Assalamualaikum dan Salam Sejahtera awak awak yang rajin sangat baca Fiksyen Shasha ni hihi. Seperti biasalah aku penulis Gelang Kaki Berloceng 1, 2 & 3. La ni cek nak cerita yang ke 4 pulak na. Sebelum aku mulakan, aku nak bagitahu. Everything yang aku cerita dalam ni, semuanya memang aku lalui. Sebab tu ada pasang surutnya cerita aku ni, haha. Dia actually bukan tak seram ke apa, but dia cliché. Untuk orang yang first time, bunyi tikus dekat dapur tengah malam pun dia dah kata ada saka melantak dalam rumah, kan. Haha. Tapi itu terpulang pada uols nak percaya atau tak. Adik tak paksa.
Untuk apartment yang tingkat 8 tu, setakat ni kejadian yang aku share tu yang paling horror la semasa aku menyewa sana. Bunyi-bunyi tu biasa la untuk setiap apartment kan. Cuma yang apartment kali ni, dia ada gurauan tambahan sikit tau. Yang ni aku dan housemate aku selalu la kena. Tapi disebabkan kita orang dah ‘lali’, so let it be la. Nak pelik sangat kang, memang semua decided nak lari rumah kan, haha.
Most of the time, bila kau park kereta kau atau pun kau lalu dekat guard untuk access card kan. Habit housemate aku termasuk lah aku, suka bebenor ninjau rumah dari bawah. Yelah kita nak tahu la kan rumah ada orang ke tak ke, kononnya. Bila kita dekat bawah tinjau, eh rumah terang. Mesti ada orang dekat rumah. So dengan senang hati masing masing naik, tapi pintu rumah kunci siap bermangga bagai. Eh, dah tak ada orang, huhu. Nak kata bertembung dalam lift tak ada pun. Sebab lift setiap block ada dua. Satu lift bomba (memang tak guna) satu lagi lift orang awam. Disebabkan kita orang ni ramai, so benda yang scary ni senang hilang.
Mula-mula kami fikir macam salah tengok rumah je. Selalu sangat kena tau. Sampai satu tahap masing masing curious nak tahu betul ke tak yang kami ni tak salah rumah, gigih diknon oi kami mengira setiap level sampai la level 8, haha. (memang nampak tak waras la dok kira level apartment satu satu haha) Then tengok okay, lampu memang terpasang means ada orang dekat rumah. Bila naik sama je bermangga bagai. So start tu kami dah lali la. Takut memang takut, tapi macam aku kata tadi lah daripada semua orang nak lari rumah kang, haa lagi susah. So tahan dan masing masing nekad nak duduk rumah bawah. Haha.
Next semester which is semester terakhir aku. Memang kami tunaikan hajat kami untuk duduk rumah bawah, bukan hanya sebab taknak kena gangguan tapi sebab nak tukar angin. Yelah kita asyik duduk apartment je nak gak rasa duduk rumah bawah main badminton, cuci kereta sambil simbah-simbah air dengan roommate, buat tanam tanaman ke hahaha tanaman sangat. Macam biasa, housemates yang sama (10 orang) dengan tambahan lagi 5 gadis junior (housemate baru) yang comel-comel belaka. So total 15 orang. Apa? Ramai?
Rumah double storey ada 4 bedrooms + 3 bathrooms. Bilik bawah ni 3 orang, tapi depa selalu tidur ruang tamu je. Untuk junior 2 bilik atas. Dan aku duduk master bedroom bersama 5 orang classmates aku termasuk Lia. Master bedroom ni besar plus tak ada furniture sangat including katil. So kami bawak tilam kecik atau toto la. That’s why boleh sumbat 6 orang satu bilik tu. Haha. First impression aku tentang rumah ni, “Wah not bad, besar dan selesa” *dengan nada yang betul betul memuji.
