Assalamualaikum semua warga FS. Terima kasih admin siarkan story ni hope korang sume dalam keadaan bersenang lenang dan berlapang dada tatkala membace pengalaman hidup yang satu ni. Hihi. Okey disebabkan masa taip ni guna henpon je, malas nak mukadimah pepanjang. Lainlah kalau taip guna laptop laju sikit. Lagipun aku memang tak reti nak wat ayat cerpen, ku dambakan lah, di titian usang, merintih teritip di tepi pantai, arghhh ke siamangan apakah ini makin melarat plak kalau dibiarkan gonjol yang membelenggu diri.
Okey back to nawaitu memula saje aku nak cite pengalaman zaman study. Ermm ok bukak clue sikit tempat study dulu kat Segamat, Johor. Orang Segamat or yang pernah study kat sini tau lah selok belok jalan² dan cerita² angker yang berlegaran kedengaran di area Segamat. Okey nak dijadikan cerita masa tu aku tak ingat zaman sem berapa masa tu maybe dalam sem 1 ke sem 2 gituuuu lah. Bebudak batch aku tahun 2005-2006, kitorang beramai2 planning mandi manda kat air terjun Gunung Ledang. Yang mana tau pasal ke legend-an GunungLedang ni tau lah tempat die macam mana. 1 batch ok yang pergi. Yang tak pergi adalah mungkin 4 5 ketol je yg tak dapat join.
So nak dijadikan cita, biasalah zaman muda mudi. Time nak pergi suma seronok gila la kan. Happy bukan kepalang, semua kengkawan housemate joinlah ramai2 pergi mengeletis (mengeletis tu orang Johor cakap macam pergi menggatal, nak gi enjoyy2) so nak dijadikan cita kitorang pon sampai. Kat entrance hutan lipur GunungLedang tu. Sampai2 biasalah ada lah yang amik2 gambar mengabadikan kenangan kat situ dengan pakwe/makwe atau kawan² memasing. Okey nak dijadikan cita tengah2 jalan nak ke tempat yang kitorang nak tuju tu which is bahagian tingkat atas sikit kene hiking. So masa on the way tu, ada sorang budak batch aku nama dia Ali (bukan nama sebenar) perangai dia agak masuk air sikit kekadang ada short juga la haha. Die terjumpa gelang tangan kat perkarangan jalan kat Gunung Ledang tu.
Gelang tu kalau kau tengok ko mesti tetibe terus imagine tu gelang india. Gelang tu salutan emas, ada batu merah macam batu delima. Pastu si Ali tu main2 la, dia buat lagak konon2 macam orang putih nak propose nak kawen tu kan sambil die bagi gelang tu kat aku die cakap, “oh “&*%&£#×l***, sudikah engkau menerima gelang ini?” bla bla blaaa. Aku pon macam layankan je gila die masa tu siap wat dialog layankan jelaa. Then aku pon amik jelah gelang yang dia bagi tu. Masa dia bagi tu memang dedepan memember suma. Ramai orang masa tu so aku pon takde lah pikir lain ke apa. Sebab budak Ali tu memang well known as budak masuk air sikit. So layankan jelah hehe. Then jalan punya jalan, naik bukit, panjat bukit then jumpa tangga. So reramai naik tangga sebab kene hiking sikit kan.
Yang peliknya aku perasan kat setiap tangga ada titisan darah. Memula tu aku diam lagi tau, maybe aku pikir ada budak ke tetibe hidung berdarah ke apa kan. Tapi asal climb je tangga tu aku punya mulut memang macam dah takde insurans, aku macam selamba je bengong2 pegi tegur cakap, “wehh. Asal ada darah2 ni. Darah sapa wehh ni?”. Aku plak masa tu leh tak teringat langsung rules masuk hutan, lagilah aku masuk tu Gunung Ledang huhu. Mulut masa tu banyak gak tercelupar. Tapi member2 aku sume diam je so aku pon rileks jelah. Okay da habis mandi2, aku nak tukar baju dalam so aku minta kawan aku teman masuk celah semak tukar baju dalam jauh ke atas.
Kata orang kalau masuk2 kat kawasan semak samun kene minta izin tapi aku memang jenis redah je. Termelatah pun masa tu terkeluar perkataan yang keji didengar haha sekarang dah insof umo da 32 takleh dah nak carot2 lagi hihi. So, okay berkemas nak balik laluan yang sama lalu tangga sume then aku perasan something, kesan darah tompok2 titisan tu da clear. Yang tu aku tak tegur la dah diam la kan mulot aku. So okay, dah balik makanya sampai la kami semua sang kawan2 ke hostel kami. Hostel kitorang jenis umah kedai. Bawah kedai kosong, atas ada rumah. Malam2 kat bahagian bawah hostel kitorang tu ada gerai2 makan so takde lah kebulor malam2 nak cari makanan. Masa zaman tu poket kau je penentu kau akan kebulor teruk ke or macam perot2 anak org kaya huhu.
Okey, so nak dijadikan cita aku taktau lah nak cakap macam mana. Biasa korang kalau umah da biasa malam2 bukak semua lampu dalam umah korang, umah mesti terang gila kan. Maksud aku dari segi suasananya memang macam ceria raya2 gitu kan sebab semua lampu bukak. Tapi kan malam tu aku perasan walaupon lampu mcm bukak semua tapi aku rasa suasana tu macam muram, kelam, macam tak best. Macam suram2 sayup. If you know what I mean. Macam tu lah. Rumah ni umah kedai dia memanjang ke belakang. So malam tu memasing da penat sebab siang harinya dah menyangkol kat Gunung Ledang kan hoho. So ramai yang tidur awal termasuklah aku.
