Hostel

Salam semua. Pertama sekali, aku ingin kenalkan diri aku sebagai Hania dan kisah ni berlaku sekitar 2013 masa aku baru masuk minggu pertama universiti awam di Sarawak. Aku ada 2 kisah berkait rapat yang nak dikongsikan.

Masa tu minggu orientasi di mana budak freshie harus “buang masa” di dewan dari 9 pagi hingga 5 petang. Masa tu hari ketigaselepas kitorang register, jadi aku dan 3 orang housemate aku yang aku namakan Jena, Bren & Stef kitorang kongsi 1 bilik sebab bilik memang untuk 4 orang.

Pastu kitorang setuju nak ponteng sehari je memandangkan masa hari pertama dan kedua kitoranghadir dan tak ambik kedatangan pun. Jadi kita pun setuju taknak pegi malam sebelum tu.
Pagi esok nya, aku dan Bren sama2 terbangun mendengar layak pelajar lain yang bergegas nak ke dewan lah kot memandangkan aku tengok jam dah pukul 8:45 pagi.

Tak lama lepas tu terus sunyi, jadi

kitorang diam je dalam bilik. Pastu selang setengah jam selepas tu, ada satu ketukan pada pintu bilik dan suara yang agak seram bagi kitorang cakap “dikkk, korang 3 di dalam bilik kann. Tak baik ponteng tau” suara dia macam suara seorang nenek. Kitorang diam je. Bren dah macam nak nangis sebab dia ni penakut sikit, dia bukan takut apa, takut kantoi.

Biasalah freshie. Haha. Ok pastu, Stef yang baru balik bilik dari toilet bergegas masuk bilik dan tanya, “tadi ada makcik ketuk pintu korang tak??” Pastu dia cerita makcik tu sebut benda yang sama tapi masalahnya bila dia jenguk bawah pintu, takde kaki or tanda ada org pun dalam tandas tu. Tak lama pastu, pintu bilik kitorang pulak kena ketuk sampai bunyi macam nak roboh! Kitorang dah duduk satu sudut kat bilik tu dan menangis. Takut yang teramat sangat bukan sebab apa, takut warden ke kantoi kitorang ponteng! Kemudian ketukan berhenti , tiba-tiba dengar perempuan gelak dan cakap “tau takut ye….” masa tu baru pukul 10 lebih pagi eh. Kitorang pun betul-betul ingat orang buat prank.
Kisah ni terhenti sampai di sini.

Ni kisah kedua, of course ada kena mengena dengan kisah first sebab kitorang baru faham siapa yang kacau masa first semester dulu. Kisah lebih menyeramkan berlaku masa semester pertama dah nak habis, iaitu masa study week. Study week adalah cuti untuk belajar untuk student dalam 1 minggu sebelum final exam. Jadi kebanyakkannya student balik rumah sendiri untuk belajar di rumah dan bawak sedikit demi sedikit barang untuk dibawak balik masa cuti semester especially orang Kuching sendiri.

Jadi Masa tu Bren dengan Jena balik sebab diorang dekat manakala aku dan Stef tak balik sebab dia orang Limbang dan aku Sibu agak jauh dari Kuching. Jadi pada malam pertama tu, aku dan Stef layan tengok cerita korea masa tu memandangkan paper aku dalam seminggu lebih lagi begitu juga Stef. Masa tengah khusyuk tengok cerita tu, aku cakap dengan Stef, “jom ke cafe, lapar la” jam dah menunjukkan pada pukul 8.23 malam. Stef pun mengiyakan lah sebab dia pun lapar jugak.

Masa tengah kemas tu, kitorang dengar suara orang menjerit tapi bunyi macam jauh. Terkejut, takut, aku dan Stef bergegas keluar dari bilik dan menuju ke cafe sebab setahu kitorang takde orang pun berdekatan sebab banyak balik rumah masing2. Tapi kitaorang masa tu cuba fikir positif je. Tengah jalan tu kitorang tiba2 terserempak dengan student yang agak senior jugak la baru balik dari cafe. Kitorang tanya la dia (kitorang berkawan dengan semua orang kenal atau tidak hehe), “eh kak, tadi ada dengar orang menjerit, kenapa ya?” Dia dengan slumber je jawab “oh, ada student kena rasuk, kat block 1”.

Aku dan Stef dah menggeletar ketakutan sebab block 1 tu block kitorang! Dengan hati yang tak tenang, kitorang gigih jugak nak ke cafe untuk makan. Perut lapar apapun jadi nak makan jugak. Haha. Lepas makan tu alhamdullilah kenyang dan tak takut sangat dah. Tak tau la apa kaitan takut dan makan ni. Pastu kitorang balik bilik dengan niat nak sambung balik cerita korea kita tadi (tak ingat apa2 pun pasal pelajar kena rasuk tadi).

Bilik kitorang tingkat 3, jadi nak naik guna tangga tepi lebih dekat dan boleh tengok koridor tingkat bawah. Masa nak naik tu, tiba-tiba rasa seram sejuk je pastu kat tengah-tengah koridor kitorang tengok ada banyak orang kat satu bilik ni. Kitorang pun kepo la nak tau, kitorang pergi jugak ke bilik tu. Masa tu aku memang terfikirkan pasal kerasukan tu tadi sebab kan senior tu cakap kat tingkat ni.

Masa aku tengok kat dalam bilik tu, aku tengok banyak kertas yang dah dikoyakkan, bilik berselerak dan dan seorang student yang empunya bilik tu la kot, tengah duduk mencangkung kat tengah-tengah bilik tumenghadap kebawah dan ustaz berdiri di hadapan dia. Pelajar tu bercakap, suara dia ya Allah seramnya. Masa ustaz tu tanya, “kau dari mana? Kenapa kau masuk badan budak ni?” “Dia” jawab, “aku Mia. Aku pelajar sini jugak. Ini bilik aku, dia aku” ya Allah seramnya,

Ini kali pertama aku dengar suara yang begitu garau dan seram sekali! Pastu tiba-tiba budan tu bangun, dia bangun terus, tanpa perlu melipatkan badan dia macam kita orang biasa. Dia bangun terus menangis dan gelak pastu menari. Aku dan Stef dah macam kenal suara gelak tu. Macam gelak yang kacau kitorang masa awal semester dulu. Ustaz tu tanya dia balik “kenapa kau kacau dia?” “Dia” cakap “sebab dia senang. Dia selalu menangis dan selalu mandi sendiri di tengah malam”.

Aku dan Stef dah rasa macam nak menangis begitu jugak housemate perempuan tu tadi. Satu malam kitorang berjaga takleh tido sebab takut. Hari esok tu aku dan Stef terus bermalam kat rumah sewa senior yang sama kursus dengan kitorang. Tak berani dah tinggal hostel yang terlalu sunyi. Pelajar perempuan tu dengar-dengar keluarga dia bawak dia pergi berubat dengan bomoh atau ustaz. Tak tau la sahih ke tidak sebab pastu dia terus berhenti belajar kat situ.

Sekian sahaja cerita ku disini. Maaf andai tersilap ejaan, tersilap/terkasar bahasa ataupun ceritaku boring. Ni pengalaman pertamaku di universiti. Sekarang aku dah tamat dan dahpun bekerja. Terima kasih semua kerana sudi membaca dan team Fiksyen Shasha.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Hania

2 thoughts on “Hostel”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.