Himpunan Kisah Seram 1

Assalamualaikum admin dan para pembaca sekalian.

Amboi, sedap ja kata sis irresponsible ye. Tak baca betul-betul ka? Kan aku dah cakap yang aku sudahpun bagitahu pada parents Damia, tapi parents dia yang culas. Lagi satu, si ‘kakak’ tu bukan aku yang bawa ke kelas. Aku pun baru mula mengajar kat sekolah tu masa tu. Kan Damia dah kata yang ‘kakak’ tu bagitahu dia bahawa tempat tinggal ‘kakak’ tu kat sekolah tu. Haaa maqoh, maqoh.

Buat sis Kim Elmi, maaf aku tak tanya pula pada Damia bagaimana rupa ‘kakak’ tu.

Untuk kisah kali ni, aku akan ceritakan koleksi cerita pendek berdasarkan pengalaman aku dan orang sekeliling aku.

MANA ANIS?
Selepas habis SPM, aku pernah sambung diploma di UiTM JB. Tapi untuk satu sem sahaja, dan aku berhenti. Jangan tanya kenapa sebab kalau aku cerita nanti, habis sekotak tisu kat rumah korang. Sob sob sob.

Jadi, sepanjang satu sem aku di UiTM JB, ada satu peristiwa yang tak akan aku lupakan.

Aku ada seorang kawan sebilik yang misteri bernama Anis. Anis ni tak tahu la aku nak cakap. Susah nak faham sebab dia pendiam. Tapi dia tak sombong.

Ok lah, tak nak panjang cerita, ada suatu malam tu, kitorang satu bilik (selayaknya dipanggil dorm sebab padat macam sardin) seramai 6 orang daripada 22 penghuni, mengadakan bacaan yassin selepas solat maghrib.

Masa tuh Anis ada lagi dengan kitorang. Tapi lepas ja habis baca yaasin, tiba-tiba Anis hilang. Pelik. Takde sorang pun perasan Anis keluar.

Kitorang pun tunggu sampai jam 11.00 malam. Tapi kelibat Anis masih belum kelihatan. Disebabkan si Anis ni misteri sikit, jd memang semua dah cuak lah. Kebetulan masa tu tengah cuti apa entah, jadi student ramai tak ada di kolej kediaman.

“Aku rasa kita kena cari Anis weh..dah lewat sangat ni..” cadang Buntal, member aku yang paling chubby.

“Aku tak berani nak keluar..Chombi, hang pergi lah dengan Mona..korang kan berani..” kata aku pula.

So, berbekalkan torchlight, handphone dan sebatang kayu mop, Chombi dan Mona keluar mencari Anis.

Yang tinggal di dalam dorm cuma aku, Sofia, dan Buntal yang masing-masing penakut belaka. Buntal sudah lama memasang surah yassin dan zikir-zikir di telefom bimbitnya.

Korang boleh bayangkan tak, dalam 1 dorm yang panjang dan besar, cuma tinggal kitorang bertiga. Kesunyian yang nyata.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk, Buntal melarang Sofia yang pantas mahu membuka pintu.

Sofia mengintai dari bawah pintu dan pantas berlari ke arah aku dan Buntal.

“Kau tengok apa? Kenapa tak buka pintu?” Marah aku kepada Sofia.

“Aku tak nampak kaki weh..kalau manusia ada kaki..aku rasa ni bukan manusia..ni iblis ni..jangan buka pintu!” Bersungguh-sungguh Sofia melarang kami membuka pintu.

Aku dan Buntal masing-masing berpelukan.

Beberapa minit kemudian Chombi dan Mona kembali semula ke dorm bersama seorang kakak senior.

“Mana Anis?? Korang tak jumpa dia ka??” Tanya Sofia.

“Tak jumpa la weh..kitorang dah pusing satu kolej kot..UiTM ni bukan besar sangat pun kan..tapi itulah, tak jumpa pun..” jawab Chombi mengah.

“Tapi tadi Kak Ton bagitahu dia ada nampak Anis kat koridor level 2..” kata Mona pula.

Semua mata memandang Kak Ton.

“Betul..Kak Ton nampak Anis tadi masa Kak Ton tengah main batu seremban kt koridor..Kak Ton tegur dia tapi dia jalan buat bodo je..”

Tak berapa saat tiba-tiba sahaja Anis muncul dimuka pintu.

“Ya Allah Anisssss..!! Mana kau pergi tadi..?” Buntal menyoal. Kami semua menantikan jawapan tetapi Anis cuma ketawa sesaat dan berlalu ke katilnya lalu terus tertidur meninggalkan kami yang masih dalam tanda tanya.

Keesokan pagi kami menyoal Anis tentang peristiwa semalam.

Anis cuma menyatakan bahawa dia pergi ke tandas kerana tak tahan nak terkucil kemudian terus balik ke bilik.

Aik, banyak la kau punya terus balik bilik. Kau punya pergi tandas balik bilik tu macam pergi Singapore balik hari tahu tak!? Misterikan? Jaga-jaga. Takut anda juga tersesat dalam ‘mesin masa’ tanpa anda sedari. Jeng jeng jeng.

SINGA JADIANKAH?
Ada satu petang tu, aku duk lepak depan TV tengok cerita Doraemon. Tengah sedap-sedap layan kartun, adik bongsu minta aku temankan dia memerut. Masa tu tandas kat luar rumah.

Dengan berat hati aku follow je lah. Sementara adik aku melabur, aku duduk bersila depan muka pintu dapur tu sambil ushar sawah padi. Burung-burung pun dan kalut-kalut nak balik kesarang. Aku menikmati keindahan remang senja sambil tunggu adik aku membuang. Haha.

