#FSN – Bilik Larangan (Bhg. 2 – Penamat)

Kejadian pagi tadi membuatkan perasaan ingin tahu aku semakin tinggi, waktu rehat aku terus berjumpa dengan Saiful. lalu aku menceritakan apa yang aku mimpi, dan apa yang aku lihat di tingkap bilik larangan itu sewaktu ingin ke kelas.

“Apa laahh kau ni..merepekk sangat..banyak sangat tengok cerita..!” kata saiful setelah aku menceritakan semuanya, saiful sangat menafikan apa yang aku alami. katanya itu semua hanya mainan tidur dan perasaan aku. Siapa yang akan percaya pada aku saat begini….? aku perlukan seseorang yang boleh percaya apa aku katakan. supaya boleh menyiasat perkara ini bersama.

haaaa…Hafiz…!!..aku ingin mencuba nasib, menceritakan kepada hafiz apa yang aku lalui, tapi…bagaimana? hafiz tu jenis pendiam. dan lebih suka menyendiri membaca buku atau baca sesuatu di handfone sahaja.adakah dia ingin mendengar cerita aku..? atau mungkin dia juga akan bersependapat dengan Saiful. “Belum cuba belum tahu.” bisik hati ku sendiri.

Ketika dalam perjalanan balik kerumah,aku sudah bersiap sedia untuk melihat tingkap bilik itu, tetapi tiada apa yang dapat kulihat,hanya tingkap kosong yang tertutup rapi.tiada Gadis manis itu.

“Assalamualaikum…” aku memberi salam sambil masuk kedalam rumah, Walaupun aku tahu tiada sesiapa didalam. tetapi aku masih ingat sebuah hadis :-

Dari Jabir bin Abdillah ra, Rasulullah s.a.w.bersabda, maksudnya:

“Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, “Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini.” Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, “Kita ada tempat menginap hari ini.” Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, “Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini.” (HR Muslim)

Sekurang-kurangnya tiada syaitan ikut aku masuk kerumah,atau mungkin juga menumpang dirumah. Aku menunggu Saiful dan Hafiz pulang, sasaran utama aku bukan saiful, tetapi hafiz lah yang aku tunggu. dan aku ingin bertanya sekali kenapa dia tersenyum begitu pagi tadi.

“Assalamualaikum,” suara hafiz dan saiful memberi salam serentak.

“waalaikumusalam” aku menjawab ringkas,

Saiful terus ke biliknya dan begitu juga hafiz. aku mengekori hafiz masuk ke bilik tanpa disuruh.Hafiz seakan terkejut apabila menoleh kebelakang melihat aku turut ada bersama.

“Ada apa?’ tanya hafiz sambil duduk diatas katil bujang nya,bilik Hafiz adalah yang paling kemas dan tersusun berbanding kami semua

“Hurmm, aku nak cakap sikit pasal bilik atas tu” kata aku, sambil turut duduk di atas kerusi yang terletak di meja, tempat hafiz membaca dan mengulang kaji.

“kenapa bilik ko? tak best?” tanya hafiz.

“eh bukan bilik aku lah, tapi bilik larangan tu.” balas aku, cuba membetolkan tangapan hafiz.

“oh kenapa..haa cuba bagi tau.”

Aku pun ceritakan kepada hafiz, seperti mana aku ceritakan kepada saiful waktu rehat tadi. riaksi muka hafiz seakan memikirkan sesuatu. seperti dia bakal mempercayai kata-kata aku. Aku menanti jawapan dari hafiz.

“alahh perasaan kau je tu” Jawapan yang keluar dari mulut hafiz, nampaknya sama pendapatnya dengan Saiful, dan aku terlupa untuk bertanya tentang dia senyum kearah aku pagi tadi.

Aku terus naik keatas untuk berehat didalam bilik, sebelum masuk kebilik aku sempat menoleh kearah bilik larangan itu, seakan terasa sayu, sedih dan bermacam perasaan bermain. Hurmmm…aku mengeluh sendirian lalu terus melangkah masuk kebilik aku.

