Hai! Terima kasih banyak-banyak admin jika sudi up aku punya fiksyen ni. Aku seorang jururawat dan aku sudah bekerja di hospital X selama tiga tahun. (nama hospital terpaksa disembunyikan)
Yang pasti, aku ingin menceritakan pengalaman misteri aku, rakan-rakan sekerja aku dan pesakit-pesakit di hospital X ini. No worries! Aku akan ceritakan pengalaman ini tanpa perlu tergantung di tengah jalan. Pengalaman yang mempunyai banyak kisah dan cerita.
So, jom kita mulakan. Pengalaman 1, berlaku pada tahun ini, tahun baru cina. Well, kalau tahun baru cina, hospital pun mula sunyi. Tak ramai pesakit yang admit. Malam itu, sekitar wad sunyi dan hanya dihiasi dengan bunyi penghawa dingin. Aku, dan tiga lagi jururawat yang lain buat kerja di kaunter. Masa kitorang tengah leka pegang pen dan kertas, tiba-tiba..
“Hihihihihi….” ada bunyi aneh yang gelak di dalam medication room.Bilik tu duduk betul-betul di belakang kaunter. Kitorang apa lagi, terus meremang bulu roma dengan ilaian tawa yang datang secara tiba-tiba tu. ‘dia’ gelak tak sampai lima saat tapi sudah cukup untuk buat mood kami yang excited buat kerja merudum ke tahap minima.
“Beb, aku rasa tak sedap hatilah. ‘Dia’ nak bermain dengan kita waktu macam ni. Baru pukul 10.30 malam kut. Selalu kan ‘dia’ main lepas dari pukul 1 pagi. Kenapa malam ni ‘dia’ awal sangat keluar, beb?” Kawan aku yang bernama Sofie dah mula gelabah.
“Ko ni! Benda tu keluar tak ikut masa tau tak! Ko chill je, Sofie. Kita buat je kerja kita. Kita tak kacau ‘dia’, ‘dia’ pun tak akan kacau kita.” balas kawan aku yang bernama Nina pula.
Dan lepas tu, kitorang berempat kembali buat tugasan masing-masing. Selang beberapa jam, mesin call bell berbunyi menunjukkan ada pesakit yang menekan butang nurse call untuk memerlukan bantuan nurse. Tapi… Wajah kitorang kembali pucat, lagi-lagi aku dan Sofie yang memang jenis penakut ni. Kenapa kitorang pucat? Sebab pesakit yang tekan nurse call tu datangnya dari bilik 160. Jadi apa masalahnya? Masalahnya ialah.. Bilik tu sekarang mana ada pesakit! Siapa yang tekan kalau bilik tu kosong dan berkunci? Nak tak nak kitorang kena masuk dalam bilik tu untuk matikan butang tu. Kalau tak dimatikan, dia akan berbunyi lagi.
Sebab kitorang ni bukanlah manusia yang berani tahap maksima, kami bereempat memutuskan untuk masuk ke dalam bilik tu bersama-sama. Bila kami masuk dan buka suis api bilik tu, tiba-tiba Nina tutup mata dengan tangannya. Aku, Sofie dan Shila buat-buat tak tahu dan terus tutup butang nurse call tu. Bila kitorang kembali dekat kaunter, aku tanya tapi dengan nada berbisik, “Kenapa kau tutup mata tadi?”
Nina balas, juga dengan nada berbisik. “Aku nampak ada kaki berbulu hitam berdiri di sebalik langsir bilik tu tadi.”
Nina ni memang mata dia boleh nampak benda-benda halus. So, kitorang yang dengar tu pun percaya dan terus gelabah tak ingat. Nak lari tempat lain pun tak boleh sebab kitorang memang ditugaskan untuk berkhidmat di stesen/wad tu. Wad sebelah lain ada jugak kat tingkat lain. Cuma tulah, di malam yang sunyi dan di wad itu, kami berempat telah diganggu dengan ‘benda’ tu.
