KETURUNAN KE4
#HAJI ZAKARIA
(ALAM BUNIAN)
Assalammualaikum dan terima kasih pada admin FS dan pembaca yang sudi membaca kisah yang saya coretkan . Dan Maafkan saya kerana tajuk yang berlainan tapi cerita yang sama telah di postkan kerana masalah pertukaran tajuk
Haji Zakaria meneruskan perjalanan melalui jalan kampung . Melalui Hutan yang sama , yang di mana Haji Zakaria bantu . Perjalanan Haji Zakaria mengambil masa satu jam dari Masjid yang Haji Zakaria duduk untuk 2 hari . Kawasan hutan tetap di lalui Haji Zakaria , terlihat orang orang kampung lalu lalang tidak lah sunyi sangat bagi Haji Zakaria . Seperti biasa bibir tak pernah lekang dari berzikir , melalui anak sungai dan sehinggalah Haji Zakaria berhenti untuk solat dan berehat . Haji Zakaria nampak betul betul di dalam hutan ada sepasang mata memerhati tapi makhluk itu berjubah dan memakai serban . Melihatnya tersenyum , lalu makhluk itu memberi salam
“Assalammualaikum , Saya tak pernah melihat tuan . Apa yang tuan buat seorang diri di sini ” katanya
“Waalaikummussalam , saya berjalan melihat dan belajar serta membantu orang yang memerlukan bantuan saya ” kata Haji Zakaria
“Di sini tidak sesuai untuk berehat . Nama saya Saad . Mari ke kampung saya , boleh kita bertukar pendapat dan berkongsi ilmu ” kata Saad
Mereka meredah hutan yang tebal sehingga lah Haji Zakaria agak terpukau dengan keindahan kampung itu . Dan dari itu Haji Zakaria merasakan dia berada di Alam Bunian Orang Islam .
Sungguh indah permandangan dengan penduduk nya terlalu ramah dan tidak lekang memberi salam pada Haji Zakaria . Di hadapannya terlihat Masjid yang besar dan kukuh serta indah di mata Haji Zakaria . Tidak pernah melihat seindah itu , air terjun yang membuat keadaan kampung itu terlalu nyaman untuk diduduki . Haji Zakaria ternyata amat gembira dengan keadaan itu . Jin Islam selain Adam menetap di situ , Haji Zakaria melihat satu pondok di penuhi remaja membaca Al Quran dengan penuh kusyuk .
“MasyaAllah . Indah dunia kamu tidak seperti dunia saya ” kata Haji Zakaria .
“Oh jadi Haji sudah tahu , Haji dimana sekarang ya . Kami Orang Bunian islam , yang sudah berabad kami duduk di sini . Haji katakan tadi berkongsi ilmu dengan orang kampung . Jadi saya jemput kemari , tak salah saya Haji cicit kepada Imam Hafiz ” soal Saad
“Allahuakbar , di kampung ini pun kenal Imam Hafiz ” kata Haji Zakaria
“Arwah Imam Hafiz dan adam lah yang membantu mengislamkan kami satu kampung ” kata Saad
Haji Zakaria tidak dapat menahan air mata menangis kerana moyang nya membantu memberi ilmu agama islam dan menyebarkan nya pada insan lain . Terharu di hati Haji Zakaria . Saad tersenyum melihat Haji Zakaria menangis , dia tahu Haji Zakaria terkenangkan moyang nya .
“Haji tahu tak , Arwah ayahanda Haji pun pernah jejak kan kaki ke sini . Adam menjemputnya untuk memberi tazkirah dan ceramah ” sambung Saad
“Saya tidak pernah tahu perihal kampung ini . Arwah tak pernah ceritakan pada saya . Apa pun saya sangat gembira melihat penduduk kampung tidak berhenti memuji kebesaran Allah SWT ” kata Haji Zakaria .
” Tiada kuasa lebih hebat dari Allah SWT . Saya penghulu kampung ini kalau Haji nak tahu dan saya jugalah pernah bertempur dengan Imam Hafiz ” kata Saad menunjukkan luka di tangan .
“Kerana luka ini , saya memeluk islam , kerana luka ini saya mengenal Allah SWT . Takdir menemukan saya dengan TuanHaji untuk menuntut ilmu lebih lagi ” kata Saad .
“Bagaimana rasa bertempur dengan moyang saya ? ” soal Haji tersenyum
“Jangan di ingat lagi kisah masa saya kafir Haji . Dah tentu sakit Tuan Haji tapi atas sebab sakit , sakit lagi menginap percuma di api neraka ” kata saad tersenyum .
