Namaku Wan.Cerita ni kisah benar berlaku pada aku tahun 2007 di sebuah kolej matrikulasi. Biar la aku rahsiakan kolej ni kat mana. Aku ditempatkan di tingkat 2 blok A. Aku berkawan dengan Muni dan Sara (kalau 2 orang ni terbaca dan ingin tambah dari perspektif dia..silakan).
Bilik Sara kat tingkat 1 dan Muni ni tinggal di bilik depan sama tingkat dengan aku. Belakang blok asrama kami ni hutan ye sebab kolej ni atas bukit. Sara sekelas dengan aku dan Muni pulak kelas lain. Kami pernah satu sekolah menengah sebab tu kami baik kat sana. Kami asal dari kelantan.Dipendekkan cerita la ye.
Satu hari tu budak kelas Muni bising bagitau Muni ni pengsan dalam kuliah. Tapi disebabkan agak teruk, cikgu dah bawak dia pergi hospital. Budak lain dah bising bergosip sebab Muni ni gigit lidah dia sendiri sampai lebam.
Petang selepas habis kelas aku dan sara pergi la bertanya khabar muni di bilik dia. Dia xbalik dari hospital lagi so kami pon bergosip la dengan rakan sebilik dia dulu.
Tiba tiba muni ni buka pintu dan bagitau balik cerita yang kami gosip tadi. Aku yang terkejut ni tanya la dia dari mana dia tau cerita tu. Dia bagitau dia dengar kami bergosip ni masa dia nak naik tangga lagi. Untuk pengetahuan korang, bilik kami ni jauh dari tangga dan kami bergosip pon perlahan je suara sebab takut dia balik dan dengar. Aku tanya doktor cakap dia sakit apa dan dia bagitau dia sawan.
Sejak pulang dari hospital petang tadi, perangai muni memang pelik.
Dan yang paling hairan dan ajaib muni dah x pakai spek. Spek dia power 1000 sebelah ye sebelum ni. Dia bagitau dia dah tak rabun! Dia sekarang dah kurang loghat kelantan dan sangat la riang. Aku dah rasa kelainan dan rasa tak sedap hati. Lepas solat asar je aku terus pergi bilik muni dan bawak quran siap siap.
Aku bagitau dia nk tumpang baca yaasin di bilik dia. Tengah aku baca yaasin, muni siap gelak gelak dan mula menari. Takut sangat la oiii.
Rakan sebilik dia dah mula pandang pelik kat dia. Aku baca laju laju. Lepas dah siap tu, aku bagitau nk ke bilik sara. Dia pulak nak ikot. Hadoiii!! Aku ni nak bagitau sara yang si muni ni perangai macam pelik. Dia pulak ikut aku. Sampai kat bilik sara sambil bercakap benda lain, aku mula la mesej sara bagitau cerita muni walaupon sara depan mata aku je pon.
Siap mengumpat dalam mesej tu, tetiba muni bagitau macamni “kenapa ye aku macam nampak tulisan depan mata aku tapi aku xpandai nak baca?”
Aku tanya la muni tulisan apa yang dia nampak dan dia bagitau ada short form yang dia xpandai baca.Aku dan sara mula rasa seram. Sebab mesej kami berdua memang ada short form pon. Aku pon ajak muni balik bilik kami cepat cepat sebab dah tak tau nak jawab apa dan dah dekat maghrib.
Lepas maghrib, rakan sebilik muni datang bilik aku dorang takut dengan muni yang tengah bergembira bantai gelak sorang sorang dalam bilik.
Aku ajak sara pegi bilik muni. Kami masuk bilik pastu aku tanya muni dah solat maghrib ke belum. Dia bagitau belom. Aku marah dan paksa dia solat dulu. Dia suruh kami teman ambik air semayang dalam bilik air.
Kebetulan takde sorang pon dalam bilik air time tu. Muni masuk dalam kami tunggu kat luar. Lama kami tunggu dia dalam 10 minit. Aku mula marah sebab maghrib dah nak habis. Aku ketuk pintu dan tinggikan suara barula dia keluar.
Bila masuk bilik, kami tggu dia solat. Dia start solat rakaat pertama tetiba dia berhenti bgtau ada orang kat luar tingkap sebelah dia. Adoiiii memang meremang bulu roma sebab kami kat tingkat 1. Macamana ada orang kat tingkap pulak kan. Lepas kena marah lagi sekali, dia teruskan solat macam biasa.
