Highway

Assalamualaikum & hi readers FS. Okay first thing kalau admin publish cerita ni terima kasih bebanyak. Cerita aku ni baru jadi jugak sebenarnya, dan semestinya masih segar dalam ingatan.

9/2016 – Aku dengan kengkawan ada plan birthday party member, takda lah party sangat just makan-makan dengan potong kek. Nak dijadikan cerita kami sebanyak dua buah kereta pergi lah sesama. Selesai semua makan, kami beransur dan ikut jalan memasing. Ceritanya bermula disini… hihihi. Kereta kawan yang aku naik ni kami ada berlima dan yang ada dalam tu aku namakan sebagai A, N, S, M. So lepas kitorang beredar tu, si A ni ajak jejalan tengok bandar lama tak jalan katanya. Okay lah M setuju memandangkan dia yang drive. Dari lokasi kami nak ke bandar tu agak jauh jugak sebenarnya.

Malang tidak berbau, M drive dengan tenangnya dikejutkan dengan tayar pecah. Dah lah masa tu hampir 12 tengah malam, kami kusut. Nak tukar tayar pon berejam sebab memasing takda pengalaman, sempat M hubungi rakan-rakan terdekat untuk tolong. Selesai tukar tayar, rupa-rupanya tayar spare tu takda angin, makin tak keruan kami. Takda pilihan lain, kami cari alternatif lain dan tak nak menyusahkan orang lagi. M dapatkan tow truck, dan kami yang berempat ni dapatkan uber. Kedua-dua datang dalam masa yang sama. Alhamdulillah! Dah lah kami stuck tengah-tengah flyover.

Tow truck bergerak, uber ikut dari belakang. Tapi abang uber sempat isi minyak, dan teruskan perjalanan. Kami memang tahu abang uber akan naik highway, tapi tak sangka pula dia akan naik highway yang satu ni, di mana highway ni sangat tak banyak kenderaan gunakan waktu malam. Ada highway lagi satu tu memang banyak kereta, tapi benda nak jadi. Masuk je dalam highway memang tak nampak apa abang uber juga guna hi-beam, cuma dua tiga kenderaan sahaja yang ada, bayangkan hampir 1 pagi. Paling ekstrem bila depan kami ada satu lori tangki yang slow sangat tapi hanya disedari kehadiran dia dalam jarak 20 atau 30 meter macam tu, sangat gelap.

Tapi start uber masuk highway aku perasan tetiba uber slow, pada aku sebab gelap. Kami berempat aku A, N, S yang sakan berbual pon tetiba senyap. M naik dengan tow truck. Memasing senyap yang macam takda apa dah nak dibualkan, padahal kami ni jarang senyap haha. Perjalanan kami atas highway tu ada lah kurang dari 30 minit sebab uber pon slow, semakin hampir dengan kawasan exit kami baru ada lampu, tapi sebelum sampai tu ada something jadi hihi.

Masih di atas highway dan dalam kegelapan, aku yang tengah belek phone check soc-med tiba-tiba terbau… cliche kan ? Tapi ni real, and aku tak expect apa pon masa tu. Nasib baik tak tegur. Bau yang aku tak boleh blah punya beb, sampai aku kesat hidung aku sebab dah menusuk betul bau tu. Dalam aku tunduk kesat hidung sebab busuk tu, sempat aku lirikkan mata kanan tengok abang uber, dia rileks je beb tenang je muka. Yang lagi bertiga kat belakang tu aku tak tahu jadi apa haha. Hilangnya bau tu bila kami dah sampai kawasan exit. Lepas tu abang uber tu drop kami aku pon takda tanya apa-apa kat diorang. Semua dah lesu je muka sebab dah lewat. Memasing balik rumah.

Esoknya pula, si A masuk dalam group whatsapp kami. Si A ni memang takda mukadimah apa dia seloroh je tanya semalam kat highway ada “nampak apape” ke ? Dia punya “nampak apape” tu je aku dah seriau kejap, padahal tengahari. Masa tu aku je baru reply, aku cakap lah takda apa sebab tak teringat pasal bau. Then A bukak cerita dia, dia cakap lepas kitorang senyap dari berbual tu mata dia ni melilau tengok luar tingkap menyaksikan panorama malam yang maha gelap dan seram, tengah leka dia melilau dia terperasan sesuatu dekat jalan sebelah sana di mana jalan tu arah bertentangan lah.

Tajam pula mata si A ni, dia nampak ada perempuan serba putih tengah pimpin budak kecil, masa ni aku yang tengah baring sambil whatsapp terus terbangun. Aku nak pastikan bacaan aku, aku tanya serius ke A ni. A ni memang jarang gebang, dan aku yakin dia tak buat cerita. Dia kata serius dia nampak lepas tersentak dia baca ayat-ayat suci pandang semula dah takda. A kata gaya mereka tu macam menunggu sesuatu, tunggu untuk ditumpangkan agaknya…

Kemudian masuk si N pula, dia cakap dia memang rasa tak sedap juga dan dia perasan A kumat kamit baca. Dia tahu ada benda tak kena, dia diamkan diri. Sebab N ni lemah semangat, 2 3 kali juga pernah histeria. Aku pula buka cerita pasal bau, yang ni aku pelik plus seram sebab aku dengan N je yang bau. N cakap dia memang bau tapi dalam otak dia cuma tak sabar nak keluar dari highway. Paling pelik si S takda rasa, bau lagikan nampak. S meragui tapi aku tahu dia percaya cuma dia sedapkan hati sebab S ni nurse hehehe faham-faham je lah tempat kerja dia lagi ekstrem kan.

Bila aku fikir balik pasal abang uber yang drive slow sangat tu barangkali ada benda tumpang kot? Masuk akal juga dan diiringi pula bau busuk yang amat. Tapi Alhamdulillah takda gangguan yang serius jadi cuma seakan teguran mungkin? Sebab kami pon puas gelak sebelum tu, mungkin jangan suka sangat kaedahnya. Since memasing cerita kat keluarga memasing, semua kata highway tu memang yang hati kering je lah mampu guna waktu malam. Yang lelain wallahu’alam.

Sorry lah kalau kisah biasa je tapi aku semangat menaip. Hahaha ciao !

10 thoughts on “Highway”

Leave a Comment