Assalamualaikum kepada admin dan pembaca -pembaca tegar Fiksyen Shasha. Terima Kasih pada admin andai kisah aku dikongsikan.
Kisah ini terjadi sekitar awal tahun 2012 . Saat ini aku sekeluarga menetap di Trong, Taiping Perak kerana mak aku mengikuti suami barunya yang berasal dari sana. Mak aku berniaga di waktu malam sahaja. Kedai yang mak aku berniaga ini berkembar dengan rumah aku.
— DENGKI —
Pada permulaan perniagaan mak aku, Syukur Alhamdulillah , Tak putus-putus rezeki Allah swt kepada kami sekeluarga. Namun segalanya hanya seketika sahaja semenjak diselubungi SIHIR. Teruk sangat kehidupan kami saat itu. Masak nasi then buka tudung periuk terus beras-beras menjadi ulat sampah yang melata di keliling periuk. Goreng ayam tak sampai setengah jam, ayam menjadi tersangat busuk (seakan bangkai). Masak air panas satu periuk besar, tak sampai 5 minit tutup api, air jadi tersangat sejuk…
Penat akan situasi yang dihadapi, Ayah tiri aku segera pergi berubat cara kampung. Setelah beberapa jam, Ayah tiri aku pulang dengan membawa garam dan air penawar katanya. Segera dia merenjis2 dan melakukan cara-cara yang disuruh oleh “Bomoh” tersebut. Keesokan harinya keadaan kembali pulih namun hanya sementara.
Dugaan mendatang dengan lebih teruk saat suatu malam ketika mak aku sedang memasak, Dia dirasuk . Memang takut sangat saat itu. 7 orang kawan-kawan aku dan termasuk aku memegang tubuh mak aku sementara ayah tiri aku memangil ustaz untuk memulihkan mak aku. Lambat sungguh Ustaz n ayah tiri aku nak sampai, dalam 20 Minit kami bersama-sama dengan mak aku yang tengah dirasuk itu .
Sempat juga la sorang kawan aku bernama Alif ni memulakan perbualan dengan hantu itu. Dia bertanya, “hang sapa, hang nak apa dengan acikk ni” . Mak aku menjawab, “Aku nak dia sengsara. Tuan Aku suruh aku musnahkan perniagaan Dia. Aku datang kerana Hendak memberi peringatan pada dia” .. Kecut perut kami saat itu. Ya lah, masing-masing saat itu berumur 17 tahun tanpa ilmu apa-apa.
Seorang kawan aku bernama Azahar nih panas baran sikit, then dia jerkah Mak aku ni, “Hang makhluk celaka! Hang keluar sekarang. Bodoh… Tak guna” dan berbagai lagi carutan yang tak patut aku nyatakan. Aku luku kepala si Azahar nih, panas hati sikit sebab dia tengking mak aku nih, terus dia jawab, “sorry la along, aku tengking hantu tuhh, hehe”. Selepas dengar tengkingan Azahar nih, Mak aku segera menjawab, “Awat hampa cengeyy (Garang) sangat. Hampa nih ilmu banyak mana sangat, nak cuba kaa aku masuk dalam badan hampa pulak?”. Terus mak aku ketawa besar tapi suara lelaki. Tersangat bengis mukanya saat itu. Pucat terus muka si Azahar ini then terus bisik kat aku, “sorry along, aku kena balik. Nak beli gula kat mak aku”. Jilaka punya kawan, tadi bukan main berani, now nak lari pulak.
Ustaz dan ayah tiri aku dah tiba. Ustaz dengan seorang muridnya segera membaca potongan surah-surah Al-Quran. Mak aku dah semakin ganas, sambil bersila dan seakan-akan membuka silat. Ustaz nih pon seakan buka silat juga, lawan pi lawan mai, mak aku menjerit-jerit kepanasan. Katanya dia tak boleh balik, nanti tuan dia marah. Ustaz bagi 2 pilihan sama ada nak balik dan berjanji takkan kembali atau mati disiksa. Awalnya dia mengeras jugak tak nak balik, tapi akhirnya dia nak balik dan berjanji takkan kacau dah.
Selepas semuanya selesai, ustaz cerita, “Hampa tau tak , Bomoh yang hampa pi minta tolong tu lah yang hantar semua ni”. Kami semua yang ada di sini dah mula tak faham. Then ayah tiri aku bersuara “Dia nak hantar pasaipa pulak dah, takkan duit pengeras RM 50 tak cukup kot?, sebab tuh nak mai balas dendam” , berkerut dahi dia dan bermuka serius.
Terletusnya ketawa kami semua termasuk mak aku yang baru sedar. Ustaz itu bersuara ketika ketawanya sudah selesai, ” Hampa ni ada musuh, ada orang dengki dengan perniagaan hampa. Lepas tu, dia pi jumpa dengan sorang bomoh ni tuk musnahkan perniagaan hampa. Dalam masa sama hampa pi lak jumpa bomoh yang sama untuk mengubati perniagaan hampa, memang terkena la hampa nih”. Segera ayah tiri aku berseloroh, “Ahh, ruginya 50 akuu”.
Kira-kira 1 jam setengah ustaz itu dirumah aku, dia pon dah nak balik. Sebelum balik dia dah “Memagar” rumah dan kedai aku . Syukur Alhamdulillah segalanya selamat dan berjalan seperti sebelumnya. Pelanggan pon semakin ramai, perniagaan semakin maju.
Keesokannya, Abang si Azahar nih cerita kat kami ramai -ramai yang si Azahar tuh kena sampuk. Demam, menggigil tanpa henti. Kami ramai2 pergi melawatnya dirumah , dan pinta dia ceritakan apa yang terjadi. Dia pon buka cerita, “Dalam jam 11:40 macam tu aku nak pi berak, aku minta la abang aku pi teman, ( jamban rumah mereka 100 meter di luar rumah ) abang aku stay depan jamban sambil isap rokok. Dalam 3 minit aku selesaikan hajat aku, aku tertengok kat bawah mangkuk tandas dan terlihat ada tangan yang menghala ke atas lantas terus jentik telu* aku . Merapak lari aku” .
BOOOOMMMMMMMM !! .. Semua diantara kami ketawa. Seakan orang gila dah. Seingat kami yang pegang mak aku semalam, dalam jam 11:41 tu la si hantu tu keluar, rasanya pi singgah kat si Azahar “GARANG” ni kot. HAHAHA.
Segalanya berlalu sehingga tiba suatu masa, kami sekeluarga pindah ke rumah baru dek kerana rumah yang sedang kami diami saat itu terlalu usang. Setibanya kami ke rumah baru itu, meremang habis satu badan. Rupanya rumah ini ada 3 “SAHABAT LAIN ALAM” yang “TERPERANGKAP” dan sedang mendiaminya..
InsyaAllah, akan aku sambung pada masa akan datang.
*maaf andai cerita ini tak berapa nak seram.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Makhluk halus mmg menyeramkan…
Tapi makhluk yg suke main kasar ble xleh tgk orang lain senang tu lg menyeramkan…
Bnyk kes akhir sbb dengki la. Manusia- manusia…
Smbung cite yg ko nk cite tu.
Seram dan kelakar.