Gangguan Di Gunung Nuang

Kisah mistik Nuang via Pangsun. Trip kali ini terdiri dari 30 orang peserta. Ini bukan kali pertama, tapi merupakan percubaan kali ke4 saya menawan puncak Nuang. Saya sampai ke tempat parking Nuang, tepat pukul 11 malam hari jumaat. Memang kebiasaan saya akan beri anjing2 di situ makan. Saya kerap beritahu Haru yang saya rasa gementar & takut untuk naik nuang. Dia cakap in sha Allah, semuanya akan selamat.

Masa saya nak pergi ke tempat orang ramai berkumpul, ada seekor anjing ni kerap menyalak2 pada saya, masa itu bulu roma saya mula meremang tapi saya cuba abaikan perasaan takut itu. Kami mulakan trip kami dengan bacaan doa & seperti kebiasaan saya akan baca 7 kali al fatihah serta ayat kursi. Perjalanan kami bermula lebih kurang pukul 12.50 am hari sabtu. Sedang asyik melayan trek balak, tiba2 saya ternampak kelibat putih. Saya fikir itu mungkin cuma bayangan ilusi tetapi makin jauh saya berjalan makin dekat kelibat tu menghampiri saya. Kelibat itu berkain putih, rambut panjang yang mengerbang, hodoh sangat hodoh. Saya lajukan langkah dan terus mengikuti Haru.

Tiba2 langkah saya terundur sedikit gara2 terasa beg hiking saya di tarik dari belakang. Saya terus toleh ke belakang, nampak kelibat itu betul2 di belakang saya. Haru tak sedar keadaan itu, dia terus jalan ke depan, bila saya tersedar yang saya sudah jauh ketinggalan di belakang, saya terus panggil Shidot yg ada di barisan belakang. Kami jalan berdua. Haru yang baru sedar ketiadaan saya terus berpatah balik & cuba dapatkan saya semula. Kali ini kami jalan beriringan. Selepas kami melintas satu pondok (tak ingat wakaf yang ke berapa) saya terbau satu wangian yang sgt wangi. Semerbak sangat baunya.

Saya bagitau Haru, “ingat tempat ini”. Haru angguk paham. Lebih kurang seminit perjalanan bau wangi itu mengiringi langkah kami. Sepanjang perjalanan menghampiri kem pacat, kelibat itu sering menampakkan diri dia pada saya. Kadang2 berdiri di tepi, di tengah & perhati saya dari atas pokok. Setiap kali saya nampak kelibat tu, saya akan tarik tali beg hiking Haru. Dia tahu & paham, itu tandanya dia akan lebih berjaga2. Mulut saya memang tak berhenti2 membaca ayat kursi. Bukan fizikal saja penat tapi mental rasa lemah. Sedang asyik berjalan, tiba2 kelibat itu betol2 muncul depan muka saya, saya terus toleh belakang menghadap Haru. Kali ini, saya betul2 down, saya kata pada Haru, saya tak boleh, saya tak boleh teruskan perjalanan lagi.

Dia yakinkan saya, saya boleh nampak Haru pun tak henti2 baca selawat serta ayat kursi. Saya gagahkan diri & teruskan perjalanan sambil beristighfar, tak lama lepas tu, kelibat itu muncul lagi depan saya sambil mencangkung dan jelirkan lidahnya yg panjang. Ya Allah, hampir terduduk pengsan saya, saya pegang kuat kaki Haru, badan rasa lemah longlai. Shidot kata masa itu, bulu roma dia meremang sangat. Haru minta Shidot jalan depan dulu sampai la ke kem pacat. Kami berhenti tido dan berehat. Lebih kurang pukul 8 lebih pagi sabtu tu, kami mula berjalan ke puncak. Tiada lagi gangguan cuma perasaan saya bila sampai ke kem pengasih tu, saya rasa sejuk, aman, seronok & gembira. Saya terpesona sangat dengan kedamaian kawasan itu. Tiba2 saya teringat pesanan kawan saya, jangan terpedaya, sebab kat situ ada ‘perkampungan bunian’.

Akhirnya puncak Nuang berjaya saya tawan. Kisah mistik tak terhenti sampai situ saja, saya dan Haru teruskan perjalanan ke Lolo. Kami smpai lebih kurang pukul 4.45 pm, berhenti rehat dan bercadang untuk teruskan perjalanan jam 5.30 pm. 10 minit sebelum nak bergerak, saya minta Shidot buatkan saya megi (pelik jugak sebab saya bukan penggemar megi). Shidot bagitau Haru, dan Haru bagitau saya, dia janji dia akan masakkan bila sampai di entrance Nuang. Tapi saya tetap berkeras nak megi dan akhirnya terpaksa mengalah setelah di pujuk Haru. Masa ni Haru kata, dia dapat rasa macam ada benda yang tak kena, seolah2 benda tu cuba lengahkan masa saya keluar dari Nuang. Haru memang dah plan untuk keluarkan saya dari Nuang sebelum maghrib. Dia bimbang kalau saya diganggu lagi.

