Hantar Sihir Kerana Dengkikan Mak

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat admin n pembaca fs ni. Bila baca kisah2 kt fs ni , terdetik pulak lah share kisah yg tak berapa seram bg korg , tp amat seram bg aku. Huhuhu. Aku ade dua kisah nak share. Maaf ye klau tak seram.

1) sekitar tahun 2013, waktu ni aku umo 17( korg boleh jangka kan umo aku brapa skrg. Hihihi) okay sambung, kisah ni terjadi masa nk trial spm. Mak aku ni keje tukang masak kt kantin skolah. Jd, tiap hari mak aku akn klua umah awl pg, dalam pukul4 mcm tu la. Jd tinggal lah aku dgn adik aku dua org kt umh tu. (Ayah aku dah meninggal) pd satu pagi ni , mcm biasa ma aku akn kejut aku sblum dia g keje utk kunci pagar n rumah demi keselamatan kami adik bradik(sbb time tu femes dgn org pecah masuk rumah) aku mcm biase, turun dr umh g kunci pagar, lepas kunci sume tu , aku sambung tido balik.

Time tu aku tido di master bedroom, yg mana bilik paling depan n dekat ngn pagar umah. Klau ade org cuba nk buka pagar tu , kira aku lah org yg first dgr. Sbb pagar umh aku tu mmg berbunyi klau nk bukak atau tutup. Al maklumlah pagar dah berkarat, dah jd liat dah. Okay smbung, dlm sedap2 tgh tido ni aku tdgr mcm ade org tolak pagar umh aku. Aku tersedar la , dlm hati ni pelik gak , sape pulak yg dtg awl2 pagi nii.

So aku intai mlalui tingkap bilik memandangkan tingkap bilik aku ni boleh nampak org lua , tp org lua tak nampak org dalam umh aku ni. Faham kn ? Masa aku intai tu, aku tgk ada susuk tubuh perempuan depan pagar tu. Aku syak mak aku. Mybe dia ada tertinggal barang ke ape ke. Aku pun klua dr bilik nk bukak pintu nk trun bukak pagar. Tp smpai je kt ruang tamu, aku jd tak sedap hati. Klau tu mak aku, nape takde kereta pun kt depan umh tu kn. So aku decide intai lg skli kat tingkap ruang tamu tu.

Perempuan tu still ada. Tp skrg ni aku nampak lebih jelas. Perempuan tu pakai baju putih , dah koyak koyak pastu mcm ada kesah tanah kt baju dia , rambut panjang , kusut masai. Yg aneh nya aku tak nmpak pun muka dia, malah nmpak badan dia separuh je. Yg slebihnya tu aku tak nampak. Time tu takyah ckp lah kn, meremang habis bulu roma aku ni. Darah memang dah takde kt muka dah. Pucat giler. Tetiba dia angkat muka pandang aku. Giler ah, aku terus berlari masuk bilik bselubung dlm kain selimut. Aku buka ayat kursi sbb time tu mmg dah tak mampu nk baca dah , tunggang langgang.

Pastu aku dgr ada bunyi cakaran dekat tingkap bilik aku tu. Kuat giler. Aku punyaa takut sampai lah aku tertidur. Sedar2 je dah pagi. Lepas balik sekolah tu aku citer kt mak aku. Seminggu aku terpaksa cuti skolah sbb aku jatuh sakit. Rupa2nya ada org nk sihir mak aku, tp terkena aku. Benda yg aku nmpak tu adalah benda yg dihantar oleh tuannya utk kcau mak aku atas sebab dengki ngn mak aku. Teruk jugak lah aku sakit tu, sbb benda tu masuk dlm rahim aku. Mmg aku tak bermaya langsung dlm seminggu tu. Sakit tu Tuhan je yg tahu. Lepas berubat sume tu, alhamdulillah, aku dah sembuh. Rumah aku pun ustaz pagarkan. Gangguan tu tetap ada, tp tak teruk sgt. Biase2 je.

2) kisah kedua ni bru je terjadi kt aku tahun ni. Lebih kurang 3 minggu lepas la. Okay citer dia mcm ni, aku ni student akhir kt poli pahang. Aku stay hostel. Nak dijadikan citer satu malam ni, kwn aku demam panas.

So kwn aku dua org ni bawak lah dia g hospital. Lebih kurang dlm pukul 1.30 pagi mcm tu la baru diorg balik. Kwn aku yg demam ni naik asrama dulu sbb kwn yg lg dua org tu g parking kereta. Aku namakan kwn aku yg demam ni M . Okay M ni lepak bawah block aku kt bangku sbb nak tunggu si A n B ni selesai parking kereta. So si M ni ws aku suruh trun bawah teman dia. Aku pun trun lah ngn roomate aku, C.

Dlm 10minit kemudian, si A n B ni pun dah sampai. So aku ajk lah diorg ni lepak bilik aku dlu. Tgh lepak sambil mkn kt dlm bilik tu, aku ngn roomate aku si C nk kua g basuh tgn kt toilet . Blok aku ni menghadap kafe n koop. Blok aku ni duk bahagian depan, kira boleh nampak org lalu lalang kt sekitar asrama tu. Nak ke toilet, ktorg kena lalu koridor yg dinding hanya separuh. Kira takde penghadang lah.

Org bawah boleh nampak jelas ktorg kt atas ni. Masa nk ke toilet tu, aku ni jenis suka tgk sekeliling wlaupun dah lewat dlm pukul2.30 pagi cmtu r. Masa tgh tgk sekeliling tu, aku terpandang satu susuk tubuh wrna hitam , badan tegap sedang bergerak kearah kafe. Aku dlm hati ni ingatkan pakgad kn. Tp pelik gk pakgad ni buat ape kt situ malam2 buta ni. Aku prati je susuk tubuh tu smpai la dia berhenti bergerak. Aku dgn slamber masuk toilet, dlm toilet tu ada lubang, so aku cuba intai lg sbb tak puas hati kan. Hahaha. Lama gak aku intai, smpai roomate aku si C ni tegur aku tgk ape.

Aku diam je. Selesai basuh tgn tu ktorg klua dr toilet n aku cuba nk tgk balik benda tu. Tp dah takde. Aku pun dgn slamber tny roomate aku si C ni “weh aku tgk ape eh td. Wrna hitam, badan tegap. Nak kata pakgad, nmpak mcm pakgad”. Roomate aku tnpa sempat dgr soaln aku smpai habis terus berlari masuk bilik. Haa lepas tu mmg teruk lah ktorg kena kcau. Bunyi org ketuk pintu bilik lah, main pintu almari lah. Bunyi org berjalan lah. Sampai ktorg berdua demam panas keesokkan harinya tu .

Ktorg tak cerita pun kt kwn aku si A,B n M tu . Sbb diorg tu lemah smgat, rsau jugak jd pape kn. So sekian lah cerita dr aku yg tak berapa nk seram nih. Maaf klau ayat berterabur. Sbb time aku tgh duk taip ni pun ada benda duk perhatikan aku.

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “Hantar Sihir Kerana Dengkikan Mak”

Leave a Comment