Tengah-tengah syok layan kicauan burung, tiba-tiba muncul kelibat di atas batas ban (ban adalah sejenis jalan kecil yang ada parit untuk pesawah dapatkan bekalan air untuk padi mereka).

Dua tiga kali aku menggosok biji mata aku yang bulat ni, untuk memastikan apakah sebenarnya makhluk di atas batas ban tersebut. Adakah manusia? Atau binatang?

Bila diamati sebetul-betulnya, masya-Allah. Aku nampak sesosok tubuh manusia bertelanjang bulat, mempunyai ekor seperti harimau. Badannya juga berbelang harimau berkepala botak. Sedang berdiri merenung aku dengan senyuman yang sangat manis. Ya betul, tak tipu. Memang manis. Senyuman dia tak menyeramkan. Tapi itulah, budak-budak kan? Mana lah nak ambik peduli. Aku buat tak tahu sajalah sampailah adik aku habis memerut. Kitorang masuk dalam dan sambung tengok TV semula.

Tapi bila aku dan meningkat remaja, aku rasa dapat aku kaitkan manusia harimau yang aku nampak tu dengan seekor harimau yang ayah aku terserempak.

Tempat yang sama dimana aku melihat sosok tubuh tersebut, ayah aku juga berjumpa dengan harimau tetapi bukan dalam bentuk manusia. Memang seperti harimau betul. Ayah aku kejar sampai belakang rumah jiran yang selang dua buah rumah dari rumah kami, tiba-tiba harimau tersebut ghaob terus macam tu ja.

Kadang-kadang aku pelik dengan ayah aku, kenapalah beria-ria benar kejar harimau tu. Kamikaze betul. Tapi masa tu ayah belajar silat, jadi mana ada perasaan takut. Jumpa hantu pun ayah kejar.

Haa nak tahu baca cerita kat bawah ni.

POCONG KENIT
Ada suatu malam, ayah yang masa tu belum berkahwin keluar melepak kat hujung kampung. Dulu kalau dah namanya kamoung memang kampung sangat. Masih penuh dengan hutan dan tiada lampu jalan. Yang ada hanya biasan lampu-lampu dari rumah penduduk setempat.

Nak dijadikan cerita, kebiasaannya di kamoung, jam 9 malam dan sunyi. Malam ayah keluar melepak tu dalam pukul 10 ayah dah mengantuk dan nak balik rumah. Ayah pun start moto honda bulat dia dan menunggang pulang sambil menyanyi lagu Ahmad Jais (masa tu Aiman Tino takde lagi..haha..memanglah..!)

Semasa dalam perjalanan nak balik rumah, lampu honda bulat ayah yang hidup segan mati tak mahu tuh tersuluh sesuatu objek ditepi jalan.

Ayah berhenti motor dan ushar ja menatang tu dari jauh. Tahu tak apa yang ayah aku nampak?
Sejenis hantu bungkus yang sekecil batu nisan sahaja. Tapi aku panggil pocong kenit.

Benda tu memang berbungkus sepenuhnya. Ayah teringat cerita-cerita dari neneknya yang menyatakan bahawa sesiapa yang membuka bungkusan hantu bungkus tersebut akan kaya sebab dalam bungkusan tu ada harta karun (kitab mana lah yang orang tua-tua zaman dulu kala belajor nie, kurafat betul)

Ayah yang masa tu baru 18 tahun pun melonjak-lonjak nak pergi buka bungkusan pocong kenit yang tengah berdiri tegak tu. Baru ja ayah nak lintas jalan dah ada kereta plak yang lalu. Ayah pun dandang ja kereta tu melepasi tempat ayah berhenti.

Bila kereta dah hilang, ayah pandang semuka kat tempat si kenit tadi berdiri, tapi ajaibnya benda alah tu dah hilang entah kemana. Menyumpah la ayah aku masa tu sebab melepas lah angan-angan dia nak jadi kaya. Haha.

Hmm sebenarnya banyak lagi cerita pendek seram suam-suam kuku yang aku ada. Tapi penat pulak jari jemari montok aku ni nak menaip.

Jumpa lain kali lah ye.

Sekian, Hudna Nabilla.

#HudnaNabilla

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

23 thoughts on “Himpunan Kisah Seram 1”

  1. Salam Everyone! Ada sesiapa ingat tak cite, β€œLima langkah / tapak, aku sampai padamu”? If I’m not mistaken, this post citernya this woman alone in the new rumah sewa. I can’t remember which story was this and would like to share with a friend. Thanks All for helping. Salam. Cik Melati Khamis.

    Reply
  2. hahaha mula -mula agak typo .adjust sdri la baca kamaoung .. kali kedua kampung pulak ..haha
    last ikut jela bunyi yang typo tu ..haha
    bila ada org persoalkan typo ..terus aku gelakk ..

    Reply
  3. huhu..okeylah..penat jugak carik singa tapi jumpa harimau..tu bukan typo dah tu..hahahah..kesian harimau..cite pasal harimau singa dapat nama..hekkk

    Reply
  4. U mesti menaip citer ni lelaju sebab nak tgk drama petang kat TV3 kannnn?

    I tawww..

    Diva bagi 3 bintangggg.. 5 bintang utk harimau jadian tuh sbb berani bogel tepi sawah… aummmm!!!

    Reply
  5. Yg cerita kat uitm tuu baru nak feel seram. ehh habis dahh.
    pastu, singa jadian jadi harimau
    typo tuu oka laa ,, jadikan pembaca terhibur . hahahhaha
    utk yg pocong tuu.. kalau olahkan lagi, mesti menarik jalan cerita nyaa

    btw, sejak bila aku jadi komentator dekat FS ni. hahaha

    Reply

Leave a Comment