Jadi setelah berkemas, kami teruskan perjalanan ke bawah dalam pukul 6 lebih. Tiba2 langkah Haru jadi semakin laju dan laju, saya hampir tertinggal ke belakang, sekali sekala saya terpaksa berlari untuk cuba tidak ketinggalan. Dalam hati, saya rasa nak marah, kenapa tiba2 pace Haru ni menggila? Rupanya dia bagitau yang bulu romanya mula meremang masa lalu kawasan yang saya bau wangi pagi tu. Bila kami melalui rumpun buluh yang besar itu, saya terdengar bunyi geselan buluh tapi kali ini, bunyinya lebih padu, lain macam. Bulu roma terus tegak meremang, dari jauh saya nampak bayangan pocong di sebelah kanan saya. Ya Allah, istighfar, istighfar, tengok jam, da nak hampir pukul 7 malam.

Mampu ke kami keluar? Haru terus lajukan langkah, saya rasa tak mampu nak ikut tapi kuatkan jugak kaki yang cedera ( kuku tercabut) ni untuk terus melangkah. Dari jauh, sebelah kiri saya nampak bayangan budak2 sedang bermain. Butakan mata please, jangan peduli. Saya terasa macam ada orang yang mgikuti saya dari belakang, sebab terasa macam ada suluhan cahaya. Saya malas nak toleh, saya tanya Haru, ada orang belakang kita ke? Dia cakap tiada. Kami teruskan perjalanan berdua sampai la ke selekoh terakhir sebelum sampai ke entrance tu, muncul kelibat wanita cantik, menderu @ menyuruh untuk saya masuk semula ke Nuang, seolah2 masih ada benda yang tertinggal di belakang lagi.

Haru tetap fokus bawa saya keluar dan akhirnya kami sampai ke entrance jam 7.10 malam. Rasa bersyukur yang tak terhingga bila dapat keluar dengan selamat. Rasanya cukup la sekali saya dapat tawan puncak Nuang via Pangsun ni. Jujur saya katakan saya tak mahu repeat lagi. Terima kasih buat Haru & Shidot yang banyak teman saya sepanjang ontrek. Terima kasih juga sebab tunaikan permintaan saya untuk tawan puncak Nuang. Mana yang baik semuanya datang dari Allah, dan kekurangan tu datangnya dari diri saya yang lemah ini. Sekian sedikit perkongsian dari saya.

Rara
Nuang Via Pangsun
5 Feb 2017

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3]

12 thoughts on “Gangguan Di Gunung Nuang”

  1. banyaknya gangguan..sy alhamdulillah xada apa2 gangguan masa sy pergi nuang tahun 2011 xsilap sy, cuma ketua kumpulan kami mngingatkan mulut jangan celupar..ada pengalaman dia bawa kumpulan hiker ni ke nuang, seorang hiker bermulut celupar, mlm tu dia diganggu masa di tapak camp (dah lupa nama campsite tu).. btw, bgi sy seronok hiking di nuang even tu pngalaman pertama sy hiking.

    Reply
    • Normally untuk hikers yang experience, berapa lama masa yang diorg selalu amik untuk daki naik dan turun balik?. Sbb penulis cerita..dia naik midnight 12am. Sabtu..and turun keluar pukul 7pm touchdown. Nak cuba kaitkan cerita. si penulis…..saya tak pernah daki…serik..masa pergi Broga..ada benda ikut balik…tobat saya tak nak jejak lagi gunung….

      Reply
  2. xsure pulak sbab dah lama sangat, xingat timeline dia..huhu. seingat sy, kitorang start hike lpas asar, smpai kat campsite xingat pukul brapa, tidur kat situ satu mlm..n keesokannya lbih kurang pukul 9 pagi gitu gerak semula utk ke puncak, dlam pukul 12 lebih sampai puncak. nuang track dia dasyat jugak, ada satu tmpat tu dia siap sediakan tali sbab curam almost 90 degree…sblom smpai puncak ade track kena lalu jalan selut yg agak horrible..hehehe

    Reply
  3. On the 5th Feb 2017 kami mula dr parking menuju Lolo jam 5 pagi. Sampai Lolo hampir jam 7 solat subuh then terus ke Istana Pacat jam 9.30 pagi. Tiba di Puncak Pengasih jam 11.30 pagi. Tiba di puncak Nuang Jam 12.30 tghari. Jam 2 ptg turun, sampai Istana pacat 3.45 petang utk Zohor. Tiba di Lolo semula jam 5.30 ptg. Trek licin sbb hujan. Asar di Lolo kmdian terus ke parking. Magrib di wakaf ke dua rasanya. Tiba di parking jam 9.23 malam slow movement sbb sorang injured.

