βCantik! Perfect! Boleh Mia tahu siapa dalam gambar ni?β tanya Mia atau nama sebenarnya Shamia Akira kepada hausematenya.
Mia seorang gadis cantik mempunyai d***h kacukan Melayu dan Jepun, kerana itu namanya persis negara matahari terbit itu. Minat mia pada lukisan membawanya bertemu dengan seorang gadis bernama Shamila yang bekerja disebuah hotel di ibu kota, dan Mia pula yang baru sahaja menerima tawaran kerja disebuah syarikat penerbitan buku sebagai Admin. Shamila adalah hausemate Mia yang baru sahaja dikenalinya saat sedang melihat pelukis-pelukis jalanan menghasilkan karya seni mereka di ibu kota, dan dari perkenalan itu mia telah dipelawa oleh Mila untuk tinggal bersamanya.
βowhh itu gambar Shamira..adik kembar Mila, Cuma didalam gambar dia kelihatan berbeza dari wajah sebenarnya. Ramai mengelarkan dia sebagai FOTOGENIK!β Mila menerangkan serba sedikit tentang adik kembarnya yang di tanya oleh Mia.
βnama kamu Shamila,dia Shamira dan saya shamia.! Wowww… kebetulan ke atau sudah tersusun?β Mia bagai teruja kerana nama mereka hampir sama, dan lebih menariknya mereka mempunyai minat yang hampir sama, begambar,melukis dan menulis. Ini bagaikan satu bonus dalam kehidupan Mia. Segala urusannya di permudahkan oleh yang ESA. Bertemu Mila kemudian dapat rumah dan akhirnya mempunyai minat yang sama.
βMia… mari sini Mila nak tunjukkan bilik Mia..β sambil mila jalan mendahului dan diikuti oleh Mia perlahan, mata Mia melilau melihat lukisan dan gambar yang tergantung cermat dengan setiap susunannya mempunyai jarak yang sangat efektif menonjolkan setiap gambar dan lukisan. Rumah teres dua tingkat itu bagaikan banglo dengan hiasan tersusun rapi. Lebih menariknya rumah itu terletak jauh sedikit dari rumah-rumah lain menjadikan suasana tenang dan nyaman membuatkan Mia bakal menghasilkan lukisan atau karyanya dengan baik.
βWowwwwww!β keterujaan Mia tidak dapat disorokkan lagi apabila melihat bilik yang bakal dia duduki, Katil, meja, almari dan kipas semua sudah tersedia. Malah barang-barang itu semua kena dengan citarasa dirinya.
βbarang-barang ni semua mia boleh guna, tidak perlulah mia habiskan duit untuk membeli perabot bilik, semua sudah tersedia.β Mila memberitahu sambil tersenyum melihat wajah Mia yang terlalu gembira.
βehh…tapi jangan buka bilik sebelah ni, sebab ni bilik Mira.β Pesan Mila sambil mengatur langkahnya meninggalkan Mia yang sedang sibuk melihat segala isi bilik sewanya itu.
Sewa bilik rm300 sangat murah bagi Mia dengan keadaan rumah yang besar, cantik dan nyaman malah tuan rumah iaitu hausematenya sangat baik. Beg galas dicampakkan di satu sudut berhampiran almari lalu Mia terus merebahkan dirinya diatas katil bujang bertilam empuk yang sudah sedia menerima berat badannya. Sehinggakan Mia terlena pada petang itu.
Trapp..tapp..ktapp…pappp..papp….tapp,,taapppp.. kedengaran bunyi button keybord ditekan bagaikan sedang menaip. Mia tersedar dari tidurnya apabila bunyi tadi jelas digegendang telinganya. Mia cuba mengamati dari mana bunyi itu datang, kerana hanya dia sahaja yang duduk di bilik atas, tidak mungkin Mila sedang menaip pada waktu begini. Mia melihat jam digital yang memang tergantung didinding bilik.
12:15am jelas tertulis di layar screen jam. Mia terus bangun, dalam kegelapan dia mencapai telefone bimbitnya yang sentiasa berada disisi untuk dijadikan lampu suluh. βHaisshh….lupa tanya Mila, dekat mana suis lampu. Sekarang sendiri susah nak kene cariβ Mia merungut sendirian menyalahkan dirinya. Setelah suis dijumpai βKtapppβ maka terang bederanglah biliknya. Tetapi bunyi taiping tadi senyap secara tiba-tiba, Mia membuka pintu biliknya dan melihat ruang hadapan bilik kosong, tiada sesiapa malah semuanya sunyi sepi dan hanya lampu tangga yang menyala.