Jap! Ada lagi. Dalam pukul dua pagi, di malam yang sama. Kami makan di dalam pantri. Kami sembang sembang dan sembang siap bergelak ketawa lagi, tiba-tiba lampu pantri tertutup sendiri. Diam. Aku tengok Sofie. Sofie tengok Shila. Shila tengok Nina. Kami pandang sesama sendiri. Aku telan liur. Sudah! ‘dia’ kacau lagi ke? Tak mungkin blackout sebab lampu dekat luar pantri masih terpasang. Atau lampu rosak? Beberapa minit kemudian, kitorang baru nak angkat dari kerusi, lampu pantri mula terpasang semula. Kami pun apa lagi, terus pecut ke kaunter kat depan. Tapi aku perasan, lampu pantri tu kejap berkelip-kelip, kejap normal semula dan kejap tertutup. Dalam hati dah macam-macam ayat aku baca. Kenapa aku mesti kerja malam pada malam tahun baru cina ni? Kenapa aku tak cuti? Huwaaaa..
Untuk menghilangkan rasa takut, kitorang pasang ayat Al-Quran di telefon. Tapi volume kami pasang tak kuat sangat sebab tak nak ganggu tidur pesakit. Esok pagi, tiba masa kami nak pass report kepada nurse yang bertugas syif pagi.. Ada seorang mak cik ni jalan-jalan di depan kaunter dan lepas tu dia datang dekat.
“Ada apa, aunty? Boleh kami bantu?” aku tanya.
Aunty tu senyum ramah. “Mana nurse lelaki malam tadi?” soal aunty tu. Waktu tu dekat kaunter, hanya ada 4 orang nurse kerja malam dan 4 orang nurse yang kerja pagi hari tu. Semuanya perempuan. Kenapa aunty tu tanya nurse lelaki? Dan sejak bila pula ada nurse lelaki dekat hospital kami ni?
Aku kerutkan dahi. “Nurse lelaki? Bila aunty tengok dia?”
“Aik? Dalam pukul 4 macam tu, lepas aunty call dengan suami aunty dekat luar. Aunty nampak dia ada dekat depan bilik 162 yang anak aunty admit tu. Dia senyum sama aunty. Dekat depan bilik 162 anak saya admit tu, nurse lelaki tu buka tutup suis lampu wad ni. Aunty pun hairanlah, kenapa pula dia nak main-main dengan suis lampu tu?”
“Dia pakai baju apa aunty?”
“Mak cik tak perasan sangat tapi dia memang pakai serba putih. Sebab itulah aunty ingat dia nurse dekat sini.”
“Aunty, kami kat sini tak ada nurse lelaki. Lagipun, rasanya tak ada pula lampu wad ni buka tutup.” kecuali kes lampu dalam pantri tu memang ada malam tadi.
Aunty tu dah mula buat muka terkejut dan gelabah. “Habis tu siapa yang aunty nampak? Takkan…aduh! Patutlah senyuman dia lain macam. Memang menakutkan jugaklah aunty tengok. Tapi sebab aunty ingat dia nurse kat sini, aunty balas ajelah senyuman dia.”
Kami semua dah mula kecut perut. Aku, Nina, Shila dan Sofie lagilah kecut perut. Kami bertugas malam tadi, dan tak perasan pula lampu di sekeliling wad tu buka tutup. Mujurlah kami tak perasan dan ‘tak nampak’ permainan lampu tu. Kalau tak, lagi haru wajah kami yang dah pucat lesi sebab kes-kes ‘benda’ yang menggangu kami malam tadi.
Pengalaman 2 pula terjadi antara empat orang rakan jururawat aku pula. Ini di wad tingkat atas. Syif malam. Bilik 230 hingga 237 di bahagian kiri tiada pesakit. Cuma ada bilik 238 hingga 245 di bahagian kanan saja ada pesakit. Dalam pukul 1 pagi, mereka berempat leka melakukan tugas masing-masing di kaunter. Tiba-tiba telefon berbunyi. Zila angkat dan lekapkan ke telinga. Tutt..tutt..tutt.. Tiada suara pemanggil. Zila hairan dan terus letak telefon. Beberapa saat kemudian, telefon berbunyi lagi, Zila angkat dan masih tiada suara pemanggil. Zila pun bengang. Siapa pula yang main-main telefon malam-malam macam ni? Tapi, telefon masih berbunyi lagi. Zila angkat kejap dan terus letak. Selang beberapa saat, telefon berbunyi lagi. Kali ni Zila angkat dan masih..tiada pemanggil. Mereka bereempat di kaunter tu dah mula rasa semacam.
