Haii Assalamualaikum pada semua pembaca fiksyen syasya.. dah lama aku tak share kisah aku kat sini, tapi bila ada masa terluang je mesti aku jengah untuk baca cerita-cerita seram kalian.
Apapun mesti kalian tak berapa faham kenapa tajuk cerita harini “hall hujung”. Cerita ini berlaku tahun lepas. Biar aku jelaskan, nama aku Amy, dan aku bekerja di sebuah panggung wayang di pusat bandar, Kuala Lumpur. Untuk yang biasa tengok wayang mesti kalian familiar, hall tu maksudnya “dewan” yang kalian akan masuk untuk tengok movie yang korang nak. Alaa simple je kalian mesti faham.
Aku mula kerja di cinema ni sejak dari habis SPM sampai la tahun ni tapi, aku kerja pada masa tertentu je contohnya masa cuti semester, jadi bila naik semester baru, aku akan berhenti kerja dan sambung pada cuti semester berikutnya. Kira aku ni keluar masuk la kerja kat situ and aku dah kenal ramai staff kat situ daripada senior sampai ke junior.
Kerja aku kat sini adalah sebagai staff syif malam bahagian penjualan makanan dan minuman, jadi balik pukul 2/3 pagi tu adalah benda normal untuk aku, kadang ada yang sampai pukul 4 pun tak balik and ada jugak staff yang tidur dekat staff room sebab malas nak balik rumah jauh and senang nak masuk syif pagi esoknya. Okay, cukup dengan sedikit pengenalan pasal aku dan kerjaya aku. Now aku nak share pengalaman aku dengan “hall hujung”.
Kisahnya bermula pada suatu malam, masa tu aku dengan team mate aku, Am, kami dah settle “closing” dan kemas bahagian dapur. Kira dah settle semua kerja kat atas, leader kami mintak tolong turun stor untuk susun barang-barang yang baru sampai siang tadi tak sempat kemas. Jadi aku dengan Am pun pergi lah berdua ke stor utama yang terletak di tingkat bawah di hujung corridor. Tak besar pun stor tu, kira-kira besar padang futsal je. Sampai di stor kami buat kerja macam biasa, mengemas sambil berborak-borak kosong.
Setelah hampir satu jam kami siap susun barang, kami duduk jap dalam stor tu, entah macam mana terlintas dalam kepala aku nak tanya Am “weii kau pernah dengar cerita pasal stor ni?”
Am jawab “cerita apa maksud kau?”
Amy: “aku dengar orang cakap stor ni keras, kau tahu tak faris pernah kena kacau masa buat stock count dalam ni?”
Am: “hahaha aku pernah jugak kena, bagi aku benda tu biasa”
Amy: “ehh kau tak rasa apa2 ke?
Am: “takk sebab aku ada penjaga aku sendiri”
Lepas je Am bagitahu dia ada penjaga terus aku meremang. Lepastu Am bagitahu aku yang dia biasa nampak benda-benda ghaib tu tapi benda tu tak berani usik dia sebab dia ada penjaga. Aku pun terdiam sekejap sebab tengah meremang 😂
Tiba-tiba Am sambung lagi
Am: “kau tahu kan pasal hall nombor ** tu?”
Amy: “hall hujung?, pernah jugak dengar cerita tapi sepanjang aku masuk situ rasa meremang tu biasa la mungkin sebab hall tu kat ceruk kot”
Am: “kalau kau nak tahu, tempat paling keras kat panggung wayang ni, hall hujung tu la, hall nombor **”
**notakaki: sengaja aku tak bagitahu nombor hall tu sebab nanti korang boleh agak and takut pulak**
Amy: “ye eh? Jommm kita gi buat paranormal nak kat situ?, kau kan ada penjaga, aku tumpang sekali la penjaga kau tu” *sambil ketawa*
Am: “okayy jom, aku rasa dah tak ada customer ni dalam hall tu sebab dah pukul berapa dah ni mesti budak-budak tu dah siap cleaning dalam hall tu”
Dipendekkan cerita, aku dan Am pun naik semula ke atas dan jalan la menuju ke hall hujung, sepanjang perjalan memang sunyi betul hallway tu, masa tu lalu pulak kitaorang depan hall yang tengah menayangkan cerita Vina betul-betul part akhir dimana rakaman asli suara Arwah Vina tengah rasuk kawan dia kedengaran.
Aku pandang Am, Am pandang aku, aku taktahu apa dia rasa masa tu, tapi aku memang tak rasa apa-apa masa tu. Jadi kami teruskan jalan dan akhirnya setelah melintasi beberapa hall, kami tiba la di hall hujung, nombor **.