βMungkin Mira dah balik kot,β Mia bersangka baik lalu kembali masuk ke biliknya. Segala barang dan pakaiannya disusun rapi, setelah semua selesai tersusun barulah Mia mengambil beg lappynya lalu menghidupkan lappy untuk menyiapkan karyanya yang sudah tergendala agak lama.
Tuk….tukkk…tukkkk.. pintu bilik Mia diketuk, dengan pantas Mia bangun dan membuka pintu. βEh Mila, tak tidur lagi ke.?β Itulah soalan pertama yang keluar dari mulut Mia.
βbelum la mia..Mila tadi bersembang dengan Mira, dia baru balik tadiβ balas Mila sambil tersenyum
βdah balik ye? Mia nak jumpa gak boleh?β Mia cuba untuk berkenalan dengan Mira.
βDia dah tidur la, penat sangat kerja. Mia buat apa tu?β tanya Mila sambil menjengah sedikit kedalam bilik Mia.
βtengah menulis je, nak siapkan cerita yang dah tergendala lamaβ
βcerita apa tu? Boleh Mila tau?β Mila seakan berminat.
βSkizotipalβ ringkas mia membalas.
βMacam menarik je, nanti kalau dah siap bagi tahu Mila ye. Mila nak jadi orang pertama yang bacaβ kata Mila membuatkan Mia teruja.
βBoleh..hehehβ balas Mia sambil tersenyum gembira, apabila karyanya ada yang sudi membaca.
βOkay lah. Maaf ganggu Mia. Selamat Malamβ balas mila sambil berlalu pergi.
βselamat malamβ balas Mia sambil melihat Mila turun tangga sehingga tidak keterlihatan lagi.
Malam itu Mia dapat menyiapkan hampir 80% karyanya yang bertajuk Skizotipal, suasana yang nyaman, segar dan sunyi membuatkan Idea mencurah-curah masuk kedalam otak Mia, ditambah dengan lagu-lagu nostalgia dari radio Suria Fm menjadikan jiwa Mia turut merasai watak yang ditulis.
Kini Hampir sebulan Mia duduk dirumah itu bersama Mila dan Mira, tetapi Mia belum pernah berjumpa dengan Mira walaupun selalu kedengaran bunyi orang menaip dan sedang bercakap. Pernah juga Mia meminta pada Mila agar temukan dia bersama Mira, tetapi pelbagai alasan diberikan oleh Mila membuatkan Mia tidak dapat bertemu dengan Kembar Mila.
Hari ini Mia bercuti, jadi peluang untuk berjumpa dengan Mira tidak akan Mia sia-sia kan. Lappy diambil lalu dibawa ke bahagian ruang hadapan biliknya. Sengaja Mia menulis diruang itu agar apabila Mira keluar atau masuk kedalam bilik, Mia dapat bertemu. Ingin sekali dia bertemu dengan kembar Mila. Mia hanya tinggal berseorangan dirumah kerana Mila bekerja dan dikatakan dia Overtime hari itu mengantikan pekerja yang tidak hadir. Dari pagi hinggalah kini sudah pukul 6:00 petang masih belum kelihatan bayang Mira keluar atau masuk kedalam bilik.
βhuhhhh..takkan la Mira ni pun cuti, tapi kalau cuti takkan la dia tak keluar makan dan minum?β Mia merunggut sendirian apabila merasakan penantiannya itu suatu yang sia-sia. Selepas solat magrihb Mia kembali duduk diruang hadapan namun masih juga tiada kelihatan bayang-bayang Mira. Tap…trapp…tapp…tap… tiba-tiba kedengaran bunyi button keybord ditekan seperti ada seseorang sedang menaip, Mia tersenyum gembira dia merasakan harapan untuk bertemu Mira sanggat tinggi.
Tok…tokk…tok…. Mia mengetuk pintu bilik Mira, dia sudah tidak sanggup menunggu lalu mengambil keputusan untuk terus mengetuk bilik Mira. βAssalamualaikum..Mira~β Mia memanggil perlahan, tetapi sunyi sepi tiada sahutan dari dalam bilik. Mia kembali duduk di lappynya dan menyambung kerja. Jam di lappy sudah menunjukkan pukul 11:00 malam, Mia mengemas lappynya untuk menyambung kerja didalam bilik kerana dia merasakan harapan untuk bertemu Mira mungkin tidak pada hari itu.