Kami tinggalkan dia kejap sebab kena buat homework. Rakan sebilik dia masuk lagi bilik aku bagitau perangai muni makin menjadi jadi. Lepas bincang ramai ramai, kami call ayah muni. Kami bagitau cerita sebenar dan ayah dia mintak tolong jaga muni sementara dia bertolak datang sini dari kelantan. Kami sepakat untuk sembunyikan semua barang barang tajam dari bilik muni dan letak dalam bilik aku.
Jam sekarang pukul 11 malam tapi muni tetap ceria dengan gelak kadang mengilai dia tu. Entah macamana lepas sorang, sorang rakan sebilik muni keluar bilik dan tinggal la aku dan sara jaga muni.
Aku pegang alquran dari tadi lagi. Sara pulak tengah period. Maknanya aku je yang boleh baca quran sekarang. Aku start pilih surah nk dibaca sebab takut sangat. Sara duduk je sebelah aku sambil baca zikir. Muni kat katil dia tengah bercakap sorang sorang. Aku pilih surah jin sebab yaasin dia tak takut.
Mula mula baca muni xde reaksi pon tapi sampai la satu ayat tu, dia mula meraung sakit. Aku xhiraukan pon dan terus baca surah jin tu banyak kali. Setiap kali sampai ayat tadi, dia meraung sakit. Tetiba muni bangun nk lari keluar dari bilik. Aku yang terkejut dia bangun pon terbangun jugak. Sara terduduk atas katil. Aku marah si muni suruh dia balik tempat dia duduk tadi. Ajaibnya dia ikut je.
Aku dengan sara ni x payah cakap la. Semua bulu roma tegak berdiri macam pasang lagu negaraku pulak.
Rasa seram sejuk tapi berpeluh peluh
Aku geram sangat. Aky baca lagi surah jin tu kuat kuat. Tak ada sebarang bunyi pon kat blok asrama kami time tu. Entah la mana dorang semua lari.
Tetiba muni datang meluru laju ke arah pintu. Aku sempat bangun halang dia. So sekarang dia memang sangat dekat dengan aku. Dalam satu kaki je jarak. Aku dah mula gelabah.
Sebab terlalu takut, aku yang tengah pegang quran terus pukul kepala muni dengan quran tu.
Dia jatuh tersungkur kat situ jugak.
Aku tengking dia suruh balik katil dia. Dia mengengsot balik. Memang lega tak terkata.
Aku suruh sara pegi panggil warden.
Sekarang dah pukul 2 pagi. Kami berdua sangat letih. Nanti la aku sambung lagi cerita ni. Korang komen
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
gambar mcm kat matrik changlun jah
KMJ pun katil meja loker sebijik mcm tu. Rasanya Pahang ni. Biasanya student Kelantan majoritinya dihantar kt pahang
matrik gopeng pun sama.. atas bukit..
ha.ah la..
hahaha
hg kmk jgk ke kura2 hijau?
Ending die ….. Er apekah ? -,-
itulah, hahahaha
Nak sampai kemuncak….pergh, dia putaq kata “bersambung….” aduihhh, potong keenakan feeling sewram tu…
This makes evnrhtyieg so completely painless.
sambung plis. haha
Jalan cerita menarik…. Gaya penulisan pown bagus…. Please sambung lagi esok nak baca…
Nampak character kau nie cm penakut tapi berani
Knpa tak smbung terus? spoil ar.
sambung lagi please..
sambung cepat please , tak sabar dah ni ..
Best2 je bace then last² bersambung.. Aduhyaiiiii.. Cepat la smbung
Alamak, cepat la sambung kak ewa nak tau nii. jalan cerita best ni ada unsur suspen je bila bace hehe
mohon sambung ye best dh citer ni
Cerita dh syok dh baca. Tetiba bersambung. Jenuh la nunggu sambungan..
“Sekarang dah pukul 2 pagi. Kami berdua sangat letih. Nanti la aku sambung lagi cerita ni. Korang komen”
Antiklimaks apakah ini…????
Aduuiiii…
sambungggg
Tekun je baca dari tadi
sambung la sampai habis..
Komen ye…..
Lenkli cerita smpi hbs…xpyh nk meraih simpati org nk tggu cerita ko yg ber part tu..ngok
Tak apa lah. Itu hak dia nak habiskan ke tidak. Kita tunggu aje ye
Sebab terlalu takut, aku yang tengah pegang quran terus pukul kepala muni dengan quran tu.
Dia jatuh tersungkur kat situ jugak.
Maaf, sampai sini aku tergelak. Tau mcm xpatut tapi kelakar sampai kena hempuk dgn Alquran.
Mana sambungan dia??
Gambar mcm kat dlm bilik Kolej Matrikulasi Gambang ni.. đŸ˜¨