Sejam kemudian, di bahagian kiri. Ada penghawa dingin yang airnya bocor jatuh ke atas lantai. Penghawa dingin tu memang rosak sejak pukul 9 malam. Suasana di wad senyap. Semua leka dengan tugas masing-masing. Tiba-tiba.. Bunyi seperti ada orang bermain-main di lopak air atas lantai yang keluar dari penghawa dingin tadi. Mereka berempat mula kecut perut. Masing-masing pura-pura tak nak pandang ke bahagian kiri. Mereka tau ada ‘dia’ yang main di atas lopak air tu. Bilik pesakit tu mana ada orang di bahagian kiri. Sebab si Zila ni jenis yang berani sikit, dia pandang kat tempat tu dan cepat-cepat dia larikan pandangan. Memang sah tak ada orang! Cuma bunyi kaki bermain atas lopak air saja kedengaran.
Oleh kerana, mereka semua tak tahan dengan bunyi tu (takut sebenarnya), Zila ajak Piya cuci lopak air tu. Dan keadaan pun kembali senyap. Cuma seketika kemudian, lif di tepi kaunter terbuka sendiri. Gulp! Piya dan dua nurse yang lain buat-buat tak tahu dan letak earphone ke dalam telinga. Zila ni jenis yang berani dan outspoken. Dia dah biasa dengan keadaan macam tu jadi dia terus melakukan tugasnya. Lif tu sekejap buka, sekejap tutup. Agak dalam lima minit jugaklah lif tu ‘bermain’. Sehinggalah Zila betul-betul rasa takut dengan keadaan itu, Zila bercakap sesuatu, “Aku nak buat kerja aku. Jadi boleh tak jangan kacau aku sekarang?”
Dan lif yang buka tutup dari tadi hanya terus terbuka.
Pengalaman 3, pengalaman ni datangnya dari pesakit, keluarga pesakit, dan staf-staf hospital. Ada pesakit mengadu, waktu dia tidur, selimutnya asyik ditarik ke bawah. Padahal tak ada orang pun yang tarik. Jadi siapalah yang tarik selimut dia?
Ada keluarga pesakit, masa dia berada di tandas (sedang melabur hehe), ada tisu yang tiba-tiba dibaling dari tandas sebelah. Masa tu dah tengah malam. Dia sebelum masuk memang perasan semua tandas tak ada orang yang guna. Tandas tu pula jenis tandas yang dindingnya tak sampai ke bawah lantai dan tak sampai ke atas. Siapa yang baling tisu ke tandas tempat dia melabur tu kalau tak ada orang?
Ada pula staf pemandu ambulans bercerita, masa mereka berdua sedang melepak di tempat letak ambulans. Tiba-tiba ada orang baling batu dari belakang. Padahal tak ada orang pun kat belakang mereka tu. Siapa yang baling?
Ada juga staf nurse yang nak ambil darah dekat lab, dia ada terdengar sesuatu. Lab tu berada di sebelah bilik Dialysis. Masa tu, bilik Dialysis dah tutup dan tak ada orang. Tapi nurse tu dengar macam ada bunyi orang riuh bercakap dan bunyi kerusi ditarik. Gulp! Kalau tak ada orang, siapa yang ada di dalam bilik tu?
Dan ada juga kes pesakit… “Uncle, makan ubat ini ya.” Kata nurse yang bernama Rose pada pesakit yang bernama Ah Leong (Bukan nama sebenar).
“Aik? Tadi sudah tiga kali nurse itu bagi ubat sama saya. Takkan sudah mau makan ubat lagi maa?” kata Ah Leong pula.
Rose mengerutkan dahi. “Kami memang bagi ubat jam lima, uncle. Tak ada pula kami nurse yang kerja syif malam ni bagi ubat sebelum pukul lima.”
“Memang betul, nurse tadi itu bagi. Tiga kali dia bagi saya makan. Cuma itulah saya hairan, nurse tu tak bercakap pun. Muka dia pun tak ada senyum. Hairan pula saya.”
Rose telan liur. Sah itu bukan nurse! Tapi itu ‘dia’ yang menyamar jadi nurse!