βKltakkkβ tiba-tiba tombol pintu bilik Mira bagai dibuka, Mia membatalkan niatnya untuk masuk kedalam bilik. Mata Mia tajam merenung kearah tombol pintu dengan harapan Mira akan keluar dan…..
Kreeeuukkk…. pintu terbuka perlahan kelihatan seorang gadis cantik dari dalam bilik. βMira.?β Sengaja Mia mempersoalkan soalan bodoh itu, sedangkan dia sendiri tahu itu bilik Mira dan saat itu Mila belum pulang dari kerja. Gadis yang berdiri dipintu bilik itu cantik dan ia berbeza sedikit dari Mila, mungkin kerana Mila dengan gaya sempoi dan slumbernya membuatkan dia kelihatan tidak sama dengan Mira, dari pakaian dan gaya Mira, Mia tahu Mira seorang gadis yang menjaga ketrampilan diri sentiasa ingin kelihatan cantik dan lembut.
βIya, saya Miraβ balas mira sambil tersenyum kearah Mia. Senyuman Mira tidak ubah seperti Mila, βArghh nama pun kembarβ Mia bermonolog sendirian didalam hatinya. Kini impiannya untuk bertemu Mira tercapai.
βerrr…Mira…boleh Mia tanya somthing?β Mia memulakan perbicaraan malam itu. Dia tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu.
βtanya apa Mia.?β
βkadang-kadang Mia dengar bunyi Mira menaip, Mira suka menulis ke?β
βohh, itu Mira tulis ceritaβ
βcerita apa? Mia pun menulis jugaβ
βcerita KEJAM! β
βwaaa..macam menarik je, Mia pula tengah tulis cerita Skizotipal β balas Mia, tanpa ditanya. Dia terlalu teruja apabila berjumpa dengan orang yang mempunyai sama minat dengan nya.
Malam itu Mia dan Mira bersembang sakan, manakala Mila pula masih belum pulang ke rumah. Mungkin dia overtime sampai esok pagi, tetapi itu bukan masalah pada Mia kerana dia ingin sangat bertemu dengan Mira.
βMira, boleh Mia baca cerita Mira?β tanay Mia cuba membaca hasil karya Mira.
βboleh, marilah..β Balas Mira sambil bangun dan melangkah masuk kedalam bilik, diekori oleh Mia tanpa berlengah.
βWowww..βMia terpegun melihat bilik Mira yang kemas dan cantik, barang-barangnya tersusun rapi bagaikan tidak pernah disentuh.
βbaca la tu,β Mira menunjukkan komputer yang sudah sedia terbuka.
Mia dengan pantas menghampiri kumputer Mira, lalu membuka Fail Word bertajuk βKEJAMβ
Malam itu selepas aku mengemas rumah, kelihatan adik aku Mira sedang sibuk dengan Lukisannya. Dia seorang yang sangat cantik apabila bergambar sehingga membuatkan adakala aku mencemburuinya. Tetapi dia adik kembar aku, dan semestinya aku juga cantik seperti dia..
Setiap malam aku tatap wajah aku sendiri dicermin, Sama! Sangat sama dengan adik aku si Mira tapi mengapa ramai yang memuji dia cantik. Grrrr.! Sifat kebencian didalam diri aku mulai membara, dengan kemarahan yang tidak terkawal itu aku menuju kedapur lalu mencapai pisau yang aku selalu gunakan untuk memotong bawang dan cili.
βtapi..! mustahil aku mampu bergelut dengan Mira, mungkin nanti aku yang akan t******h,!β aku mula memikirkan cara untuk mengikat Mira. Dan melalakukan kerja aku dengan mudah. Sambil pisau masih tersisip ditangan aku duduk memikirkan pelbagai cara dan akhirnya aku mendapat satu idea.
βMiraaa~.. tolong akak kejapβ aku memanggil Mira dengan manja. Mira seorang adik yang sangat baik dan dengan pantas dia datang sambil tersenyum.
βtolong apa kak.?β Mira bertanya ragu.
