Tiga Penjuru – Epilog
Adam dan Salafus Luqman menyerah kalah. Lipur Lara melarikan diri, melihatkan keadaan tidak memihak kepada mereka. Minji dan Fahmi turut menurunkan senjata masing-masing. Hanya Ren, bersiap sedia menentang apa sahaja kebarangkalian. Kini, Raja Iskandar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tiada sesiapapun yang berhak memberi kata putus, melainkan Salafus Salleh. Hal pentadbiran selepas kemangkatan raja, hanya tertakluk kepada permaisuri yang kehilangan suami, yakni rajanya, atau orang kanan diraja itu. Salafus Salleh berdiri, mengangkat tinggi Keris Saljunya, lalu melaungkan kata putus yang mengejutkan semua.
“Kemenangan di pihak bunian! Tunduk sembah kepada Shahrin, pengganti raja sementara kita!” Seraya mendengar pengumuman itu, kesemua pahlawan bunian mengarah kepada Ren, lalu melutut sebelah kaki, tunduk hormat seadanya sebagai pertabalan raja baru sementara mereka. Ren kaget. Apa yang telah berlaku? Mengapa dia perlu menjadi raja sementara, sedangkan itu yang menjadi bantahannya selama ini.
“Pihak manusia, kami ingin mengucapkan terima kasih, kerana telah membantu memerangi syaitan tidak berguna, dan mengalahkan mereka! Jadi, atas dasar persahabatan, kalian dibenarkan pulang tanpa syarat. Hanya Tuanku Shahrin harus kekal di sini.”
Ren tidak mampu melawan kata-kata Salafus Salleh itu. Sudah termaktub dalam perundangan mereka, wakil baru perlu ditabalkan segera, walaupun hanya sebagai raja sementara. Walaupun perjanjian damai Kampung Tinggal sudah dibakar dan dibuang, tiada perundangan jelas tentang raja sementara yang perlu dipatuhi. Malah, tiada bantahan daripada ketua keluarga yang lain terhadap pertabalan sementara ini.
Minji dan Fahmi memapah Munsyi pergi. Munsyi enggan. Diratapi kematian kedua-dua ahli keluarganya itu. Siapa yang tidak bersedih, apabila kehilangan anak dan isteri sekaligus. Minji dan Fahmi memapah secara paksa Munsyi pergi.
“Mari kita uruskan mayat-mayat yang bergelimpangan ini dahulu. Jadikan ini satu pengajaran. Jangan ada yang membelot, hanya kerana kepuasan berbuat apa sahaja. Salafus Salleh dan ketua keluarga yang lain, bawa pembelot berdua ini ke penjara. Kita akan adakan penghakiman suatu hari kelak,” arahan pertama Ren, selaku raja baru di kampung itu. Dilihat Minji dari jauh. Semakin jauh. Lalu, hilang bersama angin.
***
Adam dan Salafus Luqman mati dipancung, lalu kepala mereka digantung di luar istana, sebagai peringatan kepada pembelot-pembelot agar berfikir masak-masak sebelum mengambil tindakan. Pahlawan-pahlawan lain yang membelot, dihukum penjara 10 tahun. Hari ini mereka bakal diberi pengadilan baru atas pembelotan yang dilakukan. Pada hari yang sama, kedua-dua kepala tergantung itu dibawa turun, ditanam bersama jasad di dalam kubur lama.
Ren masih di atas takhta. Namun, semua itu bakal berubah tidak lama lagi. Anak di dalam kandungan Permaisuri Salju dahulu, sudah berusia hampir sepuluh tahun. Diberi nama Ismeth. Putera Ismeth bakal ditabalkan apabila cukup umur 18 tahun. Tempoh Ren bertakhta hanya akan tamat pada hari ini, selepas pengadilan terakhir yang bakal dilaksanakan usai Asar berjemaah.
***
Indah Nadia kini di bawah jagaan Fahmi dan Syaza. Atas ihsan mereka berdua. Kematian Natrah dan abangnya, memberi impak yang besar kepada Munsyi. Munsyi masih di wad sakit jiwa. Tidak pulih walaupun sudah 10 tahun berlalu. Setiap hari, hanya tiga perkataan yang keluar daripada Munsyi. Jika dalam keadaan menangis, Natrah dan Raykal Danish yang diserunya. Jika dalam emosi marah, Lipur Lara dipanggil-panggil. Benci kepada dalang peperangan yang masih hidup itu. Nyata, Munsyi masih belum dapat menerima kenyataan. Indah Nadia kini sudah berusia 14 tahun. Menjadi kakak angkat kepada Syazwan Harris, anak Fahmi dan Syaza. Indah Nadia sedia maklum, dia hanyalah anak angkat. Dia juga sering melawat ayah kandungnya di hospital sakit jiwa.
