Haji Zakaria ( Pengembaraan Bermula – Hutan )

KETURUNAN KE 4
HAJI ZAKARIA
( Bermulanya Pengembaraan –
Hutan )

Assalammualaikum dan ucapan terima kasih membaca kisah saya sebelum ini sambungan dari kisah
#east:Haji Zakaria

Haji Zakaria bukanlah orang yang mengejar pangkat , walaupun di tawar menjadi Imam tapi Haji Zakaria menolak dengan baik . Haji Zakaria menyatakan hasrat untuk merantau dan membantu orang memerlukan tapi terlebih dahulu Haji Zakaria berhajat berkongsi ilmu dengan orang orang di negeri nya . Walaupun mungkin memakan masa yang agak lama dan panjang tapi Haji Zakaria tidak kisah . Haji Zakaria memulakan langkah selepas subuh . Barang bekalan hanya sedikit kain , baju , siwak , sedikit sabun dan minyak attar dari ayah nya yang mana hanya sedikit sahaja . Haji Zakaria berjalan mulutnya tidak putus putus berzikir , tangan yang memegang tasbih tak henti henti bergerak sehingga lah dia berhenti di sebuah Masjid ( sebut nama semua tahu ) .
Masjid yang diperbuat dari tanah liat kukuh berdiri ramai yang menuju ke sana kerana ingin menunaikan solat jumaat . Haji Zakaria merasakan ini lah tempat pertama yang patut beliau singgah . Kelihatan seorang lelaki tua hadir dan menyapa Haji Zakaria

“Assalammualaikum , rasanya tuan bukan orang kampung sini . Tak pernah saya nampak tuan , boleh saya tahu hajat tuan ke mari ” kata Bilal Isa
“Waalaikummussalam , oh saya memang bukan orang kampung sini . Niat saya untuk merantau setiap destinasi berkongsi ilmu . Saya Haji Zakaria dari kampung pantai . Boleh saya menumpang di Masjid ini ? ” kata Haji Zakaria
“Alhamdulilah . Keturunan Imam Hafiz rupanya . Ayah nya baru meninggal dunia kan , tak salah saya Imam Taufiq . Takziah saya ucapkan ” kata Bilal Isa
“Nama saya Isa Kamaruddin , orang kampung memanggil saya Bilal Isa ” sambung nya lagi
“Bilal kenal moyang dan ayah saya ? ” soal Haji Zakaria
“Macam mana boleh tak kenal . Saya anak murid ayah kamu . Moyang kamu Imam terbilang masakan saya tak pernah mendengar cerita ” kata Bilal Isa tersenyum

“Saya beri keizinan untuk gunakan masjid ini . Sebentar lagi solat jumaat nak mula . Mari kita tunaikan solat dulu nanti bincang kemudian ” sambung Bilal Isa
Haji Zakaria melangkah menuju ke pintu masuk masjid . Alangkah indah pandangan Masjid yang di perbuat dari tanah ini . Haji Sulong Bin Sibeng adalah antara yang berusaha membina masjid ini pada tahun 1800an . Haji Zakaria memulakan langkah dan masuk ke dalam Masjid .

Selesai solat Bilal Isa merapati Haji Zakaria yang kusyuk berzikir .
“Assalammualaikum Haji Zakaria . Imam Syah pun beri kebenaran untuk Haji menumpang di Masjid ini ” kata Bilal
“Waalaikummussalam . Terima kasih saya ucapkan . Rasa tenang bila dapat jejakkan kaki ke Masjid ini ” kata Haji Zakaria .
“Haji bercadang mahu ke mana ? ” soal Bilal Isa
“Saya bercadang berjalan mencari ilmu dengan sesiapa yang sudi dan memberi pertolongan pada siapa yang mempunyai masalah . Ins sha Allah saya cuba membantu ” kata Haji Zakaria .

Bilal Isa terdiam seketika dan bangkit menuju ke arah Imam Syah . Nampak seperti membincangkan sesuatu dan riak wajah nampak seperti perkara penting . Bilal Isa kembali ke arah Haji Zakaria
“Kami mempunyai sedikit masalah berhampiran hutan tapi bukanlah di kampung ini , kampung sebelah ” kata Bilal Isa
“Oh masalah apa itu ? . Katakan saja ” kata Haji Zakaria

“Begini , pernah penduduk nampak Ular Sawa sebesar pokok jati dan tidak nampak hujung dan pangkal nya . Dan lembaga besar yang mengganggu setiap kali penduduk lalu di kawasan itu ” kata Bilal Isa dengan nada yang agak perlahan .
Mungkin takut di dengari jemaah lain fikir Haji Zakaria . Haji Zakaria tersenyum dan berkata
“Allah SWT membuka langkah saya hingga saya terdetik untuk berhenti disini . Maknanya Allah SWT mengatur langkah saya untuk membantu kalian . Saya sudi membantu , saya akan selesaikan tapi saya disini tidak lama mungkin 2 hari ” kata Haji Zakaria .

