Assalamualaikum. Saya kembali lagi hahahahah jemu tak huhuhu. Buat yang taktahu siapa aku, aku penulis Dengki. Tapi kali ni, aku nak kongsi cerita pasal apa yang terjadi pada bapak sedara aku yang aku panggil paksu. Cerita ni diceritakan sendiri oleh maklong & abang Iz (sepupu) aku yang ada di tempat kejadian dan melihat segala apa yang terjadi. Taknak intro panjang, kita mula ye anak-anak.
Cerita maklong:
Aku akan gunakan bahasa diri ‘aku’ untuk memudahkan korang faham.
Ahad minggu lepas, aku mintak Izman (memandangkan paksu aku ni bujang terlajak, jadi dia selalu je ada free time) tolong hantarkan dak Syikin yang nak balik ke Terengganu. Maklumlah cuti semester dah habis, selalunya Syikin balik naik bas je tapi sebab baru je terima menantu (anak kedua maklong baru kahwin masa ni) jadi niatlah nak ajak berjalan kat sana. Kita ni duk KL jarang-jarang nak melangkah jauh-jauh ni. Kebetulan Izman ada, mintak tolong kat dia untuk drive (maklong pergi dua kereta satu kereta dah penuh, satu lagi tak ada driver) sebab abang Rahmat(paklong) tak pandai drive.
Dalam jam 11 pagi kami semua sudah siap untuk berangkat ke negeri Terengganu. Happy tak terkata, seronok jalan ramai-ramai lah katakan. Selepas menempuh perjalanan selama lebih kurang 7 jam akhirnya tiba di destinasi. Abang Rahmat meminta Izman untuk berhenti di mana-mana masjid memandangkan hari dah nak senja dan kami belum menunaikan solat Asar lagi. Kami juga berniat nak berjemaah solat maghrib di sini. Tetapi, selepas selesai menunaikan solat Maghrib, kereta Iz (anak maklong yang baru berkahwin) rosak. Enjin tak mahu hidup, kebetulan pulak tak jauh dari masjid ada bengkel melayu yang masih buka. Iz meminta salah seorang pekerja bengkel itu untuk memeriksa kereta dia. Sementara menunggu aku, anak-anak dan Abang Rahmat duduk dahulu di masjid menanti isyak. Izman dan Iz pergi melepak di salah sebuah gerai makan yang tak jauh dari masjid dan bengkel.
Cerita Iz:
Tibanya di gerai tersebut, seorang makcik yang aku kira berusia dalam lingkungan 40an mengambil pesanan dari aku & paksu (izman). Pada mulanya dia melayan kami seperti biasa sahaja tiada apa yang aneh. Tapi aku ada perasaan juga dia tak lekang memandang paksu, dalam hati aku tak rasa apa-apa. Aku cuma syak dia in love je tengok paksu sebab paksu aku ni pun dah nak mencecah 40an. Mane lah tahu makcik ni janda ke nak try paksu hahah. Tapi ku sangka hujan hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, selepas je dia menghantar minuman yang di pesan kami dia segera beredar.
Tapi dari jauh dia masih memandang paksu. Pandangan yang aku rasa, agak lain macam. Aku rasa paksu pun perasan benda yang sama “Iz, jom lah bla.” Minum laju-laju pastu beredar. Paksu mengajak aku pergi dari situ. Mungkin tak selesa . Aku hanya bersetuju , bayar dan pergi semula ke bengkel mujurlah, kereta dah dihidupkan. Perjalanan mahu diteruskan, tapi paksu mengadu sakit dada. Nak atau tak terpaksa lah Kudin (adik Iz) yang drive walaupun tak ada lesen. Paksu nampak sakit sangat, muka dia berkerut menahan sakit.
Cerita maklong:
Izman mengadu dada dia sakit seperti ditikam-tikam dengan alat yang panas. Dia masuk ke tandas sebab perutnya asyik memulas . Tak cukup dengan tu, dia termuntah darah pula. Kami singgah di kedai yang menjual tilam untuk mencari kalau-kalau ada selimut sebab Izman mengadu kesejukan padahal aku rasa dahi dia memang panas macam bara api. Dia berpeluh-peluh dan mengadu “along sakitnya dada orang ni long. Sejuk long.” Aku cuba tenangkan dia aku baca al fatihah tapi tetap sama. Akhirnya aku mintak Kudin yang jadi driver ketika tu untuk mencari klinik sebab keadaan Izman agak teruk.