-Malam-

Selesai makan malam, aku terus ke bilik, kerana dirumah sewa baru kami tiada TV, berbanding di rumah lama memang sudah tersedia TV dan perabut ruang tamu. Aku melihat handfone yang telah lama sunyi, semenjak aku sambung belajar disini. Qistina sudah jarang chat aku, kadang-kadang chat aku juga tidak dibalas..Mungkin dia busy kot…itu lah ayat untuk menyedapkan hati aku.

Arrrhhh….. Aku baring sambil mengeliat, nikmatnya terasa.

“akimmmm~~” suara lembut memanggil aku.

Dengan pantas aku bangun, cuba mendengar dengan teliti dari mana datangnya kehadiran suara itu. setelah diamati, suara itu datang dari hadapan bilik aku. Ishhh… kenapalah asik aku je yang dengar.!. aku mula bersetuju dengan kata roomate aku. bahawa ini semua perasaan aku sahaja…

“Akimm..!!” tiba-tiba suara itu seakan menjerit. apabila aku mengabaikan pangilannya. Aku menarik bantal aku lalu menutup kepala aku dengan bantal. dengan harapan agar aku tidak mendengar pangilan itu. Tiba-tiba bau busuk menusuk kedalam lubang hidung ku. semakin lama bau itu semakin kuat. bulu roma aku mula meremang….

“taappp..tappp..tapppp…” bunyi tingkap bilik aku di ketuk. aku semakin tidak menentu. “akimm~~” suara halus itu memangil tetapi kali ini di bahagian tingkap. suara ini sangat berbeza dengan suara Gadis yang aku kenali meminta tolong itu. “Akimmm~~~” suara itu masih memanggil dibahagian tingkap.aku cuba mengintai dari celahan bantal, dan “Ya Allahhhhhhh”Allahh….!!! Allahhh.!!! itu sahaja ungkapan aku mampu sebut, apabila sewaktu bantal aku selakkan sedikit untuk mengintai,dan kelihatan muka buruk wanita semalam berada dihadapan aku dan mata merah nya turut mengintai aku dari celahan bantal..

Hiiiiiii…..Hihihihhhiiiiiiiii~~~ suara mengilai mulai bergema diruang bilik aku, aku tidak pasti sama ada Roomate aku turut dengar atau tidak, kerana suara itu bagi aku terlalu kuat dan bergema. Tubuh aku seakan sudah tidak teratur. mengigil .sejuk .dan nafas sekaan berat.. saat begitu tiada ayat yang aku mampu baca, bukan aku tidak tahu membaca ayat-ayat suci seperti Al-fatihah,ayat kursi dan sebagainya. tetapi mungkin kerana terlalu ketakutan, sehingga aku tidak mampu membuka mulut.

Harapan aku waktu ini adalah terjaga dari mimpi ngeri ini. aku berharap sangat ini semua mimpi. hampir 20 minit aku lalui detik-detik ngeri. lama kelamaan suara hilai itu hilang, dan keadaan kembali sunyi. bunyi cengkerik sesekali kedengaran tenang.

“Ya Allah..aku memohon perlindungan dari mu ya Allah” aku berdoa, walaupun tiada lagi gangguan misteri itu. Aku masih berjaga jaga. kerana ada pepatah mengatakan “Jangan disangka air yang tenang tiada buaya”.Sangkaan aku benar.!! apabila bantal aku buka, kelihatan satu susuk tubuh badan tinggi paras pintu, manakala kepalanya melepasi pintu aku, dengan kain putih yang sudah usang dan buruk menutupi tubuhnya dan rambut panjang paras pinggang menutupi setiap inci wajahnya. aku tahu itu bukan manusia,

“Tolongggg…Allaah” jeritan aku seakan hanya dikerongkong, tidak lepas keluar. dan akhirnya aku terlelap atau mungkin juga aku pengsan, saat terakhir yang aku ingat. aku menutup muka aku dengan bantal.

