Gangguan Di Pedalaman UK

Aku perkenalkan diri aku sebagai kaklong. Dah nama pun begitu, meaning ada la adik-adik bawah aku kan. Sejak dari kecil aku telah melalui pengalaman dengan makhluk Allah yang unseen ini walaupun aku ni bukanlah jenis orang yang terbuka hijab spenuhnya. Mungkin pengalaman tuhan nak bagi untuk melihat dan merasa kehadiran makhluk ini sekali-sekala. Mungkin lain kali aku kongsikan bagaimana aku mula melihat makhluk ini.

Kali ni aku cuma nak fokus pada pengalaman aku semasa menetap di sebuah rumah di negara mat saleh. Walaupun kisah ini telah hampir 20 tahun berlalu, tapi aku memang akan ingat pengalaman di sana sampai m**i. Bagi yang skeptikal, jauhkan andaian anda yang aku terpengaruh dengan cerita hantu mat saleh. Sebabnya aku bukanlah peminat cerita seram. Tak kiralah apa bangsa dan bahasa pun cerita itu. Boleh dikira berapa kali sahaja aku menonton cerita seram barat sebelum aku mengikut keluarga aku untuk menetap di UK.

Ketika berangkat ke sana, aku masih di awal remaja. Aku terpaksa tinggalkan alam persekolahan menengah di Malaysia buat seketika. Kami sampai di kawasan pendalaman England ketika musim luruh hampir ke penghujungnya. Jarak pekan tersebut ke London memang jauh. Beratus kilometer jugak lah. Sepatutnya kami boleh terus ke rumah sewa yang telah dibooking oleh abah sebaik sahaja sampai ke pekan itu tapi disebabkan tuan rumah mungkir janji dan rumah tu dah disewakan kepada orang lain, maka kami terpaksa menumpang sebentar di rumah rakan abah yang telah berkeluarga.

Hidup menumpang rumah orang ni bukanlah selesa mana pun. Jadi memang abah berusaha sungguh untuk dapatkan rumah sewa yang lain. Lepas seminggu tiba di pekan tu, akhirnya abah berjaya juga dapat rumah sewa yang sesuai dengan bajet seorang student yang berkeluarga. Abah sewa rumah tu selepas dapat info dari kawan dia. Rumah jenis kluster 2 tingkat ni terletak di corner lot dan jiran-jiran aku semuanya orang pakistan. Rumah ni dah fully furnished. Meaning, semua dah complete. Ada perabot, peti ais, mesin basuh dan dapur. Boleh kata kami sekeluarga cuma bawa baju je. Sewa yang dikenakan memang agak murah compare dengan kelengkapan yang disediakan dan lokasi rumah yang agak strategik.

Terletak di atas bukit dan berdekatan dengan jalan, kedai dan masjid (yang diconvert dari church). Klinik dan pusat daycare pun tak jauh. View dari rumah ni memang amat cantik. Boleh nampak bandar Huddersfield dan kawasan pedalaman yang menghijau. Sememangnya amat aman damai!!! Kawan-kawan abah kata kami bertuah dapat rumah macam tu dengan sewa yang murah dan abah pun mungkin sebab nak cepat dapat rumah sewa, dia tak terpikir kenapa sewa murah. Lebih-lebih lagi bila tuan rumah kata dia bagi sewa dengan harga tu sebab dia tak nak rumah tu kosong.

Malah, ada yang dah berkira untuk sewa rumah tu selepas kami balik Malaysia kelak. (skrg ni bila difikirkan balik, kalo ikut logik aku la kan, kalo umah tu dah di lokasi strategik, sewa mahal pun mesti ada yang sanggup nak sewa. Kalo sewa murah pun, lagi berebut orang nak sewa esp students. Tuan rumah sepatutnya memang tak perlu risau pasal rumah kosong orang tak nak sewa tapi kenapa rumah tu dah lama kosong???)

First time masuk umah atas bukit tu, aku terasa rumah tu agak gelap (gloomy) suasananya. Masa tu aku contribute perasaan tu pada sistem lighting yang tak efisien. Tak pernah terlintas rumah tu dah ada penghuni lain. Masa kami explore rumah (setelah pindah masuk), memang ruang basement agak scary (which then we used sebagai tempat sidai kain). Especially ada 1 bilik yang terkunci dan tak dapat dibuka. Ruang atas ada 2 bilik tidur dan 1 bilik air yg besar. Aku dan 2 orang adik share 1 bilik. Aku tidur atas katil single dan diorang share double bed. Boleh dikatakan setiap malam aku la yang paling lewat tidur. Tak boleh nak adapt dengan perubahan masa antara malaysia dan UK. Tak hairan lah jika aku mula perasan ada something wrong dengan rumah ni.

