Gangguan Roh Isteri

GANGGUAN ROH ISTERI
Assalamualaikum. Aku dah masuk 4 series, perempuan, anak campuran malay/indian, berkawin dan tinggal di Klang Valley. Pengenalan di atas berkenan keturunan aku ada kaitan dengan kisah yang bakal aku cerita dan ini mungkin yang terakhir paparan berkaitan dengan kes bunuh diri, yang aku rasa agak sensitif. Terima kasih pihak FS sudi paparkan cerita aku yang terdahulu (Bapa aku sudah datang).

Aku mulakan kisah ini dengan memperkenalkan watak utama iaitu Sean. Pada awal penjajahan Jepun, ramai pegawai tentera dan ahli perniagaan British serta keluarga mereka yang tinggal di Tanah Melayu. Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, ramai orang British melarikan diri meninggalkan harta benda. Terdapat satu keluarga British yang tertinggal anak lelaki mereka dalam waktu huru-hara kerana khuatir diburu askar Jepun. Dia adalah Sean dan ketika itu dia dalam lingkungan usia 5 tahun. Susah payah nenek aku sorokkan Sean dari pengetahuan Jepun dengan gelapkan kulit Sean dan nasib baik rambut Sean berwarna hitam. Dari situ bermula Sean menjadi ahli keluarga kami dan dibesarkan oleh nenek sampai dia menjawat jawatan sebagai Polis (80’an kot) dan aku sendiri tak tahu bagaimana dia dapat jadi warganegara dan dapat berkerja sebagai penjawat awam.

Sean telah berkahwin dengan salah seorang anak perempuan nenek aku dan bermakna makin rapat hubungan mereka kerana Sean sebatang kara dan dia pun tidak pernah berhajat untuk mencari keluarga di England. Pada mulanya Sean dan isterinya, Mala hidup dengan gembira. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata dari perkongsian hidup, yang sulung adalah lelaki dan kedua adalah perempuan tetapi dia dilahirkan sebagai down syndrome yang agak kritikal cacatnya.

Setiap hari Sean balik kerja dalam keadaan mabuk dan suka memaki hamun Mala. Walaupun Mala tidak pernah menjawab tetapi Sean akan marah dan memukul tanpa sebab. Keadaan rumah mereka tidak pernah tenteram kerana perubahan drastic Sean semenjak anak kedua mereka dilahirkan, mungkin dia tidak dapat terima kenyataan mempunyai anak cacat. Hal ini berlarutan sampai anak kedua mereka berusia 7 tahun, Mala sabar dan tabah demi anak-anak. Akan tetap satu hari, Sean balik seperti biasa dengan keadaan mabuk teruk dan memukul Mala. Yang aku ingat waktu itu, nenek dan keluarga masuk campur dengan memarahi dan menasihati Sean.

Mala sudah berputus asa dan kecewa yang amat sangat, dia merasakan segala kesabaran selama ini telah hilang. Bermula episode gelap bagi keluarga itu, seperti biasa Mala akan bangun pagi seawal 7am untuk membuat sarapan mereka sekeluarga. Hari itu Mala masak meehoon putih kegemaran Sean, siap bekalan anak sulung lelaki mereka dengan meehoon dan suapkan susu nestum pada anak kedua mereka. Setelah selesai semua, Mala mandi bersihkan diri, basuh rambutnya yang panjang dan siap berpakaian sementara menuggu Sean bangun. Tetapi Mala ada rancangan lain, dia masuk ke bilik air dan minum Clorox sebotol. Aku rasakan dia mahu mati dalam keadaan senyap dan tidak mahu Sean tahu akan perbuatannya. Sean bangun dari tidur dan mencari isterinya dan dia masuk ke bilik air sebab terdengar bunyi suara orang mengerang kesakitan. Mala terbaring dengan mulut yang penuh buih putih dan dia masih bernyawa ketika itu Sean membawa dia ke hospital tetapi Mala meniggal dunia sebaik sahaja doctor memeriksa.

Selesai semua urusan pembakaran dan kenduri untuk Mala, maka Sean bersama anak-anaknya pun tinggal semula di rumah itu meneruskan hidup mereka tanpa ibu, sukar aku bayangkan perasaan sedih anak-anak dia. Pada awal kematian Mala, tidak ada kejadian pelik yang berlaku, mungkin disebabkan waktu itu nenek dan adik-beradik Mala tinggal disana untuk menjaga anak-anak Sean.

