#hans_pp: 1B16 – Rambut

Syaikh Umar Sulaiman Al Asyqar berkata, ”Yang paling baik digunakan untuk melawan jin yang masuk ke dalam tubuh manusia adalah dzikrullah (dzikir kepada Allah) dan bacaan Al Qur`an. Dan yang paling besar dari itu ialah bacaan ayat kursi, karena sesungguhnya orang yang membacanya akan selalu dijaga oleh penjaga dari Allah, dan ia tidak akan didekati oleh setan sampai Subuh, sebagaimana telah shahih hadits tentang itu”. [Alamul Jin Wasy Syayathin, hlm. 180, karya Syaikh Umar Sulaiman Al Asyqar, Penerbit Darun Nafais].

Semester 6 merupakan semester terakhir aku di UiTM Puncak Perdana. Semester ini jugalah aku mula berjumpa atau terserempak dengan makhluk yang bukan di alam nyata. Ya, benar semester satu aku pernah terdengar bunyi makhluk itu mengilai. Tetapi itu hanya mendengar sahaja, bukan melihat. Terima kasih kak sinah(masih mencari siapa penulis ni). Awal bulan March aku masuk ke kolej Jasmine buat 4 bulan terakhir. Setelah kemas barang-barang aku, maklumlah, orang baru berpindah jadi ambil masa dalam dua jam jugak nak kemas. Setelah selesai kemas bilik dan pakaian, masa untuk cuci bilik air pula. Tabur la serbuk sabun dekat mangkuk tandas, lantai bilik air. Tiba-tiba ada bisikkan di telinga aku, ‘Hai’. Aku toleh ke belakang, memang takde sesiapapun. Aku ambil berus untuk memulakan aktiviti cuci bilik air. Sekali lagi aku disapa oleh suara yang sama. Kali ni aku keluar dari bilik air tinjau satu rumah, takde orang. Tapi Alhamdulillah, waktu siang, aku tak lah takut sangat. Aku pun terus mencuci.

Maghrib pun tiba, aku merajinkan diri aku untuk turun dari tingkat 4 laman B blok 1 untuk mengerjakan solat maghrib berjemaah. Habis solat maghrib, bermulalah borak-borak antara sahabat yang sudah 2 bulan tak jumpa. Panjang lebar la ceritanya. “Hans, ko dapat rumah mana?” Tanya sahabat aku. “Aku stay dekat rumah 1B16”, aku menjawab sambil senyum. Sahabat aku mengatakan bahawa kami berjiran tapi jiran satu tingkat. Biasalah, kalau dah berborak, kami tak fokus dekat satu topik sahaja, mulalah masuk topik pasal kahwin lah, kerja dan macam-macam lagi. Azan isyak pun sudah berkumandang, kami pun terus melaksanakan perintah wajib untuk manusia dan jin iaitu beribadah kepada Allah.

Selesai solat aku pun balik menukar pakaian, untuk pergi ke ‘kandang'(tempat makan). Tiba-tiba kawan aku memegang tangan aku. “Hans jom la jalan sekali”. Sambil jalan, dia pun memulakan berbicara. “Hans, rumah yang ko duduk sekarang ni, rumah tu rumah aku sem lepas,” “oh, yeke? Bagus la, aku bilik 1 & 2” aku menjelaskan bilik aku yang mana dalam rumah itu. “Aku bilik 3 & 4, tapi aku nak bagitau, jin tu ada kan?” Ak hanya mengangukkan sahaja. Tiba-tiba keadaan menjadi serius. “Hans aku just nak pesan je. Rumah tu agak keras. Ko paham kan maksud aku”, aku buat muka blur supaya dia jelaskan apa maksud dia. “Haish ko ni, maksud aku, rumah tu dah berpenghuni. Dan yang pasti, bukan manusia. Makhluk tu agak bising malam-malam.

Nasihat kawan aku itu menyebabkan aku terfikir, adakah bisikan dibilik air tengahari tadi datangnya dari makhluk itu? Aku terfikir sampai la aku masuk ke dalam bilik aku. Aku mengabaikan apa yang diberitahu oleh kawan aku sebab aku terlalu tak sabar untuk lepak bersama-sama kawan aku. Aku pantas siapkan diri, terus gerak menuju ke tempat makan. Setelah seketika, aku lepak dengan kawan-kawan dari kedah, johor, perlis, selangor dan kelantan. Banyaklah cerita yang kami kongsikan. Masalah ekonomi, masalah sosial, bola sepak dan sebagainya. “Hans, baliklah ke bilik”, terpaling aku selepas mendengar bisikan itu. Tiada orang, kali ketiga aku dengar bisikkan. Bisikkan pertama dan kedua mungkin aku berhalusinasi sebab tiada orang didalam rumah. Tetapi kali ini agak pelik. Pelik disebabkan kami tengah bising berborak dan aku tak terpikir langsung berkenaan makhluk halus. Sekarang aku yakin memang dia amat berminat dengan aku. Aku rasa dia mungkin menguji aku atau nak bergurau dengan aku.