Pagi itu aku bangun dalam keadaan badan aku sakit-sakit dan bisa setiap sendi. aku demam urat,! atau mungkin juga demam terkejut!. Dengan keadaan badan panas aku keluar untuk ke klinik. sewaktu meninggalkan rumah aku menoleh ke tingkap atas, dan dia ada..!!! tetapi dia memandang aku penuh sayu.tiada lambaian dan senyuman.

Arghhh!! ini semua perasaaan ilusi aku sahaja ni.!! aku terus memecut motor laju menuju ke klinik.selepas selesai ambil ubat dan surat cuti sakit. aku pulang ke rumah, tetapi aku singgah dahulu di warung simpang sebelum masuk ke kawasan rumah kami,

“minum apa? dan makan apa?” tanya seorang wanita tua berumur dalam lingkungan 60 tahun.

“teh O ais satu, dengan nasi lemak ayam satu,” balas ku sambil senyum,sebagai tanda sedekah. kuat betol mak cik ni, walaupun dah berusia. masih kuat bekerja. Lebih kurang 5 minit menunggu makanan dan minuman aku pun sampai. Aku tidak menghiraukan orang sekeliling yang turut makan disitu, bukan aku sombong, tetapi sebenarnya aku segan.

“Assalamualaikum..” tiba-tiba aku di sapa seorang lelaki tua, sambil dia duduk dihadapan aku, semeja dengan ku.

“waalaikumuslaam,”.jawab ku ringkas sambil tersenyum

“kamu yang menyewa dirumah hujung situ iya?” tanya lelaki itu sambil emnunjukkan kearah jalan masuk kerumah sewa aku.

“a’ah pak cik” kata ku sambil mengerutkan dahi, pelik dengan soalannya.

“Owh, dah ebrapa lama duduk situ?”

“baru dalam seminggu ,, pak cik..”

Kringgggggg….kringgggg..tiba-tiba handfone aku berbunyi. tertera nama “SAIFUL RM” membuat panggilan.

“maafkan saya sebentar ye pak cik,”kata ku kerana ingin menjawab pangilan. dan pak cik itu hanya memberi isyarat tangan tidak mengapa. dan aku pun menjawab pangilan dari saiful.

“Hello…!!,wei Akim ko tak datang kelas ke?” Saiful terus melontarkan persoalan.

“Tak,aku demam la..baru balik klinik ni.dapat MC satu hari”aku memberi tahu.

“ohh..ingat kan kenapa,pelik gak ko tak datang.”

“tak ada apalah.aku ok je”

“haa..ok la kalau macam tu. pape nanti jumpa kt rumah.”kata saiful sebelum menamatkan panggilan.

Ehhh..mana pak cik tadi..baru nak tanya kenapa..dah hilang lak..! salah aku juga, jawab pangilan pun nak sorok-sorok.sampaikan pak cik tu balik pun aku tidak perasan.

Selepas habis makan dan bayar, aku terus pulang kerumah. sampai dihadapan rumah, aku melihat kearah tingkap atas. hurmm.. tiada susuk tubuh. nampaknya memang aku sedang berimaginasi. Tukk..Tukkk..Tukkkkk..” Assalamualaikum….” aku mengetuk pintu bilik larangan itu sambil memberi salam…….

Sunyi sepi,tiada sahutan atau bunyi apa-apa dari dalam. Bilik ini semakin menarik minat ingin tahu aku, walaupun kejadian menyeramkan telah menimpa diri ku semalam. tetapi setiap kali melihat bilik larangan itu, hati aku terasa sayu dan sedih. bagai ada sesuatu yang disorokkan didalam bilik itu.

Dengan keadaan yang kurang sehat, aku terus baring di ruang tamu dan tertidur…..

