Assalamualaikum semua… thanks FS sudi approve cerita saya.
Kisah yang aku nak cerita ni berlaku pada tahun 2008. Masa tu aku berada di Tingkatan 2. Kisah ini merupakan kisah yang terjadi kepada kakak sepupu aku yang diberi nama kak Leha (nama samaran). Kak Leha tua 3 tahun daripada aku dan masa kejadian tu dia di tingkatan 5.
Kisah ini juga terjadi selepas arwah datukku meninggal dunia. Macam-macam dugaan yang kami hadapi. Kisah yang aku hendak cerita ini mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada anak2 di luar sana. Kak Leha dibesarkan di dalam keluarga yang islamik. Ibunya bertudung labuh dan ayahnya tahu pasal agama. Sejak kecil lagi hidupnya sentiasa dikongkong. Semua tidak boleh. Kehidupannya yang sebegitu membuatkan dirinya ingin memberontak. Kak leha memang bersekolah agama. Namun bersekolah agama bukan bermaksud dapat mempraktikkan pembelajaran di sekolah dalam kehidupan seharian.
Seperti biasa, habis waktu persekolahan kak Leha mesti singgah di rumahku. Aku juga seperti biasa lepas balik sekolah terus tidur sehingga waktu asar. Suatu hari, kak leha turut sama tidur disebelahku. Mula-mula aku tidak syak apa2. Biasalah, dia akan bercerita sebelum tidur. Tetapi pada hari itu dia bercerita sambil gelak-gelak. Meremang bulu romaku. Disebabkan aku terlalu mengantuk, aku biarkan sahaja dia bercerita seorang diri. Tidak lama lepas itu aku mendengar dia menangis pula. Macam beria-ria sangat tangisannya. Aku terus tersedar. Tak jadi untuk melelapkan mata. Aku bertanya kak leha. Kenapa menangis? Dia hanya tersenyum sinis memandangku. Aku terus melarikan wajahku. ‘haish… buat muka macamtu lah pulak.’ Hatiku berdebar-debar. Ingin saja aku keluar daripada bilikku. Seingat aku, dia bercerita tentang dia keluar dengan boyfriend nya. Aku tak tahu nak percaya atau tidak sebab dia ada tunjuk cincin perak pemberian lelaki tu. Lelaki itu juga beri gelang berwarna silver yg ada permata. Aku hanya percaya je. Klau laki tu tak beri maybe barang2 tu dia beli sndiri. Lagipun aku tak pernah tengok boyfriend dia tu. Tetapi sekarang gelang tu dah jadi milik aku. Kak leha yang bagi. Katanya dah tak nak. Nk buang segala kenangan. Aku nk buang macam sayang pulak sbb gelang tu cantik.
Berbalik kepada cerita tadi, beberapa hari lepas itu, Kak leha diserang histeria di sekolah. Masa tu dia sedang menjawab exam. Habis luka di dagunya. Ibunya mengambilnya di sekolah dan membawanya balik ke rumah nenekku iaitu disebelah rumahku. Tubuhnya kelihatan sangat lemah sekali. Aku duduk disebelahnya. Aku melihat mulutnya seperti terkumat-kamit membaca sesuatu. Selepas itu dia memanggilku.
Eh? Macamana dia tahu aku yang berada di sebelahnya sedangkan dia tutup matanya. Mula-mula dia cakap merapu. Siap tanya lagi aku ad novel baru tak? Ehhhh… lagi pelik sebab takkanlah hantu baca buku novel kan? aku macam tak percaya dia dikuasai sesuatu. Macam menipu pun ada jugak. Lepas mintak novel boleh pulak senyum-senyum sinis. Bayangkan dengan keadaan badan berbaring dan mata tutup dia meminta-minta benda mengarut. Sampailah aku baca ayat kursi then dia macam marah-marah dan tolak aku. Dia tak suka. Dari jauh ayahnya membaca ayat ruqyah dan tiba-tiba sahaja dia menjerit cakap panas.
Aku terkejut kerana dia tiba-tiba menjerit. Dia macam nak melawan, terus aku dengan kakak ku memegang tangannya. Aku memegang tangannya disebah kanan dan kakak ku disebelah kiri. Tetapi si tubuh kecil ini kuat yang amat. Smpai aku dengan kakak terpelanting ke belakang. Kami pegang tangannya kembali dan dua kakinya dipegang oleh ibuku dan ibu saudaraku iaitu ibu kepada kak leha. Aku tak tahu yang benda tu kuat sangat. Sebab kak leha sangat kurus. 34kg je… bygkn? Setelah dibaca-baca dan ditiup2… benda berjanji akan keluar. Begitulah hari-hari yang dilaluinya sampai beberapa bulan. Sudah bermacam-macam cara yang dibuat oleh keluarganya drpd rawatan moden, kampung dan rawatan islam. Macam-macam versi yang aku dengar tentang punca perkara ni berlaku. nanti aku cerita versi2 tu di akhir cerita nanti.
