#FSN – Bilik Larangan

Assalamualaikum kepada semua,cukuplah saya kenalkan diri sebagai FateStayNite atau pendeknya FSN sahaja. pertama kali aku ingin ucapkan kepada Fiksyen Shasha kerana sudi membaca(mereka membaca dahulu baru anda).dan kepada semua reader jika Cerita ini di publish.terpulang kepada semua untuk nilaikan kebenaran cerita ini..ok lah malas cakap banyak..sini aku mulakan cerita…

“Hai… lama tak jumpa.! cantik dah awak sekarang.” walaupun baru beberapa hari tidak berjumpa. perasaan rindu itu seperti berbulan lamanya.

“Heeeeee” hanya senyuman dilemparkan, sambil memperlihatkan barisan giginya yang cantik. mungkin Dia juga begitu terlalu rindukan aku, tetapi adakala waktu membuatkan kami terpaksa berjauhan.

Cinta aku dan Qistina sangat dicemburui oleh orang remaja lain. iya mungkin juga Qistina terpukau seperti yang dilemparkan kata-kata orang terhadap dia. tetapi itu bukan masalah. Walaupun aku tidak sehensem lelaki lain. tidak bergaya seperti lelaki lain, tetapi Qistina menerima aku seadanya.

“Hey.! apa yang ditenung tu?” sergahan Qistina mengejutkan aku dari merenung kepadanya.

“tak ada apa, saja nak tengok kekasih hati saya ni.” kata aku sambil tersenyum.

Di berhampiran mereka kelihatan beberapa remaja sedang melepak dan ada yang sedang berdating dengan kekasih masing-masing. Cuaca malam itu indah dan cantik. disulamkan lagi dengan keindahan bulan penuh, menjadikan malam itu lebih terang dari hari biasa, dan Qistina nampak lebih berseri dari hari biasa.

Sesekali kelihatan beberapa anak muda itu melihat kearah aku dan Qistina. Sibukk je…!! aku memang tidak suka apabila orang lain melihat aku seperti aku melakukan kesalahan. setelah di herdik, mereka terus memalingkan pandangan mereka kearah lain.

“Awk, andai suatu hari nanti kita sudah tidak dapat ebrjumpa, bagaiamana ya?” soalan qistina menyentak jiwa aku. Pelik.. kerana tidak pernah Qistina mempersoalkan perkara sebegitu.

“kenapa pula.?” tanya aku, inginkan kepastian.dan sebab-sebab yang munasabah.atau mungkin sebenarnya aku tidak boleh menerima perpisahan itu.

“Yang hidupkan pasti mati,” balas qistina lembut sambil mata nya melihat kearah bulan.

“kalau kerana kematian, saya tidak mampu melawannya” aku menunduk sayu, apa yang dikatakan oleh Qistina adalah hakikat dan kebenaran dalam lumrah kehidupan.

Aku dan Qistina diam merenung bulan penuh malam itu ditaman kawasan perumahan aku duduk. Adakah aku akan berpisah dengan Qistina.? atau sebenarnya Qistina ingin meninggalkan aku,? bermacam-macam persoalan bermain diakal fikiran ku.

Malam itu aku dan qistina hanya menghabiskan masa dengan duduk dan melihat keindahan bulan, tiada apa yang ingin aku sembangkan. kerana aku sendiri keliru dengan sikap Qistina malam itu,

“Akimm…!!! bangunn.!! bangun,,!! dah subuhh ni”. suara ibu ku terjerit sambil menepuk pipi aku, Ergghhhhhhhh….. aku mengeliat, untuk cuba menyegarkan urat-urat dan sendi-sendi tubuh ini.

“Bangunnn..!!!!!! lain kali jangan nak keluar malam lagi, kalau susah nak bangun solat..!!” ibuku memberi amaran, mungkin marah melihat aku masih tidak bangun.

“iya ibu…” aku terus bangun, mengambil wudhuk. Solat dalam keterpaksaan memang tidak sempurna. bagai burung belatuk. tunduk bngun, tunduk bangun. tomaninah, bacaan semua habis kelaut.ditambah dengan ngantuk yang teramat sangat. gara-gara dating malam tadi dengan Qistina lah ni. aku balik pun pukul 4 pagi. itu pun nasib baik tidak diketahui ibu ku.kalau tidak pasti lagi dibebelnya.

Pagi itu waktu sarapan- Akim..Ayah mahu kamu sambung belajar disini..! tegas nada ayahku, sambil menghulurkan borang kemasukan ke pusat pengajian kemahiran. Aku hanya diam dan menganggukkan kepala. walaupun hati aku memberontak. Tetapi ketegasan ayahku membuatkan aku tidak pernah melawan. dan menerima segala suruhan nya dengan rela paksa.

