#HAZ-Penunggu bukit

#HAZ-Penunggu bukit
Assalamulaikum aku ucapkan kepada semua pembaca fs. Terima kasih admin kerana memberi ak peluang berkongsi cerita dan pengalaman disini. Aku perkenalkan diri sebagai Haz.Berasal dari pantai timur. Sebelum ni saya banyak membaca kisah yang dikongsikan oleh kawan-kawan di fs sehingga saya tertarik untuk berkongsi kisah aku pula.

Kisahnya aku pelajar sebuah kolej di pantai timur. Kolej aku ni kalau nak sampai mesti redah hutan,bukit-bukau dan sebuah resort lama ditinggalkan barulah jumpa kolej aku. Kalau waktu malam boleh korang bayang macam mane situasi? So satu malam yang hening aku ada kelas ganti biasa lah kan budak kolej. Aku ada kawan rapat merangkap housemate aku sekarang seramai 6 orang namanya Far, Kha, Sof, Win dan Nis. Masa kelas tu Nis ni kurang sihat. So kami habis kelas ganti pukul 10 malam mcm tu dan plan nak balik bilik kitaorang sebab esok kelas pagi, dalam keadaan malam yang sejuk tiba-tiba angin kuat menerjah kami lalu Nis jatuh dan tidak sedarkan diri untuk pengetahuan kalian nis ni ada penyakit asma, jadi aku ingat dia diserang asma.

Aku pun berkata kepada yang lain” angkat nis masuk dalam kereta”(kebetulan aku sorang je perempuan yang ada kereta masa kelas tu). Kitaorang angkat dan tak fikir panjang dan bawak Nis ke klinik kesihatan berdekatan yang kena redah hutan, bukit dan resort lama lalu ak call classmate baik ak lelaki.

Aku: “riz ikut aku kejap hantar Nis klinik eh sebab semua perempuan ni takut jadi apa-apa mu ikut belakang dengan kereta”
Riz: “ok nanti aku sampai”

So kami dalam kerata senyap je just yang lain dekat belakang suruh nis ni banyak doa apa yang patut. Kami ambil masa nak sampai klinik tu kena redah semua tu dalam 10minit jugak naik bukit kata Kana berat bawak beban satu kereta.Then sampai simpang masuk ke klinik yang gelap cuma ada beberapa batang je lampu jalan serta kawasan perkuburan islam dan kawasan perumahaan yang sunyi. Setelah kami sampai di pintu gerbang perumahaan tu aku dengan tiba-tiba brek kereta dengan mengejut sebab ada seekor kerbau besar dan hitam melintas dengan tiba sambil melihat aku.

Sof:” Haz, mu x nampak ke kerbau depan takdi”?
Aku: “Sumpah wey aku x nmpak dekat baru nmpk kerbau tu!”
Kami meneruskan perjalanan tanpa fikir apa-apa yang penting nak sampai klinik untuk rawat nis. Dalam 15 minit kami semua sampai klinik dan riz sampai sebuah kereta 4orang gitu.

Selepas 45minit lebih kurang kami di klinik dan nis boleh balik so kami 2 buah kereta konvoi sekalilah cuma aku duduk depan so Riz ikut belakang. Jadi nak balik kolej kitaorang kena redah balik lah yang kami lalu tadi. Masa otw balik aku tengok cermin sisi nak pastikan Riz lah ok ke tak dengan tiba-tiba aku lihat kain putih duk ikut je kereta Riz ni aku cuma diam dan baca ayat kursi dalam hati tapi kami heran dengan tiba kami dalam kerata diam je tak macam tadi riuh.

So kami lalu di resort lama tu dengan tiba-tiba ada satu objek muncul di hadapan kereta dan cermin sebelah aku tapi aku buat biasa je sebab aku je nampak benda tu perwatakan macam monyet besar so aku diam dan buat biasa kawal kereta takut jadi apa-apa dengan bawak banyak nyawa anak orang ni. So aku diamkan apa yang aku nampak sebab geng aku ni semua penakut, aku tak putus-putus baca ayat kursi mintak takda apa-apa yang berlaku.

Kami sampai kolej kami pukul 11.45 macam tu dan aku lihat cermin sisi sekali lagi untuk pastikan benda tu tak ikut kitaorang dan aku amik keputusan untuk ronda kolej dalam 2 round taknak bagi benda tu ikut kitaorang. Kami semua letih dan habislah sesi ronda kolej kami dan Riz tetap tunggu kita orang nak pastikan masuk hostel dengan selamat tetapi aku lalu dekat kereta Riz benda tu tetap ada dekat kereta dengan hitam, besar, berbulu dan rambut panjang so aku pm call lah si Riz ni suruh ronda dulu beberapa round macam aku buat tu.

Malam tu kami tidur 4katil 8 orang sebab ada kawan aku tumpang tidur sekali, boleh bayang macam mana situasi?. Tapi mata aku ni degil semacam je takleh nak tido so aku call abang aku yang menetap di KL(abang aku ni jenis pandai sikit untuk pengetahuan aku dan adik-beradik ni jenis boleh nampak benda2 macam tu dari kecil lagi sampai sekarang).

Aku: “Alang, kak nmpk something masa balik tadi”(so aku cerita dekat abang aku kisah2 aku malam tu)
Along: “Hantu raya tu kak. InshaALLAH kak takde ape2 esok buat air basuh kereta”
Aku:”ok Alang.”
So tamat kisah aku .Maaflah kalau cerita aku panjang sangat atau tak seram kalau aku free nanti karang cerita baru “kisah hostelku, laluan dia”. Untuk pengetahuan kalian kisah aku alami ni memang famous kat area kampung kolej aku.

7 thoughts on “#HAZ-Penunggu bukit”

  1. Mintak nyawa lepas baca cerita seram ni..sama mengah dengan lari dari hantu….
    Ye dik…full stop dgn comma sangat penting dalam karangan.

    Apa2pun teriima kasih sbb menulis

    Reply
  2. cerita merepek.dah apa jadi ngn kawan kau tu? klinik kesihatan malam2 spe jaga..citer la details..baru best…ini nampak kain, nampak monyet la..pastu abis….

    Reply

Leave a Comment