Hantu Pelajar

Penulisan aku seterusnya ini adalah berdasarkan kisah urban legend di UUM sekitar akhir tahun 90-an. Asal usul cerita tidak diketahui tetapi berlegar dikalangan pelajar terutama minggu-minggu peperiksaan hinggakan mengganggu proses study di sebuah bilik study yang di sediakan pihak kolej. Maaf jika aku karang melebih-lebih dan menokok tambah.


“Oklah mama, Zura nak pergi study dengan kawan-kawan di bilik study” Zura mengakhiri panggilan telefon dengan mamanya. Minggu ini merupakan minggu peperiksaan dan semestinya sebagai pelajar tahun 2 di Universiti Utara Malaysia ini, pencapaian peperiksaan sesuatu yang penting.

Ntah mengapa malam ini terasa dingin sekali. Agaknya lokasi universiti ini sendiri terletak di kawasan lembah. Tidak kurang pelbagai cerita seram berlegar di kalangan pelajar. Paling terbaru, bila Jemi bercerita dia dan rakan-rakan sedang sibuk bermain game diablo minggu lepas. Tiba-tiba kedengaran bunyi angsa terbang di tingkap aras 3 mereka. Apa lagi semua pelahan-pelahan masuk bilik masing-masing bila salah seorang mengesahkan Cik Langsuir bergetayangan di tingkap aras mereka.

“Alah kau ni mi. Ntah-ntah memang angsa betul. Dasar jantan penakut” Ejek si Zura kepada Jemi.
“Lagipun abang aku cakap, kalau kita berani, ‘dia’ takut lah” Tambah Zura lagi yang teringatkan abangnya Aznan di Melaka.

Perbualan itu, dua hari lepas. Malam ini seperti menyesal pula si Zura lancang memidas kata-kata Jemi. Sudahlah dia juga berada di aras 3 sama seperti aras Jemi. Cuma blok sahaja yang berlainan.

Jam merangkak ke pukul 10.10 malam. Malam masih muda. Roomatenya ntah ke mana bawa haluan atau mungkin juga telah menunggu di bilik study seperti biasa. Aras ini juga kosong. Memang besar kemungkinan mereka berkumpul di bilik study. Dengan rasa percaya rakan-rakannya berada di bilik study, Zura melangkahkan kaki ke bilik tersebut yang terletak di hujung aras ini.

“Aii, sekor pun takde” Rungut Zura sambil terus masuk ke dalam bilik study tersebut. Lampu dan kipas telah sedia terpasang dan Zura terus ke meja panjang mengambil posisi mengadap pintu masuk. Kalau ada sesiapa lalu senang dia panggil. Itu fikir zura.

Sedang Zura asyik merangka nota-nota kecil. “Psstttt….” Tiba-tiba satu bunyi aneh. Terkejut Zura. Diikuti bau seperti buah oren atau limau atau lemon. Yang pasti sesuatu yang masam tetapi wangi. Meremang bulu tengkuk Zura. “Pssttt…” sekali lagi bunyi itu menjelma bersama bau yang sama. Segera Zura berpaling ke dinding belakangnya. Kosong. Tiada sesiapa di situ. Lembaga pun tiada. Angsa pun tiada.

“Takkan hantu mandarin pulak” Bisik hati Zura.
“Kalau hantu Cina aku akan tutup hidung tidak bernafas” Terus hati Zura berbisik sambil mempraktikkan jurus tahan nafas beberapa kali.

“Psssttt…” Bunyi lagi.
“Hoi Keluarlah kau kalau berani.. main pesitt.. pesitt pulak kau!” Zura sengaja bersuara konon-konon dia berani. Dia bangun dan memerhati di dinding belakang. Mana tahu ada cicak berjemaah menakutkan dia.

“Binawey. Sapalah letak Air Refreshener Automatic Spray Kat dinding ni”. Kata Zura.

Zura kembali duduk dan serta merta terkejut dia. Di kerusi hadapannya duduk seorang pelajar sedang menelaah buku. “Ntah bila minah ni masuk” Bisik hati Zura. Zura meneruskan proses studynya tanpa menghiraukan ‘rakan’ dihadapannya. Cuma sesekali Zura melirikkan matanya ke gadis di hadapannya.
“Putihnya tangan. Mesti cantik budak ni. Tapi aku macam tak perasan pulak ada budak ni di aras ni” Bisik hati kecil Zura.
“Ah. Mungkin budak baru yang aku tak perasan kot” Zura cuma mententeramkan hatinya.

Entah macam mana, tiba-tiba salah satu pen Zura terjatuh di bawah meja. Zura terus menundukan kepala untuk mengambil pennya. Sejurus memegang pen zura memandang di hadapan. “Ya Allah, lembaga di hadapannya tiada kaki” Hampir Zura menjeritkan suaranya. Kosong ruangan bawah kerusi itu hingga boleh dia melihat pintu keluar di hadapannya. Zura berfikir pantas. Dia tidak mahu ‘lembaga’ itu tahu dia dalam ketakutan. Lebih baik di dalam keadaan seperti tadi dan dia harus segera keluar dari bilik study ini.

Zura bangun pelahan.. “Huarrghhh” Zura sangap kerana ingin menjalankan strategi yang difikirkan tadi.

“Saya mengantuklah, saya hendak balik bilik” Degupan jantung Zura bagai hendak pecah kerana cuma mengawal ketakutannya.
Zura pelahan bangun dari kerusi sambil mengemaskan barangnya.

Tiba-tiba gadis itu bersuara ” Awak dah tahu ke?”. Serta merta bulu roma Zura berdiri sama macam dia berdiri. Zura membisu dan terus bergerak ke pintu. Rasa macam jauh pula pintu.

“Awaakkk… pemadam awak jatuh di kaki saya. Awak dah tahu ke?” Bertambah laju Zura berjalan.

Sampai di pintu Zura sempat melirikan mata ke dalam bilik study. Hilang??.

Tiba-tiba…. “Psssttttt….” “Bau kari????”

Segera Zura berlari ke bilik.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

3 thoughts on “Hantu Pelajar”

Leave a Comment