Selesai sarapan aku terus mengambil borang yang diberikan dan mengisinya, borang itu aku tenung terlalu lama. Kerana aku masih berfikir adakah ini yang dikatakan Qistina. tetapi aku harus juga mengikut kehendak ayahku.

* * * * * * *

Hari yang paling suram bagi aku, telah pun tiba. Bukan aku tidak suka belajar, tetapi tempat yang ayah aku daftarkan ini terlalu jauh. dan semestinya akan duduk di rumah sewa. Jika difikirkan hendak sahaja aku lari dari rumah. tapi itu bukan jalan penyelesaian untuk semua ini, malah makin teruk.

Hampir dua bulan aku sudah tidak pulang ke kampung, sebenarnya itu adalah cara aku memberontak. lagi pun di sini aku mempunyai ramai kawan, malah ada juga pelajar wanita yang ingin menjalinkan hubungan dengan ku. Tapi aku masih sayangkan Qistina. sedikitpun hati ini tidak pernah rasa benci padanya.

“Akim…. lepas ni kita kene pindah rumah la.Sebab rumah sewa ni, tuan dia nak duduk,” kata saiful mengingatkan aku.

“alamakk..kita nak duduk mana?” balas aku merungut, aku tahu dikawasan terdekat situ, tiada rumah sewa lagi. semuanya telah penuh.

“dah ada. tapi…ada orang ckap yang duduk rumah tu dulu bomoh.” akim memberi harapan.

“alah..bomoh je pon..apa nak kisah.” kata ku sambil tersenyum lega.

Selepas melihat senyuman aku,akim terus berlalu keluar untuk membeli makanan. Aku pula meneruskan menonton television. tanpa memikirkan masalah rumah lagi. nasib baik dapat roommate yang peka dan ligat macam saiful, jika tidak pasti kami kene bersusah payah mencari rumah baru.

-Pindah rumah-

“Woii..!! kotak tu letak slow sikit..! dalam tu ada pinggan dengan cawan kaca.. saiful menjerit kearah ku, apabila melihat aku seakan mahu mencampak kotak yang agak berat itu. sememangnya aku ingin campakkan sahaja.

Akhirnya selesai sudah kami semua angkat barang dari rumah lama ke rumah baru. Rumah abru itu agak besar juga dua tingkat. Walaupun tingkat atasnya hanya ada dua bilik dan tiada bilik air, kira murah dengan harga sewa yang ditawarkan.

Aku lihat Saiful terbaring simen yang hanya beralaskan tikar getah, manakala hafiz duduk menyandar di dinding ruang tamu. Semuanya nampak kepenatan.

“Kita susun barang-barang esok jela” aku emmbveri cadangan, kerana aku juga sudah kepenatan.

“ok,boleh ja,” balas hafiz ringkas, seorang yang pendiam dan pemalu.

“Assalamualaikum…” suara seorang lelaki memberi salam dari luar. aku pantas bangun membuka pintu, sambil menjawab salam.

“Iya pak cik?”tanya aku setelah melihat tuan rumah baru itu terpacak dihadapan rumah.

“tak ada apa,cuma nak tanya.Ok tak rumah nya?”kata pak cik tiu sambil tersenyum.

“eh…ok sangat ni.” balas aku, sambil turut tersenyum

“lagi satu nak ingatkan. Bilik atas tu yang satu lagi tu pak cik dah kunci dan mangga, sebab tak boleh masuk atau buka, harap anak-anak tak ompel ye.” pakcik itu memberi amaran atau mungkin sebagai pesanan.

“ok pak cik..tahu…kan pak cik dah bagi tahu sebelum ni…” balas aku sambil tersenyum, sebelum menutup pintu, selepas pak cik itu berlalu pergi.

Saiful dan Hafiz memandang aku dengan riak wajah penuh persoalan. berharap aku memberi tahu mereka apa yang disembangkan di luar rumah. “Alah…pak cik umah datang bagi tau pasal bilik atas tu,jangan buka atau ompel”.. balas aku sambil berlalu membawa beg baju naik keatas.kerana aku telah memilih untuk duduk di bilik atas.Bawah mempunyai dua bilik, satu bilik besar siap mempunyai tandas. manakala satu lagi bilik kecil yang berada dibelakng, dan bilik itu kepunyaan hafiz. bilik utama sudah tentu saiful kerana dia yang mencari rumah. bagi kmai itu tiada masalh pun janji dapat rumah yang berhampiran dengan tempat belajar kami.