“Tolongg…..tolonggg jangan apa-apa kan balkiss…” suara seorang gadis meminta tolong sambil merayu. Aku terus meluru keatas untuk membantu. aku terkejut melihat seorang lelaki dengan berpakaian seluar dan baju serba hitam. ditangan kanannya memegang helaian daun kelapa atau mungkin juga daun mengkuang, dan ditangan kirinya memegang tumpurung kelapa yang telah di jadikan seperti mangkuk dan didalam nya mempunyai kemenyan yang dibakar. bau kemenyan semerbak didalam rumah ruang atas itu, daun ditangan kanan lelaki itu sesekali dilibas berhampiran gadis yang sedang terduduk merayu. apa bila daun dilibas, kelihatan gadis itu meraung seakan ketakutan bercampur kesakitan.

“Berapa kali aku sudah beri amaran kepada kamu,!!” lelaki itu mengherdik kearah gadis itu. aku hanya mampu terdiam melihat drama itu.

“Maafkan balkis….maafkan balkisss…” hanya itu ungkapan dari mulut gadis itu.

“maaf….maaf…maaaf..!!” itu sahaja kau tahu..!”Herdik lelaki itu lagi

“huuuuuu..huhuhuuuuuuu..huuuuuu” hanya tangisan, tanpa jawapan dari gadis itu.

“mulai hari ini..kamu hanya boleh keluar bila bersama aku sahaja..!!” kata lelaki tadi sambil mahu keluar dari bilik larangan itu, aku cepat-cepat menyorok dibilik aku. supaya lelaki itu tidak melihat kehadiran aku.

dari segi tubuh badan lelaki itu,aku tidak mampu untuk melawannya. selepas lelaki tua itu berlalu turun kebawah. aku perlahan-lahan keluar dari bilik aku. dan cuba masuk kedalam bilik larangan itu. Gadis itu hanya duduk menekup mukanya sambil menangis, aku datang dan cuba memujuknya.

“Maaf…awkkk….” aku cuba menegur sambil memegang bahu nya.

Papppppppp….. tiba-tiba tangan aku dipukul. membuatkan aku terjaga dari tidur, “Ya Allah” mimpi rupanya bisik hati ku sendiri.

“Kau ni kuat ngigau la” kata saiful tiba-tiba, menyebabkan aku separuh terperanjat. aku hanya melihatnya sambil mengerutkan sedikit dahi.

“kau tu tidur,tangan nk capai apa…?Sebab tu aku tepuk..” saiful memberitahu apa yang telah aku lakukan sewaktu tidur.

“Tak ada apa lah..hahaha aku mimpi makan” kata ku menipu, sambil gelak kecil. kerana aku tahu, jika menceritakan kepada saiful pun tiada guna.

“kalau lapar pergi makan, bukan pergi tidur…heheh dah petang ni..bangun tak elok tidur lepas asar..” kata saiful, separuh berdakwah.

“yelaa..” balas aku,sambil duduk.

Apa maksud mimpi tadi? siapa pula Balkis tu? dan kenapa lelaki itu menyiksa balkis..? apa pula hubungan balkis dengan lelaki itu? pelbagai persoalan bermain diminda ku. hati ingin sahaja aku bertanya kepada tuan rumah,tetapi nanti dikatakan apa pula. cerita orang macam aku. siapa nak percaya. lagi cerita berkaitan benda-benda misteri.

“Kau ok ke akim?”tiba-tiba Hafiz yang pendiam itu menegur aku.

“eh ok lah..heheheh..demam urat je kot.”dah makan ubat pun tadi. kejap lagi sehat lah kot.

“oh..pelik juga kenapa kau tak datang kelas tadi, ingatkan kenapa.”

“hehehe”hanya gelak kecil yang aku mampu lemparkan, kerana aku sudah tawar hati ingin ceritakan apa yang terjadi kepada aku malam tadi.dan apa yang aku mimpikan tadi.

Malam itu aku tidur di ruang tamu,kerana aku belum bersedia untuk melalui detik-detik menyeramkan seperti malam semalam. walaupun hati terlalu ingin tahu tentang apa yang tersembunyi di ruang atas itu. aku terpaksa batalkan niat sehingga aku sehat dan semangat kembali pulih.