Sampai dalam hall tu kami pun masuk, memang tak ada orang langsung semua staff cleaning dah keluar, lampu pun semua menyala menerangi seluruh hall. Am terus duduk dekat salah satu kerusi berdekatan pintu sambil menghadap ke arah aku yang sedang berdiri sebelah suis lampu. Aku pun sengaja main bukak tutup lampu hall tu. *bukak*, *tutup*, *bukak*, *tutup* konon sengaja nk bagi seram. Tapi aku stop main lampu tu bila tiba-tiba aku rasa ada orang tiup angin kat tengkuk aku.
Terus aku bukak lampu dan tengok kearah Am sebab aku ingatkan dia yang tiup tengkuk aku tapi rupanya dia masih elok duduk dekat kerusi dia tu. Aku pun pandang Am dengan tatapan yang pelik tapi yang lagi pelik Am senyum je tengok aku and dia bagi isyarat tangan macam suruh sesuatu yang sedang berdiri di belakang aku untuk pergi.
Aku pun terus ajak Am keluar dari hall hujung tu, sebab dah start rasa tak sedap hati and tiba-tiba meremang. Masa keluar dari hall tu, aku dengqn Am diam je. Aku masih tertanya sebenarnya kenapa dia senyum dan pada siapa dia buat isyarat tangan tadi tu? Akhirnya bila dah jauh sikit dari hall tu aku pun tanya Am pasal kejadian tadi.
Amy: “kenapa tadi tu?”
Am: “tadi apa maksud kau?”
Amy: “Yelah kau tiba-tiba senyum tengok aku lepas tu kau suruh sesuatu untuk pergi? dah la menyeramkan cara kau senyum tu tahu tak?
Am: *gelak sinis* hahaha. Kau ingat tak aku cakap aku ada penjaga? Sebab kan aku ada penjaga ni aku boleh nampak semua benda-benda ghaib ni kalau dorang nak tunjukkan diri. Mungkin rezeki aku kut, aku nampak sesuatu dalam hall tadi. Benda tu sosok budak lelaki kecil lingkungan umur 6/7 tahun macam tu.
**aku pun terus terdiam sebab terkedu dengan apa yang Am bagitahu**
tanpa aku sempat bertanya apa-apa, Am sambung lagi.
Am: “Kau ada rasa macam orang lalu tak belakang kau tadi? atau rasa angin lalu ke?”
soalan Am ni terus buat aku terkedu, macam mana dia tahu??
Amy: “Ada. Aku rasa ada angin dekat tengkuk aku.”
Am: “Kalau kau nak tahu Amy, budak tu tadi suka dekat kau. Dia suka tengok kau main suis lampu tu sebabtu dia datang dekat kau tiup-tiup belakang kau supaya kau sedar dengan kehadiran dia”
Amy: “Comel ke rupa budak tu? hahaha” *aku cuba sedapkan hati yang sedang cuak*
Am: “Kalau kau dapat tengok dia, aku rasa mesti kau dah pengsan, so baik kau tak payah tahu rupa dia macam mana, cukup kau tahu yang dia memang wujud”
*aku diam dan mengangguk*
Am: satu lagi aku nak pesan, lepasni kalau kau nak pergi hall tu, pastikan kau tak bersendirian. Bukan apa, aku tengok budak tu macam suka dekat kau. Tapi bila aku suruh dia pergi tadi, dia tak melawan pun jadi aku rasa dia tak berniat jahat pun. Cuma kau hati-hati je sebab macam mana baik pun dia tetap jin.
Amy: “okay. Dahla jomlah kita balik tiba-tiba rasa rindu katil kat rumah hahaha”
**Sengaja aku cakap begitu supaya nak hilangkan mood seram tu**
Sesampainya aku dengan Am dekat locker staff, kami pun ambil barang-barang dan terus punch card untuk menandakan syif dah tamat. Am teman aku turun sampai bawah dan keluar dari mall tersebut. Masa dah sampai bawah aku suruh Am untuk terus balik dan jangan teman aku sebab aku taknak dia balik lewat semata-mata teman aku. Lagipun dekat bawah mall ni ada pondok polis jadi aku tak adalah takut sangat. Am pun setuju sebab masa tu pun dah lewat sangat dan dia pun terus gerak meninggalkan aku depan pondok polis tu.
Sambil tunggu ayah aku datang ambil, aku pun duduk sambil main telefon sambil memakai earphone. Yang peliknya walaupun aku dah pakai earphone, aku dapat dengar suara budak-budak ketawa sinis betul-betul sebelah telinga aku. Aku pun terus perlahan volume henfon aku sebab aku nak pastikan yang suara tu bukan berasal dari video yang aku sedang tengok. Dan memang betul suara tu bukan dari video tu melainkan jelas kedengaran sebelah telinga aku.
