Salam pembaca Setia FS. Setiap hari tanpa gagal aku akan sedaya upaya untuk membaca setiap kisah yang dihantar. Walaupun ia kadangkala tidak menyeramkan namun ia telah banyak memberi pengajaran di dalam hidup. Mungkin kisah yang ku kirimkan ini tidak seseram kisah yang lain namun akan aku cuba coretkan sebaik mungkin agar setiap detik2 penting tidak akan ketinggalan.Semoga ia akan menjadi pengajaran buat kita semua.
Kisah ini terjadi sekitar 2009 dimana aku ketika itu masih lagi belajar di sebuah institusi awam. Aku mempunyai seorang sahaja kakak yang bekerja sebagai seorang pegawai kerajaan di Melaka. Tika itu akak aku baru sahaja mengandung sulung dan berpeluang untuk ditukarkan ke Melaka. Lebih dekat dengan suami nya yang tercinta. Sebelum ini kakak ku bertugas di Pulau Pinang. Aku gelarkan akak aku sebagai Kak N ya dan suami nya Abang Z.
Setiap minggu Kak N akan pulang ke Johor kerana kami sekeluarga menetap dan membesar di Johor. Sementara selepas berkahwin abg Z tinggal bersama keluargaku. Lagipun rumahku cuma ada ibu dan bapaku sahaja. Elok juga abang Z tinggal di situ.
Perkahwinan kak N dan Abang Z sungguh bahagia sehingga kan aku juga dilayan begitu baik oleh Abang Z. Setiap kali cuti pendek atau hujung minggu aku akan cuba untuk berkunjung ke rumah kak N. Kadangkala ada juga masa-masa nya abang Z dirumah kerana bercuti. Rumah kak N tampak biasa sahaja ketika pertama kali aku datang. Sebuah rumah quarters kerajaan di mana menurut kak N dibina sebelum zaman kemerdekaan.
Aku pun tidak pasti. Namun ini lah yang di beritahu oleh staff kak N. Aku gambarkan keadaan rumah di sini ya. Rumah ini mempunyai 3 bilik. Dan 3 bilik air dimana 1 bilik air nya di bahagian belakang dan kedudukan nya di luar. ‘Porch’ kereta juga adalah di bahagian belakang rumah. Rumah ini berbentuk L shape.. di bahagian kanan adalah dua bilik yg lain bertentangan dengan dua lagi bilik air. Bilik yg ketiga berada di hujung selepas dapur dan juga Stor.
Keadaan rumah ini sungguh redup dan sunyi kerana di luar rumah terdapat sebuah pohon yang sangat besar. Pokok biji saga. Menurut bapa ku adalah lebih patut kak N berpindah kerana dia merasakan tidak sedap hati melihat pokok itu namun menasihati kak N supaya jangan sesekali meninggalkan solat. Pesanan ayahku ini hanya diberitahu kepadaku selepasa apa yang terjadi kepadaku.. Aduhh… Macam kena game rasanya.
Oleh kerana tempatku belajar dan juga rumah kak N cuma mengambil masa lbh kurang 1jam Setengah maka setiap kali aku rasa bosan aku akan ke sana. Kadangkala teman lelaki ku ketika itu turut sama teman kami berdua. Oh ya.. kak N juga ada housemate Kak S namun Kak S juga selalu pulang ke Johor.
Setiap petang aku dan Kak N akan mengutip biji saga dan masuk kan kedalam balang kaca. Warnanya yang merah juga menjadikan kami suka jadikan dia sebagai perhiasan di dapur. Nampak sungguh garang. Ini juga hobi kak N dan aku ketika kecil. Namun aku dan Kak N suka benar mengutip nya selepas waktu asar. Ya laa.. Tunggu Kak N balik.. Baru laa ada geng..
Pada malam2 berikutnya aku pulang lewat selepas balik dari menonton wayang dengan teman lelakiku. (Zaman Layan Wayang Midnight kan)Namun aku masih lagi belum mahu masuk tidur di dalam bilik dan ingin menonton TV. Kak N keluar dari biliknya dan perasan aku sudah terlelap di Sofa. Beliau telah mengejutkan aku namun aku cakap kat dia nanti laa aku masuk. Nak layan tv tapi lepas tu aku pun sambuang tidur di sofa. Tiba2 aku terbangun dari tidur dan sempat membelek jam di dinding. Oh baru pkol 2. Entah macam mana aku mendapat satu kekuatan untuk menoleh ke meja makan rumah Kak N.
Ada sebujur tubuh memakai baju berwarna putih dan berambut panjang duduk dihujung dan matanya tepat memandang mataku namun aku tidak ingat akan wajahnya menegur aku. ‘Ko ingat cantik sangat cara ko tidur macam tu?’ Korang rasa laa apa tindakan aku masa tu. Haihh… lari tak cukup tanah aku.. terus aku hempas kan badanku sebelah kak N. Kak N yang terkejut bertanya. ‘Ko nie dah kenapa? ‘ Aku pon yang masih terkejut buat2 tidur. Cuma sempat aku cakap. ‘Esok aje lah aku citer. Jom tidur’
Keesokan hari nya akak ku telah bertanya apa yang terjadi kepadaku dan aku ceritakn pada dia. Rupa2nya kak N dan Abg Z telah tahu mengenai perkara ini namun tidak pernah memberitahuku namun mereka tidak pernah di tegur sepertiku. Namun kak N cakap cara kau tidur malam itu memang kurang sopan. Hehehe.
Kak N yang selama ini selalu tinggal sorg kerana Kak S selalu pulang ke Johor pernah berkata ‘Mohon jangan ganggu aku kerana aku hanya menumpang di sini’. Patut la setiap kali aku ulang alik dari dapur ke rumah akan terperasan akan kelibat2 sesuatu yang turut berjalan di rumah itu. Abang Z juga seringkali perasan perkara yang sama. Namun kami sudah lali kerana makhluk itu tidak pernah mengacau aku.