Actually first kejadian pelik masa tu bila mana aku, Lia dan Nana decided untuk pergi rumah tu seminggu awal sebab nak kemas dan bersihkan apa yang patut. Kami bermalam bertiga je dekat rumah tu. Suasana dekat sana tak scary pun. Sebab kawasan perumahan, kiri kanan ada orang. So apa nak ditakutkan, cewahh. Sampai la satu petang ni di mana kami dah siap semua kerja dan rancang untuk pergi kedai makan. Susun semua penyapu, mop, baldi setempat dalam bilik bawah. Dan terus chow pergi makan.
Balik je dari makan (dah malam), Nana buka kunci mangga apa semua, sebab si Nana ni je yang ada kunci buat masa ni. Kami belum buat kunci pendua lagi. Tiba-tiba, keadaan rumah lain dari yang kami tinggalkan tadi. Penyapu dekat hujung dapur, mop dekat tangga and one more thing mop tu basah dan baldi pulak berisi air. Umpama ada orang mop tangga tu. Berderau jantung aku tengok semua ni. Siapa nak masuk rumah ni kalau bukan kami je? Takkan owner baik hati nak kemaskan untuk kami. Aku, Lia dan Nana pun pakat untuk tutup dulu cerita ni, sebab taknak ada yang tarik diri untuk join kami duduk rumah tu, haha.
Sampai la satu masa yang aku rasa kejadian ni paling horror sekali, time ni cuti weekend. Hari Selasa nanti bakal ada test + presentation. Kami pun siap-siap prepare apa yang patut lah. Kami pulak kalau study bukan dalam bilik, sebab bilik ni pengaruh dia tak baik untuk study haha. Kami akan study dekat hall depan master bedroom tu. Hari semakin malam, sorang demi sorang beransur ke bilik untuk tidur termasuklah aku. Tinggal Nana sorang dekat hall. Kedudukan si Nana ni mengadap tangga. Tiba-tiba dia lari masuk bilik kebetulan aku masa tu baru nak dibuai mimpi. Aku tersedar dia berlari tu aku tanya….
Aku: Kenapa Nana?
Nana: Aku dengar bunyi orang naik tangga, tapi bila aku tunggu tak ada siapa pulak.
Aku: Oh tangga tu memang. Bukak pintu sikit la Nana at least takdelah kau takut sangat.
Nana: Okay..
Tak sampai 15 minit dia lari masuk bilik kali ni muka macam nak nangis. Aku nampak dia macam tu, terus aku cakap, “dah la Nana, sambung esok je. Dia warning kau la tu”. Nana pun tak cakap banyak, dia pasang ayat Kursi dekat hp, lama-lama aku dengan dia telelap. Aku tak tahu berapa lama lepastu, tiba-tiba aku rasa ada orang belai rambut aku. Lembut belaian dia. Tapi dalam kelembutan dia tu bukan buat aku rasa nak tidur, tapi aku rasa nak mengamuk. Aku selak kuat-kuat rambut aku. Dia belai lagi rambut aku. Memang jenis yang manja kot aku rasa yang kali ni punya, haha. Aku balut seluruh badan aku dengan selimut termasuk dengan rambut-rambut sekali. Lena aku tidur. Keesokan pagi tu, memandangkan Lia tidur sebelah aku. Dia ada tanya aku….
Lia: Beb, kau kalau berselimut lain kali jangan berbungkus habis la, buat orang cuak je.
Aku: Sorry Lia, aku sejuk sangat malam tadi.
Lia: At least la at least bukan selimut warna putih la nak buat macam tu. *nada agak sedikit marah
Aku: Putih? Aku belum pernah tukar selimut biru aku tu ke putih Lia oi.
Lia: Biru dengan putih jauh beza beb, dah macam poch!