“Alhamdulilah . Baiklah , Haji boleh berehat dulu ” kata Bilal Isa .
Haji Zakaria meneruskan zikirnya . Bilal Isa bangkit dan terus balik ke rumah nya . Haji Zakaria berehat seketika apabila hari makin senja .

Malam itu sesudah isyak Bilal isa menemani Haji Zakaria pergi ke hutan yang di katakan petang tadi . Suasana hutan cukup sunyi sepi dipenuhi akar hutan. Mereka melangkah ke dalam hutan. Haji Zakaria turut ditemani oleh Imam Syah dan beberapa orang kampung . Cahaya obor menerangi hutan yang gelap. Haji Zakaria mengangkat tangannya tanda berhenti betul betul di hadapan pokok ara. Haji Zakaria membaca doa dan menyapu di wajah nya , siapa sangka Haji Zakaria mampu membuka hijab nya sendiri . Tapi kelibat yang di cari tidak di temui .

Haji Zakaria membaca ayat Al Quran( biarlah rahsia tak pasal pasal nampak pintu satu hal pulak hehe ) kelihatan rimbun pokok berhampiran terbuka dan kelihatan satu rumah usang dan di tepi nya terlihat satu lembaga sama tinggi rumah itu mencangkung melihat mereka . Haji Zakaria tersenyum
di baca ayat al quran sambil bertempik Allah Maha Besar . Kelihatan makhluk itu terbang melayang umpama di hempas hempas .

“Kalian siapa ? Berani mengganggu aku ? ” jerit makhluk itu kesakitan
“Kami hanya Hamba Allah SWT . Kenapa kamu mengganggu penduduk kampung . Mereka hanya melalui tidak mengganggu kamu ” jerit Imam Syah
Kalimah tiada kuasa melainkan Allah SWT bergema di setiap curuk hutan .
Tiba tiba semak samun bergoyang kuat . Semua mata tertumpu pada semak samun kecuali Haji Zakaria

“Hati Hati semua . Dia hadir untuk melindungi tuan nya ” kata Haji Zakaria .
Sesudah Haji Zakaria berkata pohon balak reput yang tumbang terbang sendiri ke arah mereka . Kesemua bertempiaran lari tapi Haji Zakaria tetap di situ , di angkat kedua belah tangan bertempik Allahuakbar . Pohon balak hancur berderai . Allah Maha Besar tinggi sekali ilmu Haji Zakaria kata Imam Syah dalam hati . Kelihatan makhluk itu terlepas dari Haji Zakaria apabila Haji Zakaria membantu yang lain . Makhluk itu ketawa

“Hahahaha itulah belaan ku , Masyriq hapuskan mereka ! ” jerit Makhluk itu
Kelihatan ular sebesar pokok balak menunjukkan rupa . Ular yang berbeza sama sekali dengan yang lain , di kepala nya mempunyai dua tanduk . Dan sesungut serta gigi yang tajam . Kelihatan mata nya memandang kami , merah saga matanya . Imam Syah tidak berdiam diri dan membaca ayat kursi serta ayat al quran untuk mengikat makhluk yang memberi arahan sebentar tadi . Ternyata Imam Syah bukan sebarangan orang . Haji Zakaria seolah olah berterima kasih atas tindakan Imam Syah dan memberi tumpuan pada Masyriq .

“Indah sekali rupa mu wahai ular . Tapi kenapa kamu bertuan kan makhluk itu sedangkan tuan kamu yang sebenar Allah SWT menanti kamu untuk bersujud pada nya” kata Haji Zakaria
“Siap Allah SWT ? . Aku tidak kenal . Makhluk itu yang menjaga ku dari kecil kerana ibu bapa ku mati dibunuh manusia seperti kamu ” kedengaran Ular itu berbicara .
“Tinggalkan Hutan ini . Dan usahlah kau mengganggu orang kampung ” kata Haji Zakaria
“Siapa ganggu siapa ? . Mereka merosakkan Hutan ini dengan berlaku tidak senonoh . Salahkah aku mengganggu mereka supaya tidak merosakkan hutan ini ” kata Ular itu .

“Sudikah kamu berdua memeluk islam dan aku berjanji mencari tempat yang sesuai untuk kamu ” kata Haji Zakaria menawar penjanjian .
“Aku tidak mahu ! ” kata ular itu

Selepas ular itu berkata tanpa di sangka ekor nya melibas ke arah Haji Zakaria . Dengan pantas Haji Zakaria mengelak umpama ikan berenang di air . Kau mencabar aku kata Haji Zakaria dalam hati . Surah Al Baqarah di laungkan di bibir Haji Zakaria . Ular dan Makhluk itu meraung . Haji Zakaria membaca surah yunus dan berkata
“Maka engkau kafir jika engkau bukan islam , kamu mengganggu penduduk kampung . Akan aku menghancurkan kamu dengan Izin Allah SWT ” kata Haji Zakaria
Baru sahaja Haji Zakaria habis berkata . Makhluk itu berkata

“Jangan Jangan kami mengaku kalah . Terangkanlah siapa tuhan kamu agar kami menjadi sehebat kamu” jerit mereka dalam kesakitan .
Haji Zakaria mengangkat tangan tanda memberhentikan bacaan kalimah tiada tuhan selain Allah SWT . Haji Zakaria menerangkan dengan terperinci , yang membuat Haji Zakaria sebak . Makhluk itu menangis dan berkata
“Islamkanlah kami dan berikanlah kami tempat yang sesuai agar kami dapat beramal seperti kalian ” kata mereka .