Aku akan pastikan aku tahu cerita disebalik kisah Bilik Larangan tu.apakah peristiwa yang tersimpan disebalik Pintu bilik itu..? dan yang buat aku nak tahu adalah siapa BALKIS tu..? dia telah membuatkan jiwa aku meronta-ronta utnuk membongkar kisah yang tersembunyi.

-Pagi-

Aku bangun pagi itu dengan kesegaran,kerana tidurku lena indah tiada mimpi yang hadir, ataupun diganggu makhluk berambut panjang itu.

“Awal bangun?” tiba-tiba saiful menegurku,

“tidur lena..bangun pun awal lah..heheh” jawab ku sambil berlalu naik ke bilik untuk bersiap ke kelas.

Seperti biasa,waktu aku keluar rumah aku akan melihat tingkap bilik larangan atas itu. tetapi hari ini tiada apa yang aku nampak.Hanya bilik yang gelap tanpa bayangan.AKu seperti sudah mula rindu kepada bayangan Gadis manis yang akan melihat aku disetiap kali aku keluar rumah pagi.

Diwaktu rehat-sedang aku duduk menikmati nasi goreng,tiba-tiba aku didatangi oleh Hafiz.

“Akim….aku nak tanya sikit la.” tiba-tiba hafiz bertanya,seakan ada sesuatu yang disorokkan, ingin diketahui.

“tanya lah”..jawab aku sambil meneruskan menikmati juadah. telinga aku bersedia menerima segala persoalan yang keluar dari mulut hafiz.

“Siapa gadis yang duduk sebelah kau semalam?”

“Gadis?!!” mana ada…!! kau biar betol..?” dengan mata aku sedikit terbeliak,seakan tidak percaya apa yang dipersoalkan oleh hafiz, maklumlah..kami duduk semua lelaki,takan lah aku nak bawak perempuan masuk rumah..jahil-jahil aku pun masih berfikiran waras.

“Iya..kalau tak,,,,,buat apa aku tanya kau..” jawab hafiz, cuba mengorek rahsia.

“Macam mana rupa dan gaya nya.?” aku cuba mendapatkan kepastian.

Hafiz pun menceritakan. sewaktu dia terjaga malam itu, jam lebih kurang baru pukul 12 lebih. Dia ingin ketandas, masa keluar dari bilik untuk ketandas. Dia sempat melihat kearah ruang tamu tempat aku tidur. dan waktu itu dia melihat seorang agdis duduk betul-betul disebelah kanan aku, menghadap ke arah aku, dan membelakang kan hafiz. dia tahu itu bukan manusia jadi hafiz terus masuk semula kebilik dan tak jadi ketandas. sambil membuka ayat-ayat suci Al-Quran. kerana ketakutan.

Aku mendengar cerita hafiz dari A- Z…. kemudian aku sendiri tidak mampu memberi jawapan kepada Hafiz.cuma aku tahu dari apa yang hafiz cerita..gadis itu adalah BALKIS. tetapi sengaja aku cakap tidak tahu kerana tidak mahu dianggap aku sekadar mainan perasaan.

“Weii akim..aku ckap ngan ko ni..dgr tak.?” sergah hafiz membuatkan aku terhenti dari lamunan seketika.

“dengar lah..!” balas aku acuh tak acuh.

“esok kita bukak bilik tu nak..?!!” tiba-tiba hafiz memberi cadangan..yang aku sendiri tidak terfikir hafiz akan memrancang sebegitu

“Ehh…nanti saiful macam mana…?”tanya aku seakan bersetuju

“Saiful esok dia balik kampung dah,tinggal kita dua je cuti ni.” jawab akim sambil tersenyum penuh makna.

“ok set..!!” balas aku ringkas.

