Suri menjerit kesakitan. Kulitnya rasa seperti terbakar, sepertimana terbakarnya lukisan padang pasir, sepertimana hangusnya penjara di gua, sepertimana sakitnya makhluk berjubah itu.
“Aku putuskan hubungan dengan kamu, Busroq! Darah kau bukan lagi darah aku!” Jeritan Suri disusuli mantera jampi pemisah, mencuba untuk ‘menolak’ beban kesakitan yang dirasai olehnya, akibat perjanjian berdarah yang menghubungkan derianya kepada mahkhluk berjubah, bernama Busroq. Ketika ini, Busroq menderita sakit terbakar, kesan terbakarnya penjara dek kerana Munsyi.
Akibat terputusnya deria, ilmu dan kuasa sihir juga tidak lagi dikongsi. Itulah sebabnya kayu cemeti Ren dapat meningkah jasad Busroq. Tiada lagi kuasa menjadi asap. Sungguhpun begitu, Busroq bukanlah calang-calang khadam. Meskipun ‘tembus’ di tengkuk, dia masih mampu tersenyum. Beberapa ketika selepas Ren berlalu pergi bersama nenek kebayan, Busroq bangkit.
“Celaka manusia semuanya! Akan kutuntut darah kamu satu persatu! Setiap titisan darah, MILIK AKU!”
***
Dalam kesakitan, Suri cuba bangun. Mencari-cari nafas dan tenaga. Tiba-tiba, muncul susuk makhluk berjubah di hadapan mata Suri yang sedang baring mengiring.
Dalam kesakitan itu, Suri mengalirkan air mata. Bagaikan tahu nasibnya. Dia cuba menjelaskan kepada Busroq,” Tunggu dulu. Benarkan aku terangkan semuanya, Bus…”
Belum sempat tamat ayat Suri, Busroq mencekiknya dan diangkat ke atas. “Manusia sering mengangkat diri. Mengatakan merekalah makhluk terbaik. Tapi kau, tiada bezanya dengan kami. Menyeru aku hanya untuk dibuang? Kau menempah maut!”
Busroq menggigit leher Suri, lalu dijilat dan disedut setiap titisan darah yang keluar daripada luka itu. Dalam kesibukan itu, nenek kebayan turut muncul. Menangguk di air yang keruh, dia turut ‘menjamu’ darah Suri. Suri mati jauh lebih awal, satu malam lebih awal sebelum berlakunya kebakaran di rumah tersebut.
***
“Abdullah Munsyi bin Arafat.”
“Ya, saya.” “Aku nikahkan dikau dengan Natrah binti Asmawi, dengan mas kahwinnya 777 ringgit, tunai.”
“Aku terima nikahnya, Natrah binti Asmawi, dengan mas kahwin 777ringgit, tunai.” Saksi saling mengangguk tanda berpuas hati. Munsyi tersenyum, sekilas pandangnya ke arah Natrah di keramaian itu. Natrah mengesat air mata. Air mata kegembiraan, atau kesedihan?
***
Natrah menerima sepucuk surat, bertanda N di hadapan sampul belah kanan bawah. Dibuka dan dibaca.
“Assalamualaikum, Natrah. Pertemuan kita selama dua bulan ini saya rasakan cukup bermakna. Saya selesa, gembira dengan kamu. Apa yang telah kita alami dalam mimpi, penderitaan yang kamu lalui, saya ingin kongsi bersama. Kini, hingga akhir hayat. Itulah hasrat hati saya.
Namun, keadaan tidak mengizinkan. Meskipun saya sayangkan kamu, dan saya tahu kamu juga begitu, saya harus pergi. Ada kekangan yang perlu saya selesaikan. Masalah yang tidak mahu saya libatkan kamu ke dalamnya.
Maafkan saya kerana pergi. Kamu harus bahagia, walau tanpa saya. Terima kasih atas memori ini.”
Di akhir surat, dinamakan diri penulis sebagai Si Mata Tompok. Tahulah Natrah siapa gerangan penulis. Ren telah pergi meninggalkannya. Surat tanda tiada apa-apa lagi antara mereka. Natrah tertunduk. Ada secebis kesedihan menyelubungi hati.
***
7 Julai 2007. Tarikh pernikahan Natrah. Genap 6 bulan berakhirnya ‘perang’ di gua tersebut. Ren mengambil keputusan untuk ke Korea pada tarikh tersebut, dengan niat untuk bermastautin di sana. Dengan simpanan yang ada, dia ingin belajar bahasa terlebih dahulu, kemudian menyusun langkah untuk ke arah perniagaan.
