Gangguan Semasa Hamil 2

Assalam. Ni sambungan kepada kisah gangguan hamil yang pertama, kisah kedua pulak. Kisah kedua ada dua cerita tau, benda ni jadi masa aku pertama kali pindah ke rumah setelah duduk bjauhan dengan suami, dan masa tu kandungan aku dah 5 bulan nak masuk 6. Rumah ni rumah teres dua tingkat,sy boleh bagitau kawasannya dekat Pasir Gudang, Johor sahaja.

Masa ni baru2 pindah. Biasa la org baru kahwin, tak banyak barang sangat kan. So kami suami isteri pun lagi selesa tido dekat ruang tamu dari kt bilik, sebab ruang tamu rumah tu sejuk sangat and selesa. Malam pertama kami tido kt rumah tu, aku tak boleh tido, tapi suami dah selamat berlayar ke pulau kapuk dah. Pusing kiri, pusing kanan, tak boleh jugak tido. Last2 aku ambik keputusan nak naik tingkat atas, padahal tak habis teroka lagi rumah tu, hehehe.

Tangga rumah ni tangga jenis kayu yang lopong2 tu tau, so kalau kite naik atas,memang boleh nampak kt bahgian ruang tamu. Aku pijak tangga slow2, takut suami bangun, nnt die bising pulak sebab die tau agenda aku apa, nak mengemas. Dah sampai depan master bedroom, aku buka pintu bilik, “ngeeeekkk” bunyi pintu tu. Tiba2 ak ternampak kelibat sesuatu berlari, macam manusia. Tapi lari berjengket2. Aku bukak lampu, aku cari2 dalam bilik tu sampai la kt dalam bilik air. Hairan pula aku takde? Takkan hilang? Apa bnda tu?

Serta-merta bulu roma aku meremang. Cepat2 aku tutup pintu dan lari turun bawah, nasib baik tak tersadung tangga, niat nak mengemas terbatal. Dalam hati terfikir,aapa yang aku nampak tadi?Manusia atau bukan? Aku fikir2 sampai tertido. Keesokan paginya sampai terjaga subuh, aku berniat nk cerita benda tu kt suami lepas subuh, tapi terbantut pulak, sebab dia takmo dengar. Takut la tu. Ke dia dah tau? Hmm, aku abaikan je la benda tu.

Hari ke hari, macam2 benda aku dengar kt tingkat atas tu. Lagi2 bilik yang kitorg jadikan bilik stor tu. Kadang2 kalau siang, aku suka duduk tingkat bwh. Kalau nak tido pun, aku tido je kt bawah, so tingkat atas memang jarang sangat2 naik, kecuali nak pegi toilet or mandi n solat. Bila time hampir2 nak habis asar je, aku mesti akan dengar bunyi sesuatu yg kembur/selongkar plastik2 dalam stor, macam selongkar sampah. Kadang2 macam bunyi die kibas2 plastik sampah tu, setiap hari okey.

Sape tak bengang, orang tengah duduk relaks2 tiba2 dengar benda yang menyakitkan hati. Tapi bila aku naik bilik, eh takde ape2 pulak. Plastik cantik je berlipat dalam bekas, takde tanda2 diselongkar pun. Sampai satu hari tu aku terlampau bengang, aku terlepas cakap “setakat buat bunyi2 ni ko ingat aku takut ke? main2 pulak ko ye, kalau berani tunjuk la diri, tak payah semua pun takpe yg penting aku tau ko mmg ade duduk dlm bilik ni kan” marah aku dalam bilik tu sorg2. Kalau la aku kawal kemarahan tu, mesti aku tak nampak, huuu~

Siang keesokannya lepas aku dah marah2 benda tu, masa tu dalam pkul 12 tengahari macam tu la, aku tengah sibuk berketuntang kt dapur masak lunch. Tiba2 aku dengar ade bunyi derapan kaki pijak tangga. Aku ingatkn suami aku balik, aku pun jengah la, takde pun, “abang ke tu??” Senyap je. Eh kalau die balik msti die gegar pagar, sbb aku mangga pagar. Macam mana die masuk? Aku syak mesti benda kt stor tu punye hal. Aku buat tak tau jela, malas layan. Tiba2 aku dengar bunyi turun tangga pulak. Aku dah mendidih dah, aku hentak senduk kt dapur konon2 berani sangat nak sergah lagi.

Rupa-rupanya, punya la cantik sepasang kaki parking betul2 kt tangga no 5-6 dari bawah, KAKI je weh. Kaki tu warna putih pucat. Kuku2 die warna biru mcm takde oxygen tu, kurusss keding je. Macam nk gugur jantung, nak beranak pun ada jugak ni. Aku mcm tergamam tau, telinga dah berdesing, badan dah seram sejuk je ni, lama jugak die parking depan aku. Last2 die pusing, dan naik balik ke atas, macam berlari, laju giler.

Aku sampai terduduk depan pintu tandas, sebab nak tenangkn diri. Sampai keras2 perut ni, mungkin terkejut sangat kot. Tak lama tu, baru suami aku balik. Tapi aku tak cite pun kt die. Sampai la skrg ni die taktau pun psl hantu kaki tu. Tula 1st and last aku jumpa benda tu. Lepas tu tak jumpa dah, dan aku tak harap nk jumpa lg pun. Sebab tak sangka pulak die ikut ckp aku, “tak dpt tgk semua pun takpe, janji aku tau dia ada”.

Untuk korang, mulut jgn la cabul tau, nak2 yg suka kondem pengalaman org tu, haaa~die merati je tu. Nanti kita sambung cite no 3 pulak tau….tq FS sudi share cite aku nii…

9 thoughts on “Gangguan Semasa Hamil 2”

  1. Seriau keme baca. Mujur ler dia tunjuk kaki, peh tu dia tak maju teruih ke kamu. Kalo idakkkkkkkk, haaa merongkop kepala dalam tudung sangey. Eiiiii meremang bulu roma wei.

    Reply

Leave a Comment