Hidup Dalam Mati

Assalamualaikum warga FS.

Lebih kurang 4 bulan aku mengikuti “Protokol” yang disediakan untuk memerangi kanser yang sekian lama duduk menumpang dalam tubuh aku. Selesai perubatan modern aku mengikut aturan yang ditetapkan untuk berubat cara kampung. Dalam konteks “Cara kampung” ini ada incomplete fact yang Abah silap. Ilmu agama yang ada dalam keluarga aku tak begitu tinggi. Kami islam hanya pada nama. Sebelumnya hidup kami sekeluarga hanya tertumpu pada pencarian saham dunia sampai lupa pada bakul akhirat yang masih kosong. Aku anak ke 2 dan anak lelaki sulung dalam 5 beradik.
Semenjak memegang gelaran “Pesakit” perhatian lebih banyak di berikan kepada aku.

Lebih kurang pertengahan bulan 8, aku ikut Mak angkat aku balik ke kampung untuk berubat cara islam. Ayat suci Al-Quran digunakan sebagai penawar. Air kelapa dan air zam-zam sebagai pencuci racun yang ada dalam badan. 2 minggu berada di bawah jagaan Ustaz A.Rahman badan yang lemah mula terasa segar. Tidak ada gangguan fizikal/mimpi yang mengganggu seperti sebelumnya. Sepanjang tempoh berubat aku juga belajar ilmu agama. Sekadar untuk membangkitkan semula islam yang terkubur lama dalam jiwa. Alhamdulillah aku sudah mampu untuk mendirikan solat.
Waktu berubat di kampung tidak ada sebiji ubat pun yang aku ambil. Bahkan aku terasa lebih sihat tanpa ubat.

3 hari sebelum temujanji aku dengan pihak hospital. Aku tiba-tiba jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Hasil ujian menunjukkan keputusan yang kurang baik.
Kita hanya mampu merancang tapi Perancangan dari Allah adalah yang terbaik untuk aku. Aku minta untuk berubat lagi dengan Ustaz A.Rahman. Abah tak setuju.
Abah marah kat Ustaz yang rawat aku. Bagi dia Ustaz tu cuma nak duit untuk merawat aku, sebab tu sakit aku datang balik bila aku jauh dari dia. Padahal tak sedikit pun bayaran yang aku buat diterima.

Atas nasihat kawan kerja abah kami terbang ke Sarawak untuk berubat “Cara kampung”.
Ada patung kecil yang di buat dari kain yang berwarna hitam.
Pakcik tu minta aku baring dan 13 batang jarum halus yang panjangnya lebih kurang 3 inci ditusuk kat beberapa bahagian kat badan aku. Mula dari kepala sampailah kaki.
Sakitnya masih dapat aku rasa sampai sekarang. Dia juga buat benda yang sama kat patung kecil warna hitam tadi.

“Ma sakit sangat ni”. Aku pandang Mak yang duduk dekat dengan aku. Abah awal lagi dah keluar bila pacik tu mula cucuk jarum kat kepala aku.
“Tahan sikit ya, kita nak Ed pulih balik”.

Jarum-jarum yang ada di tekan sedikit demi sedikit. Tak berhenti aku sebut Allah dalam hati sepanjang berubat. Biarlah ini jadi yang terakhir kali kami ke sini.
Aku dan patung kecil tu seakan ada connection. Bila pacik tu panaskan jarum-jarum yang ada pada patung tu, jarum yang ada pada tubuhku juga terasa panasnya.
Menggigil seluruh tubuh tapi yang lebih peliknya, aku tak boleh bergerak langsung masa tu. Nak bercakap pun mulut ni da macam terkunci.

“Anak encik ni bukan cuma sakit biasa, dia juga dah terkena buatan orang”. Pacik tu bagi rumusan yang tak logik kat mak dan abah.
“Tapi tok itu tak mungkin dan kami ke sini sebab nak tok tolong pulihkan sakit anak kami”. Bantah Abah. Aku malas nak masuk campur.
“Selain sakit tu dia mmg da kena buatan orang!! korang berdua kena bawa dia datang ke sini utk berubat sekurang-kurangnya 2 minggu sekali”.katanya dgn nada marah.
“Tak boleh ke kalau tok buang je semua tu sekarang?”. Soal Abah lagi. Kalau badan aku tak lemas da lama aku tarik mak dengan abah keluar.
“Nak dia sembuh kamu ikut syarat aku. Nak dia mati kamu ikut la cara kamu”. Aku pegang tangan Abah dan buat isyarat untuk pulang.