Kalo tak silap, seminggu selepas pindah masuk, aku start dengar bunyi seolah-olah ada orang tengah naik tangga yang bersebelahan dengan bilik kami. Tapi aku contribute bunyi tu kepada jiran sebelah dan mak pun kata benda yang sama bila aku bagitau dia apa yang aku dengar. Bunyi tu last for another few weeks. Then gamaknya ‘dia’ geram kot sebab aku still buat derk je.. ‘Dia’ up skit. Memula aku start dengar bunyi tapak kaki menuju ke bilik kami sebelum bunyi tu terhenti kat pintu bilik. That last for a few days. Lepas tu, bunyi tu bersambung plak dengan aktiviti lain.

Aku tengok tetiba ada lekuk di atas tilam aku, macam ada orang duduk walaupun takde orang pun yang duduk kat tepi aku tu (biasanya time tu aku dah siap berselimut atas katil. Konon nak tido la). Aku still buat derk ja sebab antara pesanan arwah tok ialah kalau nampak/dengar benda pelik, jangan gatal mulut nak tegur. Buat tak tau sudah. Lepas tu baru ‘dia’ start melompat-lompat atas katil aku. Nampak kesan tilam tu berlekuk dan katil bergoyang akibat gegaran lompatan tu. Aku yang sememangnya payah nak tidur, jadi lagi seram nak tidur. Last-last aku pindah tidur atas katil adik-adik je. Aku biar je ‘dia’ melompat atas katil tu. Asal tak tunjuk diri ‘dia’ dah la.

‘Acara malam dia’ kemudian bertukar ke siang plak. Tapi memula just dalam bilik kami. Aku tak tau adik-adik aku ingat lagi tak insiden bila tetiba payung yang disimpan dalam almari pakaian tetiba shoot keluar sendiri. Kemudian merebak ke tingkat bawah. Satu hari, parent aku tinggalkan kami adik-beradik dan sorang lagi anak kawan diorg di rumah. Parent aku dan kawan diorg ada hal dan tak boleh nak bawa kami sekali. Time tu dah petang dan cepat je gelap. Adik-adik aku dan budak sorang tu lak gatal main sorok-sorok di ruang tamu time tu. Aku tak ingat apa yang aku buat time tu tapi tetiba aku nampak ada bayang hitam di 1 sudut ruang tamu.

Tapi jap je ‘dia’ hilang. Nasib baik lepas tu orang besar dah balik. Lega aku. Tapi gangguan semakin teruk apabila ‘dia’ seolah-olah mula nak cederakan aku dan adik-adik. Yang paling aku tak boleh lupa, peristiwa bila pinggan makan yang berat dan tersusun elok dalam kabinet atas di dapur tu tetiba bergerak jatuh sendiri dan timpa kepala adik aku. Berdarah gak la mulut time tu bila kena hempap dengan pinggan yang berat dan tersembam di atas counter top tu. Bila parent aku balik dari shopping barang dapur, mak kata kami nakal dan main-main di dapur sampai jadi macam tu. Untuk makluman semua, yang ‘best’nya, semua insiden ni akan jadi time takde orang dewasa dalam rumah tu. Sebab tu diorang payah nak percaya bila aku cerita. Celakak sungguh ‘dia’ ni!!! Taktik pandai!!!

Nak tak nak, aku terpaksa buat derk je la dan be extra vigilant. Adik-adik aku time tu still kecik lagi. Aku pun time tu baru form 2 sebenarnya. Tapi satu pagi yang hening, tetiba je mak kejutkan aku dari tido. Dia tanya sama ada aku tengah uzur ke? Aku yang pelik dengan soalan tu terus jawab dengan jujur kata tak uzur. Lepas tu dia tanya lagi, kami adik-adik ada main-main tak dalam bilik air sampai ada yang cedera selepas mak dan abah masuk tido semalam? Aku, mcm biasa, orang yang paling last tidur, memang confident adik-adik aku tak main dalam bilik air tengah-tengah malam sampai cedera. Tengok diorang pun bleh nampak tak ada yang cedera pun.