βAkak nak cuba ambil gambar Mira kene ikat di kerusi dan dipenuhi d***h sambil bdan tersiat-siatβ
βowhh..boleh…untuk apa kak?β
βuntuk gambar cerita baru akak nantiβ Aku tersenyum, meyakinkan Mira.
Mira terus duduk dikerusi yang sudah aku sediakan, kaki Mira aku ikat dikerusitidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat, tanggannya aku ikat kebelakang bersama palang belakang kerusi. Aku tersenyum puas, Mudah.! Sangat Mudah! Hehehe. Selepas siap aku mengikat semua sendia kaki dan tangan Mira aku duduk menghadapnya sambil tersenyum, βHari ini aku akan hapuskan bayang-bayang aku sendiriβ bisik hati aku.
βakak, nak mekup kan luka-luka tu pakai apa kak.?β Tanya Mira pelik apabila melihat tiada langsung barang mekup berhampiran aku.
βtak perlu guna mekup Mira, akak hiris betul-betul je, bukan sakit punβ balas aku sambil tersenyum sinis.
βehh akak.. jangan memain..ishh akak ni buat seram jelaβ Mira mula tidak sedap hati, dia cuba meronta sedikit tetapi ikatan kaki dan tangan serta badannya kukuh.
Aku berjalan menghampiri Mira, lalu pisau ditangan aku hiriskan sedikit dilengan kanannya, serta merta Mira menjerit sekuat hati. Meminta tolong.
βakaaak…lepaskan Mira akak.. apa salah mira akak…β merayu Mira dalam nada takut.
Aku tidak menghiraukan rayuan Mira malah meneruskan torehan kedua di tangan kanannya, torehan kali ini aku lakukan lebih dalam dan menyebabkan d***h memancut keluar. Mira menjerit ketakutan dan kesakitan, jeritanya membuatkan diri aku semakin puas. Diri aku yang sudah dirasuk iblis kini tidak mempunyai rasa belas kasihan.
β Arghhhhhhhh!!β Zrassss… Pisau ditangan aku libas ke mulut Mira yang sedang menjerit, mata pisau tepat mengenai pipi kanan dan menyebabkan mulut Mira terkoyak besar, Kulit pipinya mengelebeh jatuh terkeluar manakala jelas nampak gusi dan gigi garham rahang kanannya. Suara jerita Mira bertukar garau. Mengeletik kepalanya menahan kesakitan. Semakin Mira sakit semakin membuatkan aku gembira dan puas. Jantung mira kencang turun naik menahan kesakitan yang amat sangat. Tetapi itu masih belum membuatkan aku puas. Aku mengoyakkan kulit pipi kiri mira dan aku menyiksanya perlahan β lahan, wajahnya yang cantik aku hiris sedikit demi sedikit. Mulut Mira terbuka sedikit kerana tiada lagi pipi mulus yang membantu menahan rahang bawahnya, aku berlalu meninggalkan Mira sementara bagi aku itu belum cukup untuk meredakan kerasukan aku.
Dengan tubuh yang dipenuhi d***h aku masuk kedalam bilik stor untuk mengambil hammer dan kembali kepada Mira. βauuughhhh..arghhh..auukkkk..auuughhhhβ Mira cuba bercakap, tetapi kerana pipi kiri dan kanan yang sudah koyak menyebabkan apa yang disebutkan oleh Mira tidak aku ketahui. Praaaggghh! Hammer tadi aku ketuk di keting kaki kanan Mira. Bunyi tulang kakinya hancur jelas kedengaran. Jejemari tangan Mira mengigil kesakitan serta d***h membasahi tubuh Mira. Matanya sesekali memandang aku dengan harapan ada belas kasihan dari aku untuk sisa nyawanya tetapi! Mata itu.! Iaya Mata itu cantik!! Aku cemburu,sehinggalah matanya juga aku korek keluar mengunakan pisau. Waktu itu Mira sudah lemah nafasnya kasar, dan akhirnya dia m**i kerana kesakitan yang teramat sangat. Setelah yakin Mira m**i aku membuka ikatan satu persatu, tubuh aku berlumuran d***h Mira. Sebelum aku menggangkat mayat Mira, aku menikam beberapa kali di dada dan lehernya untuk mendapatkan kepuasan. D***h pekat hitam membuak-buak keluar dari lubang tikaman.