Ren bersandar seorang di kerusi ruang berlepas itu. Takdir yang dia perlu harungi, membawa kepada keputusan untuk pergi jauh. Dia perlu pergi jauh, supaya dia dapat larikan diri daripada tuntutan Adam.
***
“Kau gagal, Shahrin. Tugasan menyelamatkan Natrah, kau gagal.”
“Apa maksud kau, Adam. Membawa pulang Natrah kembali, itu kan misi aku. Tengok, Natrah sudah kembali. Sudut mana yang kau lihat kegagalan aku? Kau ni, cuba perangkap aku?”
Dengan senyuman, Adam berkata,”Katakanlah, Munsyi tidak wujud dalam hidup kau. Dan aku tidak mencari dia untuk menyelamatkan kau, adakah kau akan berjaya, Shahrin? Siapa yang mendukung Natrah kepadaku untuk dibawa pulang? Kau?”
“Kau ingat Munsyi dapat bawa dia pulang kalau bukan kerana aku melawan makhluk tu?”
“Bukan itu isunya, Shahrin. Isunya sekarang, kau gagal kali pertama kau jejakkan kaki ke situ. Kalau kau berjaya, tidak perlu aku lihat kau tergantung bersama Natrah di situ.”
Ren terdiam. Dirasakan tidak perlu lagi dia berbetah dengan bunian di hadapannya. Mereka tetap akan menuntut, walau apa cara sekalipun. Putih bagi mereka, maka putihlah. Ren berfikir sesuatu. Dia perlu berbuat sesuatu.
***
Ren membuka satu nota di dalam bentuk surat. Tiba-tiba wujud dalam beg sandangnya, disedari ketika mencari pasport sebentar tadi. Dibuka, dan dibaca.
“Jauh manapun, darah kamu tetap tuntutan kami. Kamu datang, kamu raja. Kamu berpaling, darah kamu korban kami.”
Ren menarik nafas panjang. Tahulah dia siapa yang menghantarnya. Ren nekad. Dia perlu pergi. Mencari solusi dengan menjauhkan diri, dari keluarga, kawan, dan juga buah hati. Ren risau, jika dia berkahwin nanti, diambil anaknya selaku galang ganti diri untuk menjadi raja bunian.
Ren bangkit, menuju ke arah staf untuk masuk ke dalam pesawat. Di kejauhan, manusia berjubah hijau berkopiah sedang memerhati dari jauh. Ren sudah berpaling daripada perjanjian ini, getus hatinya. Adam berlalu pergi bersama angin.
***
Munsyi resah. Semalam, figurin mainan makhluk berjubah itu telah dia buang bersama sampah-sampah lain. Hari ini, ada di sofa ruang tamu.
“Raykal Danish, sini kamu! Papa dah buang patung mainan ni semalam. Kenapa kamu ambil semula?”
“Papa, Kal tak ambil. Tadi balik sekolah, Kal tengok dah ada di bilik. Papa janganlah buang mainan Kal! Papa jahat!” Raykal duduk di sofa, berpeluk tubuh sambil mencebik. Mainan yang dibuang itu, berada elok di tepinya.
“Mainan ini bukan untuk kamu, Kal. Bagi kepada papa. ” Tiba-tiba, dengan suara garau, Raykal menjawab,”Habis, untuk siapa? Untuk kau, Munsyi? Atau untuk bini kau, Natrah?”
Munsyi tergamam. Dia tahu, Raykal di hadapannya bukanlah anaknya. Percakapan itu adalah bibit bukti, anaknya dalam masalah. Gangguan, serta bentuk mainan tersebut, tidak asing lagi baginya. Gangguan mimpi yang mirip gangguan Natrah lalui dahulu, turut diceritakan oleh anaknya. Tidak syak lagi, ‘dia’ belum mati. Munsyi perlu mendapatkan seseorang untuk membantu.
***
Mesej masuk. Ren membuka mesej tersebut. Ringkas. “SOS.” Tertera nama Moon di skrin telefon. Ren menarik nafas panjang. Setelah hampir enam tahun, mesej sebegini datang. “Mungkin Munsyi benar-benar perlukan aku,” getus hati Ren.