Selepas satu ketika, tinggal tiga beranak di dalam rumah itu dan bermula kejadian seram. Satu hari lebih kurang 3am, Sean terdengar orang sedang memasak di dapur. Bunyi kuali dan sudip berlaga-laga dengan kuat seperti dicampak, ada ketika seperti orang sedang mandi dengan deruman air yang kuat seperti air disembur di pintu zink dan yang paling menakutkan bunyi suara mengerang dalam bilik air dalam kesakitan… ahhhhhh arghhhhhharghhhhh. Gangguan ini turut didengari oleh anak sulung Sean pada waktu itu sudah berumur 13 tahun. Satu hari Sean sangat marah kerana ia berlaku saban hari dan anak-anaknya mula takut, dengan beraninya dia meluru ke dapur untuk melihat apa yang berlaku. Sebaik sahaja dia melangkah keluar bilik, semua senyap sunyi. Dia masuk ke dapur dan waktu itu lampu berkelip-kelip, gigil kaki Sean bila dia ternampak susuk sesorang membelakanginya dengan rambut panjang seperti sedang memasak. Sean terpaku dan dengan pantasnya dia masuk ke bilik tidur anaknya dalam keadaan ketakutan sampai terlelap. Esoknya, Sean meminta pertolongan dari nenek aku untuk membawa sami kuil kerumahnya bagi membersihkan rumah dan selepas itu tidak ada gangguan lagi.

Pada awal 90’an, aku dan keluarga melawat Uncle Sean dan isteri barunya dirumah itu. Aku ketika itu berusia dalam 8 tahun dan adik lelaki aku 7 tahun, aku paling suka pergi rumah Uncle Sean kerana rumah dia terletak sebelah tangga yakni rumah paling hujung dan tingkat bawah. Sekitar kuarters polis itu memang terang benderang cuma gelap dilorong belakang kuarters. Aku dan adik aku selalu main berlari-lari di kawasan lapang berbukit sebelah rumah Uncle Sean. Pada suatu hari, aku berdiri di lorong belakang bersama adik aku dan mengira berapa unit rumah yang gelap dan yang berlampu (agak bodoh waktu tu). Sedang aku mengira unit paling atas, aku ternampak bayangan seseorang sedang memerhati dari tingkap dalam bilik kecil yang gelap dan diterangi lilin di belakang. Aku nampak bayangan itu berada di tingkap, baju yang agak besar dan lurus kebawah dan rambut yang panjang seperti bentuk segitiga. Aku kirakan itu tuala yang disangkut tetapi agak lama bayangan itu di sana, sampai bayangan itu bergerak ke belakang dan hilang. Yang tinggal cuma cahaya lilin tadi. Aku panggil adik aku untuk melihat, tetapi bilik itu gelap terus. Aku tidak merasa takut atau apa. Cuma hairan. Apakah sebenarnya yang aku nampak tu? Pernah sekali aku tengok gambar Aunty Mala. Dia memang cantik dan kulitnya putih persis wanita Hindustan. Mukanya penuh keibuan dan dari raut wajahnya aku nampak dia seorang yang penyabar. Buat pengetahuan pembaca, anak kedua mereka telah meninggal dalam usia 10 tahun akibat sakit dan anak sulung mereka kacak tetapi menghilangkan diri setelah habis persekolahan dan tidak pernah muncul hingga sekarang.

Minta maaf cerita nie agak panjang tetapi aku rasakan tidak mahu pendekkan pengenalan dan detail cerita nie kerana ianya lebih menarik jika pembaca tahu asal usul watak utama. Kisah ini diceritakan oleh ibuku setelah kematian Uncle Sean dan rumah kuarters tempat kejadian adalah di Petaling Jaya dan telah lama dirobohkan.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

15 thoughts on “Gangguan Roh Isteri”

  1. Bagi aku penceritaan ni dah ok. Just pembawaan jalan cerita kena kemas lagi. Dorg ni yg komen cam haram x yah amik tau. Ade org tulis lagi worse dari ni sampai aku nguap x mampu abiskan. Keep it up OK.

    Reply

Leave a Comment