Okay tidur punya tidur, lena punya lena, ada jugak la terjaga kejap2 dengar bunyi bebudak housemate tak tidur lagi yang tidur belah hall depan sebab masih dengar diorang bersembang2 dan dengar bunyi loceng gelang kaki jalan2 so aku assume diorang tak tidur lagi huhu. Dalam lebih kurang kul 3- 4am rasanya, aku terbangun dalam keadaan terkejut sebab ada suara pompuan ala2 macam pondan macam kene rasok garau lah. Dia cakap, “pulangkaaaaaaannnnnnnn”. Cuba ko cakap pulangkaaan buat suara amok, macam tu la haha. Terbangun sebab tekejut. So aku ni kalau malam2 terbangun sebab tedengar bunyi ke, mesti aku toleh depan belakang kiri kanan. Mesti nak tengok jugak walau cuak gila masa tu. Fuhhh tau tak di sebalik aku menoleh di kepekatan malam tu lah aku nampak something spesies macam ala2 kak pon. Rambot die panjang kerinting position dia duduk bersila tepat menghadap aku.
Dia duduk muka tunduk tapi mata tengok aku. Cube ko imagine macam mana pandangan mata die tengok ko. Tapi dia bukan duduk saje ok. Die duduk bersila sambil die buat tangan macam menari ular. Sila google macam mana snake hand dance haha. Mesti korang seram bila tengok tarian tu, ala2 macam tarian industan tu la dia buat sambil die renung ko dengan kepala die tunduk tapi mata die tengok ko. Cuba try buat macam mana nak dapat renungan itu. Tapi yang peliknya muka dia aku nampak jelas, die macam sebiji menyerupai housemate aku Sue, dia jugak yang kebetulan tidur selang 1 katil. Kitorang ada katil sendiri, katil double decker tapi masing2 pakat bentang tilam kat bawah.
Okey so aku memang da cuak masa tu aku kejotkan lah member aku kat kanan Bedah (bukan nama sebenar) tidur tak sedarkan diri. Kejot banyak kali pun takde reaksi ah sudah dalam hati berbisik. Hurmm then aku kejotkan plak member yang sebelah kiri Ain (bukan nama sebenar) nasib baik kejot sekali dua die dah terbangun. Aku cakap, “weh Ain. Ko tengok belakang ko tu, tengoklah wehh”. Dia pun toleh dan dia pon nampak jugak. Then die cakap, “dah wehh dahh. Jom kita tido wat bodoh”, tapi masa tu suara si Ain tu memang nampak sangat goyang wehh haha. Memang tak boleh handle takot tapi yang pelik masing2 berpelukan dan ketakutan sampai kami boleh tertidur dengan jayanya. Wakaka takot2 pon leh tidur erk.
Sekali bangun esoknya pukul 7 am time2 nak gi kelas, memasing bukak cita. Yang tidur bahagian hall belah depan area tv diorang dengar bunyi gelang kaki kat area tempat aku tido (area aku ialah belah belakang dekat dengan toilet dapor). Tapi yang tido belah area aku termasuklah aku dengar bunyi gelang kaki berloceng belah area depan. And the scariest part masa tu, semua housemate yang pakai any kind of gelang bangun2 semua da terbukak. Jumpa gelang atas desktop computerlah atas katil, tersangkut atas almari, jumpa atas kipas huhu. Masa tu semua cuak gila bercerita and aku siap tanya member aku Sue (yang aku cita antu kak pon menyerupai muka die).
Aku tanye kat die, “wehh. Malam tadi Sue ada terbangun ke?”. Dia kata malam tadi dia memang tidur mati langsung takde terjaga tak dengar apapun huhu. Aku terus macam cuak gila lah kan terkenang kejadiaan yang menimpa terus aku teringat yang aku ada simpan gelang batu merah tu dalam gobok baju aku. Then aku nekad pagi tu lepas cerita kat bebudak laki and ada sorang member Zuan (bukan nama sebenar) kebetulan dia memang nak balik umah mak dia kat Muar and jalan nak balik Muar memang akan lalu kat Gunung Ledang. So selesai bermeeting beramai2 dia setuju tolong aku letakkan balik gelang tu kat area Gunung Ledang. Tak salah haritu hari jumaat kelas semua ada yang cancel so dia da balik dulu huhu.
Yang kelakonya memasing semua pergi library/cc semata2 nak download siap ayat kursi dan segala surah masuk dalam henpon. Malam2nya nak tidur semua pakat letak henpon tepi telinga pasang ayat kursi time nak tidur wakakakaka. Lepas kejadian tu and dah dipulangkan semula gelang tu takde lagi dala kene kacau yang hardcore macam tu lagi. Dah takde dah. Paling2 pon selang 3, 4bulan adalah selimut kene tarik kat bahagian kaki, dengo suara pompuan nyanyi kat belah area belakang tu jela paling2 pun. Huhu. Sebenarnya ada lagi kisah aku sepanjang 4 sem duduk menginap kat hostel tu. insya Allah kalau aku rajin nak taip lagi aku and to be continueddddd. InsyaAllah.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Rindu plk kt gunung ledang. Tapi MG pegi belah bwh aje. Almaklumlah…. dah g**** x larat nk hiking ke atas
Rindunye nk lepaking mandi sungai kt kaki gunung tu…
Benda tu pon kire careless gak kan suke tinggal brg merata…
Bile org amik maghoh pulok…
Heheheheheee…
Yg ini klako ? hihi