Ketika Natrah dipanggil masuk ke alam bunian dalam perang, Indah Nadia ditinggalkan berseorangan di rumah. Tangisan yang berlarutan akibat tinggal berseorangan, hanya disambut dengan bantuan oleh Puan Nasuha, ibu Syaza dan Natrah. Diminta membantu menjaga anak kecil itu sementara. Kini, anak kecil itu sudah meningkat remaja. Dia juga genius dalam melukis, mirip ibunya. Namun, dia bencikan keupayaan itu. Keupayaan baginya, hanya membuatkan dia mengingati ibunya. Ibunya yang mati tidak berkubur di alam nyata.
***
“Abang. Kenapa abang tak tolong Natrah? Abang biarkan Natrah mati keseorangan?” Telinga Munsyi diusik dengan suara itu, bak suara Natrah. Diketuknya kepala ke dinding berulang kali.
“Papa, Kal berdarah papa. Papa, kenapa jantung Kal terkeluar ni? Papa, tolong papa!” Suara Raykal Danish pula terngiang-ngiang di telinga. Munsyi menangis, terduduk. Memeluk lututnya sendiri. Bergenang air mata, masih tidak dapat melupakan segalanya yang telah berlaku. Masih jelas di ingatan, rupa dua kesayangannya itu. Satu mati dirobek jantung, satu lagi terbelah dua akibat libasan senjata tajam.
“Lipur Lara, Lipur Lara, Lipur Lara…”
Seruan bagaikan zikir di mulut Munsyi. Memanggil-manggil dengan kebencian dalam hati. Ditumbuk-tumbuk dinding bilik isolasi itu. Malam ini, Munsyi diasingkan akibat bertindak ganas.
Ada sesuatu di dalam genggaman Munsyi. Sesuatu yang tidak pernah dibuang, atau dilepaskan untuk tatapan sesiapa. Ada seorang doktor psikiatrik cuba meleraikan genggaman tangan Munsyi, namun cedera akibat digigit telinganya. Munsyi membuka genggaman tangan itu. Dicabut keluar cincin di jari yang sudah putus. Jari Natrah.
Cincin itu disarung ke jari manis kirinya sendiri. Bagaikan makhluk yang merasuk diri, segala ingatan dan imbas balik memori Raykal, Wasir, dan manusia-manusia yang tidak dikenalinya, meresap masuk ke dalam diri Munsyi. Asap berkepul-kepul mula datang menyelubunginya. Angin di luar bangunan mula bertiup kencang. Munsyi tidak menjerit, hanya ‘menikmati’ pengalaman baru itu.
“Khadam bertiga, pecahlah kamu. Khadam yang tiga mendamping mahu. Sampaikan seru pada sang ribut!”
Sebaik sahaja tamat mentera, suasana kembali normal. Senyuman terukir di bibir Munsyi. Tiada lagi penyesalan.
“Damping aku, bukan sekadar damping. Damping hajat, mengalir raksamu. Di bawah lindungan bulan, aku menari. Bermandi darah, sumpah puteri~”
Ketawa. Munsyi puas. Pengalaman baru dirasai. Dia kini, penuh kuasa.
***
Minji baru selesai sesi fotografi anak didiknya di Seoul, Korea. Selepas tamat kariernya sebagai model, dia membuka syarikat agen permodelan, meneruskan karier yang diminatinya itu. Ren, jejaka yang tidak pernah dilupakannya. Dia masih menunggu, terus menunggu. Kepulangan kekasih yang saban malam diserunya dalam mimpi.
Ren tidak pernah pulang, menjengah walaupun sekali. Ren hanya menurut takdirnya supaya menjadi raja ‘sementara’, kini menjangkaui 10 tahun usianya Ren berada di sana. Dia menurut kemahuan Fahmi, agar tidak bertandang sesuka hati ke dunia bunian itu. Semata-mata berjumpa kekasih hati. Tidak pernah juga berjumpa dalam mimpi. Marahkah Minji kepada Ren? Sudah tentu. Sekurang-kurangnya, diberikan harapan dalam hubungan ini. Tidak hanya tergantung sepi berseorangan. Perlukah Minji tunggu lebih lama lagi?
***
Lipur Lara masih hilang tanpa kesan. Gua yang dahulunya ‘dihantar’ ke Kampung Tinggal, masih di situ. Kekal sebagai tinggalan sejarah hitam kepada kaum bunian tersebut. Di manakah Lipur Lara? Ke manakah hala tuju bomoh Indonesia itu? Adakah masih ada bibit-bibit perpecahan yang bakal berlaku kepada kampung bunian, dek keran dendam yang masih berbaki? Yang pasti, Kampung Tinggal kekal aman sepanjang tampuk pemerintahan Raja Shahrin, raja yang tidak didendang.
Di kejauhan, silauan sesuatu dari dalam gua. Masih kekal cincin Wasir di situ, tanpa sesiapa mengambilnya. Tiada siapa menyedari kewujudan cincin itu ketika mereka membawa jasad Raykal, Wasir, dan Raja Iskandar keluar dari situ. Sudah 10 tahun. Kawasan itu menjadi kawasan larangan. Masih kekal cincin tidak bertuan.