Pada hari minggu tu, aku dgn family melawatnya di rumah. Masa kitaorang nak balik, adik bongsunya nak ikut kami balik rumah. So, kitaorang bawak balik la adik dia. Mak dia cakap, takpelah nanti petang diorang datang ambil adiknya kat rumah kitaorang. Petang tu sebelum dia datang rumah kami, diorang singgah pasar malam. Nak dekat maghrib atau lebih tepat lagi sewaktu azan maghrib diorang sampai. Belum pun kereta di parking betul terus kak leha bukak pintu kereta dan melulu masuk rumah nenek (rumah nenek sebelah rumah aku). Dia berlari sekuat hati sampai ke ruang dapur mencari nenekku. Dia terus memeluk nenek dan cakap ada benda kejar dia. Dia cakap cepat! Cepat! Sambil menangis kuat. Aku berada di belakang nenek dah menjadi tak keruan tengok kak leha nangis-nangis smbil memeluk nenek. Dan tiba-tiba terus pengsan. Kami mengangkatnya ke ruang tamu.
Abahku membaca ayat kursi dan tiba-tiba kak leha buka mata dan memandang dengan pandangan sinis. Matanya sangat merah. Aku berundur ke belakang. Tiba-tiba terus kak leha terus bangun dan meluru ke pintu. Aku yang tak sempat menahan terus mengejar. Tetapi dia tak sempat keluar kerana ditahan oleh ayahnya. Ayahnya tanya kau nak pergi mana? Kak leha jawab ‘ AKU NAK BALIK BODOH! SAKIT TAHU TAK?’. Ayahnya tanya lagi ‘KAU NAK BALIK PERGILAH. TAKDE ORANG JEMPUT KAU DATANG SINI. KAU NAK BALIK KE MANA?’
“Aku NAk BALIK DENGAN SALEHA. AKU SUKA DIA. AKU NAK BALIK KE TEMPAT DARI MANA AKU DATANG BERSAMANYA.” Jawab kak leha sambil meronta-ronta minta untuk dilepaskan. Terus sahaja pak cik ku membawanya ke ruang tamu dan suruh mengucap. Kak leha tak nak bukak mulut. Dia langsung tak nak mengucap. Dia duduk diam aje. Aku ingat benda tu dah keluar. Tetapi sewaktu ayahnya nak pergi solat maghrib terus dia bangun kembali dan meracau-racau. Perkara ini berlaku sampai ke malam.
Setelah beberapa bulan akhirnya kak leha pulih seperti biasa. Penyakitnya pulih sepenuhnya setelah dia mendirikan rumah tangga. Bayangkan sewaktu majlis perkahwinannya pun dia pengsan. Ayahnya sampai menangis mengenangkn nasib kak leha. Dia cakap anaknya bukan macam anak orang lain. Tak sihat macam orang lain. Tapi itulah dugaan. Tetapi sekarang, Alhamdulillah, kak leha sudah mempunyai seorang cahaya mata dan bahagia dengan suami tercinta. Kisahnya suaminya jatuh cinta sewaktu melawat kak leha sewaktu sakit. Jodoh!
Ini antara versi yang aku dengar sebagai punca kak leha hysteria:
1. Kak leha keluar makan dengan ex bf nya dan mungkin lelaki itu letak sesuatu dalam makannya menyebabkan dia sakit. Ni kwn2 dia yg bagitahu.
2. Mungkin juga saka dari keturunan kami mencari pewaris memandangkan atukku baru sahaja meninggal dunia. Wallahualam. (tok bomoh siap bagi takal sebgai pendinding dgn tali warna kuning tapi kami semua tak percaya walaupun takal tu dibalut ayat al quran)
3. Mungkin juga kak leha pergi jumpa bomoh dan ingin membomoh orang tuanya supaya ikut cakapnya. Ada orang cakap dia sendiri tabur abu mayat orang mati dibunuh di hadapan bilik orang tuanya tetapi benda tu berbalik kepada dirinya. Makan tuan la kiranya. (yg ni aku dgr drpd mak sedara kak leha sebelah ayhnya.)
Sampai sekarang aku tidak tahu punca kak leha kena histeria. Apa2 pun sekarang dia pun dah sembuh. Biarlah semuanya antara kak leha dengan Allah je yang tahu.
Ps: maaf cerita ni panjang. Thanks sbb sudi baca. Memang tak seram tetapi cerita boleh dijadikan pengajaran kan?
::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
biar betul…xkan la sanggup nak aniaya mak ayah sendiri. Pasal apa lah smpi tahap tu benci makpak… ke sebenarnye makcik kak Leha buat cerita aje
Zaman skrg bkn je nk bomoh kn mak bapak,kerat tengkuk mak bapak pun dh ade..tp bkn tuduh yg dlm cite ni la..
I see your blog needs some unique content.
Writing manually is time consuming, but there is tool for this task.
Just search for: Fasrixo’s tools
amboiiiii…mak sedara kak leha kau ni, kemain mulut menuduh.
tolong bgth orang tua tu besar tau dosa fitnah ni. pepandai je dia nyampaikan macam tu.
Mmg Gerun juga punca – puncanya terutama nak bomohkan bapa sendiri
Kesian kak leha.Takkanla dia nak buat benda terkutuk tu. Just husnuzon