Assalamulaikum,salam 1malaysia, nama aku liya. Hati aku tiba-tiba terdetik nak kongsikan pengalaman seram yang berlaku pada diri aku sendiri, aku tengok banyak yang kongsi pengalaman seram d fs ni, jadi aku pun akan menceritakan pengalaman aku jugak.
Pertama sekali, aku minta maaf andai cerita yang aku karangkan ni korang tidak faham nanti. Aku selalu follow cerita-cerita yang disiarkan di fiksyen shasha banyak cerita-cerita seram yang boleh menaikkan bulu roma aku contohnya dari penulis carlitorocker(cerita awak mmg terbaik seram lah bro)hihi.
Cerita aku berlaku pada tahun 2007 kalau tak silap. Pengalaman ni turut dirasakan oleh kakak saudara(kakak Feroza). Aku masa ni,dengan kakak feroza. Masa ni kakak Feroza baru habis pantang anak kedua. Aku bermalam dirumah kakak Feroza, masa tu suami kak Feroza tiada dirumah. Kawasan rumah didiami kak feroza ni agak angker sedikit(siang-siang pun ada gangguan)
Tengah hari tu, lepas makan tengah hari kami berborak-borak di ruang tamu. Sedang berborak-borak tu, tiba-tiba ada bunyi pinggan mangkuk jatuh di dapur, aku terkejut lalu aku bertanya “bunyi apa dekat dapur tu kak?” kak Feroza cakap mungkin tikus. Tak lama lepas tu, sekali lagi bunyi pinggan mangkuk jatuh aku tersentak lagi “kakak bunyi apa tu? takkan tikus kot” masa ni aku dah mula takut. “liya g lah tengok apa yang jatuh tadi tu” lalu aku pun bangun pergi ke dapur.
Alangkah terkejut nya aku, pinggan yang aku elok-elok letak dalam singki ada dekat lantai? aku ambil letak balik dalam singki. Masa ni jantung aku dah berdegup laju. Kat ruang tamu aku bagitau dekat kak feroza “kak pinggan dalam singki pandai pula terbang jatuh ke lantai seram dibuatnya” tak sampai berapa saat aku memberitahu kak Feroza pasal pinggan tu tiba-tiba bunyi pinggan jatuh lagi sekali. Masa ni aku terus tarik tangan kakak Feroza untuk teman aku tengok lagi sekali.
Masa ni aku tak tahu nak cakap apa dah, pinggan tadi yang aku letak dalam singki ada dekat lantai lagi jatuh dalam posisi yang sama. Masa ni kak Feroza terus ambil pinggan cuci terus pergi ruang tamu ambil anak-anak terus ajak naik atas.
Masa naik anak tangga, aku terdengar ada bunyi tapak kaki turut mengekori aku dan kak Feroza. Semakin cepat kami naik, semakin cepat bunyi kaki mengekori. Aku masa ni memang rasa nak menangis nak terkencing pun ada mana tak nya siang-siang pun ada hantu jugak ker?
Kak Feroza pun mulakan bicara “sebenarnya liya rumah ni keras sikit, tuan rumah punya rumah ni muka pun seram tau haha” aku pun ikut sekali ketawa dan menjawab “xelok cakap macam tu kak haha”
Sedang berbual dan ketawa, tiba-tiba anak kak Feroza menangis teresak-esak, mungkin nak susu atau pampers basah. Kak Feroza pun bagi susu,salinkan pampers masih juga anak dia menangis . Tiba-tiba aku terdengar bunyi cakaran di bilik mandi kak feroza, diselang-selikan dengan bunyi cicak . Semakin rancak bunyi cakaran seolah-olah benda tu tengah marah.
Aku ingatkan hanya aku seorang saja mendengar bunyi cakaran tadi, rupanya kakak Feroza turut sekali dengar. Aku lihat kak feroza terkumat kamit membaca ayat-ayat suci sambil peluk erat anaknya. Anak sulung kak feroza tiba-tiba nangis juga sambi menunjuk ke arah bilik mandi “atu atu atu(hantu)” anak sulung kak Feroza baru berusia 3tahun.
Aku masa ni memang dah menangis dah, kak Feroza masih membaca ayat-ayat suci dan alhamdulillah bunyi tadi sudah tiada. Tanpa sedar kami pun tertidur mungkin takut sangat sampai tertidur dibuatnya haha. Aku terbangun melihat jam sudah nak masuk waktu senja, aku kejutkan kak Feroza tak elok tidur waktu nak dekat senja.
Pada pukul 8malam, aku dan kak Feroza pun turun bawah dengan anak-anak kak Feroza cakap dia nak masak untuk makan malam, jadi aku menjaga anak-anak kak Feroza sementara tunggu kak Feroza siap masak makanan untuk kitaorang. Setelah selesai masak, kak Feroza minta tolong aku untuk mandikan anak sulung nya dekat tingkat atas. Aku cakap aku tak nak bagi mandi anak dia dekat bilik mandi dalam bilik tadi. Jadi aku guna kan bilik mandi lain untuk mandikan anak kakak . Masa aku tengah mandikan anak kak Feroza, tiba-tiba jer dia nangis “akut akut ada atu atu(takut takut ada hantu) aku memberanikan diri aku cakap kat dia “abang tengok apa? kat mana benda tu? bagitau auntie” semakin galak pulak dia nangis dia siap tunjuk “kat lakang anti, atu kat lakang anti urok uke akut akut xnk andi nak g mama(kat belakang auntie, hantu dekat belakang auntie muka buruk takut takut xnak mandi nak g mama) aku terus kecut perut, angkat anak kak Feroza bawak lari turun bawah,sekali ada bunyi tapak kaki ikut berlari dekat anak tangga.
Masa ni suami kak feroza baru balik, Feroza pun ada keberanian lah nak cerita semua pasal kejadian dalam rumah. Kak Feroza cakap belakang rumah ada satu pokok mangga ,pokok tu kalau kita lalu jer automatik bulu roma akan naik seolah-olah ada orang duk perhatikan kita. Selain tu, juga bunyi cakaran tu selalu sangat dengar, kadang-kadang ada bunyi ketuk pintu rumah bagi salam. Ada kala nampak jelmaan diluar rumah. Kadang-kadang ada juga dengar tapak kaki turun naik tangga. Bunyi suara budak-budak bermain dan banyak lagi.
Aku boleh gak dikategorikan penakut sangat2,keesokkan hari nya aku balik kerumah aku tak nak dah tidur sana lagi sebab takut sangat2 haha. Lepas tu kak feroza pun pindah dari rumah tu,mungkin tak tahan kena kacau kot.
Mungkin pengalaman aku,tak seseram cerita2 penulis lain,aku cuma nak kongsikan pengalaman sebenar aku lalui walaupun tak pernah bersua muka dengan benda tu. Setakat ni dulu cerita aku,kalau aku rajin nak menulis lagi aku akan kongsi lagi. Assalamulaikum
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
dah penah publish kan…
Pinggan mangkuk jgn biar dlm singki ya Adik2.. Lps mkn terus basuh jgn malas.. Jin2 suka menjilat sisa makanan di pinggan..
Daripada letak dalam sinki baik terus cuci pinggan tu, kan elok?
sebenarnya mmg sgt2 xbagus sekiranya tuan rumah x bersihkan sinki yg ada sisa mknn atau minuman.. ia salah satu menjadi punca boleh jd fakir rezeki.. dan mengundang makhluk2 yg xdiundang ni tlg jilat sisa2 mknn kt dlm rumah..
Ya betul