Terus aku istighfar dalam hati dan berdoa supaya ayah aku cepat-cepat sampai dan ambil aku sebab aku takut sangat-sangat.
Seolah doa aku dimakbulkan, ayah aku sampai dan cepat-cepat aku naik motor untuk balik bersama ayah.
aku ingat kan cerita nya habis disini sahaja. tapi aku silap.
Masa aku naik motor entah kenapa kepala aku pusing kearah tempat yang aku duduk tadi untuk melihat ada ke budak-budak dekat kawasan situ sebab yelah kan aku dengar suara hilaian tawa budak-budak tadi.
dan YA!!!!
aku sendiri tak percaya apa yang aku nampak. Sebijik seperti yang Am cakap. Aku nampak budak lelaki berumur 6/7 tahun berpakaian lusuh, badannua pucat sepucat-pucatnya. Kaki budak tu patah sebelah dan berlumuran darahnya tapi muka nya tak nampak. Bahagian muka budak tu hanya nampak warna kulit pucat dan rata sahaja. Dan sebabkan itulah aku tahu budak tu bukan manusia.
Aku istighfar sedalam-dalamnya sebab tak pasti apa yang aku nampak tu betul atau hanya ilusi aku tapi bila aku pandang lagi, budak tu masih ada disitu memandang aku dengan tatapan sayu sambil melihat aku yang pergi.
Sampai dirumah terus aku mandi bersihkan diri dan berdoa supaya Allah lindung aku dari segala tipu daya jin. Sebelum tidur aku chat Am cerita semua yang aku nampak. Am cakap semua yang aku nampak tu memang betul sebab itulah jugak apa yang dia nampak dalam hall hujung tadi.
dan dari sini lah Am buka cerita pada aku.
Am: “Aku taktahu lah kisah ni betul atau tak, tapi aku pernah dengar yang semasa pembinaan panggung wayang tempat kita kerja tu, ada pekerja warga asing yang datang buat kerja dengan membawa anak dia sekali. Satu hari tu anak dia berkeliaran di sekitar kawasan panggung wayang dan memanjat tangga sementara yang dipasang oleh pihak kontraktor untuk tujuan pemasangan speaker dalam hall, tangga tu pulak diletakkan betul-betul sebelah tingkap yang menghala ke arah luar mall sebab masatu mall pun belum siap sepenuhnya. Dan ya kisah ni terjadi dekat dalam hall ** tu.”
Amy: “okay lepas tu?”
Am: “Nak dijadikan cerita tangga yang dipasang tu longgar, budak tu panjat tangga tu, tapi tergelincir dan tercampak keluar tingkap sebab tangga tu tak kukuh”
“yang aku tahu kaki budak tu patah, dan tengkuk dia pun tercucuk serpihan kaca tingkap lalu dia meninggal di tempat kejadian.”
**bila Am cerita ni baru aku teringat budak yang aku nampak tadi, kakinya patah sebelah**
Aku pun terdiam dengar cerita daripada Am. Terus aku meremang dan cepat-cepat tarik selimut untuk tidur. Tapi Am yakinkan aku yang “budak” tu bukan nak ganggu, dia hanya sekadar nak berkawan.
Tapi takkan la aku nk berkawan dengan hantu kan? 😭
Sejak dari tu, setiap kali aku syif malam, aku takkan pernah lagi pergi ke hall hujung walaupun aku tak bersendirian. Melainkan jika ada kepentingan, baru lah aku pergi ke sana itupun dengan doa dan ayat kursi yang tak lekang di mulut.
Sampai hari-hari terakhir aku kerja di sana, kadangkala ada juga aku melihat kelibat budak tu lagi. Kadang-kadang dia berlari dan ada kalanya dia mengusik-usik sisa makanan customer yang tertumpah di dalam hall hujung tu. Aku tahu dia sengaja menampakkan dirinya pada aku dan seringkali juga bila aku berada di hall hujung aku akan cakap kat dia “adik jangan kacau kakak ya, kakak nak buat kerja” diikuti dengan bacaan doa. Alhamdulillah aku tidak sedikitpun di ganggu oleh dia dan semakin lama dia makin kurang menunjukkan diri lagi.
Hari terakhir aku kerja di situ, aku ditugaskan untuk kerja syif pagi. Jadi aku tak berkesempatan untuk ucapkan selamat tinggal pada budak tu. Apa yang pasti aku tahu sehingga hari ini dia masih wujud dan masih ada bermain-main di HALL HUJUNG.
