Assalamualaikum warrahmatullah,
Ada kisah yang paaaaaling tak boleh dilupakan dari kami ‘Ahli H204’ yang nak dikongsikan. Alang-alang dah berpeluang, nak cerita juga. Kami menuntut di sebuah Kolej Universiti Islam. Kami duduk disebuah blok dan dorm yang muat mengisi 8 orang. Kami dikenali dengan Jannah, Syera, Syaz, Bay, Qil, Ira, Fina dan Islah..
Cerita ini kami hadapi sepanjang 6 bulan kami menginap di sebuah dorm yang bernombor ‘H204’ di blok itu pada tahun 2016, tahun lepas. Andai nak diceritakan semua, mau boleh jadi satu buku novel seram.
Kisah bermula bila masa dua minggu selepas kami baru menginap kat situ (sorry terjarak cerita.) Masa tu semua pergi tandas ambil wudhu sebab nak solat berjemaah sama-sama. Semua orang dah balik bilik, kecuali syera. Masa solat tu, kitorang tak perasan lagi perubahan syera ni. Kitorang solat macam biasa. Lepas habis solat, syaz yang duduk bersebelahan dengan syera ni, perasan yang tangan dia menggigil kuat, dia menangis tiba-tiba. Syera suruh kami baca yassin. Masa tu, bay call abang dia untuk tanya, masa dia tengah borak dengan abang dia dalam telefon, dia campak telefon dia terus menangis, keadaan masa tu pelik sangat, semua jadi tak sedap hati. Kitorang baca yassin sungguh-sungguh malam tu. Hari keesokkannya, bay cerita, rupanya masa abang dia angkat call, ada suara lain yang mendengus. Terus dia tercampak fon dia dan menangis.
Kisah kedua.
Syaz dan Bay yang study sampai lewat malam. Syaz ni buat assignment guna laptop, jadi dia tutup laptop dia lepas dah habis. Syaz sambung buat assignment lain pula. Masa dia tengah buat assignment, mata melelong lah tengok ke arah screen laptop, tiba tiba dia nampak sekilas bayang seorang lelaki macam lembaga. Dia terus pandang belakang untuk pastikan memang betul ada. Dua tiga kali juga. Bay tanya kenapa, tetapi syaz suruh dia buka whatsapp, syaz memberitahu bay dalam whatsapp. Yang dia nampak lembaga tu menghala ke katil Fina, Islah, Qil dan Ira. Syaz anggap lelaki lembaga dan kain hitam meleret kat tangga tu sangat berkait rapat.
Kisah Ketiga.
Pada suatu hari, Jannah, Syaz, Bay dan Qil yang berborak, bergelak sampai lewat malam. Dalam kul 2 macam tu, kami berempat ni decide nak pergi tandas, jadi empat-empat orang ni pergi ke tandas. Bilik kitorang ni, paling hujung dan sebelah tandas pula tu. Sebelah hutan lah yang paling rare. Dan berdekatan dengan tangga. Jadi bila kitorang nak pergi tandas memang lalu lah sebelah tangga tu. Kitorang pun pergilah tandas. Tiba-tiba syaz ni, mengintai kat tangga, bersungguh-sungguhlah. Semua pelik pastu terus pergi tandas. Balik daripada tandas, semua duduk berkumpul dekat katil syaz dan bay, syaz ni pun tanya “korang nampak apa apa tak tadi?” qil respon “umi (nama panggilan syaz) nampak apa?)” tetapi syaz ulang soalan yang sama dekat qil, qil respon “qil nampak kain hitam meleret naik tangga.” Syaz terkejut beruk sebab apa yang qil nampak itu lah benda yang sama dia nampak tadi. Sehari lepastu, ada yang kena Histeria kat Parcel.
Kisah keempat
Ni terjadi pada Jannah dan Syera. Jannah ni dia lah paling selalu bangun subuh awal sebelum islah. Jadi, kitorang ni jenis tidur, tutup semua lampu, tapi ada tempias lampu koridor luar. Si jannah ni dia ternampak something yang macam “bag” duduk betul hujung tepi kaki syera. (Bagi pengetahuan korang, jannah dengan syera katil atas bay dan syaz.) Tapi. Baru bangun tidur kan so tak fikir apa apa, mungkin syera just letak bag kat kaki dia. Bangun subuh hari keesokkannya, jannah nampak benda yang sama. Pagi tu, jannah tanya Syera “Syera, awak letak bag ke kat hujung katil awak?” syera pun jawab “mana ada, semua bag syera letak kat bawah tepi locker. Sejak hari tu, benda tu dah takda, tapi syera jadi takutlah nak tidur katil dia (hahaha).