“Baik lah ucapkanlah Tiada Tuhan Selain Allah SWT , Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah SWT ” kata Haji Zakaria .
Secara tiba tiba Ular itu berubah menjadi seperti manusia bersifat fizikal umpama manusia termasuk makhluk itu . Menjadi lelaki dan ular menjadi wanita . Haji Zakaria tersenyum . Inilah kebahagiaan sebenar kamu bisik dalam hati Haji Zakaria .
“Kamu , aku izinkan menetap di sini . Jagalah tempat ini supaya tiada perkara tidak senonoh terjadi lagi . Akan ku minta sahabat ku membantu mu iaitu jin islam yang ku gelar Adam ” kata Haji Zakaria tenang.

Imam Syah agak terkejut dengan tindakan Haji Zakaria . Dan Haji Zakaria berkata
“Usah di khuatir Imam Syah . Mereka makhluk di ciptakan Allah SWT . Tempat mereka di ganggu , mereka juga punya hak . Ini tempat mereka , jika berniat untuk luaskan kawasan ini kearah kebaikan . Berbincanglah ” senyum Haji Zakaria
Imam Syah agak terkejut sampai kedalam hati nya mampu di baca Haji Zakaria katanya dalam hati .
“Baiklah Haji . Saya turut izinkan mereka menetap di sini untuk memelihara hutan ini dari segala maksiat ” kata Imam Syah
” Usah khuatir . Jika mereka berminat tinggalkan hutan ini . Mereka boleh tinggal di pulau tempat sahabat saya duduk sekarang ” sambung Haji Zakaria .

Haji Zakaria mendiamkan diri seolah bertafakur . Dan terlihat cahaya putih , penduduk kampung terkejut dan bersedia jika ada gangguan lain .
“Assalammualaikum Haji Zakaria , mereka ini kah sahabat baru kita ? ” Soal Adam
Melihat lembaga putih memberi salam . Penduduk kampung tersenyum
“Merekalah sahabat baru kita Adam . Nama mereka Muhammad dan Sumayyah aku berikan . Berbincang lah dahulu kalau mereka mahu ke pulau untuk menuntut ilmu bersama kamu ” kata Haji Zakaria

Setelah menunggu beberapa minit , Muhammad dan Sumayah bersetuju menetap di pulau .
“Allah SWT Maha Besar , mengirimkan mu wahai Haji Zakaria . Mengizinkan aku mengenal siapa tuhan ku” kata sumayah teresak tangis .
“Usahlah kamu berhenti dari memuji Allah SWT . Jadilah kamu islam yang sebenar ” kata Imam Syah tersenyum

Adam memimpin tangan mereka dan hilang berupa cahaya di langit . Haji Zakaria berkata
“Hutan ini sudah tiada gangguan tapi tidak mustahil wujud lagi gangguan jika maksiat berleluasa ” tegas Haji Zakaria .
“Kami akan pastikan , tiada lagi penduduk kampung melakukan perbuatan mungkar di hutan ini ” kata Imam Syah
Haji Zakaria berjalan menuju ke rumah usang terlihat tilam lama dan Alat pemujaan yang lain .
Haji Zakaria hanya mengeluh dan berkata
“Kalian bersihkanlah rumah ini . Dan jadikanlah tempat ini berbeza dari sekarang mulai hari ini ” kata Haji Zakaria .
Imam Syah dan Bilal bercadang membangunkan tempat itu kerana lokasi yang strategik .

Moral Of Story :
Ada jin yang suka kebersihan tidak semua suka kekotoran . Hutan itu luas terbentang , maksiat berleluasa maka makin banyak lah jin atau syaitan bertandang dan suka . Mereka juga Makhluk Allah SWT . Ada yang kenal siapa Allah SWT , ada juga yang tidak kenal . Dunia kita di kongsi bersama . Maka bila masuk tempat orang , hormati lah . Jangan ingat status kita sebagai manusia dan beragama islam itu cukup hebat .

13 thoughts on “Haji Zakaria ( Pengembaraan Bermula – Hutan )”

  1. Pnah baca ttg Imam Hafiz sebelum ni,cuma tertangga dia mmg wujud ke? Ke dia mcm wali Sufi ? Atau cuma watak mcm laksamana sunan.. Maaf atas soalan sy :’)

    Reply

Leave a Comment