-Keesokan harinya –

Kini tinggal aku dan Hafiz dirumah, Awal pagi lagi saiful sudah bergerak pulang kekampung. hafiz dan aku sudah bersedia untuk memlakukan apa yang dirancang. diri aku penuh dengan 1001 persoalan. manakala hafiz pula aku tidak tahu motif dia untuk membuka bilik itu.

Tangg…!! tanggg!! tanggg!! aku dan hafiz bertungkus lumus cuba memecahkan mangga pintu bilik itu. setelah hampir 1 jam lebih,akhirnya kami berjaya buka ketiga-tiga mangga itu. kini hanya tinggal untuk membuka tombol pintu sahaja. jantung aku berdegup kencang. hafiz nampak kepenatan sambil duduk melihat kearah pintu yang sedia untuk terbuka.

“Buka lah..apa lagi tunggu..!!” kata hafiz apabila melihat aku hanya termenung dihadapan pintu.

Perlahan-lahan tangan aku memulas tombol pintu sambil menolak. kriuukkkkkkkkk…… bunyi ensel pintu yang sudah berkarat. membuatkan aku sedikit terkejut.

zuupppp…… tiba-tiba bagai ditiup angin..kuat terasa melalui tubuh ini. yang ada didalam bilik itu hanay sebuah kerusi yang sudah usang dan bersawang.Aku rasa bagai tertipu dengan apa yang aku mimpi dan lalui sebelum ini.Tanpa berlengah, aku dan hafiz menutup semula bilik larangan itu dengan baik,supaya tidak diketahui oleh tuan rumah atau saiful.

Aku dan hafiz turun semula ke bawah,bagai tiada apa-apa yang berlaku. Hafiz terus masuk kebilik dan tertidur kepenatan.aku pula tidur diruang tamu.

Arghhhhhh….Waarrggghhhh…..!! tiba-tiba aku terdengar suara orang meraung kesakitan..membuatkan aku terjaga dan cuba mencari dari amna bunyi itu datang. bila aku amati bunyi itu datang dari bilik hafiz. Aku terus berlari kebilik dan apa bila aku masuk kebilik, aku lihat hafiz bagaikan bukan dirinya. matanya terbeliak memandang tepat kearah ku.. lidahnya terjelir sambil menjerit-jerit….kerana panik tidak tahu apa ingin aku lakukan..aku terus mendapatkan tuan rumah untuk meminta bantuan..hafiz aku kurungnya didalam bilik bawah itu.

Tuan rumah terus memangil imam kampung dan beberapa jiran nya untuk membantu,bagai mereka sudah tahu apa yang terjadi.

“Bissmillahhh…..” imam memulakan bacaan ayat-ayat rugyah.aku hanya diam memerhatikan. beberapa orang kampung memegang hafiz yang mempunyai kukuatan luar biasa.

Setelah keadaan sedikit tenang, Imam terus menghampiri aku sambil bertanya..

“kamu berdua ada buat apa-apa ke di bilik atas..?!”dengan nada seakan mengertak.

“tidak.!!” aku berbohong.

“encik kasim, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena. rumah ini kene kosongkan dahulu.” kata imam tiba-tiba kepada tuan rumah.

“baiklah imam.” jawab tuan rumah sambil tertunduk sayu.

Selepas kejadian petang itu, aku terus menelefon saiful untuk memberi tahu kejadian yang telah terjadi menimpa hafiz.dan paling utama kami harus keluar rumah. Tuan rumah membenarkan kami tinggal dirumahnya untuk beberapa hari sementara kami dapat rumah baru.

selepas beberapa hari menumpang, dengan bantuan orang-orang kampung disitu akhirnya kami dpaat rumah sewa baru, walaupun rumah sewa baru itu diluar kawasan kampung situ dan agak terletak jauh sedikit. aku bersyukur dan berharap segala apa yang terjadi dapat aku lupa kan..