Malam itu Haji Zakaria di jemput memberi tazkirah atas pelawaan Saad .
“Allah SWT itu adalah maha kuasa . Tiada makhluk yang setanding dengan Nya . Allah SWT tak pernah bosan sekalipun untuk mendengar doa dari kita hamba Nya . Tapi kita selalu melupakan Nya . Adalah tidak adil buat Allah SWT , Dia menciptakan kita , dan kepada Dia lah kita patut bersyukur kerana masih bernafas dan di berikan umur ” kata Haji Zakaria .
“Segala terciptanya cakerawala mahupun dunia adalah atas kehendak Nya . Selagi kita masih bernafas hendaklah kita sujud pada maha pencipta ” sambung Haji Zakaria .
Penduduk kampung tersenyum ada yang menangis . Haji Zakaria meneruskan tazkirah nya tanpa di sedari sepasang mata memerhatinya dengan penuh minat . Saad melihat keadaan sekeliling jemaah yang hadir dan melihat Raudhah tersenyum malu melihat Haji Zakaria , maka tahu lah Saad yang Raudhah jatuh hati pada Haji Zakaria .
Sesudah tazkirah , Saad berjumpa dengan Haji Zakaria .
“Haji , Sudikah kiranya Haji Zakaria menerima anak saya Raudhah sebagai isteri Tuan Haji ? ” Soal Saad
“Allahuakbar , kenapa tiba tiba di ajukan soalan ini ? . Siapa raudhah ? ” Soal Haji Zakaria
Saad memanggil Raudhah . Jelingan mata yang terlalu indah untuk di tatap . Raudhah tampil tersenyum malu . Walaupun memakai niqab , boleh nampak tanda malunya pada Haji Zakaria .
“Saya mahu berkongsi ilmu bukannya mencari isteri , Saad ” kata Haji Zakaria .
“Usahlah di tolak pelawaan ini Tuan Haji . Saya yakin Raudhah mampu mendapat ilmu dari Tuan Haji ” kata Saad
“Saya minta maaf saya memang tak berminat . Dan tak sah jadi nya pernikahan ini setahu saya ” kata Haji Zakaria
Saad riak wajahnya berubah dari senyum menjadi tak senyum dan soalan ini yang membuatkan Haji Zakaria terdiam
“Buktikan didalam ayat Al Quran manakah yang mengatakan bahawa Allah SWT tidak membenarkan kaum jin berkahwin dengan kaum adam ? ” kata Saad
“Haji tahukan mengenai Puteri Balqis dan Nabi Sulaiman ? ” soal Saad
“Ya saya tahu ” kata Haji Zakaria
“Puteri Balqis adalah keturunan jin di mana ayah nya manusia bernikah dengan mak nya berbangsa jin . Jadi adakah Puteri Balqis itu anak tidak sah ? . Seperti mana kata Haji Zakaria perkahwinan antara jin islam dan manusia itu tidak sah ? ” Soal Saad .
Haji Zakaria terdiam seketika . Sungguh dalam kajian Saad mengenai islam sehingga ke arah perihal ini . Haji Zakaria terdiam , memang tidak di nyatakan di dalam Al Quran perkara yang di soal oleh Saad .
“Sabar Saad . Tapi kamu boleh fikir kan sendiri . Bangsa jin di ciptakan dari api dan tidak berjasad . Mana mungkin Api dan tanah berkahwin ? . Mana mungkin berjasad dan tak berjasad boleh bersatu ? ” kata Haji Zakaria
“Tapi Haji sendiri tidak boleh menafikan bukan ? . Memang tidak ada ayat dari Al Quran yang menyokong kenyataan Tuan Haji bukan ? ” kata Saad pada Haji Zakaria .
“Buktinya sudah ada . Puteri Balqis adalah kacukan manusia dan jin . Mengenai kehamilan jin dengan manusia , jika Allah SWT katakan kun faya kun ertinya Jadilah , maka jadilah ia . Maka kita sebagai hamba yang beriman kepadaNya , yang beriman kepada Al-Quran dan yang beriman kepada Qada dan Qadar , yakinlah akan kekuasaan dan kebesaran Nya yang menghendaki sesuatu kepada kita ” kata Saad
Haji Zakaria agak terkejut begitu tinggi ilmu Saad ini . Haji Zakaria sebenar seboleh nya tidak mahu tapi Saad berkata lagi
“Mungkin ini takdir Tuan Haji datang ke sini dan berkahwin dengan Raudhah untuk menjadi isteri Tuan Haji . Tuan Haji pun masih bujang lagi bukan ? . Adakah Tuan Haji sudi menolak lamaran yang saya buat untuk anak saya ?” Soal Saad
“Berikan saya tempoh untuk befikir ” kata Haji Zakaria .
