Hai.. Nama aku, Lyna 22 tahun. Aku berasal dari Kudat, Sabah.Aku membesar, di sebuah Pulau yang kecil di namakan, Wp. Labuan
Kisah ini terjadi, semasa aku masih di bangku persekolahan, sekitar tahun 2012. Lokasi kejadian di rumah sendiri, di Labuan. kawasan rumah aku memang ‘keras’ dan , aku selalu dapat bilik yang paling ‘keras’ di dalam rumah aku.
Aku tinggal dengan Mama, Bapa dan anak buah yang berusia 11tahun ketika ini. Suatu malam, selepas siap membuat kerja sekolah, sekitar jam 11 malam, aku keluar dari bilik menuju ke dapur kerana rasa lapar.
Rumah aku ni, kayu belapis zink saja. Bila pandang atas, terus ke bumbung. Bila tengok tepi-tepi bumbung tu, nampak lah pokok kelapa, langit, bulan sebab bumbung tidak bersambung dengan hujung dinding rumah so, boleh nampak luar.
Berbalik kepada kisah tadi, aku ke dapur hendak memasak maggi. Dalam perjalan ke dapur tu, aku melalui ruang tamu dan tiba-tiba TV di dalam ruang tamu hidup dengan sendirinya, kemudian m**i kembali. Dalam hati aku dah rasa takut. Takkanlah benda tu marah sebab aku nak makan maggi? Dan pada masa yang sama juga tiba-tiba anjing melolong dengan irama yang menyeramkan.
Disebabkan aku dah masak maggi, sayang pula nak biarkan. Maka aku habiskan dahulu sesi memakan maggi. Tengah sedap melahap maggi kari digandingkan dengan telur tu (kuning telur tak dipecahkan), aku terdengar orang bercerita di luar rumah.
“eh, bapak sudah balik ka?” Bisik hatiku.
Aku intai-intai ke luar rumah dari lubang dinding, “eh tak ada orang pula.”
Pintu kemudian diketuk 3 kali, aku biarkan kerana takut. Mungkin itu bukan bapak. Aku pandang bawah pintu, tiada bayangan menandakan ada orang pun.
Aku cuba memanggil, kot-kot itu betul-betul bapak.
“Pak??Bapak ka tu?”
“ehemm ehemm.” Bunyi sahutan batuk dari luar rumah. Tapi batuknya lain semacam. Itu bukan cara bapa menyahut panggilan jika balik rumah. Selalunya dia akan menyahut.”iya, bapa”. Tak pernah pun menyahut dengan batuk.
Aku dah cuak, aku terus berlari masuk ke dalam bilik dan tidak mempedulikan ketukan tadi.
Aku sambung masuk ke bilik dan mendegar lagu menggunakan earphone yang dipasang dengan kelantangan maksimum.
Dalam mendengar lagu tu, namaku dipanggil.
“Lynaaa!”
Ya, Mama panggil.
Dalam hati, sedikit mengomel. Ada apa pula mama panggil aku ni.
Aku buka earphone dan pergi ke pintu lalu membukanya. Aku jenguk kepala keluar.Tak ada orang pula..
“Yaa ma, kenapa?” jawabku..
“ma?”
Tiada balasan. Takut juga jadi anak derhaka tidak membalas panggilan ibu kan.
Maka, aku pergi ke bilik mama, dan aku lihat mama tengah syok tidur di dalam biliknya..
Aku cuma bersangka baik dan mungkin itu cuma perasaanku sahaja ada orang memanggil.
Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Aku masih belum tidur.
Tak tahu nak buat apa, aku ambil telefon dan bergayut dengan boyfriend aku.
Sambil bergayut, aku duduk bersandar pada dinding rumah. Dan tiba-tiba “paaam!!”
Bunyi dinding tempat aku bersandar itu dipukul dengan kuat dari belakang.
Terasa la juga sampai ke belakang badanku impak pukulan tu. Ibarat duduk dalam cinema, ada orang tendang kerusi tempat kita duduk dari belakang.
Aku buat-buat tak tahu, aku sambung bergayut dengan boyfriend. Selang 2 minit, lagi sekali pukulan dari luar dinding tepat menerja ke belakang aku..
“uishh, main kasar benda ni..”
Boyfriend tanya aku, kenapa. Aku cakap tak ada apa-apa.
Aku berpindah duduk ke penjuru dinding lain. Bila aku duduk, seminit dua macam tu, lagi sekali dinding tempat aku bersandar dipukul!
Dalam perasaan yang takut amat, aku berpindah ke atas katil queen size aku. Dinding berdekatan katil ini adalah dinding dari zink. Dan seraya dengan itu bunyi cakaran dari dinding zink itu kendengaran. Ngilu bukan kepalang.
Serentak,bunyi wanita nangis mendayu-dayu kendengaran. Rasa macam nak nangis bersama ja waktu itu.
Aku cuba sedaya upaya tidak mengejutkan mama di dalam bilik. Aku pasang surah yassin dalam telefon pintarku, dan akhirnya aku tertidur..
Esoknya aku bangun pagi dan ke sekolah, sebelum berangkat ke sekolah, aku jenguk dahulu dinding luar rumah yang aku terdengar cakaran malam tadi.
Waaa, panjang cakaran-cakaran yang ada di dinding kayu dan juga zink rumahku.
Bila aku ceritakan pada mama dan bapak, mereka pula yang memarahi aku kerana tidur lewat sangat sampai pukul 3. Bapak pesan, kalau ragu-ragu dengan orang yang mengetuk pintu, jangan buka. Biarkan saja.
Sekian sahaja kisah dari aku. Assalamualaikum.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
cerita tak seram sangat.
tapi umur 15 tahun dah ada pakwe boleh bergayut malam – malam buta tu sangat menyeramkan.
deee zaman dag berubah ala mcm tak pernah bergayut. bukan berzina
Pala bana ko zmn dh brubah
bergayut je pun… bia lah dia. dia penat gayut nty turun la dia