Doktor kata tidak ada apa-apa yang tak kena dengan Izman cuma demam biasa. Doktor sarankan untuk pergi ke hospital terdekat untuk rawatan yang lebih lagi tapi Izman tak mahu katanya dia tak larat lagi untuk menunggu. Aku meminta Iz menghantar Syikin ke hostel dahulu manakala aku, abang Rahmat, Izman dan Kudin pulang ke Kuala Lumpur dahulu. Izman asyik menyebut “along orang rasa nak mati dah ni long. YA ALLAH sakitnya long.” Aku hampir mengalirkan air mata melihat adik bongsu aku begitu. Aku ajar dia istighfar dan selawat sebanyak mungkin. Apabila sampai sahaja di sempadan Terengganu-Pahang, Izman sudah mula beransur lega. Badannya semakin sejuk dan tidak panas seperti tadi. Dia sudah mula buka selimut yang dibalut ke satu badan. “Dah okey ke ?” Soalku. “Dah long, tetiba je orang rasa lega sangat. ” aku pelik sangat. Macam mana boleh sihat dalam sekelip mata? Aku hanya diamkan sampai lah di KL. Aku mintak dia berjumpa dengan ustaz pada mulanya dia enggan sebab sakit dah hilang katanya tapi aku bertegas.
Esoknya dia berjumpa dengan seorang ustaz yang Abang Rahmat bawa ke rumah. Ustaz itu bertanya apa yang terjadi pada Izman A-Z. Izman menceritakan semuanya. “Habis, semasa doktor tu sarankan ke hospital pergi tak?” Izman menggeleng “dah tak larat ustaz.” Jawabnya. “Sebenarnya di Terengganu, ada rawatan islam kat hospital dia. Sebab tu doktor sarankan.” Jawab ustaz ringkas. “Jadi kenapa dia tiba-tiba sakit semalam ustaz?” Soal aku. “Perempuan yang dia jumpa di kedai tu, sebenarnya berilmu. Dia nak menguji ilmu kau sejauh mana sebab dia tahu kau bukan orang terengganu. Dia sengaja nak ajak kau berlawan, kira santau jugak. Tapi terbatas dalam negeri terengganu sahaja. Hati-hatilah lepas ni.” Jawab ustaz tu lagi. “Eh Izman kau ada ilmu ke ?” Soal Abang Rahmat. “Dulu ada belajar silat tapi zaman muda dulu, dekat 20 tahun jugak dah tak amalkan apa-apa ilmu.” Jawab Izman. “Lepas ni ringan-ringankan badan tu solat. Senang ada pendinding” kata ustaz itu. Izman hanya tersengih , puasa pun tak apa lagi solat.
Semoga cerita ni dapat jadi pengajaran, berhati-hati kat tempat orang & kesimpulannya, solat itu penting. Apa pun, terima kasih kepada yang sudi baca karya Dengki aku. Kepada yang pernah kena macamtu, atau ada mimpi yang serupa mohon cepat-cepat rujuk pada ustaz atau orang-orang yang tahu. Terima kasih jugak yang sudi mendoakan saya & keluarga in shaa Allah semua baik saja hehe. Pape pun solat jangan lupa ye.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Alhamdulilah setiap kali aku balik terengganu tak jadi pape walaupon kadang2 aku tengok orang sane tengok aku macam ape.walaupun aku orang johor tapi loghat aku banyak loghat terengganu sebab opah n atok aku orang terengganu.
Umangaaiiii…
Sewenang-wenang jer nk ngetest ngetest ilmu cmtu ekkk…
Bahaya tuuuu…
Seb bek ade batasan teritory, klu x jenuuhhh ngikot smpi ke mana2…
eh tak paham la aku watak citer ni.. Iz tu sape? ngko ke? yang dah kwen tu sape pulak??
Iz tu yang dah kawen tu lah. Sy cuma tukang tulis cerita. Kan dah tulis ‘cerita iz’ 🙂 pape pun thanks sudi baca
ganung