Malam itu Haji Zakaria melakukan solat sunat , selesai solat . Haji Zakaria termenung memikirkan lamaran Saad . Cahaya menyinar memasuki ruang tamu rumah .
“Assalammualaikum Haji Zakaria ” Adam memberi salam
“Waalaikummussalam , saya tengah runsing ni Adam ” kata Haji Zakaria .
“Kenapa Haji ? ” soal Adam kehairanan
” Saad , ketua kampung ingin menjodohkan saya dengan anak nya . Apakah patut saya terima ? ” tanya Haji Zakaria pada Adam
“Oh ini soal hidup Haji .Tapi pendapat saya tiada salah nya Haji . Haji tanya hati , tanya Allah SWT , minta petunjuk dari Nya kerana ini melibatkan masa depan Haji ” kata Adam
Selama 5 hari Haji duduk di kampung itu . Entah kenapa Haji Zakaria tidak mahu walaupun wajah Raudhah di cerita terlalu indah untuk di tatap . Di sampaikan kepada Saad tapi Saad menghalang Haji dari pergi begitu saja .
Saad mencabar Haji Zakaria untuk berentap dengan Nya . Dalam masa 2 hari pertempuran bakal berlaku .
Haji Zakaria berkata pada Saad
“Saya tidak mahu bertarung dengan kamu kerana kita sesama islam kenapa kita harus bertarung . Saya tahu kamu jin yang di cipta dari Api tapi janganlah kamu membiarkan Api didalam diri kamu itu membara dan membakar persaudaraan islam ” kata Haji Zakaria .
“Ah Haji Zakaria tidak mahu bertarung atau takut ? ” kata Saad
Haji Zakaria berdiam diri . Tiba hari yang di nantikan , Haji Zakaria hanya duduk bersila berdiam diri manakala Saad pulak berlatih menguatkan diri .
Saad membuka langkah Silat Kalimah Purba yang di ajar oleh Imam Hafiz Arwah moyang Haji Zakaria .
Haji Zakaria tidak terus membuka jurus silat pendekar 7 malam , tapi Haji Zakaria hanya melihat langkah yang di aturkan oleh Saad . Silat Pendekar 7 Malam bukan tandingan silat Kalimah purba kata Haji Zakaria dalam hati . Yang sesuai Silat Nasrul Haq ( Telah Pupus dan Di Haramkan ) , mujur Haji Zakaria mempelajari berbagai jenis silat purba . Tapi silat Nasrul Haq paling istimewa , dari jarak jauh pun masih boleh melakukan serangan . Perlahan Haji Zakaria mengatur langkah ketika Saad melompat melakukan serangan , Haji Zakaria menghayun tangan kanan nya ke kiri sambil menggengam . Entah kenapa , Saad seolah olah terkunci . Haji Zakaria menghayun ke kanan membuka telapak tangan , terpelanting Saad di pohon kayu .
Saad tahu dia kalah tapi dia amat ingin melakukan satu lagi serangan tapi segala langkah nya di matikan dari jauh . Tiba satu serangan tepat di dada Saad . Saad terbaring di situ , sedarlah Saad dia bukan tandingan Haji Zakaria . Haji Zakaria menghampiri dan menghulurkan tangannya bagi membantu Saad untuk bangun . Saad tertunduk malu dan mengakui rasa tidak berpuas hati dengan jawapan Haji Zakaria yang membuatkan dia mencabar Haji Zakaria . Haji Zakaria berkata
“Kerana itu syaitan seboleh boleh dan suka untuk melihat kita hamba Allah SWT bertelingkah sesama sendiri” kata Haji Zakaria
“Jadilah Jin yang mendalami ilmu Allah . Manusia dan jin tidak ada beza . Manusia ada yang jahat dan baik , samalah dengan Jin . Janganlah jadi Jin yang jahat memusuhi setiap yang beragama islam ” sambung Haji Zakaria sambil berjalan meninggalkan kampung bunian itu . Saad menangis tapi bukan kerana kekalahan . Kerana kesedaran nya yang terlalu angkuh menyebabkan pertelingkahan diantara mereka .@
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
my fav author..teruskan menulis..
best!
sambung lg pls
penulisan seperti tamar jalis amat saya minati.usaha yang baik
??????tapi setahu sy bunian bukan jin.
best…
5/5