    Reply
  4. Kami baru menawan puncak nuang baru baru ini pd hari biasa( Isnin ). Pengalaman kami agak dashyat bermula kami sampai di tempat parkir berhadapan tandas dalam sekitar jam 5.25 pagi. Kejadian yang memang tak disangkakan boleh berlaku pada sekitar waktu subuh pada waktu itu kami berlima dan seperti biasa pondok,tandas,pejabat dan surau terpasang lampu. Sedang kami turun dari kereta dan mengemas barang untuk persiapan segala alatan jam menunjukkan sudah pukul 5.49pagi masuk waktu subuh sejurus itu kami terus menapak langkah untuk ke surau yang berhampiran sekitar parkir tersebut bila semakin dekat ngan surau yang terpasang lampu itu kami terdengar suara ketawa halus yg agak mendayu panjang dan kemudian suara itu bertukar menjadi seperti meraung lalu langkah kami terhenti tiba tiba suara itu berubah mengaum sekuat seperti seakan harimau dan kami terkejut beruk dengan ngauman itu semua berlari menuju ke kereta semula. Anjing2 yang berada di parkir tersebut kesemuanya menyalak ke arah bunyi tersebut dan ada yang buat bunyi seolah nmpk kehadiran sesuatu. Sampai di kereta kesemua dari kami menjadi panik dan bertanya bunyi apa yang didengari sebentar tadi. Kami membuat keputusan untuk turun ke satu madrasah di bawah 1.5km dari sini. Selesai solat subuh kami kembali semula ke pintu masuk parkir pangsun semula. Alhamdulillah keadaan sekeliling kembali sedikit cerah lalu kami memulakan dengan bacaan doa lalu membuka langkah melepasi pintu gerbang tetiba seekor anjing mengikuti kami, anjing tersebut terus menjadi guider kami membawa hingga ke puncak. Istimewa yg ada pada anjing ini ialah ia akan menghalau segala binatang dan benda yang x dinampak oleh kami. Sedang kami melintasi sungai pertama terpandang saya seberang sungai yg terdapat pokok2 disitu terlihat satu lembaga hitam seakan berjalan laju seperti kami tetapi ianya tidak begitu jelas kerana kabur hitam dan besar. Lembaga itu tidak menghampiri kami ia seperti sedang bergerak ke bahagian hutan seberang sungai sana. Selepas selesai menuju ke puncak dengan keadaan basah lecak. Kami turun semula dalam sekitar jam 2ptg seperti biasa anjing yang mengikuti kami td tidak lg mengikut kami turun, jelas sekali pada waktu kami turun menuju ke kem pacat memang seorang demi seorang dah mula rasa kepenatan yg melampau. Kemudian kami bermandi manda di sungai berhampiran sebelum kem lolo(6.10ptg) selesai sahaja mandi perjalanan diteruskan dan keadaan pada waktu itu berubah. Setibanya di air terjun waktu itu sudah maghrib dan kami berusaha untuk berjalan secepat mungkin. Perjalanan untuk tiba di wakaf pertama memang agak panjang dan suasana menjadi gelap dan hanya lampu suluh dan lampu kepala menjadi penerang kegelapan.Sepanjang perjalanan trek untuk tiba ke pintu gerbang memang agak mencabar kerana keadaan jalan yang agak sakit(3.5km) utk sampai. Terdapat 4-5 pondok wakaf kalau tidak silap kami terpaksa berjalan dekat2 agar tidak ada seorang pun yg tertinggal jauh. Masa demi masa berjalan 2 rakan dari kami terhenti di pondok ke 3 kerana tidak tahan lagi menahan kepenatan, lalu seorang mengambil keputusan utk menunggu 2 rakan td utk berehat seketika. Saya dan seorang kwn lg yg mengalami kecedaraan lutut berjalan dahulu tinggalkan 3 rakan di pondok ke 3 td sedang kami meneruskan perjalanan utk tiba ke pondok ke 2, kami tersentak dgn bunyi yg dtg dari pokok buluh lebat di hadapan tepi trek. Memang agak gelap lalu sy menarik headlamp dr kepala kwn utk menyuluh ke arah pokok buluh tersebut namun tidak menemui sebarang apa2 hanya satu cahaya kelap kelip berterbangan dari pokok buluh tersebut.
    Selepas pondok ke-2 kami berjalan beramai2 semula hingga tiba ke pintu gerbang pangsun(9.30mlm) dan bersiap2 mandi2 di tandas, selepas sudah selesai 3 rakan sudah berada di kereta seorang lg sdg berada di tandas. Lalu sy berfikir utk pergi ke surau bdekatan situ sebentar. Kejadian yg sama berulang semula swaktu sy hampir tiba ke surau. Kali ini jelas bunyi ngauman kuat itu dtg dr belakang surau. Bertempiaran lari sy keseorang pd masa itu ke kereta dan anjing disitu menyalak2 seketika ke arah bunyi itu. Seorang lagi terkejut dgn bunyi itu terus keluar dari tandas cepat2. Tiga lagi dlm kereta tidak perasan bunyi itu, kami berdua masuk semula ke kereta dan terus meninggalkan tempat parkir tersebut. Sepanjang ekspidisi pendakian kami ini adalah pengalaman baru buat kami berlima.