Mayat Mira aku campak kedalam bilik air dibiliknya,Kini akulah Mira. Gadis Fotogenik! βHahahahahahahaβ aku ketawa puas. Aku baru sahaja m******h Adik kembar aku sendiri.! Dan aku rasa mulai hari ini akulah Mila dan akulah Mira…………
………….
Belum habis cerita itu dibaca pantas Mia menoleh kearah Mira, Keraguan Mia kepada Mira kini tinggi. Adakah benar apa yang ditulis oleh Mira. Mata Mia pantas melihat sekeliling jika ada kelihatan d***h atau sesuatu yang mencurigakan.
βehh kenapa Mia?β tanya Mira, membuatkan Mia sedikit terkejut.
βtak ada apa lah..hehehe mungkin Mia ngeri sikit baca cerita Mira niβ balas Mia sambil tersenyum, cuba menyembunyikan kerisauan dirinya.
Mira melihat Mia bagaikan ada sesuatu yang dia inginkan, membuatkan dada Mia kencang ketakutan, roma-romanya mula berdiri. Mia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kene dengan Mira.
βEh….Miraa…..Mia masuk bilik dulu ye,ngantuklah.β Kata Mia cuba lari dari segala kemungkinan.
βiyaβ balas Mira sambil tersenyum, tetapi senyuman Mira kini Mia lihat seakan Badut.
Tanpa berlengah Mia terus keluar dari bilik Mira, lalu masuk kebilik dan mengunci pintu biliknya. Ingin sahaja dia lari dari rumah pada malam itu juga. Terasa juga sedikit penyesalan kerana membaca cerita Mira.
Ktaaakkkk! Tiba-tiba pintu bilik Mia dibuka, pantas Mia memegang gunting yang ada diatas mejanya. Bersedia dari sebarang serangan yang mungkin terjadi. Euuuuuukkkkkkk.. bunyi pintu Mia terbuka sedikit, jantungnya kembali kencang, ternanti-nanti siapa yang bakal muncul.
βMia… βtiba-tiba Mila muncul sambil wajahnya pelik melihat Mia yang dalam ketakutan.
βeh Mila… baru balik ke,.?β Tanay Mia lega, kini dia rasa selamat sedikit.
βlaa..kan Mila O.T hari ni, jadi mila balik pukul 12:30amβ balas Mila sambil tersneyum
βingatkan Mila balik esok pagiβ
βehh tak lah..hehe Mia dah makan?β
βdah tadi, makan maggieβ
βeh maggie je? Dekat dapur ada nasi ayam, Mila beli tadi magrib, nak makan lahβ pesan Mila sambil berlalu turun.
Mia turut ikut kedapur dan nampak satu bungkusan diatas meja, Krukkkkkkk! βarghhh!. Waktu macam ni lah nak berbunyi perut niβ rungut Mia. Mila pula terus masuk kebiliknya mungkin ingin mandi kerana baru sahaja balik kerja. Mia dengan pantas terus duduk dimeja makan dan membuka nasi ayam yang dibawa bawa balik oleh Mila.
Prannngg..tangggg.. tiba-tiba bunyi sesuatu jatuh dibahagian ruang tamu, Mia terus menuju keruang tamu namun apabila sampai sahaja ruang tamu, Mia terkejut kerana dihadapannya kini Mila berdiri sambil mengengam pisau. Mia terus berlari keatas dan masuk kebiliknya, Mila pula mengejar dari belakang tetapi terlambat kerana mia sempat mengunci pintu biliknya.
βMiaaa!! Buka pintu ni!β suara Mila menjerit kuat.
Mia hanya mendiamkan dirinya, takut, ngeri, sedih semua bercampur baur. Dia kini berada didalam rumah dengan seorang pembunuh dan mungkin bakal t******h.
Ktaaaakkkkk! Bunyi tombol pintunya terbuka, mia memegang gunting bersedia untuk bergelut. Apabila pintu terbuka kelihatan Mila meluru masuk sambil melibas pisaunya. Mia turut bersedia mempertahankan dirinya. Kini Mila dan Mia bergelut, tangan Mia kuat megengam erat tangan Mila agar pisau itu tidak dapat menikam dirinya.
βMilaa..! bawa mengucap..!β jerit Mia dihadapan muka Mila.
βHa…ha…haβ Mila hanya tertawa, jelas diwajahnya ingin m******h Mia.