Sepanjang perjalan ke airport sampailah flight touchdown kat KLIA kami semua diam. Sampai di rumah aku terus masuk ke dalam bilik. Depan cermin aku nampak
bekas lebam di setiap tempat yg ditusuk jarum tadi. Pintu bilik di ketuk. Mak Masuk dan aku nampak riak muka dia terkejut tengok bekas lebam yg ada.

“Ed okay?”
Aku senyum tanpa menjawab, tanda soalan itu tak wajar di utarakan.
“Mama dgn Abah nak yang terbaik untuk anak kami”. Buat pertama kalinya pelukan dari mak buat aku sakit.
“Ed tau. Tapi perlu ke sampai berubat dengan bomoh?”
“Kawan abah cakap dia boleh sembuhkan semua jenis penyakit. Kita kena ikhtiar”.
“Ikhtiar dengan cara baik Ed tak kisah ma. Tapi bila kita jumpa bomoh untuk berubat, ini dah di kira syirik”. Tegas ku.
“Ed lagi rela kalau kita berubat cara islam, macam yang Ed buat dengan Ustaz A.Rahman. Sikit pun tak sakit cara dia ma”. aku cuba yakinkan mak.

“Betul cara Ustaz tu tak sakit. Tapi tengok apa dia dah buat. Ed bukan makin baik tapi makin teruk dibuatnya!”. Tak tau sejak bila Abah berdiri dekat pintu.
“Abah tetap dengan keputusan abah. Rawatan hospital kita dah buat, dengan ustaz Ed dah buat. Sekarang giliran abah untuk buat cara abah”.
“Takde apa lagi yang Ed boleh buat bila abah dah cakap tu. Cuma ed harap abah tak salah pilih jalan”.
“Biar abah yang urus semuanya. Ed cuma kena ikut”. Bila abah dah buat keputusan biasanya tak ada yang mampu mengubahnya.

Malam tu masa tengah tidur, aku mimpi yang aku tengah berdiri di rumah pacik sarawak tu. Patung hitam yang masih berjarum itu diasapkan.
Terdengar seakan mentera di baca dan di hembuskan ke arah patung hitam. Aneh bila terasa hembusan angin di seluruh tubuh ku.
Selesai mentera di baca, petung hitam kemudian di masukkan ke dalam peti besi kecil sebelum diletakkan di atas bara.

Aku tersedar dari tidur bila terasa bahang panas dalam bilik. Suhu dingin bilik tak mampu untuk hilangkan bahang panas. Aku jerit panggil mak dan abah.
“Abang kenapa ni? Abang demam ni”. adik lelaki aku pun kejutkan mak dan abah. Macam biasa bila keadaan macam ni berlaku takkan ada tempat lain
dituju selain hospital. Kejadian pelik seterusnya, bila sampai dekat hospital suhu badan aku dah kembali normal. Doktor cakap semua normal.
Dia pun pelik bila dengar cerita tentang demam aku tadi. Malam tu bila sampai rumah aku call ustaz dan ceritakan tentang mimpi aku dan ritual perubatan
yang aku buat di sarawak tu. Ustaz minta aku banyakkan zikir dan baca surah2 yang dia bagi waktu aku berubat dengan dia. Ustaz akan cuba bantu aku dari jauh.
Abah pula rupanya dah jemput pacik sarawak tu datang KL. Sebab nak dia habiskan rawatan dia dekat aku. Aku dah buntu nak buat macam mana untuk sedarkan abah,
perubatan “cara kampung” yang dia buat untuk aku ni tak betul.

Allahumma Yassir Walaa Tu’assir
Maaf cerita saya ringkas sangat. Semoga dapat menjadi pengajaran buat sahabat di luar sana.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

66 thoughts on “Hidup Dalam Mati”

  1. Semoga penulis sembuh amin… Harap dapat kongsi secara mendalam semasa berubat dengan bomoh dari sarawak semasa datang ke semenanjung… Suka gaya penulisan penulis senang faham

    Reply
  2. Macam nilah, memang awak tak tahu macam mana nak sedarkan abah awak macam mana. Tapi sekurang-kurangnya berdoalah pada Allah supaya dibukakan hati menerima hidayahNya. Semoga awak cepat sembuh dan dibuka pintu hati abah awak ya.

    Reply
  3. Ayah kau dah kenapa percaya benda khurafat tu semua? Sorry to say bro tapi rasa nak hentak pulak ayah kau ni. Dah baik baik kau berubat dengan ustaz boleh pulak nak bawak kau pergi berubat cara bodoh tu. Bomoh tu kawan ayah kau ke pe sampai mcm tu sekali dia percaya kat bomoh tu?

