Hallo. saya JASMINE (BUKAN NAMA SEBENAR). Saya ingin berkongsi cerita di flat kastam di Labuan. Sebelum itu saya ingin berterima kasih sekiranya cerita saya di publishkn.
Okay ceritanya bermula bgini. Saya dengan keluarga saya dan sepupu ya lelaki melancong di Labuan. Kami sekeluarga menaiki feri dari Limbang ke labuan pada pukul 8 pgi. Dan masa tu kami memang nekad nak balik lagi ke Limbang tetapi masa tidak mengizinkan kerana feri ke limbang akan bjalan kul 1.30 tengahri.
Kami pun berjalan smpai tlupa jam kerana terlalu leka di Labuan. Kami pegi memorial park dan banyak lagi tempat. Memang menarik lokasi disana. Okay oleh sebab kami ketinggalan feri, ayah saya seorang pegawai kastam mempunyai kawan kastam juga di labuan . Masa tu ayah saya minta tolong utk mencari hotel untuk kami sekeluarga bermalam di sana tetapi 1 hotel pun xda.
Semua penuh. Jadi kawan ayah saya pun membawa kami sekeluarga untuk tinggal bersama2 di flat kastam. Masa kmi dalam perjalanan, kawan ayah saya (David) berkata , sekiranya saya duty waktu malam or balik lewat malam cermin kereta saya takkn tengok malahan dia lakukan aksi menolak cermin atas kepala lalu side mirror juga ditolak.
Kami pun senyum tanpa bertanya kenapa. Kerana terlalu penat kami tidak memghiraukan apa yang dikatakan David. Setelah sampai di flat kastam kami melihat flat agak suram apa lgi setelah naik ke flat itu. Tanpa belenggahkan masa kami trus naik dan david membuka pintunya dan dia berkata, if anything that”s not right please call me.
Kami pun mjawab okay. Malam tu dia tidak tidur di flat yang sama. Tetapi tidur di flat 1 lagi bersama kwn2nya . Dan kami sekeluarga disana kecuali ayah saya. Ayah saya lepak dengan kawan dia dan tidur ditempat yang sama dengan David. Setelah mandi , saya dan sepupu saya pun heran kerana disetiap sudut ada saja alkitab. Tapi kmi tidak mpedulikan mugkin kerana dia orang yang baik kot tu dalam pikiran saya dan kazen saya.
Setelah beberapa lama kami berbual2 kosong, kami terdengar bunyi loceng basikal. Sangat dekat dgn kami . Selepas dengar beberapa kali, tdengar juga bunyi guli dan bunyi orang heretkan almari, kerusi dan sebagainya. Kami langsung tidak menutup lampu.
Pada masa tu, kami terus bersembahyang dan benda tu terus tidak berbunyi tetapi dalam masa 30 minit ada seorang budak perempuan berambut pendek berlari2 di flat itu. Di dalam bilik, ruang tamu dan bilik mandi . Mukanya memang tidak dapat dilihat cuma rambut nya saja.
Kami membiarkan sahaja dia bermain kerana mugkin itu adalah tempatnya. Tetapi masa kami hendak tidur kaki kami ditarik dengan kuat sehingga kami terjaga. Kami pun sembahyang lagi dan tidak mahu tidur lagi sehingga lah jam menunjukkan 3 pagi baru kami terlelap. Setelah bangun pukul 6.30 kami melihat diri masing2 yang kami tidak tidur bersama2 di ruang tamu namun kami tidur berasingan.
Itu yang membuatkn kami heran. Setelah mandi dan bersiap kami pun balik dan dalam pjalanan mnuju feri kami pun sarapan dan David ada menceritakan bahawa di seluruh flat itu telah di jaga oleh penunggu. Hal itu kerana , semasa bangunan itu dibina tidak ada tapekong cina yang ada kemenyan utk menjaga tempt tu.
Tu lah yang menyebabkan tempat tu diduduki oleh penunggu. Dan flat itu juga banyak yang kosong dan berdekatan dengan hutan. Baru lah saya sedar kenapa kebanyakan rumah yang hendak dibina akan meletakan tapekong cina itu adalah itu mhalau benda2 yang jahat or tak elok . Sekian terima kasih.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Short and simple but nice story. Senang nk faham. 🙂
penceritaan kurang jelas. lagi- lagi part ni “Setelah bangun pukul 6.30 kami melihat diri masing2 yang kami tidak tidur bersama2 di ruang tamu namun kami tidur berasingan.”. someone pls explain this to me!
Rasanya dia nak cakap mula2 diorang tidur sebelah menyebelah kot di tempat yang sama. Kemudian hantu tu kacau alihkan diorang kat tempat lain. Mengikut pemahaman saya la. Kalau silap mintak maaf lah.
karangan lintang pukang…