Dari berdiri,sampailah terduduk dan terbaring. Mia masih setia megenggam dan menjaga tangan Mila yang masih megenggam pisau untuk di tikam kearah Mia. Sedang dalam pergelutan itu Mia terlepas dan sempat mengelak lalu melarikan diri keluar masuk kedalam bilik Mira, tetapi malangnya bilik mira tidak boleh dikunci, Mila pula kini dihdapan Mia sudah tersenyum memandang tepat wajah Mia.
βApa salah Mia?β soalan yang sama disoal oleh Mira sebelum d*****h didalam cerita Kejam karya Mira.
Tetapi soalan itu tidak dijawab oleh Mila, hanya langkahnya sahaja semakin dekat setapak demi setapak. Setelah agak dekat tiba-tiba Mia membaling lampu meja tepat ke kepala Mila, βAduuuuuuhhβ Mila menjerit sakit sambil pisaunya terlepas dari gengaman dan tangannya menekup kepala menahan kesakitan. Kesempatan itu tidak diseia-siakan oleh Mia lalu berlari keluar dari bilik dan menuju ke pintu hadapan untuk keluar. Malang pintu grill pula terkunci. Mengelabah Mia mencapai kunci pintu yang sudah tersedia gantung di dinding lalu lari keluar rumah meminta bantuan Jiran terdekat.
Setelah hampir 10 minit maka datanglah Mia dengan Anggota Polis serta beberapa jiran terdekat. Polis menyerbu masuk kedalam rumah dan melihat benar seperti yang dikatakan Mia, kerana bilik Mia dan Mira berselerak bekas pergelutan. Didalam Bilik air Mira terdapat Mayat yang dikatakan Mira oleh Mia, maka kecohlah kawasan rumah itu, Mayat Mira susah untuk dikenal pasti kerana keadaan mayat yang sangat mengerikan membuatkan pihak polis terpaksa membuat ujian DNA dan cap jari mayat untuk mengenali identiti mayat. Manakala Mila pula tidak kelihatan dan tidak ditemui. Statement Mia diambil oleh pihak polis untuk siasatan, dan pemburuan suspek utama bernama Shamila di giatkan.
Hari itu Mia tidur dihotel berdekatan kerana dia masih takut untuk pulang apatah lagi terlibat dengan kes b***h dan hampir d*****h. Pagi-pagi lagi Mia sudah terjaga dan bersiap ketempat kerja, sejujurnya Mia tidak mampu tidur malam. Sewaktu sedang bekerja tiba-tiba dia didatangi dua anggota Polis sambil menunjukkan kad kuasa dan waran tangkap reman terhadapnya, Mia kaku,keliru,blurr…! Kenapa dia yang ditangkap? Sedangkan dia mangsa!.
Setelah disiasat dan kes dibawa kemakamah didapati Mia disabit kesalahan m******h, Mia atau nama Shamia Akira telah m******h seorang Gadis iaitu Hausemate bernama Shamila dengan menghiris muka, memotong pipi kiri dan kanan mangsa sehingga koyak, menikam badan mangsa sebanyak 21 tikaman dan memecahkan tulang kaki kanan mangsa. Jika disabit kesalahan Mia boleh dihukum gantung mandatori. Setelah pertuduhan dibacakan Mia terus menengking memarahi Hakim kerana dia adalah Mangsa, dan dia tidak m******h.
Maka seorang Anggota polis berpagkat inspektor bangun membacakan Bukti-bukti yang diperolehi. Didapati sebenarnya Mayat yang ditemui adalah Mila dan bukan nya Mira atau nama sebenarnya Shamila, melalui Cap jari menunjukkan Mayat itu adalah Mila, manakala pada pisau yang terdapat dirumah mendapati mempunyai cap jari Mia sahaja, barang yang digunakan untuk m******h iaitu Hammer juga mempunyai cap jari Mia, dan pihak polis telah menyiasat bahawa Mangsa iaitu Shamila tidak mempunyai adik beradik kembar. Dari apa statement yang diberikan oleh Mia sangat bercanggah dengan apa yang disiasat, Mia mengatakan dia mampu melepaskan diri kerana dapat baling kepala Suspek iaitu Shamila dengan lampu meja tetapi lampu meja tidak pecah dan masih dikedudukan sama, malah tiada kesan cap jari atau kerosakan pada lampu meja yang menunjukkan telah dibaling, dan pada bilik air mayat ditemui didapati terlalu banyak cap jari tangan Mia, dan polis menyifatkan kes ini selesai dengan penangkapan Mia atau nama sebenar Shami Akira.