    Reply
    • Kannn,
      Nie kita setuju,
      Dah elok berubat perubatan Islam,
      Tiba2 pergi berubat gan bomoh lak,
      Tak pepasal kau dapat banana lain lak,Ed…
      Semoga diberikan kesembuhan kembali,
      Ingat,perubatan moden&perubatan Islam penting dalam proses pemulihan,
      X salah mencuba k,
      Asalkan masih dalam landasan Agama,
      Solat,Zikir&mengaji jangan lupa,
      Itu senaman tuk dalaman diri….

      Reply
      • Kan lagipun dia ada cakap family dia islam hanya pada nama so no wonderlah dan faham maybe ayah dia tak buat apa yang Allah perintahkan dan iman dia senipis bawang dan mudah percaya dengan perbuatan khufarat. Tapi takkan xboleh fikir itu bomoh kot??!! Alhamdullilah ED ni tak macam ayah dia dan masih mengamalkan ajaran Islam kalau x tak tahulah memang sama sama semuanya hanyut

        Reply
      • Allah tak bagi ujian yang kita tak boleh tanggung. InsyaAllah semoga pintu hati abah terbuka untuk lebih menilai dgn lebih baik.

        Reply
        • Alhamdulillah Syed or Ed…awak xmelatah pun bila org kata kat abah awk…semua tu mungkin sbb mereka syg n kasihan pada awk yg menanggung akibatnya…
          FazAhmad…simpan sikit rasa mrh U ok…sian syed bc ko kata kat abah dia…
          Apa pun saya doakan Syed diberi kesembuhan segera…Aamiin…

          Reply
          • Alhamdulillah kak. Nak marah pun dah tak guna sekarang ni kak, dia ttp abah saya. Syed cuma mampu usaha ke arah kebaikan. Amin YRA terima kasih kak.

  4. Kesian kat anak… teringat kesah hampir 10 thn dulu.. bile sorang bapak yg tinggi ego.. x percaya hal mistik sedangkan anak sendiri yg kena.. x bole di tegur kekurangan n kejahilan diri tentang agama… sampai sanggup keluarkan kata2 yg menunjukkan kejahilan diri tentang agama sedangkan usia da separuh abad… abes seme ustaz di pangkahnye… suruh jadi ustaz xnak plak.. ke x layak… huurrmmm…

    Reply
  5. Klu aku jd penulis, rasanya mcm nk lari dr rumah je… bila baca pasal berubat “cara kampung” tu, rasa seriau pulak.. main cucuk² jarum.. ingat ini akupuntur ke?? Heeeeee

    Reply
  6. Ed dah intro famili dia hanya islam pada nama..xsolat x apa..ed kenal islam sejak dgn ustaz tu..
    Jadi logik la ayah dia gitu.
    Allah..tabahla hati mu nak..
    Ayat kursi jadikan amalan..faham &amal.insyaAllah.klau dh amalan akan ampuh..klau baca masa kena kdg xmnjadi..

    Reply
    • Apa maksud kau xsolat xpa?? Kau nak ckp solat tu xpentingla kan kalau nk buat pun xpa gitu?? dan perkara remeh sahaja kah?? Bodo sial kau ni nak bagi nasihat tapi bukan cara ini macam bro solat tu tiang agama bro kau sapa nak ckp xsolat pun xpa?? Dsr munafik agama

      Reply
  7. Assalamualaikum semua. Maaf sebab dah buat cerita yang tergantung mcm ni.
    Bukan di sengajakan, cuma masih dlm proses lagi. Aku cuma ingin berkongsi tentang apa yang sedang berlaku. Terima kasih buat yang mendoakan aku. InsyaAllah panjang umur nanti aku share lagi dengan lebih detail.

    Reply
    • ED .. Tabah ye..
      Anggaplah sakit ini penghapus dosa.
      Ayah sayangkan awak.. Cuma cara nya menyimpang..

      Moga Allah kuatkan hati awak untuk berusaha .
      Sentiasa doakan Allah bukakan pintu hidayah utk ibu bapa awak
      Dipanjangkan umur..
      Dan kekalkan mereka dalam hidayah..

      Jgn penat utk berdoa.. Sbb mereka x pernah penat berusaha untuk sembuh kan awak.

      Reply
  8. Bila dah jadi mak-mak ni, kita memang nak yang terbaik untuk anak. Saya faham ayah penulis. Kalau awak kuat untuk bercakap dengan ayah, pujuklah n slow talk. Apapun, sebagai anak doalah semoga Allah tunjukkan jalan/kebenaran kepada ayah awak.