Selang beberapa bulan ketika itu kandungan Kak N telah memasuki sekitar 7bulan terjadi lah suatu perkara yang menjadi titik hitam buat kak N.
Abang Z menpunyai adik angkat perempuan yang bekerja di sebuah kelab malam di Johor. Beberapa kali aku berjumpa dengan kak M aku gelarkan beliau ya. Hati aku terdetik seperti ada sesuatu yang tidak kena pada kak M nie. Beza umur kami tidaklah jauh mana namun kak M terlalu baik dan mesra dengan kak N.
Seakan-akan dibuat2 pula. Perwatakan nya sangat mesra dan lebih mesra dari aku dan kak N. Jelous pulak aku kan. Huhuhuhu. Suatu hari Kak M datang kerumah keluargaku. Oh lupa nak beritahu Kak M juga mengandung. Namun kak M tidak memberitahu siapa suaminya. Rahsia katanya. Seorang ternama di Johor. Selepas makan tengah hari kak M ingin berehat dan tidur. Oleh kerana terlalu baik kak N memberikan biliknya kepada Kak M untuk tidur.
Selepas pulang ibuku menegur kak N untuk tidak sesekali memberikan orang luar beradu di katil dia dan suami kerana sesuatu akan berlaku melibatkan orang itu dan rumah tangga mereka.
Nasihat ibuku tidak meleset sama sekali. Tiba-tiba rumah kak N di Melaka mendapat kunjungan Kak M pada waktu itu. Tercetus pula suatu pergaduhan yang amat sangat dimana Abang Z menendang kak N namun Kak N mengelak dan terkena bahagian belakang Kak N. Pada ketika Itu Kak M kelihatan terlalu gembira.
Rupa-rupanya bayi dalam kandungan kak M adalah anak haram hasil hubungan kak M dan Abang Z. Pahit untuk Kak N telan namun tidak semena- mena kak M terjerit2 didalam rumah itu seakan-akan dirasuk. Sekejap menangis sekejap meminta tolong sekejap marah. Maka Kak N terus meminta staff nya menghubungi ustaz.
Kemudian seorang ustaz telah datang dan mendapati ada aura yang tidak baik berada dalam rumah tersebut. Setelah berkomunikasi dengan makhluk tersebut beliau mahu anak dalam kandungan kak M dan tidak akan berhenti menganggu Kak M sehingga berjaya mengambil kandungan itu. Menurut ustaz itu makhluk tersebut sedang mencangkung di bawah sinki dapur.
Kak N nampak dengan jelas rupa nenek tua berambut panjang di bawah sinki dan kelihatan sungguh marah. Ustaz tersebut cuba untuk berkomunikasi dan meminta melepaskn kak M namun makhluk tersebut berkeras inginkan kandungan itu. Setelah ustaz membaca sesuatu makhluk tersebut keluar dan ustaz meminta abang Z cepat2 membawa Kak M keluar dari rumah itu. Rumah kak N telah dibaca ayat pendinding serta ustaz telah memberi kepada kak N ayat tersebut untuk ditampal di dinding2 serta air jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini lagi.
Ustaz turut membuang biji saga kerana menurutnya biji saga itu adalah permainan anak2 makhluk itu ketika senja. Sebab itulah rumah itu selalu dikunjungi oleh makhluk tersebut. Namun makhluk ini hanya mengacau orang2 yang mempunyai niat yang tidak baik sahaja. Menurut ustaz ada satu laluan diantara pokok Saga itu yang memang menjadi laluan makhluk itu sejak dahulu kala. Pokok itu juga sukar untuk ditebang kerana telah menjadi tempat pemujaan si peminat tegar nombor ekor.
Sejak dari itu hati Kak N telah tertutup rapat buat Abang Z. Namun jauh disudut hati Kak N untuk memaafkan apa yang telah berlaku. Kak N, aku doakan kau tabah dan makhluk ini juga merungkai janji setia sebuah perkahwinan….
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Kesian…sedih…
semoga kakak awak sentiasa di dlm lindungan Nya…amiin
Mukadimah ko terlalu bnyk sgt
Anjing diam lah cibai
alahai..sedihnya
emmm.. aku pula yg rasa terluka bila baca ni
Bahaya nk mati dunia zaman skrg. Org yg dirasakan pling dekat ngn kita boleh betray kita camtu je. Bila nafsu menguasai diri mcm tu laa
Sedihnya, semoga kakak awak tabah menghadapapi segala keperitan tersebut
eiii…geram plak aku baca…abg tu abng z ikut la kak M tu..tagune punye suami.
bagusla..elok la tu..
Jantan setan , eeeii sakut hati makkkk !!
tak effect sangat seram nya dgn ak tapi paling terkesan curang tu, ak dapat rasakan kesakitan akak n tu, janam betl Z tu
Baby kak N cam ne? Hope x de pe berlaku … Setiap yg berlaku ada hikmahnya…smoga kakak awk tabah yer dik…
laki curang nie kira langgar je dia skli dgn betina tuh. haihh geram plk makcik dgr ayt curang2 tuh
Ajer khinzir abg Z ngan kak M jalang tu…bior mampos kn kokak ngan jembalang tu…sian kt kak N ko ni dik…moga lps ni dpt jodoh baik…mmg tenan geram betul baca kisah ni…
tak jadi seram cerita nie marah lak jahat pnye laki haimokkkkkkk…
Kesian Kak N. Moga d permudahkan urusan Kak N.
Teruknya suami bertopengkan syaitan mcmtu, geram pulak. Biar Allah yg balas segala perbuatan terkutuk diorg.