Malam itu malam pertama kami bermalam dirumah baru, aku tidur hanya beralaskan tikar dan bantal dikepala. jam baru sahaja pukul 9.00 malam. tetapi kami semua sudah pun lena di buai mimpi. “huuuhuuuuhuuuuu~~ huuuhuuuuhhuuuu~” suara tangisan, menyebabkan aku terjaga dari tidur, ishh siapa pula yang nanges malam-malam ni.!! aku merungut sendirian. sambil menjengah keluar tingkap dari bilik atas.kosong tiada sesiapa diluar. “mungkin jiran kot..” aku menyedapkan diri sendiri, walaupun bulu roma mula meremang. lalu aku terus sambung baring dan cuba memejam kan mata.

“Abangg…~~ tolongg balqiss~~” suara itu merayu, dari tangisan kini dia meminta pertolongan. aku jadi keliru, kerana pada lewat malam macam ni siapa pula yang minta tolong. aku bangun dan ingin turun kebawah. sewaktu keluar dari bilik aku dengar bunyi tangisan itu datang dari bilik hadapan bilik aku. itu bilik larangan.!! tak akan lah ada orang? lagi pun bilik tu di kunci,!.. aku terus belari kebawah setelah rasa bulu roma aku meremang dan teringat rumah itu dahulu diduduki oleh seorang bomoh.

Prangg…praanggggggg…tangggg bunyi periuk didapur jatuh.membuatkan aku terjaga dari tidur. rupanya sudah pagi dan aku sedang tidur diruang tamu.

“Eh..sorry-sorry..aku tak sengaja..”saiful emmohon maaf sambil berlari kearah ruang tamu dari dapur, kerana bimbang menyebabkan aku terjaga dari tidur. atau marah. tetapi aku tidak kisah pun.

“tak apa lah..hehe lagi pun dah pagi.” kata ku sambil bangun dan duduk menyandar ke dinding. bagi menghilangkan mamai dari tidur.

“kau kenapa tidur bawah.kan semalam kau tidur atas.?” saiful bertanya sambil turut duduk dengan tangan masih memegang periuk.

“hurmm..semalam aku dengar orang nanges dan mintak tolong dekat bilik larangan atas tu”kata ku sambil termenung ksoong memikirkan kejadian semalam.

“ish..ko biar betol..kau penat sangat kot..mamai.”kata saiful menafikan.

“kalau kau tak percaya,malam ni kau tidur la atas.”aku cuba mencabar. kerana diperlekehkan.

“ok,malam ni aku tidur atas”saiful menyambut cabaran aku.

Kelihatan hafiz baru balik dari membeli sarapan,aku dan saiful terus berhenti dari bercerita kerana bimbang jika menakutkan hafiz.

Malam pun sudah melabuhkan tirainya, seperti perjanjian disiang hari. aku dan saiful bertukar tempat tidur untuk satu malam. tidur aku lena pada malam itu hingga ke pagi. aku bersiap untuk ke kelas dan sempat aku bertanya kepada saiful.

“wei ada tak dengar?” tanya aku

“tak ada pun,,,aku rasa kau tu mamai la, tak pun ngingau.!”hehehe balas saiful sambil tertawa sinis.

Ciss..!! kau ketawa kan aku.. tak apa satu hari nanti aku akan tunjukkan apa yang aku lalui itu benar. aku terus kekelas seperti biasa, dan bertekad balik ke rumah nanti aku ingin tengok bilik larangan tu.

Sampai sahaj dirumah petang itu aku terus naik kebilik atas. “Tok…tok,,,tokkkkk” aku mengetuk pintu bilik larangan tu, berharap ada sahutan dari dalam. bukan aku tidak takut, tetapi sebenarnya aku bimbang jika ada manusia yang dikurung didalam.

tukkk…tukkkkk.ttukkkkk…aku mengetuk lagi, sambil mata melilau melihat tombol pintu dan kunci-kunci tambahan yang dipasang oleh tuan rumah. Ada tiga mangga kesemuanya. kalau aku ingin buka pasti rosak pintu ni. tapi sia-sia kalau tiada orang didalam. pasti aku dihalau keluar. selepas berfikir sejenak dan tiada sahutan dari dalam bilik, aku batal kan niat untuk membuka pintu bilik larangan itu.

Malam ini aku akan beranikan diri, jika suara itu meminta tolong lagi. aku berazam didalam hati, walaupun sebenarnya ketakutan juga menghantui diri.