βWhatt..!!β Mia terkejuttt…. βWakakakakakakakakakβ tiba-tiba Mia tertawa, semua yang ada didalam makamah terkejut dan hakim mengarahkan agar Mia dilalukan ujian kesihatan mental,
Setelah beberapa hari atas penajgaan piak polis dan ujian yang dilakukan, didapati Mia mengalami sakit βSkizotipalβ. Akhirnya Mia diletakkan dibawah jagaan hospital sakit mental. Manakala Cerita Kejam yang ditulis oleh Mira itu sebenarnya adalah cerita yang ditulis oleh Mia sendiri selepas m******h Mila. Cerita itu juga didapati ada didalam lappy Mia.
Pembunuhan itu telah menyebabkan rumah yang diduduki mereka tiada berpenghuni lagi, malah ada beberapa orang menyifatkan kes pembunuhan itu Pelik dan mempunyai unsur Mistik, namun sebenarnya itu hanyalah sejenis penyakit mental sehingga dia menwujudkan apa yang tidak wujud.
10 tahun kemudian rumah itu telah dibeli oleh sebuah keluarga, dan kejadian mengerikan dahulu tidak lagi diingati malah telah dilupakan. Sepasang suami isteri beserta 3 orang anak berumur 25,19 dan 17 kini menjadi pemilik baru rumah itu.
βAyahhh…lawa lah akak dalam gambar ni… siapa dia ye?β anak paling bongsu menegur gambar Mila yang tergantung cantik.
βmana lah ayah tahu..dah-dah cepat kemas kan semua barang dalam rumah ni, baru kita basuh.β Kata si ayah sambil menganggkat kerusi yang sudah teruk berhabuk dan rosak untuk dibuang.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best! 5 bintang!
terima kasih.. ^_^
βnama kamu Shamila,dia Shamira dan saya shamia.!
dan saya Attiqa Nursyarmila.
heheh alaamaakk… mcm nama adik angkat saya..heheh btw thanks baca
satu line tu aku bace 2 3 kali baru paham. ~~~~~~~~
maaf en erol jika mengelirukan..ini terjadi kerana Mia mencipta watak sendiri..dan sememangnya ia akan mencipta berhampiran dekat dengan namanya.apa pun terimakasih kerana sudi baca cerita ini
Best ceritanya FSN. Cumanya… apakata kalao ko buat perenggan utk setiap scene baru. Lepastu skrip pon masuk peremggan baru. Nampak senang dan teratur sikit nak baca. Apa pon aku suka!!ππ»ππ»ππ»ππ» Cerita mcm ni.
Next ya!!ππ»π
aah aku pun terkejut tngok x de perengan,,sbb dekat word aku ada..mungkin aku tersalah setup.. btw..thanks sudi baca..cerita kamu pun hebat2..malah lebih baik dari penulisan ku…
Nice!π
terima kasih,.. ^_^
Terbaik!πππ
terima kasih..
Best sangat..
Terbawa dlm cerita π
terima kasih..terbawa dalam cerita tak apa..jangan terbawa dalam mimpi..hehehehe
Terbaik ni. Tak dijangka kesudahan begitu.
terima kasih prof klon..maaf agak pening dengan watak dan perengan yang tidak ada..mngkin kesilapan sy masa hantar tidak semak
Best! Suka sangat ending π Angah bagi 5 bintang gitewww!
terima kasih angah..sudi baca cerita ni walaupun pening
best serius best sangat β€οΈ
terima kasih lekkaaa.. sudi baca..n cakap best..walaupun orang cakap pening cerita nya… terima kasih sgt2
Karya Thriller …good..leh wat novel..bleh kemaskan lg
cuma tajuk tu cam x brapa sesuai sket
pendapat sy je la ..jgn marah yer…
btw suspen n kejam pn tu mmg terasa smpai rasa nk skip tang toreh2 tu haha…seriau..
best..5 bintang.
cerita la lagi
wallaweyyy macam real je bila baca (macam kita terkena siat siat pisau tu dan ketukan hammer dibuku lali) #TERBAIKKKLAH
Best sgt..tbaik
Best