***
Malam itu, Minji bermimpikan sesuatu yang sentiasa dinanti-nanti. Rindu hatinya terubat. Dilihat dalam mimpinya, Ren mengampuni kesalahan pahlawan-pahlawan terdahulu yang membelot. Sepuluh pahlawan yang syirik. Mereka diampunkan, selagi mana mereka bertaubat kerana menduakan Allah. Selepas pengampunan itu, upacara penurunan takhta dilakukan. Mahkota yang menjadi milik Ren, kini bertukar tuannya. Tun Masyhoor, kini bergelar Raja Masyhoor. Cukup sahaja 18 tahun Putera Ismeth, akan ditabalkan pula kepada raja yang lebih mutlak itu. Permaisuri Salju kekal sebagai permaisuri penasihat. Ren kini bebas, pulang ke alam nyata.
Minji bangun dari tidurnya. Dilihat pada sisi katil. Terselit sepucuk sampul poskad pada telefon bimbitnya. Juga sekuntum bunga. Siapakah telah menceroboh masuk ke dalam rumahnya?
“Love, will never age. My love, will come to you, even in my last breath. Saranghae, yongwonhi (I love you, forever).”
Bunga di tangan Minji, dihidunya. Harum, mewangi. Bak janji di dalam bait kata-kata pada poskad itu. Ren sudah kembali. Menuntut cinta yang jauh, agar pulang ke dalam hati. Minji tersenyum. Cinta kembali berputik.
***
끝 (TAMAT)
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Lawati laman facebook penulis: https://www.facebook.com/gongpal.hakbon.7
sesapa ada nampak mika takkk? alien warna purple tu?
Alien purple dulu aku yg pakai.. Hahaha
kau ni kat mana2 tempat aku nampak kau cari dia dah knp???? mcm xbetul pulak aku tgk kau ni hahahhhhh….. sampaikan aku tgk mane faz adew ko pun adew…..
eh eh eh ko ni. ko pehal? aku tak cakap dengan kau. wekkk. ko cakap aku tak betul kan? amin, semoga berbalik pada ko.
merangkaklah ko kat sana nanti cari aku.
Aah weh kau ni mcm tak betul jugak aku tgkkan.. medical student ke org sakit jiwe hahahakkk.. sume komen kau nk cri dia..
*akupunkenamerangkakcaridiajugaklahnanti
kalau aku sakit jiwa, takdelah aku kat sini. sengalllllllll
knp cari aku???
aku pun purple gak hahahahah,,,
ahh. ko bukan mika. aku nak alien yang warna purple yg ada sepit merah tuu.
eh silap. alien yang warna biru. ada sepit warna merah. itu alien sebenar yg aku cari.
hak alah biru pulak kecoh betul aku tgk dok cari dia…. pahal cri dia?
eh kau ni atok. sukahati aku lah nak cari dia nak buat apa. sibuk je! marah ni!!
sambung lg plis.. munsyi JD jahat ke? dendam pada lipur Lara blm terjawab.. sambung plisss
minta2 ada la sambungan lg.. Thx Gongpal.
Bro gongpal.. Buat lgi setori yg berkaitan munsyi + lipur lara.. Kalau kmpung bunian d ganggu lg drng akan mnta bantuan ren lg ke x?..
**untuk ini aku bg 10/10
dari dulu nak tanya kenapa nama gongpal? sapa tahu?
Itula. Kadang2 buat aku konpius
Aku slalu imagine GOPAL. Hehehe
rasanya dia ada explain.. nama tu dia ambk dr movie korea kalau x silap.. kena baca balik dendam suri punya komen.. haha
Gongpal is 08. kosong lapan. kalau ada hashtag macam tu di lain hari, korang tahulah siapa penulisnya ya.
Tq
pakai nama gongpal je la bro.. hahaha
oo, terima kasih di atas pencerahan. good story bro
yeahh…khatam..best..
rasanya macam ada sambungan lagi.
hahaha.. finally the end…
tp mesti munsyi balas dendam.. tp kat siapa.. ermm..
#gongpal terbaik.. teruskan cerita ini…
hahaha seronok ai baca cerita ni.. ren tak lupakan minji!! sweat permainan ren tinggalkan nota… hihi
#gongpalkipidap
#gongpalthewriter
Sweet mungkin? Hehe
Bro #Gongpal, macam tergantung je cerita ni (saja cari alasan utk #Gongpal sambung)
Mungkin “Dendam Munsyi” pulak ke. Hehe.
Anyway, good story to read bro, keep update us on your new masterpiece here in future as well.
#GongpalDendamSuri
#GonpalTuntutanBerdarah
#GongpalTigaPenjuru
#Gongpal_____?
boleh ke laman fb penulis, Gongpal Topek untuk kisah baru, Kasanova Bermandi Darah. New generation of Lipur Lara VS Munsyi.
Semoga terhibur.
TQ
Best gongpal aku hampir khatam baca citer kau semua…
x penah x best..
yeahhh end ~
tp mesti ada lagi story bab munsyi kn.
apapun sangat best & terbaikkkk bro gongpal ???????
Best cite ni gongpal.. Harap ada sambungannya
Ada sambungan. Hero berbeza. Tetapi kemungkinan besar tidak dihantar ke FS. Boleh ke page Gongpak topek untuk kisah lanjut
?