-Jam 1.35 am-

Aku masih berjaga. menunggu dengan harapan dan penantian aku tidak sia-sia, pada jam lebih kurang pukul 2 suara tangisan itu kedengaran halus, bulu roma aku meremang. jantung degup kencang. arghh..!! mana tau betul ada manusia..! aku cuba menguatkan diri..

“abggg~~ tolonggg~~ suara meminta pertolongan itu jelas.” aku terus bangun dan meluru keluar bilik,

Eeh…. kunci bilik dah tak ada..!! saiap yang buka..? aku melangkah dengan berhati-hati menghampiri bilik larangan itu, tangan aku memulas kepala tombol dan sambil menolak pin dengan perlahan, cuba mengintai terlebih dahulu.

Betul sangkkan aku,,!! kan betol..!! aku berkata sendirian dalam hati, seorang gadis duduk dipenjuru bilik sambil menangis,wajah nya lembut manis.rambut hanya paras bahu,. aku terus membuka besar pintu, apabila yakin didalam bilik itu ada manusia.

“Abgg….!! terima kasihh…!!” gadis itu meluru kearah aku sambil menangis mengucapkan terima kasih…

“tak apa..tapi macam mana awk kene kurung sini, rumah dimana?” aku cuba bertanya sambil ingin membantu.

“bomoh dlu tu kurung saya abg,,!” balas nya masih tersedu-sedu

“rumah dimana? nanti saya hanatr kan pulang.” tanya aku lagi

“rumah tak ada bang, ini lah rumah saya..!! ” balasnya seakan marah.

“Eh..ini rumah kami sewa.Bomoh tu pun kami tak kenal dan tak tau dia dimana.” aku cuba menerangkan bahawa kami penghuni baru.

Gadis itu menunduk seakan kecewa dan buntu, aku mula binggung. dan berfikir cara untuk selesaikan masalah itu.

“haa apa kata kita buat report polis..atau kita jumpa tuan rumah” aku membri cadangan.

“Heeeeeee…hhiiiiiiiiii….hihihihhiiiiiiiii” tiba tiba gadis itu tertawa mengilai, dan apabila wajahnya didongakkan. aku lihat wajahnya bukan lagi cantik seperti tadi, wajahnya buruk hitam kebiruan, kulitnya kering mengelupas.bermata merah… jantung aku kencang bagai hendak pecah.kaki dan tangan aku mengigil lemah. aku rebah dan terus pengsan.

* * * * *

“Woi…! akimm bangun..kau tak pergi kelas ke.?” saiful mengejut ku.

Aku membuka mata melihat saiful dan Haziq berdiri dihadapan aku, sambil haziq tersenyum riang.

“ehh…aku dekat mana??” tanya aku apa bila melihat keadaan bukan didalm bilik aku.

“kau tidur depan bilik larangan ni kenapa?”tanya saiful..sambil menunjuk pintu bilik itu.

“ehh..aku mimpi ea..!”

“tulah kau…aku cakap ko ngigau degil..!! haishh..dah bangun-bangun..dan lambat.!!”-herdik saiful, menyuruh aku cepat sambil dia berlalu turun untuk kekelas.

Hafiz mengekori Saiful tetapi sebelum turun ketangga dia sempat menoleh kearah ku sambil melemparkan senyuman seperti mengucapkan terima kasih…

Aku abngun dan melihat pintu bilik, masih terkunci dan bermangga. nampaknya memang benarlah kata saiful yang aku hanya bermimpi,

Selepas siap dan ingin ke kelas, aku menoleh ke arah tingkap bilik atas, iaitu bilik larangan itu. kelihatan seorang gadis melambai kearah ku sambil tersenyum. dan senyumannya sangat manis..aku kenal sangat dengan wajah cantik itu.. dialah gadis Malam itu..

Ehh aku bermimpi ke..?!! ni kan dah siang..!!?

Mengapa hafiz melemparkan senyuman??

arghh semua tu buat aku sendiri keliru…!

*Lambaian dia membuatkan aku semakin tertarik untuk mengenalinya,

Maaflah aku terpaksa berhenti disini dahulu..pesanan aku..jangan suka melanggar setiap apa yang orang larang..!! nanti aku sambung kerana panajng lagi kisahnya,,bagi banyak lagi persoalan dan misteri yang akan timbul atau terungkai. maaf ye…

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

13 thoughts on “#FSN – Bilik Larangan”

  1. ni orang yang sama ke tulis cerita bukan nadia tu? lebih kurang sama je.. typing error terlalu banyak. excited sangat nak post cerita, dah tu cerita pendek, tapi kalut nak buat sambungan..

    Reply

Leave a Comment