    Gunung Nuang via Pangsun
    18 sept 2017 isnin
    6.30pagi – 9.30mlm

    Reply
  5. Pernah juga naik nuang via pangsun tahun 2016 waktu tu darjah 6 ayah bawa sama.kami sampai kat kaki gunung and berkumpul kat dorm yang kami sewa sebab group time tu agak ramai dan semua dtg dari jauh so malam tu kami tido situ then gerak dalam pukul 5 pagi camtu first lagi makhluk Allah tu dia dah buat kacau sikit” kat dorm.Dia main sembunyi”kan benda iaitu kunci kereta ayah tapi memang diorang dah tahu game diorang sebab cari” rupanya dlam plastik yang mana sebelum ni memang dah punggah habis dah kat situ tapi tak jumpa huhuhu.Trip kami 2 day 1 night sebab tak nak rushing dan kami bermalam di kem pacat dan group kami je pulak tu yang bermalam di situ malam tu ada sorang perempuan group kami kena kacau sikit la dia ada dlm khemah yang sama dengan saya dan disebabkan malam tu hujan lebat dia tak dapat tido time tu la dia dengar someone nyanyi suara perempuan nak cakap member lain tak sebab yang berjaga lelaki je lagipun perempuan memang kami bertiga je tu pun saya dan anknya sudah tido jadi haaa suara siapa???After turun dari puncak sampai dekat trek balak kaki memang dah barai sangat sebab melecet paha kiri kanan waktu tu pulak dah nak maghrib ha ayah suruh member yang bawak motor lasak tu bwk saya turun naik moto hehehe ngelat sikit la.Satu group sampai tak lama lepas maghrib kitaorang lepak dekat waqaf entrance tu datang la pakcik yang jaga gate gunung nuang tu dia pun cerita la macam” pasal gunung nuang ni dah bersyukur dah tawan sebelum tahu sebab kalau tak mahu tak sampai hahaha. Setakat itu jelah pengalaman saya sebab dah 2 tahun berlalu tak ingat sangat dah.

    Reply
  6. Salam….apa nak cakap yer tentang cerita2 ni…saya dh berlegar kt tempat ni sejak tahun 1985…memang ada juga perkara2 yg diluar kotak pemikiran…tapi takla sampai macam cerita ni…tapi saya tak tolak cerita2 tu sebab bukan saya yang mengalami…dari tahun 1985 tu banyak juga perkara2 diluar jangkaan berlaku pada saya dan saya rasa tak perlu diceritakan sebab ia akan menambahkan lagi ketakutan kepada hikers2 yang baru nak berjinak dalam bidang ini…pada pendapat saya..apa yang patut kita ceritakan adalah perkara susahsenang sepanjang perjalanan untuk menikmati alam ciptaanNya…dan nasihat2 yang berguna untuk para2hikers..nasihat saya sifat riak dan takbur tu sila bungkus elok2 dan simpan bawah katil dalam bilik semasa nak pegi kemana2 pon sebab ia tak membawa faedan kalau dibawa….ini pendapat peribadi saya..

    Reply
  7. alhamdullilah .. selalu mendaki berseorangan dan Allah hadirkan ‘peneman’ sepanjang perjalanan. Semuanya sebagai ujian kepada hamba-Nya untuk terus bertaqwa kepada-Nya dan mengukuhkan iman. Kehidupan yg unik dan berbeza bagi yg disana dgn dunia kesempurnaan bagi hamba-Nya. Teruskan menikmati keindahan ciptaan-Nya

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.