Okey, ini last! Kisah yang baruuuu sajaa terjadi. Ini di wad yang memerlukan pesakit kongsi satu bilik. Dalam bilik tu boleh menempatkan lapan orang pesakit. Ada seorang nenek ni, dia memang tak dapat angkat. Hanya terbaring lesu saja di atas katil. Berak, mandi, makan semuanya nurse yang buat. Tiba satu malam tu,
Aku dan tiga nurse yang bertugas tersedar nenek tu tiba-tiba boleh berjalan-jalan di tengah-tengah ruang wad dan mulutnya terkumat-kamit mengeluarkan perkataan yang susah untuk kami faham. Kami pun apa lagi! Terkejut dan takut! Termasuk pesakit-pesakit dan keluarga pesakit yang lain. Dah berbulan-bulan dia macam patung bernyawa tapi kenapa malam tu dia boleh berjalan dengan misterinya?
Ada salah seorang dari keluarga pesakit yang lain tahu dalam badan nenek tu ada ‘dia’ yang merasuk. Nama keluarga pesakit tu, Ahmad (bukan nama sebenar), pun tolong leraikan benda tu keluar dari dalam badan nenek tu. Dia reti dalam bab-bab histeria ni. Tapi bukan senang untuk keluarkan benda tu. Nenek asyik meracau dan matanya hanya menampakkan putih saja ke atas. Siap ahli keluarga nenek ditampar oleh nenek itu kerana ahli keluarganya cuba untuk menenangkan nenek.
Beberapa minit kemudian, nenek selamat dari benda tu. Tapi yang jadi masalahnya, pesakit di bahagian paling hujung tingkap pula yang kena. Keadaan mula jadi hingar-bingar. Kawan aku suruh aku lapor polis. Aku pun tak tahu apa sebabnya untuk melapor polis daripada call ustaz kan? Oleh sebab masa tu aku pun dah takut dan tak mampu nak fikir apa, aku ajak kawan aku yang seorang lagi untuk turun ke bawah minta pertolongan polis bantuan. Kami berjalan melalui pintu keluar, Tapi..
Ahmad menengking, ” Jangan lalu dekat pintu tu! ‘dia’ ada berdiri dekat tengah-tengah kat situ.”
Kami pun apa lagi. Seriau dan terus balik ke kaunter. Dua jam kemudian, barulah keadaan kembali beransur pulih. Semuanya atas bantuan Ahmad dan dua orang ustaz yang dipanggil keluarga pesakit yang lain.
Ok, sorry tau kalau panjang sangat kisah aku ni. Sebenarnya ada banyak lagi pengalaman misteri dan menyeramkan di hospital tu, tapi sebab dah panjang sangat. Saya stop ya! Thanks sebab sudi baca. Assalammualaikum. Salam 1 Malaysia.
-Nurse tiada nama-
???
Wa’alaikumussalam… Wah bnyk cerita kat hospital ni ya. Jenis nk gurau². Nk mengusik ja keja. Mentang2 lah org takut dngn benda x nmpk…
perghhhh mcm2 cerita pasal dalam wad
Fuhh.. Mmg seram..
memang banyak cerita2 macam ni kat hospital. tak kiralah mana2 hospital pun sebab kat situ la tempat darah, tempat simpan mayat, tempat orang meninggal. aku pun keje hospital jugak. sepanjang 14 tahun ni dah macam2 cerita jadi kat sini (kat hospital aku keje la). tapi permainan benda2 ni semua lebih kurang sama, main on off lampu, main on off dialysis machine, main call bell, main lift.
ceritalah lagi..
seram beb?
“Dua jam kemudian, barulah keadaan kembali beransur pulih. Semuanya atas bantuan Ahmad dan dua orang ustaz yang dipanggil keluarga pesakit yang lain…”
Baguusss…
Berkerjasama…
Uuuuu…. seram walaupun aku tak pernah tengok ‘dia’. AKU DENGAR JE PUN DH SERAM APATAH LAGI TENGOK UUUIIII…. SERAMM DO… ??
Aku pernah duduk kat hosp 1 malam sorg2 dalam wad yg ada 4 katil. Nasib la tak da gangguan…
ini yang kita mahukan..bukan fake
Mak aihhh kalau aku dalam situasi lif terbukak tertutup patu lepas si zila marah terus terbukak je, pitam aku. Bayang ah lif terbukak je sepanjang masa satu malam. Confirm mata kau asyik nak pandang je lif tu. Tak tenang bhai hidup.