Perasaan seram aku menyebabkan aku terpaksa meninggalkan kawan aku dimeja makan yg masih rancak berborak. Mereka tidak mahu melepaskan aku tetapi aku dah rasa tak sedap badan. Aku berjalan pulang ke bilik aku. Masuk didalam bilik aku tukar pakaian, aku memakai kain sarung dan baju lengan panjang. Aku ni orang yang tak tahan sejuk. Jadi tingkap bilik aku, jarang aku buka bila nak tidur. Angin malam memang sejuk tetapi untuk penghuni rumah apartment, walaupun ada kipas, ia tetap panas.
Selain dari bisikkan makhluk itu, belum ada perkara yang misteri yang terjadi pada aku. Masih belum terjadi pada diri aku. Tetapi perkara aneh terjadi kepada penghuni rumah itu iaitu kawan serumah aku. Ada tiga cerita yang misteri yang terjadi. Apa yang terjadi? Aku ada seorang kawan yang merupakan pelajar semester 3 tetapi baru belajar di Puncak Perdana(PP). Dia suka tidur dihalaman rumah kami gara-gara kepanasan didalam biliknya. Jadi dia tidur seorang diri. Seperti kebiasaan dia hanya menyarungkan seluar pendek dan singlet berwarna kuning.

Minggu ketiga semester itu, dia menyapa aku yang baru balik dari solat. “Hans, esok malam ko free?”. “Nak lepak mana bro?”, pada mulanya aku ingatkan dia nak ajak aku lepak sebab didalam rumah itu hanya aku dan kawan aku sahaja yang bawa kereta. Tetapi ternyata selepas aku dengar ayat kedua dia. “Hans, esok kita buat baca yassin wei, ko ajak member ko yang duk kat surau tu sekali. Aku payung roti canai janji korang buat baca yassin”. Aku terasa pelik, kenapa tiba-tiba dia ajak buat bacaan yassin? Ada kematian ke? Aku mengajak dia berborak dengan aku dalam bilik aku. Disebabkan aku rasakan ada keluarga dia yang meninggal dunia. Sekali lagi tekaan aku salah. Ali menceritakan mengapa dia hendak bacaan yassin di adakan dirumah kami.

Katanya, dia diganggu oleh makhluk yang selalu bermain dirumah kami. Makhluk ini seolah -olah seperti kanak-kanak. Dia suka berlari-lari dihalaman rumah. Dia berlari dan bising ibarat sedang bermain kejar-kejar didalam rumah. Menurutnya lagi, dia berasa seolah-olah makhluk itu ada lebih dari satu. Dia tidak memberitahu ciri-ciri fizikal makhluk ini. Tetapi ini belum klimak penceritaan. Aku suruh dia menyambung. “Hans, semalam paling gila sekali hans. Semalam dalam pukul 4 pagi macamtu. Aku rasa ‘mak dia’ yang kacau aku. Kalau anak dia pasti setakat main lari-lari je. Bising ngan tapak kaki. Tapi yang ni seram habis.” Aku menambahkan fokus.

Menurut ali, semalam dia di ganggu oleh ibu kepada ‘kanak-kanak’ ini. Masa tidak dapat dikenalpasti tapi lingkungan pukul 4 pagi. Sedang nyenyak tidur, tiba-tiba ali terasa ada rambut di kakinya. Rambut itu seperti berlari-lari dari buku lali ke peha ali. Ali yang terjaga dari tidur cuba buat seolah-olah tiada apa yang berlaku. Makhluk itu mungkin tidak berpuas hati akibat daripada perbuatan Ali yang tidak mempedulikan gangguan makhluk itu. Kedudukan badan Ali ketika tidur memang suka mendepa tangan. Jadi selepas 5 minit, makhluk tu mula mengorak langkah untuk menganggu Ali. Ali merasakan makhluk itu mungkin sudah pergi sebab tidak dipedulikan. Tekaan Ali menyimpang apabila tangan nya tadi terasa ada rambut. Rambut yang terkena pada lengan Ali menyebabkan Ali berasa tidak selesa. Belum sempat dia menarik tangan, makhluk itu meletakkan kepalanya diatas tangan Ali. Ali amat terkejut dengan tindakan makhluk itu menyebabkan dia membuka mata kanannya melihat makhluk tersebut.

