Salam perpaduan buat semua. Terima kasih kepada FS sekiranya sudi menyiarkan kisah ku ini. Nama pena aku Melanie. Kawan2 panggil aku Mel sahaja. Kisah yang akan ku kongsi ni semasa aku lepasan SPM dan bekerja di sebuah supermarket. Umur aku ketika itu 17 tahun.
Semasa aku kerja di supermarket, aku ditempatkan di bahagian produk kecantikan. Mungkin kerana kulit dan wajah aku yang halus mulus maka aku di tempatkan di bahgian itu. Itukan salah satu cara menarik pelanggan. Aku tinggal di quarters yang disediakan oleh pengurusan supermarket berkenaan.
Seminggu tinggal di tempat tu tiada apa-apa yang berlaku. Tetapi selepas minggu ke-2, aku dah mula mendapat gangguan-gangguan ringan. Aku gadis kampung yang dah biasa dengan bunyi-bunyian yang menyeramkan. Sebab tu setiap gangguan bunyi yang aku dengar, pasti tidak aku hiraukan.
Pada satu malam selepas kerja, aku duduk makan mengadap keluar tingkap. Rakan sebilik pulak ketika itu sedang mandi. Disebalik kilauan cahaya dari luar, aku terlihat sesuatu benda putih terbang melintasi tingkap. Aku ingatkan pakaian orang atas terjatuh. Tapi tidak lama selepas itu, benda tu melintas lagi tapi kali ini dia lalu sambil mengilai nyaring tapi perlahan. “iiiiihihihiihii…..”.
Hanya tuhan saja tau perasaan ku ketika itu. Rasanya seperti jantung hendak gugur. Bulu roma ku meremang dan aku mula berpeluh ketakutan. Aku segera menutup tingkap dan segera berlari keluar sambil membawa bekas makananku. Aku tunggu kawanku siap mandi. Nanti boleh kami sama-sama masuk bilik. Sekurang-sukarangnya aku boleh tumpang semangat dia bagi mengurangkan ketakutanku.
Aku berdoa pada tuhan semoga benda tadi tidak lagi mengganggu. Doa aku dimakbulkan tuhan pada malam tu. Aku tidak memberitahu kawanku tentang apa yang aku alami tadi. Malam tu aku tidur nyenyak seperti malam-malam sebelumnya. Pagi tu aku bangun seperti mau demam.
Badan aku menjadi panas dan kepala sakit berdenyut-denyut pula tu. Aku kuatkan diri untuk pergi kerja. Semasa kerja, kawan aku menegur keadaan aku yang kelihatan pucat dan nampak sangat tidak sihat. Dia mencadangkan aku supaya pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Tapi hari tu aku tidak pergi dapatkan rawatan. Malas pergi sebab masalah pengangkutan.
Malam tu, aku rasa lain sangat. Aku mulai demam. Badan panas dan rasa sejuk. Aku rasa seram-seram sejuk dan kadang pandai takut sendiri. Kawan sebilik aku pula mula kerisauan. Tidak lama selepas tu, aku sudah tidak sedarkan diri lagi.
Menurut kawan sebilikku, tiba-tiba aku jatuh pengsan. Dia pun pergi mendapatkan bantuan dari rakan-rakan yang lain. Semasa mereka masuk ke dalam bilik, mereka nampak aku dah meracau dan bercakap sendirian. Suara aku ketika itu pulak garau seperti suara lelaki. Mujur ada satu staff lelaki yang beragama Islam yang merupakan taat pada agama. Kami gelar dia ustaz. Tapi sebenarnya dia bukan guru agama cuma penampilan dan ketaatannya pada agama yang membuatkan kami menggelarnya ustaz. Sudah biasa di tempat kami bila seseorang pakai kupiah atau songkok dalam kehidupan sehariannya, kami akan gelar ustaz.
Kononnya masa tu, dia suruh kawan-kawan yang lain ambil air dalam gelas. Kawan sebilikku dengan pantas menerima arahan dari ustaz. Kemudian dia membacakan sesuatu dan setiap habis membaca, dia akan hembus ke arah air dalam gelas. Selepas itu, aku diberi minum air berkenaan. Selepas minum air berkenaan barulah aku tersedar dan aku perhatikan sekeliling kawan-kawan mengelilingi aku. Ustaz tu kata, aku hanya kena gangguan biasa-biasa saja. Kalau gangguan teruk, dia akui pasti dia tidak dapat membantu.
Malam tu, supervisor membawa aku ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana demamku semakin teruk selepas histeria. Mungkin kerana demam menyebabkan aku senang untuk dirasuk. Atau mungkin kah aku meracau kerana demam.
Gangguan tidak terhenti di situ saja. Selepas peristiwa tersebut, ada saja bisikan-bisikan halus yang aku dengar. Aku mula hilang selera makan dan badan aku semakin menyusut. Dah lah aku ni kecil. Makin kecil dan kuruslah aku. 2 bulan selepas itu, aku berhenti kerja. Aku balik kampung untuk ikhtiar berubat. Semasa berada di kampung, keadaan aku makinteruk dari sebelum. Tidur tak lena, makan tak kenyang dan mandi tak basah. Macam-macam cara aku berubat. Berubat dengan Bomoh, pastor, dan perubatan Islam, namun semuanya hampa.
Lain perawat lain la penyakit yang dikhabarkan. Ada yang kata aku kena buatan orang, ada yang kata aku kena sampuk, ada yang kata aku kena pugai (Pugai maksudnya terkena ilmu pengasih), dan macam-macam lagi. Aku lebih percaya terkena pugai. Sebb aku selalu teringatkan seseorang.
Pada satu hari, sepupu aku sekelurga datang melawat ke rumah. Mereka melawat kerana ingin melihat keadaan aku. Emak dia dan bapa aku adik beradik. Melihat keadaan aku, Mak saudara aku terus menyarankan supaya aku berubat dengan satu Haji. Katanya haji tersebut mahir mengubat pelbagai penyakit.
Setelah pergi berubat beberapa kali, keadaan aku semakin beransur pulih. Hanya ketika rawatan pertama saja aku rasa sangat siksa. Aku meraung-raung kesakitan dan kerasukan. Haji ni kata aku kena pugai dan hantaran orang.
Aku pernah tanya haji tu tentang lembaga putih yang aku nampak semasa kerja dulu. Katanya itu hantaran orang yang mahukan saya sakit. Katanya lagi, mujur saya berubat cepat dan benda-benda tu belum sebati dengan diri aku. Kalau dah sebati, katanya memang sukar untk dipulihkan dan memakan masa yang agak lama.
Syukur pada tuhan sebb memberi aku kesembuhan dengan bantuan Haji berkenaan.
Sekian. Terima kasih sudi membaca kisah aku yang tidak seberapa seram tapi bolehlah jadikan ikhtibar agar kita segera berubat awal sekiranya kesihatan kita terjejas dan pihak hospital sukar mengenalpasti penyakit yang kita alami.
Sama-sama.
Itulah kelebihan perubatan dlm islamkrn hanya dgn membaca ayat2 suci alquran dapat mengusir gangguan jin2 jahat dan ilmu hitam.
Ayat2 alquran itu adalah firman Allah swt.
Teramat rugi pd org2 nonmuslim juga muslim yg mengabaikan ayat2 Allah swt ni.
Betul³
Sama²
Cerita lah lagi kalo ade pengalaman misteri yg lain ye..