Lalu Ren menghubungi seseorang. “Yoboseiyo. Minjiya, no taem ju sigan twae? Opparang yohaeng kallae? (Hello. Minji, kamu ada masa tak minggu depan? Nak melancong bersama abang?).” Setelah berbual selama dua tiga minit bersama dengan buah hati, Ren pun menamatkan panggilan. Mesej daripada Munsyi dibalas, “23/9/2013. Time TBA. KLIA.” Ren akan pulang, untuk membalas jasa rakannya itu. Juga untuk berjumpa dengan seseorang, atau sesuatu? Si bunian berjubah hijau. Ren tidak mahu hidup dalam pelarian lagi. Dia mahukan kebebasan mutlak.
***
Natrah kagum. Setiap perincian lukisannya, direalisasikan di tanah ini. Kampung Tinggal. Ini adalah ‘lawatan’ pertama Natrah ke sini, semenjak melahirkan Raykal Danish. Lawatan kali ini, untuk melihat hasil binaan daripada lukisan air terjun, dengan titi menyeberangi aliran air terjun di hadapan. Lukisan yang diserahkan kepada Adam ketika pertemuan tiga tahun dahulu. Natrah jarang ke Kampung Tinggal, kerana khuatir diketahui suaminya. Setiap lawatan dirancang baik, supaya tidak menimbulkan syak Munsyi. Sekarang, Kampung Tinggal sudah ada tiga prasarana, termasuk rumah bersemayam Raja Muzaffar, hasil daripada lukisan Natrah.
Jauh di sudut hati, kerisauan timbul walaupun Natrah gembira menjadi ‘arkitek’ di alam bunian. Apakah respon Munsyi jika dia tahu nanti? Munsyi terang-terangan membenci Adam, lebih-lebih lagi kerana tuntutan berat sebelah kaumnya terhadap Ren. Natrah juga cuba membenci mereka, kerana mereka Ren undur diri. Namun, dia lebih teruja dengan hasil bantuannya di Kampung Tinggal. Kehilangan Ren mula pudar sedihnya, lebih-lebih lagi adanya Munsyi dan Raykal dalam hidup.
***
Adam membuka mata. Dalam takafurnya, dilihat Ren kembali. Kini bersama dengan Munsyi di lapangan terbang. Dia tersenyum.
Bukan sahaja Adam yang tersenyum. Dari kejauhan, senyuman menyeringai kelihatan diukir oleh si makhluk berjubah. Kepulangan Ren disambut gembira. Dapatlah dia membalas dendam yang terbuku sekian lama. Perang bakal bermula. Kali ini perang bukan lagi berpaksikan dendam manusia, tetapi dendam jin yang berkesumat, jauh lebih besar dendamnya. “Akan semua kuheret ke dalam bencana,” ikrar makhluk berjubah jijik itu.
kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Wah cptnye dh ade sambungan . En pandai ckp korea dh hahaha btw selamat hari raya aidiladha Gongpal. Teruskan menulis dan hasilkan karya2 yg menarik saya tunggu next sambungan . 화이팅! ?
*ren (maaf typo)
sambung lagi…besttttt
x abih lg ni
Assalamualaikum, salam lebaran. Salam jumaat yang barakah.
Hasil survey, ramai vote supaya gabung kisah Ren dan Munsyi. Makanya, epilog ini adalah kesinambungan Dendam Suri, hanya 1 kisah(kisah Ren&Munsyi bergabung). Berapa panjang? Dikhuatiri panjang. Huhuhu. Sebab kisah 2 hero bergabung. Moga2 terhibur ya. Sebarang khilaf, didahului dengan ampun dan maaf.
Sekian, jom solat jumaat?.
Selamat berjaya gongpal ?
Waalaikumsalam #Gongpal … Bestnya ~Tak sabarnya nak tunggu kisah sterusnya… Teruskn berkarya bro ???
lantok panjang.. aku nak baca jugak..
Uishh..best nya…X kisah pnjng janji cerita ni best…
teruskan..saya suka
Terimakasih #Gongpal kerana merealisasikan cerita gabungan 2hero ren dan munsyi. Agak terkejut dengan pernikahan natrah dan munsyi sebab saya ingatkan ren yang akan bernikah dengan Natrah. cepatlah sambunggggggg~ tak sabar nak tunggu. salam aidiladha~
Wahhh ada sambungan… Seronok baca sambungan dia.. Ni yang x sabar ni …
8/10
Best bro!!! Kalu ada blog bg lah link nk follow blog tu…
ternanti2 cerita akan dtg
tawfiqaziz.blogspot.my
Tapi utk dendam suri dan siri tuntutan berdarah belum update di blog. Balik kg susah sikit nk on9.
tq2
eh dah da smbungan.. hihi apapun seronok sebab ada sambungnya… lantak panjang janji best!! keep it up #gongpal !!
best cpt smhung