Hantu Bentuk Pokok Depan Mata

Masa aku berumur 12 tahun (tahun 1995), aku dan family yang terdiri dari mak, ayah dan aku berserta pak ngah dan mak ngah pegi Pantai Penyabong, Mersing. Kebetulan masa tu pegi umah mak ngah kat Felda Tenggaroh, singgah la kejap kat Pantai Penyabong. Masa tu lebih kurang pukul 6.30 petang.

Dah jalan2 atas pasir, main air pantai sikit2, kami pun gerak la balik ke rumah mak ngah aku untuk rehat dan solat maghrib. Dalam pukul 10 malam macam tu, kami gerak balik Taman Universiti, Skudai. Tahu-tahu la perjalanan dari Mersing sampai ke JB. Dahlah persekitaran sunyi, gelap. Pastu perjalanan lama lak tu. Ala2 macam nak pegi Melaka jauhnya tu. Kiri kanan memang hutan. Kami sampai Taman U dalam pukul 12 lebih tengah malam.

Tiba-tiba mak aku rasa macam tak sedap badan. Telinga dia macam dengar macam bunyi loceng kaki org india pakai untuk menari tu. Memang mengganggu pendengaran dia. Kami semua tak dengar, dia sorang je. Sampaikan mak ni dah jadi macam bukan mak aku yg dulu. Dia selalu emosi, jarang nak bercakap dan perwatakan dia berubah mendadak. Dipendekkan cerita, esoknya kami pegi la ke Darussyifa’ (waktu tu darussyifa’ ni berkampung dalam UTM, Skudai). Orang punya la ramai tak hingat. Dia kepung-kepung setiap bilik ngan kain tirai macam kat hospital tu. Boleh dengar orang sebelah menjerit la..melalak la..memaki hamun la.

Cerita punye cerita masalah mak aku tu, ustazah tu kata mak aku sudah terkena dek penangan hantu india. Dia bagi air sebotol untuk mandi dan minum. Selesai semuanya, kami pun beredar dan sampai di rumah dalam pukul 1 pagi. Nak kejarkan esok sekolah, aku terus tidur. Tengah aku dok nyenyak tidur, tiba-tiba aku tersentak. (Untuk pengetahuan, aku suka tidur dalam gelap dan berseorangan sebab aku anak tunggal. Walaupun bilik gelap, tapi masih ada sumber cahaya dari bilik air sebelah bilik aku yang boleh membuatkan aku dapat lihat sekeliling).

Masa aku tersentak tu aku terus terjaga. Masa tu aku tidur mengiring kiri, belakang aku dinding. So depan tu aku nmpk macam bebayang hitam bentuk macam pokok, mata merah, kepala dia ada banyak sangat ular meliuk lentuk. Siap ade bunyik ‘SSSSTTTTT’ (serious aku tak tipu weh). Tapi masa ni aku boleh rilek je bertentang mata dengan benda tu. Dalam hati aku cakap “benda ape nih” tapi aku tak rasa takut langsung.

Lama gak aku bertentang mata dengan bende tu. Ada lah dalam 15 saat. Tiba-tiba benda tu hilang dalam sekelip mata. Aku gosok-gosok mata aku, tengok kiri kanan, atas bawah bilik semua. Haaa baru la aku rasa takut menggigil-gigil masa tuh. Terus tekup muka dengan bantal, pastu buat-buat tidur sampai la aku tertidur .

Bangun pagi tu, aku beritahu mak dan ayah tentang gangguan yang aku alami. Mak dan ayah bawa aku ke Darussyifa’ malam harinya. Peliknya aku tak sempat cerita bentuk benda yang mengacau aku tu, tapi ustazah tu dah tau dulu dah. Dia siap lukis lagi. Lakaran benda tu dan memang terperanjat sangat sebab lukisan dan apa yang aku nampak tu exactly sama! Aku pun tak tahu kategori hantu apa sebab kat filem-filem melayu tak pernah nampak pun bentuk hantu macam tu. Ehehehe. Rupanya dia nak kasi warning supaya kami tak teruskan berubat.

Katanya tu hantu india. Konon ikut dari laut. Silap kitorang la pegi laut waktu remang-remang senja. Mak aku pulak, ambik masa yang lama gak nak ubatkan dia sampaikan bertahun-tahun aku tak dapat rasa masakan mak aku dan tak bercakap dengan dia sebab mak aku dalam dunianya yang tersendiri. Selama mak sakit, ayah lah yang ambil peranan mak. Sekarang Alhamdulillah mak dah pulih.

 

3 thoughts on “Hantu Bentuk Pokok Depan Mata”

  1. Uiissshhhh….
    Lamenye mak tu dlm keadaan camtu ekk…
    Sampai xleh masak buat keje rutin harian…
    Kesiannye…
    Mesti sgt sedih tgk mak merana bertahun2 camtu…
    Alhamdulillah ayah kamu sabar dan positif atas semua dugaan yg mendtg…

    Reply

Leave a Comment