Apa yang Ali gambarkan adalah, makhluk itu mempunyai wajah yang pucat lesu kehitaman. Kehitaman itu bukanlah warna kulitnya, tetapi ia merupakan kesan kebakaran. Rambutnya amat panjang sehingga menutup badan secara keseluruhan. Makhluk itu sekarang sedang melihat Ali. Ali cuba memejam mata kembali dan berpura-pura tidak melihat makhluk tersebut. Tiba-tiba Ali terasa ada benda di lengan dia, benda yang berlendir. Ali tidak dapat meneka, lalu membuka mata kanannya. Dia terkejut melihat benda yang jatuh terkena tangannya. Benda tersebut adalah mata makhluk itu. Ali tidak tergopoh gapah menarik tangan dia, sebaliknya dia menarik perlahan-lahan sehingga tangan dia berjaya dilepaskan. Perlahan-lahan dia menarik selimutnya yang berada dihujung kaki. Dia menutup seluruh badan dan kepalanya. Ali tahu makhluk itu sekarang sedang duduk berdepan dengan dia. Tiba-tiba makhluk itu mengilai. Kemudiannya berlalu pergi meninggalkan Ali. Ali tidak bergerak dari tempat tidurnya sampai lah aku mengejutkan doa untuk solat subuh. Dia tidak terus cerita kepada aku waktu subuh itu, sebaliknya dia melupakan buat seketika waktu.

Setelah mendengar cerita itu, sekarang aku faham kenapa dia beria-ia menyuruh aku buat majlis bacaan yassin. Semasa habis sahaja cerita Ali, Justin(kristian) kawan serumah aku datang dan masuk ke dalam bilik aku. “Hans, tu baru cerita Ali, cerita aku ni lain sikit. Dan yang aku pasti, makhluk tu datang dari dalam bilik ini,” sambil melihat bilik aku.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Lawati laman facebook penulis: https://web.facebook.com/mohamad.hanis.5680

142 thoughts on “#hans_pp: 1B16 – Rambut”

  1. Angker btol ekk kampus PP ni…
    Coooppp nak tanye…
    Kolej kt PP mcm apartment kan…
    Ade halaman ke???
    Ke benornye ruang tamu???
    Takkan tdo laman plak kan, usahkan natang, kang kena lenyek keta plak jadinye…

    Berdebor plak nk tau yg benda tu asal dr blk ko sdri…
    Cepat sambung!

    Reply
    • aku pun terfikir bnd yg sm jugak..halaman umah beso kot?bukan setakat hantu je..mcm2 ada..hehe..mungkin penulis nk ckp ruang tamu kot..xpe..kipidap..

      Reply
    • Yes mmg apartment, halaman kecik sangat, tmpat kitaorang tgk langit dok pikir kg..hahaha… ruang tamu ada la, muat la nak buat doa selamat…

      kalo mengikut cerita sbenar, dulu apartment tu dibina tp fail sbb xdak org beli, sampai tahun 2000, uitm beli and buat Uitm kat situ.. tu cerita dari lect yg merangkap 1st batch kat situ..hahaha…

      yang no 2 punya dah post, yg ketiga tgh buat…hahha…

      Reply
    • Halaman rumput tu ke??
      Ke balkoni??
      Akk ex-HEP UiTMSA…
      Penah gak ke PP ni…
      Sonoknye akk tgk kolej korg mase tu…
      Konsep rumah, lebih mesra lebih rapat…
      Sng nk study group…

      Reply
      • Adeeehhh…
        Ko buat akk ghase nk nyanyi lagu Ku Di Halaman Rindu jadinye dik…

        Akk dlu jage Unit Aktiviti…
        Pemeslah kejap Kak Yulie di UiTMSA…
        Pastu posting UiTMJB…
        Jadilah Kak Yulie Kak Long Kawasan kat situ plaaakkk…
        Hahahahahha…

        Reply
        • Yeke? Akk mmg femes la.. Kalo sy kenal akk kat Uitm SA, mmg dh mintak ncm2 program dah.. Hahahaa… Fyi, Sbnrnya, ini cerita saya ke 7 dah post dalam ni, waktu 1st buat, akk sorang je puji, so smgt nak tulis balik smpai skrang. . Thanks ye akk.. Hahaha..

          Reply
  2. AKU BAGI SMUA BINTANG KAT LANGIT UTUK KAU PUNYA STORY…
    BERANINYA ALI…. HUARGGG..”MAK BUDAK” TU X PUTUS ASA EKK NAK KACAU C ALI TU..
    JUSTIN BIEBIERRR KE TU.. HEHEHE
    CEPAT SAMBUNG K…

    Reply
  3. Tiba-tiba Ali terasa ada benda di lengan dia, benda yang berlendir. Ali tidak dapat meneka, lalu membuka mata kanannya. Dia terkejut melihat benda yang jatuh terkena tangannya. Benda tersebut adalah mata makhluk itu.

    bapak ahh.. berani kau ali , kalau aku mau nyer menjerit nak mampos !

    Reply
  4. Mula-mula ingatkan cerita oneshot ni, mana tau saje buat ending macam tu biar pembaca buat teori sendiri.. Aku dah pikir penghuni rumah tu dah suka kat hans pastu dia saje menyakat kawan-kawan supaya diorang lari dari rumah tinggalkan hans terkontang kanting sorang2..hahahaha.. Tapi tabik springgg kat ali, tenang sungguh orangnya! Overall best best meiyo kasi empat bintang!!

    Reply
  5. Wey…ape korang komen merepek ni.mengganggu la readers lain nk mbaca.komen pasal cerita ni cukup la.be Professional…jgn nak menggedik2 la harom.

    Reply

Leave a Comment