
Dato : kau jangan susah hati. Aku sudah berjanji akan berikan kau apa saja.
Lim : lagi satu wa maul u tolong bapa wa, dia manyak susah sekarang bisnes manyak rugi.
Dato : baik. Ingat jangan lupa janji kita.
Lim : okay. Kawtim.

Lembaga itu hilang dari pandangan mata aku. Keesokan harinya aku masuk dewan exam. Mula nya aku tidak percaya. Sebaik saja mendapat kertas soalan , aku seakan-akan dapat bayangan untuk jawapan soalan itu. segala yang di soal dengan mudah saja aku menjawab. Hari berganti hari , sehingga lah kertas terakhir, tiada masalah untuk aku jawab kesemua soalan tersebut. Hari ini adalah hari terakhir kat U, so aku mengambil keputusan untuk meraikan bersama kawan cina yang lain. Entah kenapa aku sedikit pun tidak teringatkan Fizi. “ah itu melayu ma, kalau ajak minum bukan dia mahu,” monolog ku sendirian. Lagi pun aku kena hormat Fizi. Dia muslim bukan boleh buat itu semua. dalam sibuk mengemas barang-barang untuk balik ke rumah aku mendapat call dari ayah supaya berjumpa dia di rumah. Ada perkara mahu diberitahu padaku. Setelah siap mengemas, aku menaiki bas pulang ke rumah. Apabila sampai di rumah ayah juga baru sampai dari office dia. Ayah aku seorang pengusaha kedai hardware.

Ayah : lu baru sampai ka?
Lim : ya. Apa pasai lu suruh jumpa lu?pentingkah ayah?
Ayah : aiyo, lu mandi dulu la. Bersih-bersih dulu nanti kita sembang. Wa mau mandi dulu.
Lim : okay. Wa pun mau mandi dulu ayah.

Aku terus masuk ke bilik meletakkan barang-barang, dan mandi. Aku mahu bersiap terus sebab malam ni aku dah berjanji dengan kawan untuk meraikan aku tamat belajar.

Ayah : lim, lu apa macam lu punya sekolah? Ada baik ka?
Lim : semua okay ma. Jangan lisau. Ayah bisnes apa macam?
Ayah : bisnes sudah cantik,itu hari sudah mau tutup itu kedai sebab manyak rugi.tapi sekarang sudah ok.
Lim : manyak untung ka ayah? Macam mana boleh okay?
Ayah : kedai sudah ramai datang, setiap 3 hari wa kena amik barang baru.
Lim : bagus la itu macam. Okay la wa mau keluar. sudah janji sama kawan.

Ayah mengangguk lalu dihulur RM300 untuk aku berjoli. Dia tau aku sudah tamat pengajian dan sebagai penghargaan buat aku kerana tamat belajar. Aku dengan riang hati mengambilnya. “wa balik lambat,nanti bagitau mak” jeritku dari luar. Aku juga gembira kerana tahu yang dato telah menolongku dan keluarga. Setiap hari ada saja berita baik pada aku. Seperti yang dijangka keputusan exam aku sangat baik sekali.

Ditambah pula aku diterima kerja oleh sebuah bank dengan jawatan sebagai penolong pengurus cawangan. Secara kebetulan cawangan tersebut mempunyai kekosongan untuk jawatan itu. baru dua bulan aku disana aku dinaikkan pangkat lagi menjadi pengurus cawangan. Dalam masa yang sama aku juga kerap memuja batu tersebut. Segala yang aku mahu mesti aku akan minta pada batu itu.

Setelah aku stabil kehidupan aku sekarang dan dilimpahkan segala kemewahan yang aku terima. Aku mula lupakan batu tersebut. Disebabkan aku sudah ada segala-galanya nya amalan ku pada batu itu sudah berkurangan. Kadang-kadang bila teringat saja aku akan asapkan. Pada awalnya tiada kejadian pelik berlaku , sehinggalah satu hari aku di tugaskan ke Melaka untuk membuat audit. Aku tertinggal batu itu disebabkan sudah lama aku tidak gunakan.

Ketika aku sedang buat audit di bank tersebut,ada satu susuk tubuh yang amat besar memerhatikan aku. Cara dia perhatikan aku seolah-olah menangih sesuatu. Aku cuma abaikan dan terus sambung kerjaku. Setelah selesai untuk hari tu aku menghubungi teman wanitaku untuk mengajaknya pergi berhibur kerana esok aku cuti. Aku membawa teman wanitaku ke Melaka untuk menemaniku sepanjang aku di sana. Dalam perjalanan pulang ke hotel aku singgah ke kedai runcit untuk membeli rokok. Telefon aku bordering. “hello amy, I sudah mau sampai” pantas aku bersuara sebaik saja menjawab panggilan itu. “ I tunggu bawah, nanti kita pergi makan dulu” sahutnya lembut. “okay” ringkasku lalu mematikan talian. Sesampai di perkarangan lobi aku melihat Amy berdiri menungguku. Sangat seksi dia malam ini.

Dengan dress singkat berwarna biru laut. Malam itu, kami pergi ke kelab malam berdekatan untuk berhibur. Dalam perjalanan aku lihat Amy diam saja dengan senyuman sinis dia. “kita mau makan dimana ni?” tanyaku lembut. Amy hanya meninjukkan isyarat kanan saja. Aku cuma mengikut saja kata telunjuk Amy,memandangkan Amy cukup familiar dengan kawasan Melaka, setelah 20 minit perjalanan sampai lah kami di sebuah restoran. Cantik restoran itu. dengan pencahayaan malap-malap dan suasana tenang saja. Aku parkir kereta diluar restoran tersebut. Masuk ke dalam restoran .

Yang peliknya walaupun ramai orang tapi kami diberi tempat duduk yang istimewa. Jaraknya agak kebelakang sikit. Aku order beef steak malam itu. Amy memilih lamb chop sambil bersuara “rare” kepada pelayan tersebut. Sambil menunggu makan Amy hanya banyak berdiam,tak seperti selalu. Amy orangnya yang ceria dan banyak cakap berbeza pada malam itu. hanya diam saja di kebanyakan masa.

Aku memberitahu yang aku nak ke tandas dan pergi merokok sebentar sementara menunggu makanan sampai. Sesudah keluar dari tandas aku menuju ke kereta mengambil rokok yang tertinggal tadi. Aku nyalakan sebatang sambil melayan nikmat dapat merokok. Sunyi dan tenang saja suasana malam itu. Dan…………………….

Okay sampai sini dulu wahai pembaca FS. Panjang kisah ni. Ni saja dah banyak masa saya amik nak menaip. Nanti saya akan buat sambungan Lim ni.

Salam Rindu ~ Fizi . haha.

21 thoughts on “#Fizi : Lim dan Dato Part 1”

  1. aku stress btol la dok sedap2 baca boleh sambung plak…. mcm tgk drama kt tv3suku dah ni.. sdap2 tgk bersambung plak sbb bg laluan kt buletin utama… haiyaaaaaaaa…

    cepat2 sambung la… tgh syok nih brada

    Reply
  2. OKAY.guys saya dah post next episode, sila bawa bertenang. baca dan hayati last episode. jika ia memainkan jiwa anda seribu maaf saya pinta.

    Reply
  3. Hoi!!! Kalau lu x nak menulis x payah sambung2. Gua bcer santak mcm tu. Dh lah x best langsung. Mcm sakai. Akal mana!

    Reply

Leave a Comment