Aku: *berhuhuhu
Aku mula rasa tak selesa dan tak sihat, aku decided untuk balik kampong sehari dua. Kampung aku dengan tempat aku belajar around 45 minit je. So tak ada masalah la nak balik secara tak dirancang. Cukup dua hari aku dekat kampong, aku siap-siap nak balik rumah sewa. Aku sampai rumah sewa malam. Dalam masa aku nak buka gate depan rumah sewa aku tu, aku ternampak sorang perempuan rambut panjang dekat tingkap bilik aku, tengah sikat rambut ala-ala slow motion (habit ninjau rumah ada orang ke tak, tak pernah hilang). Aku tertanya siapa, sebab tak pernah-pernah budak-budak ni nak menayang rambut dekat tingkat. Sebab bilik aku ni dia mengadap rumah jiran depan. Aku husnudzon tu roommate aku je.
Bila aku masuk rumah, aku nampak semua roommate aku ada dekat bawah tengah layan TV. Aik, ada orang baru ke dalam rumah ni. Naik bilik, tengok bilik gelap kosong. Aku dah faham dah tu. Aku buat tak endah je. Aku pun masuk bilik air nak mandi. Bilik air dalam bilik. Bilik siap aku tutup pintu. Tengah mandi, tiba-tiba ada orang ketuk pintu bilik air sambil panggil nama aku. The problem is, pintu bilik air dengan shower tu agak jauh. Tapi aku dengar suara yang panggil nama aku tu seolah-olah sebelah aku je. Takkan aku nak baca ayat Kursi dalam toilet pulak kan. Aku mandi kerbau la jawabnya. Cepat-cepat aku keluar siap-siap semua aku turun. And…guess…what…RUMAH TAK ADA ORANG! GELAP!
Tv tutup. Rumah bersih macam tak ada orang duduk. Aku nak call budak budak ni, hp pulak tertinggal dekat bilik atas. Aku nak chow pun, kunci kereta dekat atas. Dengan keadaan ruang tamu tak berlampu time tu aku dah buntu sangat sama ada aku nak naik ambil barang atau aku keluar rumah lari dekat guard house. Tapi hati kuat suruh aku naik ambil barang. Aku pun nak cepat naik setengah tangga tiba-tiba sebatang pen bergolek dekat tangga serentak dengan bunyi pintu bilik atas terhempas. Aku lari keluar rumah. Untung Allah sayangkan aku, kawan-kawan aku sampai.
Masa tu aku pucat teruk. Scary la weh main-main macam tu. Jenis tak ada hati punya hantu. Huh. Lia cakap dekat aku yang dia ada text aku berbunyi macam ni, “Beb, aku dengan budak rumah semua pergi sambut birthday Ika tau. Kalau kau sempat sampai singgah la dekat **, bye take care”. Hmm salah diri sendiri jugak sebab tak reti tengok hp awal-awal lagi. Itu la paling horror setakat aku stay rumah bawah.
Sorang housemate aku ni jenis hijab terbuka aku namakan Ika. Dia ada cerita benda yang kacau Nana tu adalah benda yang mengikut. Sebab malam kejadian sorang housemate aku ni keluar balik tengah malam. Benda tu mengikut la. Tak pasal pasal Nana kena. Part aku pulak, Wallahualam. Aku dengan Ika sendiri tak tahu mana datang. Aku tahu si Ika ni boleh nampak since aku duduk dekat asrama lagi (sebelum hidup menyewa). Aku sorang je kawan dia yang tahu semua tu sebab masa aku stay asrama dulu, ada kejadian berlaku.
Kejadian tu nanti aku cerita. Aku rasa cerita aku kali ni panjang bebenor. Seharian jugaklah aku mengadap laptop ni, haha. Jumpa lain hari ye. Chow~
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
huisb srramm bak hang…
sambung please
Boleh pula dia main2 org mcm tu. Huishhhh…
serammmmm
seraamm gilerr. x pasal2 beremosi gak baca part caps lock tu ahahah. mata pun ikut main peranan. hailaa best sangat nii
pengajarannya, bawa hp skali masuk tandas ya.huhuhu
best dan seram