Kisah kelima
Hal ni paling gempak dan seram, dua benda terjadi pada masa yang sama pada lain lain orang. Kejadian ni jadi waktu senja, senang cerita waktu maghrib, sebab masa tu Jannah dengan Syaz pergi tandas untuk ambil wudhu, macam yang saya kata tadi, bilik H204 ni tepi tandas. Tengah jannah ni ambik wudhu, diorang dengar suara bay panggil jannah.
“Jannah !” so bila kita dah dengar orang panggil, mestilah kita jawab kan?
Jannah pun jawab “yaaa !” lepastu dengar lagi.
“jannah !” so jannah ni jawab lagi.
Tiba-tiba suara bay diam, so jannah ni jerit balik ” bayah ! ” then takda respon.
Lepas dah selesai ambil wudhu, jannah dengan syaz masuk bilik, nampak bayah baru habis solat (baru lepas habis bagi salam kedua) jannah dengan syaz ni tanya “bayah panggil jannah ke tadi?” .
Bay terus buat muka seposen, “bay baru habis solat.” Syaz dengan jannah terus berpandangan. Hmm, habislah. Lepastu dalam masa yang sama qil dan syera (tak ingat dengan siapa) baru balik dari cuci baju (tak ingat, rasanya) jadi diorang lalu sebelah sebuah mesin gedegang kat tepi tangga.
Tiba-tiba diorang dengar suara bisik “syera.. Syera..” diorang terus beralih pandang mesin gedegang tu, diorang pasti suara tu suara syaz. Diorang pasti ada dia kat situ. Diorang terus naik bilik dan bertembung dengan jannah dan syaz. Hah, sudah.
Kisah keenam
Ni terjadi pada syaz, tapi dia libatkan jannah dengan bay (hahahahaha) satu hari tu, dah tengah malam, yang lain dah tidur, tinggal bay dengan syaz ni berborak, sambil tu jannah masuk borak sikit. Syaz perasan yang langsir kat meja belajar tak tutup, jadi syaz ni pergilah nak tutup langsir. Syaz tutup jelah macam biasa, tiba tiba langsir tu terbuka luas balik dengan sendiri dia. Syaz pun apa lagi, berlari menjerit melompat kat katil bay. Dengan jannah melompat ke bawah terus pergi katil bay. Nasib baik benda tu tak muncul, sekadar tarik balik je. Kalau muncul, mau meninggal.
Sebenarnya ada banyak lagi kisah kitorang ni, tapi kami kongsi benda yang paling seram je. Banyak lagi yang kami lalui, tapi benda yang normal, seret kerusi, benda jatuh. Jadi apa apa pun, ingat. Malam-malam jangan ketawa kuat sangat, syaitan suka. Na’uzubillah. Wassalam.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
mcm ku knl je tmpt nye kt mn…..sbb prnh bljr kt sn jg. tp lg byk citer seram dlu berbanding skrng. lg2 kt hostel lm. mlm2 leh terserempak dgn sorg pmpn bsh bj kt toilet mmg sebiji kwn ku, tp dia gigih sental baju smbil tunduk je. aku pn terus je la g tunai hajat. lps settle tunai hajat, tgk kwn tu msh cuci baju. siap tegur & sembang lg. bila pnt berdiri, cubalah mnyangkung jap. tp baru je nk menyangkung, baru perasan….kakinye x de. cuba la bangun & intai muka dia, tgk2 dia berus lantai tu dgn tulang tgn nye yg berdarah. dgn muka cuba cool, ckp lah kt kwn tu nk lik bilik sbb da mngntuk. tetiba dgn ayt cliche nye kwn tu berkata…..nk balik sbb mngntuk ke atau dah tau. pe lg…..berdesup la lari x cukup tanah. nsb baik x pengsan kt situ jg. kalau x….mmg tragis tul kisah nye. tp ni kisah dr senior setahun awl dr ku….huhu…tabah atinye adap momok tu.
Okay agak seram…
Tetiba tegak bulu roma