Gangguan Semasa Mengandung

Assalamualaikum. Terima kasih admin FS kalau sudi siarkan cerita aku ni. Aku nk kongsi cerita seram yang menimpa aku semasa aku tengah mengandung. Maaflah kalau cerita ni kurang seram bagi korang. Dari sebelum aku kahwin lagi, aku sebenarnya kerap ditindih semasa tidur sampaikan ada hari yang kena tu aku rasa macam nak lemas dan macam dah nak habis nyawa. Tapi aku tak nampak apa- apa yang tindih aku. Tahu-tahu bila boleh lepas dari kena tindih aku rasa lega sangat dan bagaikan dapat nyawa aku balik.

Ok berbalik kepada cerita aku. Waktu kandungan aku berusia 2bulan (anak pertama), satu hari tu aku sangat letih. Biasalah orang mengandung ni mudah letih kan. Aku tertidur dekat nak maghrib. Masa aku tertidur tu, aku bermimpi ada sorang perempuan masuk bilik aku. Dia berdiri dekat tepi katil aku tengah tengok aku tidur. Tiba2 aku nampak dia keluarkan pisau dan dia cakap, “aku nak bunuh anak tu”. Aku terus terjaga dari tidur dan ceritakan perkara tu kat mak aku. Mak aku marahkan aku sebab tidur dekat nak maghrib.

Keesokannye aku tidur petang lagi. Dan masa tu aku kena tindih, aku buka mata yang aku nampak gelap je seolah2 benda yang tindih aku tu tersangat besar dan berwarna hitam. Aku baca ayat kursi berulang kali dalam hati. Tiba-tiba aku rasa telinga aku ditiup dengan kuat sekali kiri dan kanan sehingga satu saat aku rasa tersangat lemas dan x boleh nak bergerak. Aku terus baca ayat kursi dan ulang2 baca sampai akhirnya aku terjaga dan rasa sangat2 lega. Lepas tu aku dah x tidur waktu petang lagi. Mak aku suruh mandi air yassin semua untuk pulihkan semangat balik. Selepas kejadian tu, syukur aku x diganggu lagi semasa mengandung. Tetapi gangguan jadi balik selepas aku melahirkan anak aku.

Semasa aku masih dalam waktu berpantang, masa tu aku kat rumah mertua. Biasalah orang tua suruh pakai stokin semua. Aku x suka pakai stokin, jadi aku x pakai cuma selimut je kaki. Lepas tu aku kena marah sebab kata mertua aku gangguan iblis kuat semasa dalam pantang dan biasanya akan masuk ikut kaki seabb tu kena pakai stokin. Bagi aku, mertua aku mengarut dan aku abaikan je apa yang dia bagitahu.

Lepas pada tu, hampir setiap malam aku diganggu. Setiap malam bila dah tengah malam, aku akan menjerit macam orang gila. Ni semua terjadi kerana aku bermimpi buruk dan ada sesuatu yang ganggu aku. Pernah suatu malam, lengan aku dicengkam oleh kuku yang tajam. X mungkin suami aku sebab suami aku tidur kat bawah atas toto. Aku tidur atas katil dengan anak kecil aku. Aku terus menjerit sekuat hati aku. Nasib baik ada si suami aku yang sentiasa menemani aku.

Bukan malam je gangguan tu, siang hari juga pernah terjadi. Pernah pada satu petang masa tu selepas asar, dari dalam bilik tu aku nampak suami aku duduk kat meja makan tengah minum petang. Aku tengah lipat kain anak aku. Tiba2 aku rasa ada orang cuit belakang aku. Aku terus berpaling dan memang tak ada orang. Tapi aku x rasa takut or seram sejuk. X taulah kenapa. Mungkin sebab aku x nampak benda tu. Rasanya kalau nampak, aku dah pengsan kot sebab aku jenis yang lemah semangat sikit.

Sebenarnya ada lagi gangguan2 ni tapi cerita tu jelah. Banyak2 kang korang bosan pulak. Sorry kalau x seram. Haaa pesanan untuk mereka yang sedang dalam pantang, ikut jelah cakap orang tua2 tu. Dorang makan garam dulu dari kita huhu. Salam.

5 thoughts on “Gangguan Semasa Mengandung”

  1. Kena cengkam tu xde kesan ke sbb kate kukunye tajam…
    Xde berubat lbh lanjut ke sbb gangguan lps.bersalin tu kerap sgt plak…
    Cerita ringkas sgt nih…
    Pasni detailkan kay…
    Nak tau gak…

    Reply
  2. apa la problem sangat pergi tidur waktu petang camtu ? pastu degil taknak dengar cakap org tua pulak tu. takyah percaya pun apa org2 tua kata, pesanan diorang utk kebaikan jugak

    Reply

Leave a Comment