Saiful melalui ahri-harinya sepertia biasa..tiada apa yang meganggunya. mungkin lebih baik jadi seperti dia. mendegar kata orang,

Hafiz pula semenjak kejadian itu dia selalu ditimpa sakit,sehingga dibawa kehospital. tetapi penyakitnya tidak dapat dikesan oleh doktor dan alatan moden. dan selama 2 bulan selepas kejadian itu dia sakit dan akhirnya hafiz tidak mampu berjalan dan terpaksa dibawa pulang kekampung. ibu dan ayahnya mengubatinya cara kampung.pembelajarannya terpaksaan dihentikan..

Aku..?? hurmm….selepas kejadian itu..aku selalu berjumpa dengan balkis..dimana-mana!!…dan aku tidak berhenti dari mencari punca kisah disebalik bilik larangan yang hanya mempunyai kerusi buruk itu. Selepas hafiz dibawa pulang kekampung halamannya. aku pergi semula ke warung tempat aku duduk bersarapan dahulu.dan aku cuba mencari cerita bilik dirumah itu..setelah beberapa hari aku singgah makan disitu..akhirnya aku berjumpa dengan pakcik itu..!! alahhh pak cik yang masa memula aku sarapan..waktu balik klnik tu…haa aku terus tanya A-Z cerita bilik tu..then baru aku tahu. sebenarnya bilik itu adalah bilik tempat anak perempuan bomoh itu duduk. dan pada suatu hari anak nya ditimpa sakit misteri…. bomoh tu cuba merawat anaknya..pelbagai cara dilakukan sehinggalah di mengurung anaknya dari keluar rumah. tetapi lama kelamaan anaknya semakin kuruss kering dan tidak bermaya..dari cantik menjadi hodoh..menangis siang dan malam meminta tolong..akhirnya anak dia mati beragan.. selepas kematian anaknya..bomoh itu telah memaksa hantu-hantu iblisnya untuk menjaga bilik dan rumah tu.kerana persengketaan antara sihir mereka. akhirnya bomoh itu juga mati. sejak itu..iblis-iblis itulah yang duduk rumah tu.. tiada siapa yang duduk rumah tu sehinggalah segala iblis hantu dikurungkan (dipagarkan) didalam bilik itu. lepas tu barulah aku dan kawan-kawan aku masuk.

selepas aku tahu segala ceritanya. aku meminta izin pulang kerumah, sewaktu aku baru nak bangun dari duduk..tiba-tiba pakcik tu ckap.. “Kamu jaga Balkis baik-baik ya..! kamu yang lepas kan dia..kamu kena pandai untuk kurung semula.!”..

-P/S-cerita ini tidak dibagi tahu tempatnya.dan nama yang terlibat telah diubah suai..cerita telah diubah sedikit..tp yang utama tidak diubah seperti.. bilik..bomoh..tuan rumah..pak cik dikedai..sakit yang dialami..dan semenjak Hafiz dibawa pulang kekampung kami cuma dapat maklumat dia semakin teruk. sebenarnya panjang lagi ceritanya..tetapi cukuplah aku pendekkan..supaya tidak bersambung-sambung..terima kasih sudi membaca..

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

11 thoughts on “#FSN – Bilik Larangan (Bhg. 2 – Penamat)”

  1. Reminder dr pakcik tu mcm menggambarkan yg Balkis tu memudaratkan…
    Kamu yg lepaskan dia, kamu kena pandai kurung dia semula…
    Sereemmmm…

    Reply
  2. Mungkin habuannya, Hafiz dapat semua iblis yg terkurung kat situ. Tgk gaya dia macam lemah semangat sikit dan memandangkan dia jugak boleh ‘nampak’. Akim pula dapat Balqis jerr… And bab Qistina apa jadi?

    Reply
  3. Tak der sampai sini atau pendekkan cerita,teruskan panjang2 pon tak per janji terlerai semua kisah2 ni …
    Hafiz pula pasti ada kisah2nya yang unik dan tersendiri …
    Mohon disambung tulis lagi yer …
    Jangan berenti
    ..

    Reply

Leave a Comment