Aku soal mak balik kenapa dia tanya soalan macam tu. Mak kata time abah nak masuk bilik air pagi tu, dia terkejut tengok bilik air yang penuh dengan kesan macam d***h. Di dalam bath tub, dalam sinki, lantai dan dinding. Yang ‘best’ ada macam kesan tapak tangan berdarah di dinding. Nak kata binatang masuk buat hal dalam bilik air, memang tak logik coz tingkap dan pintu semua tertutup dan terkunci elok dari dalam. Nak kata binatang, binatang apa yang ada tapak tangan hampir macam manusia selain monyet, beruk atau orang utan yang memang tak logik langsung untuk binatang tersebut berada di kawasan perumahan di pedalaman Uk ketika musim bunga??

So dalam fikiran parents aku, ni mesti kerja aku atau adik-adik. Bila aku kata tak, dia dah pelik. Aku nak bangun pi tengok keadaan bilik air tapi mak tak bagi. Then dia dan abah berkurung dalam bilik air, cuci bilik air (nasib baik dinding jenis tiles!!!). Bila dah habis cuci, baru kami boleh masuk guna bilik air. Jenuh gak la nak menahan nature’s call. Bila masuk pun, memang tak nampak dah kesan tu. Just bau pencuci je. Tengah hari tu gak abah aku keluar cari rumah lain. By petang, dia dapat rumah sewa lain. Kami pindah keesokan harinya. Express!!! Gamaknya, baru diorang percaya dengan apa yang aku cerita kat diorang sebelum ni.

Bila dah pindah, parent aku seolah-olah dah tak mau ingat kes rumah tu. Bila aku try bangkitkan balik hal tu, diorang akan ubah tajuk lain. What to do. Lepas pindah, sesekali aku akan lalu tepi rumah tu yang masih kosong bila berjalan kaki balik sekolah. Time panas je la. Sekali tu, aku nampak macam ada bayang pakcik tua berwarna putih sedang melihat dari tingkap bilik tido aku dan adik-adik dulu. Dalam hati aku, aku rasa ni la penghuni rumah tu yang lagi satu tu. Wallahhuallam.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
kaklong

21 thoughts on “Gangguan Di Pedalaman UK”

    • di rumah baru tu, ok je.. walaupun rumah 3 tingkat termasuk attic tapi x rasa seram mcm rumah lama.. bilik banyak., sampai kami adik beradik blh dapat bilik sorg satu..

      Reply
  1. Bestnye ikot abah further study obersi…
    Heheheheheh…

    Antu pakcik tua tp period plak die ekk sampai satu toilet berselepet d***h…
    Transgender eekkkk, hehehehehe…

    Reply
    • lebih kurang camni la.. ingatkan betul dah umah tu..tp bila tgk kiri dan kanan umah, bukan.. kalo umah tu, selang beberapa umah belah kanan, akan ada jalan besar then blh nampak pekan skit.. sebenarnya ada umah lain tp sbb kedudukan dia kat tanah rendah skit so tu yg blh nampak pekan..

      Reply
    • sebab dah terbiasa masa di malaysia lagi.. time tu hijab kekadang terbuka gamaknya.. dan mungkin juga sbb arwah tok sedar sy blh nampak (sometimes) sampai ada la peringatan dan petua yg dia selalu dok ingatkan pada sy.. nak kata berani tu xlah sangat tapi bg sy ada beza ‘aura’ gangguan mengusik dengan ‘aura’ gangguan yg bersifat jahat.. susah nak terang tp alhamdulillah setakat ni, baru sekali sy terasa aura jahat tu.. yg lain tu setakat mengusik biasa tu still boleh hadap lg..

      Reply
  2. baru baca. tu pun dari link cik putih.
    betul – betul macam cerita seram orang putih.
    cuma wonder satu je.
    biasa orang putih kalau ada kes macam ni diorang bawak salib dgn holy water nak takutkan roh jahat.
    time kena ganggu tu ada ada buat bacaan yasin tak?
    baya ayat kursi ke.
    nak tau penerimaan roh jahat kat sana camana.

    Reply
    • Xde buat pun.. first sbb yg selalu kena just sy dan adik2.. mana la budak mcm kitorg tau nak buat apa.. plg kuat pun baca alfatihah dan azan je.. parents tu kena sekali terus terkejut n
      pindah umah terus sehari lps tu.. di rumah baru, wpun xde apa2 gangguan, kitorg keep on mengaji je setiap maghrib..

      Reply
      • saya pernah duduk di UK.saya dapat tahu negara mat salih atau bukan Islam banyak hantu sebab di sana tidak ada azan berkumandang.kisah ni pernah di post dalam IIUM confession ke?

        Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.