    Reply
  9. First nak cakap,
    AKAK TAKOT JARUM…!!!
    Semua jarum yg cucuk kt tubuh badan akk ANTI SESANGAT…
    Akk suke jarum jahit jer…
    Terus bisa2 ngilu badan akk wei membygkan jarum 3inci tu cucuk2 kat badan, saket woooo…!!!
    Aarrgghhhh…!!!

    Papepon akk doakan semoga semuanya berbalik pada Allah…
    Semoga semua urusan perubatan dipermudahkan…
    Semoga Allah memberikan pengakhiran yang terbaik di sisi dan perhitunganNYA…
    Aamiin…

    Reply
  10. Kuatkan semangat..jgn berhenti zikir..banyakkan baca Al- Quran..semua rasa sakit yg datang tu walaupun bomoh tu punya keja tapi dengan izin Allah..Allah nk uji sikit tu..bnyak2 doa ye..GWS

    Reply
  11. Syed rupanye… GWS bro thanks update lg.. usaha la.. jangan pernah berhenti berdoa… Semoga Allah mendengar doa syed Dan dipermudahkan segalanya..

    Reply
  12. Ibu bapa semua nk terbaik untuk ank2… sy fham prasaan ayh ed..nk anak cepat sembuh… ikhtiar berbagai cara.. xdapat sabar dengan cara mengubat yg amik mase lame untuk sembuh.. xpe laa ape2 pun doa.. nk berubat pom sme mcm jodoh.. kene jumpe yg salah dulu..bru jmpe yg serasi..
    Opss..terlajak sampai ke jodoh..

    Reply
  13. Hmm.. Ingatkan pakai jarum nak buat akupunktur, rupanya bnda khurafat, bnda syirik jugakk…

    Semoga Allah sembuhkan syed dan diberikan hidayah kpd ahli kluarga syed… Hidayah tu milik Allah,, apa yg jadi mesti ada hikmahnya…Tetapkan hati syed pd Allah…

    Amalkan zikir, Alfatihah, ayt qursi n 3qul yg paling penting… Lepas solat amalkan jugak 3 ayt terakhir surah Al-baqarah n ayt 1000 dinar.. InshaaAllah

    Reply
  14. Sy cukup marah bila baca cerita macam ini.
    Sebagai seorang ayah dia kena la juga dengar tuan punya badan.
    Walaupun tuan punya badan tu anak sendiri. ??
    Semoga awak tabah dan semoga cepat sembuh penulis.

    Reply
  15. Curi la patung tu balik dan serahkan pada ustaz.. Patung tu ibarat diri awak..
    Quite complicated..
    Saya doakan awak dan keluarga berjaya lepaskan diri dari perkara syirik ni dan harap awak dekatkanlah diri dengan Allah dan Alquran selagi diberi kesempatan bernafas.

    Reply
  16. Salam Ed. Sedih baca cerita awak ni. Semoga awak diberi kekuatan melawan rasa sakit. Sy doakan semoga abah awak segera sedar dgn cara perubatan bomoh yg salah tu. Jgn putus asa pujuk abah awak untuk teruskan berubat dgn ustaz tu. Baik awak secara diam-diam hubungi ustaz tu..biar dia bantu secara jauh. Juga rajin-rajinkan buat solat sunat, mohon supaya abah dan keluarga awak diberi hidayah. Awak sendiri kena berusaha dekatkan diri dengan Allah. Seoga urusan awak dipermudahkan.

    Reply
  17. Tak bole ke awak lari je dari rumah tu? lari jauh ke tempat yang lebih selamat?
    Sorry cakap abah awak sekarang ni dah macam bukan tolong sembuhkan awak tapi dah mempercepatkan kematian. Sedih baca cerita ni.. Saya harap sangat pengakhiran yang baik untuk awak ed.

    Reply
  18. Teruskanlah rawatan di hospital tu, mmg side effect nya awk akan rasa teruk sangat, stomach upset and so on. Tapi teruskan juga, sbb stakat ni tak ada research lagi yg dpt confirm alternative medication utk cancer. Kalau nk cuba rawatan alternative, cuba baca link ni if rajin. Dan kalau boleh, jgn terus percaya kalau ada org tawarkan kaedah homeopathy. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3727181/ ni link ni, dia guna herbs. Tapi kalau nk cuba pun, lpas 2-3 bulan, test liver function test and renal profile kat hosp. Sbb takut ada side effect kpd liver atau renal. Tpi teruskan lah mkn medication yg ambil drp hosp.

    Reply
  19. Tiara cuma nak wish abg syed hidup yg lebih baik d masa depan… Semoga ayah abg syed terbuka hati dan akal fikiran untuk berfikir dengan lebih baik.

    Reply

Leave a Comment