Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga FS. Sebelum ni cerita aku Gelang Kaki Berloceng yang agak dikecam jugak. Haha. Yelah dalam Islam kita tidak boleh memakai benda yang berloceng actually. Tapi kita sesame ada melakukan kesalahan. And for your information, since aku kena gangguan kali kedua gangguan loceng ni, aku decided untuk buang loceng yang ada pada gelang kaki aku. Now dia jadi gelang kaki tanpa loceng ah. Huhu *jangan risau k adik dah tak pakai loceng loceng dah 😀
Okay kalau korang perasan dekat atas tu aku ada cakap aku kena gangguan kali kedua kan? Ha meh, nak cerita sikit. Oh ye sebelum tu, maaf ye aku ni tak reti nak karang panjang-panjang. Aku tak sehebat #SiCelupar & Rumah Tingkat D13A tu. Even I adore penulisan dan jalan cerita dorang, awhhh :’)
Nak dijadikan cerita, apartment yang aku duduk ni apartment yang sama lah aku cerita first gangguan tu. Time ni tengah study week. Most of my housemate semua balik kampong termasuklah roommate aku si Ani. Tinggallah aku berdua je dengan housemate merangkap classmate aku. Dia ni aku boh nama Lia. Lia duduk middle room. Aku macam biasalah, bilik paling hujung sekali.
Satu hari tu, dalam pukul 8pm aku siap-siap untuk keluar makan dengan makcik aku. Setelah siap semua, aku pun menyusur lah ke bilik Lia. Aku nampak Lia tengah layan movie Harry Potter dalam laptop dia. Aku fikir nak ajak Lia ikut sekali. So conversation kami lebih kurang macam ni….
Aku: Lia, jom la ikut aku keluar makan dengan makcik aku. Kita gegirl je ada.
Lia: Eh, takpelah. Seganla. Kau pergi jela. Aku stay rumah je.
Aku: Sure ke? Kau nak makan apa nanti?
Lia: Maggi kan ada.. *muka sengih
Aku: Em okay, kalau ada rasa nak tapau bagitahu lah eh. Aku pergi dulu, kunci pintu tu anak dara oi!
Lia: Alright.
Aku pun terus ke tangga, sebab makcik aku dah sampai. So rushing sikit la nak turun tu. Ya, memang aku guna tangga je turun naik apartment tu. Ala tingkat 2 je pun. Taklah berpeluh mana kan. Plus dengan kelemahan aku terhadap lift lagi, huh. Dalam pada aku tengah rushing tu, papp aku terfikir *minah ni tak seram ke duduk rumah tu sorang-sorang?* haha tah kenapa aku terfikir macam tu pun aku taktahu hu hu hu.
Selesai aku makan dengan makcik aku, tertunggu jugak aku whatsapp dari Lia ni. Tapi takde, memang dia taknak apa-apa lah. Aku pun pulang melalui tangga yang sama. Aku pulak ada kunci rumah, so tak ada masalah lah nak jerit salam kuat kuat panggil housemate bukak pintu.
Aku masuk je tak fikir nak tanggal tudung ke tukar baju dulu ke apa, tapi aku terus menyusur ke bilik Lia. Aku perasan pintu dia separuh tertutup. Gelap, sebab lampu bilik dia tutup. Hanya ada cahaya laptop dan aku perasan dia pakai earphone. Dalam hati aku *berani betul perempuan ni siap sumbat telinga bagai*. Aku pun cuit dia, dan conversation kami jadi macam ni….
Aku: Lia, aku dah balik. Kau dah makan ke?
Lia: Eh, bukan kau dah balik ke tadi? *muka berkerut
Aku: Aku baru balik la, tudung pun tak tanggal lagi. *fikiran belum mistik lagi
Lia: Ha? Mat- m**i aku ingat kau dah balik. Sebab dengar loceng kaki kau berlegar dekat ruang tamu. Siap pasang TV lagi.
Aku: Macam mana kau dengar? Bukan kau pakai earphone ke? *aku cuba tak ke arah mistik
Lia: Sebab aku dengar loceng kaki kau tu lah aku pakai earphone. Aku fikir kau dah balik.
Aku: Lia, aku baru balik tau sebenarnya..
Lia: *Lia pun berhuhu jela
Malam tu, elok elok ingat nak tidur bilik masing-masing, jadi terbantut. Sebab scary lah weh. Dah la kami berdua je. Syukur, malam tu tak jadi apa-apa pada kami. Apartment tu memang keras tapi tak sekeras kerasnya la. Setakat dengar bunyi guli, dapur ketang ketong, mesin basuh berputar, lembaga hitam tu dah biasa dah. I think almost semua apartment ada kan. So loceng kaki aku ni kira value added la untuk depa. Haha
Aku dah start seram dengan gelang kaki aku. Sebelum jadi gangguan ketiga, aku decided untuk k***t loceng kaki aku huhuhu. Until now, aku pakai gelang kaki yang sama. Alhamdulillah, setakat ni tak ada mistik loceng loceng dah. Yeay!
Thank you for those yang post tentang hukum berloceng. Adik ingat sampai bila-bila, don’t worry adik dah tak berloceng, heeeee. Oh ye, dekat atas tadi kalau korang perasan la yang aku ada mention pasal ‘kelemahan aku terhadap lift’ kan? Haaa tu pun ada story jugek. Hihi. Nanti bila I senang, I cerita dekat uols. Chow~
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Okey I tunggu
Ko simpan mane loceng tu dik???
Nampak gaya suke bebenor benda tu ngan loceng tu kaaannn…
Ape kate ko boh dlm botol…
Agak2 benda tu dh msk dlm botol ko siram air yassin pastu bacekan yassin…
Mau terbakor melecur tahap 4 punye…
Uiks….penah buat ke hehe?
hmnn